Khamis, Julai 02, 2009

> RAIS HENTAM KROMO

"Saya sendiri berpendapat bahawa penarikan DAP ini menunjukkan pakatan itu tidak boleh kekal, kerana asas perjuangan mereka berbeda. DAP sertai pakatan pembangkang di Kedah kerana mereka mahu kuasa. Daripada insiden Pas Kedah, dah boleh tengok yang DAP bukan rakan yang boleh dibawa bersama untuk membina negara. Kalau Pas Kedah menghulurkan tangan kepada Umno, ini akan menjadi satu peluang baik."
- Datuk Seri Dr Rais Yatim

Penang Cakap
"Lim menyifatkan tindakan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat sebagai sesuati yang serius yang memberi implikasi yang besar. Keputusan yang dibuat oleh DAP Kedah itu bukan muktamad kerana ia perlu dipersetuju oleh jawatankuasa kerja pusat (CEC) terlebih dahulu. Hanya selepas menerima surat rasmi yang mengesahkan keputusan jawatankuasa DAP Kedah itu, maka baru saya akan memanggil mesyuarat CEC untuk membuat keputusan muktamad mengenai perkara itu."
- Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP

Kata Dari Kedah
Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, Exco kerajaan negeri, Datuk Fakhrulrazi Zawawi juga telah memberikan penerangan kepada pemimpin DAP Pusat mengenai perkara ini.

"Nampaknya, mereka faham dan meminta kita menyesaikan segera isu ini. Namun kita tidak boleh halanglah jika mereka mahu terus bersikap begitu (keluar dari kerajaan Pakatan)," kata Azizan.

"Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid

Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina, Pendang. "Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar." Katanya.

Isu ini menjelaskan kepada kita bahawa UMNO/BN selama ini menjaga hati pengundi cina sehinggakan melanggar undang2 tidak mengapa dengan membenarkan menjalan premis perniagaan selama 30 tahun tanpa lesen. Pusat penyembelihan babi terbabit sudah beroperasi secara haram sejak lebih 30 tahun lalu. Ternyata kerajaan BN selama ini tidak memperdulikan rintihan dan bantahan rakyat KEDAH.

(Moral: Alahai si rais ni... pas kedah takkan menghulurkan tangan kepada mulut busuk buaya)

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog