Doa merupakan satu permohonan. Nabi Musa AS dan Nabi Muhammad s.a.w pernah mendoakan bala kepada musuh Islam. Kenyataan Awang yang nak selamat kedudukannya di utusan menyatakan TG Nik Aziz tidak lagi rasional dan amat keberatan memohon maaf biarpun melakukan kesilapan besar dengan doa kebaikan itu hanyalah hujah dangkal seorang yang tidak percayakan doa dan mungkin awang tak selamat ini pun menolak doa?
Sebagai umat Islam berpegang kepada yang lima dan percaya enam perkara itu perlulah melihat dengan lebih menyeluruh setiap doa yang dituturkan oleh TG Nik Aziz. Kenapa awang tak selamat tidak menulis Doa TG Nik Aziz memohon kepada Allah SWT supaya diperbetulkan jalan berfikir Perdana Menteri supaya menerima Islam yang syamil. Adakah kerja awang yang mahu selamat memberi kenyataan hanya menjilat temolok grombolan dengan tulisannya menghentam TGNA?
Jika dibuka himpunan hadis dalam Ridhatus Solihin, anda akan terjumpa maksud doa-doa yang berbunyi begini: "Wahai Tuhan, tolong balas bela, keatas mereka yang zalim". Jika Awang kurang selamat pernah sujud ketika subuh, beliau sepatutnya memahami doa qunud terlebih dahulu daripada membaca sepintas lalu. Disini sebahagian maksud doa qunud yang mudah difahami: "Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi".
Awang boleh selamat bila faham selain daripada orang-orang kafir yang melawan Nabi s.a.w, orang munafik juga ramai. Awang perlu memahami maksud surah An Nisa ini.
"Dan sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu didalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga memasuki perbicaraan yang lain kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam". (An Nisa: Ayat 140)
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkat yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekalian sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka". (An Nisa: Ayat 145)
(Moral: Ramai yang memahami kandungan Al-Quran bila membaca terjemahannya. Hanya segelintir sahaja yang mengupas dan memahami Qalam Allah sehingga tiga lapisan. Namun jarang benar kita dengar seseorang itu memahami isi Al-Quran sehingga tujuh lapisan. Gunalah AKAL anugerah ilahi dan jangan guna fikiran dangkal kepala lutut)
Ahad, Disember 06, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Perghhh… Bergoyang "dut-dut" pokcik tua turrr… nggeeeeee….
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan ...
-
Gambar ini pernah meletop suatu ketika dahulu. Tuan punya badan pernah menafikannya. Zaman itu sudah boleh ambil gambar hires. Menurut foren...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
Gambar Hiasan Sungkai, Perak: Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekum...
-
Lar ni semua orang sudah kenal kerana berpakaian macam perempuan lorong... "Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan....
-
Masih belum hangit lagi... panassss di alam maya... suka klik LIKE disini
0 comments:
Catat Ulasan