Jumaat, Mei 29, 2009

TOYO TOLAK TOL TOLOL

Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dah sedar bahawa tol boleh menjerut leher pengguna jalan raya. Memang luarbiasa bekas menteri besar selangor nih. Pada zaman beliau memerintah, ramai rakyat dibuat seperti sampah dengan mengkudakan FRU jika membantah TOL. La ni dia pulak nak memperjuangkan hak rakyat. Adakah si Khir ni dah tak dak modal nak jaja kat rakyat bagi meraih simpati kepada beliau.

(Moral: Weh cari idea dan subjek yang lebih baik untuk memperkasakan rakyat)

TOKEH 1MALAYSIA DAPAT BALA

Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Angkatan Muda KeADILan Selangor) mempertikaikan tindakan pantas pihak kerajaan yang begitu cepat meminta bantuan Interpol untuk mengesan dan membawa pulang Raja Petra Kamaruddin yang berada di luar negara sebaliknya dalam isu akuan bersumpah Balasubramaniam seolah-olah tiada berita dan perkembangan terkini. Gesaan ini adalah untuk membantu siasatan berkenaan kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu melalui Akuan Bersumpah bertarikh 1hb Julai 2008. Semakin melambatkan tindakan untuk membawa pulang selama itu juga nama baik individu yang sangat berprofil tinggi itu terus tercemar di peringkat nasional dan antarabangsa. (Azamin Amin -HarakahDaily)

(Moral: Tak best nak selesaikan kes berprofile tinggi ni. Baik pi kacau politik Pakatan Rakyat... kata salah seorang yang berpakaian biru.... keh..koh..keh)

Khamis, Mei 28, 2009

PAKAT TURUN RAMAI-RAMAI

Buat warga penanti, hangpa jangan dok dengaq dakyah jahat umnobn tu. Kalau dah tak letak calon maknanya menolak penyokongnya sekali. Wahai penyokong umnobn di penanti, tak malu ka ketua hangpa penakut dan tolak tepi suara hangpa? Lebih baik pi pangkah calon yang bertanding daripada dok kat rumah main burung.

"Umno sebenarnya teringin nak masuk pilihan raya tapi tak boleh kerana boss BN tak bagi sebab takut kalah. Bila dia dah bagi bendera putih (serah kalah) dekat kita, jentera Umno jadi gelisah dan mereka merancang buat strategi buruk menyeru rakyat jangan keluar undi"

(Moral: Jika bos sayang pekerjanya modal akan dikeluarkan bagi permudahkan kerja harian. Bos yang mementingkan diri akan kata.. lantak kau lah Aminah oii...)

JERAT LIBAS

Konspirasi Almaunnah dan KMM yang dicipta (bijak jugak kepala hotak penulis skrip nih) selepas 2 tahun kemenangan besar barisan Alternatif tahun 1999, kini sudah tiba masanya konspirasi baru dilakukan setelah 2 tahun kemenangan besar Pakatan Rakyat. Tujuannya satu, agar gabungan DAP dan PAS akan retak seperti mana yang berlaku pada Barisan Alternatif pada tahun 2001. Jadi DAP dan PKR harus berhati hati membuat kenyataan mengenai Chin Peng dan Komunisme. Kerana Umno sedang memasang perangkap. Mereka hanya menunggu masa memulakannya. Mereka hanya akan membubarkan DUN Perak setelah imej DAP dan PKR berjaya dirosakkan. Tunggu dan lihat..

(Moral: Bila tahan jerat, biawak pulak yang mengena)

PUSING TANGAN DI SARAWAK

Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) kembang hidung dengan kejayaan Penyanyi Pentas Sial (AF7) dan kenyataan Abang Johari (Timbalan Ketua Menteri Sarawak) nekad mencontohi Hawaii sebagai contoh Pelancongan Sarawak. Manakala Ustaz Rosli dhoby digam dari menyampaikan kuliah berbentuk agama berkuat kuasa serta merta. Begitu juga yang terjadi di semenanjung yang mana Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ulama terkenal Haron Din diharamkan.

(Moral: Yang baik di terbalikkan dengan mudah. Nampaknya habis lah anak-anak gadis sarawak putih gebu di'gelek'kan oleh juak-juak hadari nih)

14 Julai di Manek Urai


Pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai. Demikian diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya hari ini. Pilihanraya dipanggil susulan kekosongan kerusi itu yang ditinggalkan penyandangnya Ismail Yaakub apabila pulang ke rahmatullah 22 Mei lalu. Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi dalam kerusi kawasan pedalaman itu di kawasan parlimen Kuala Krai.

(Moral: Bertanding dengan jiwa yang bersih)

NAK MENANG ATAS SIMPATI KAH

Apa punya fikiran Aminah Abdullah ni. Banyak artikel keluar semuanya pasal ugutanlah, pasal PKR tawar jawatan dan duit lah. Apa ni... kalau nak menjadi calon bebas yang boleh membuka minda rakyat mana dia misi dan visi yang diperjuangkan. Adakah hanya dengan menyebarkan berita seperti ini mampu menagih simpati rakyat Penanti. Kalau begini caranya si Aminah berpolitik, lupakanlah. Remaja-remaja dikampung aku pun boleh bercerita sedemikian rupa.

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cheah Ka Peng, 43, dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang, Peter Lim Eng Nam, 32, mengaku mereka adalah dua individu yang terdapat dalam rakaman suara yang didedahkan oleh Aminah 25 Mei lalu.

"Kami tidak menawarkan apa-apa kepadanya... hanya berbincang perkara-perkara biasa," kata Cheah pada sidang media khas bagi menjelaskan mengenai isu tersebut di sini, 25 Mei lalu. Kak Minah (Aminah) sebelum ini selalu jemput saya datang ke rumahnya... jadi pada 12 Mei saya hubungi beliau untuk aturkan makan tengah hari keesokkan harinya dan Kak Minah minta saya ajak (Cheah) Ka Peng bersama. Kemudian pada pagi 13 Mei, Kak Minah hubungi saya semula untuk pastikan mengenai temu janji pada tengah hari itu. Beliau kata akan masak untuk kami, saya tak jangka kawan baik seperti kami telah digunakan dan dipermainkan oleh beliau. Beliau bukan hanya sediakan makanan, tapi juga sediakan perakam suara untuk kami... saya sangat sedih dan kecewa,"

(Moral: Macam dah Plan nak rakam lak si aminah ni. Siap ada mic... ingat nak ajak karaoke... wakakaaa...)

Rabu, Mei 27, 2009

FRUST Bila Hero Umnobn Tarik Diri

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (umnobn) tarik diri untuk berdebat dengan Dato' Husam Musa (Pas) pada program Hujah yang dikendalikan Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof di TV9. Tunggu-punya tunggu tak keluaq pun siaran debat ni. Ceh buang masa aja. Lebih baik lepak kat pot sambil memetik irama kapok.

Debat yang dibincangkan adalah mengenai Politik Wang atau lebih tepat lagi RASUAH ITU HARAM. Adakah tajuk debat tersebut mengigilkan Zahid Hamidi sehingga kecut perut dan tersorok batu. Atau tak dak si pengarang yang power nak tulis hujah menepis.

(Moral: Berdebat dengan fakta dan ditepis dengan fakta mampu mengembangkan kepala hotak yang cetek. Peribahasa Seperti katak dibawah tempurung dah tak boleh pakai sebab si katak dah langgan internet dan astro)

Pakat Pi Sana Muhyiddin Ikut (PPSMI) Bhg 2

"Sebenarnya saya sudah jemu untuk memberi komen mengenai isu ini. Kami di kalangan pejuang bahasa sudah kering tekak dan sudah memberi semua hujah. Sudah bertimbun kertas kerja, memorandum dan buku yang kita kemukakan. Adakah itu tidak cukup untuk kerajaan membuat keputusan? Prof. Dr Awang Sariyan mempersoalkan sehingga bila kerajaan akan yakin hasil pemikiran dan kajian ahli ilmu sehingga memerlukan tempoh yang begitu lama untuk membuat keputusan mengenai dasar tersebut.

bahagian lepas>>>

(Moral: Lebih suka guna bahasa pasar campur loghat)

MENGEJAR DUNIAWI

"Sifat kepura-puraan Dato' Seri Mufti Perak sangat dangkal dan menyedihkan rakyat dan umat Islam Perak dan Malaysia amnya. Pemuda PAS Perak mencabar Dato' Seri Mufti Perak untuk meletakkan jawatannya dan secara 'gentlemen ilmu' bertanding di mana-mana kerusi pilihan raya di Perak mewakili Umno/BN jika benar-benar mahu melihat Islam tertegak di Perak". Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

-majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82 yang cuba membangkitkan api perkauman-

(Moral: Siakap senohong gelama ikan duri, Bercakap bohong lama-lama tak tahu apa nak jadi.)

Selasa, Mei 26, 2009

AMBUSH

Hari ni kecoh kat warong pak lurah. Ada kes curi motor lagi. Sebelum ni dah 3 buah motor hilang tapi tak lah hangat sangat macam hari ni. Selidik punya selidik yang hilang motor berjenama yamahal LC tu adalah kepunyaan anak pak imam rumah atas bukit. Yang baguihnya anak dia dah dapat katok pencuri tu, tapi mis kena kat lengan je. takdan nak terkam. Apa lagi selamat motor baru dipakai 2 hari dibawa lari oleh pencuri. Sedang dok hangat bercerita, jiran aku sampai. Awat kecoh ni... ada berita hangat ka?. Setelah diberitahu baru jiran aku cakap.. ooo.. curi motor lagi.. tak pa.. malam ni kita pakat pi 'ambush'. Kata dia kes 3 buah motor tempoh hari dah dirisik 'pot' pencuri tu. Malam, lebih kurang jam 8 jiran aku kata hangpa berlima pi dulu ke pot tu, nanti aku menyusul. Alamak macam bagi peluang kebebasan aje. Berbekalkan lima buah motor garang, kami meredah malam menuju ke tempat yang di beritahu. Hendap punya hendap... pergh.. nampak dua orang lelaki sedang menelanjangkan body motor. Kawan aku 2 orang terus terpa mangkok hayun pencuri sorang nih. Yang sorang lagi terus lari, tapi sempat di pangkas kaki oleh aku. Jatuh bergolek macam bola... setelah disoal selidik memang sah mangkok hayun ni yang buat. Barang bukti semua ada. Aku hanya tersenyum tengok motor anak pak imam kena bogel. kak...koh..keh.. tinggal rangka. Sebelum jiran aku sampai dengan kaum dia, kawan-kawan aku bagi makan dulu dengan apa yang patut. Tak boleh kesian, depa ni pendatang cari jalan mudah je buat duit.

(Moral: Cari rezeki halal baru berkat seumur hidup. Memang susah nak senang, Memang susah nak susah)

BERDEMONSTRASI DEPAN LEMBU

Berdemonstrasi adalah untuk menyuarakan bantahan mahupun sokongan. Sama ada secara ‘halal’ ataupun ‘haram’ tetapi matlamatnya hanya satu, supaya kehendak dan suara mereka didengar oleh pemerintah. Kadang kala suara rakyat hanya lalu sipi-sipi ke telinga pemerintah. Isu yang kecil mungkin dapat diselesaikan. Apabila masuk isu yang besar, pemerintah buat-buat tak tahu. Apabila tergugat, kuasa digunakan untuk tangkap pendemonstrasi masuk ISA... habis cerita.

(Moral: Cuba acah-acah lembu bagi dia kejar.... maka lembu pun berkata... hampeh!! sama je)

BUKU TIGA LIMA (555)

Senator Dewan Negara, Zamri Yusuf mendedahkan ketika Pakatan Rakyat mula mentadbir Kedah keadaan akaun kewangan negeri jelapang padi itu berada dalam keadaaan terhutang kepada kerajaan pusat sebanyak RM2b.

“Sebab itu apabila pakatan mengambil alih dan kita membongkar salah guna wang rakyat ini secara terbuka supaya rakyat dapat menilai sikap dan cara pemimpin-pemimpin BN menguruskan segala amanah yang rakyat berikan kepada mereka. Inilah antara ketakutan yang dihadapi oleh BN apabila kita dapat mengambil alih negri-negeri yang telah lama berada dibawah mereka. Mereka terlalu banyak penyelewengan dan wang-wang rakyat tidak sampai kepada rakyat sebaliknya disapu oleh pemimpin dan kroni-kroni mereka. Lebih menakutkan mereka apabila Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negeri-negeri yang kita tawan dengan memberikan perkhidmatan yang jauh lebih baik kepada rakyat seperti air percuma di Selangor, penurunan cukai tanah sebanyak 70 peratus di Kedah, Kemiskinan sifar di Pulau Pinang, pemberian tanah kepada rakyat di Perak dan semua ini adalah adalah bukti dan janji kita pada rakyat,”
-suara keadilan online-

(Moral: Pak mat, makan hari ni masuk buku ya.. ujung bulan bayar. keh...koh..keh.. Jangan londehkan seluar malu lah)

BUKIT KAYU HITAM BEBAS CUKAI

Panggil ramai-ramai pakat pi Bukit Kayu Hitam secara percuma pada 31 Mei ini. Semua pengangkutan, makan minum disediakan. Kita pakat berhibur di wilayah bebas cukai dan melupakan tanggungjawab untuk mengundi sebab parti kita tak masuk bertanding di Penanti. (Semua ni adalah tajaan duit rakyat, pakat guna jangan membazir). Yang mana tak sempat nak daftar untuk menyertai rombongan, duduk lah dirumah buat bodo dan buat tak tahu pada hari tersebut tiada pengundian. "Eh.. ya ka hari ni hari undi. awat hang tak habaq mai. dah petang dah ni..... keh..keh..keh..."

(Moral: Suka hantaq pengundi guna motor, nak guna 'lori hantu' takut depa kata bawak pengundi hantu. Apa pun tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat. Kalau hangpa tak dak. menteri pun tak dak gak)

Isnin, Mei 25, 2009

AMINAH BUKA DADA

Aminah Abdullah (Calon Bebas) dengan mendabik dada berkata dia ada bukti yang PKR menyogok beliau jawatan penting jika tidak bertanding. Dengan berbekalkan CD cetakrompak yang terdapat bukti didalamnya, Aminah meminta pihak polis untuk mendapatkan perlindungan ketika beliau berkempen di Penanti. Tian Chua (Pengarah Strategi PKR) menafikan tuduhan tersebut dan menyuruh Aminah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan SPR.

(Moral: Lebih baik jual vcd ORI Aminah dari membeli vcd cetakrompak di kedai.. keh..keh..keh... Kalau nak buat marketing diri sendiri jangan lah kutuk mengutuk. Juallah kelebihan yang ada dalam diri dan mampu bekerja untuk rakyat)

Ahad, Mei 24, 2009

PENANTI MENANTI KOTAK MISTERI

Pos laju malaysia hari ini sedang berusaha membungkus kotak yang dikatakan mesteri untuk dihantar ke Penanti. Walaubagaimanapun kotak tersebut masih tidak dihantar dan menunggu lampu hijau dari lapisan atas. Buat masa ini Pemuda Umno Malaysia turun ke Penanti untuk membuat program penerangan. Lokasi sekitar 'Lubuk Meriam' dengan barisan penceramah 'hebatnya' seperti Lokman Adam.


(Moral: Nampaknya jentera penerangan unmobn dah tak penguler lagi. Ceramah lah yang hebat-hebat jangan jadi maleng di penanti. Nanti dapat cop kanakkan ungol)

PEMIKIRAN ORANG LAMA


"Kesemua Menteri Besar di Malaysia, memegang jawatan ini kerana undi yang diberikan rakyat kepada kami, bukan keputusan mahkamah yang memutuskannya. Sekiranya kaedah 'rampas kuasa' yang dilakukan Umno-BN ke atas kerajaan Perak 'dihalalkan', maka ini bermakna ia mungkin akan dilaksanakan di negeri-negeri lain selepas ini. Cara apakah ini? Islam pun tidak, demokrasi pun tidak. Umno sekarang bukan lagi sebuah parti politik sebaliknya ia sebuah gerombolan pemikiran sahaja. Kenyataan yang dibuat Najib dan pemimpin BN sebelum itu membuktikan rendahnya moral dan maruah parti tersebut apatah lagi dengan keengganan mereka untuk bertanding di Penanti" Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

BERI BARANG KE TANGAN KERA

"Biar kalah hari ini, ding-dong-dut-dut mesti ada PRU13, Nizar dan Pakatan Rakyat, insya-Allah beroleh kejayaan lebih gemilang. Persepsi rakyat tidak akan berubah dengan keputusan Mahkamah Rayuan. Mereka masih beranggapan tindakan BN merampas kuasa sebagai tidak sah dan salah menurut peraturan dan undang-undang. Kenapa mahkamah seperti histeria lagaknya, nampak terlalu obses dengan kes ini, walhal, inti kepada krisis politik di Perak adalah bermula dengan tuduhan rasuah kepada dua Adun KeADILan ketika itu, yang kini melompat jadi Adun bebas yang menyokong kuat BN? Bagaimana kedudukan kes berkenaan, apa sudah jadi? Orang ramai juga nak tahu di mana perginya penyiasat bebas P Balasubramaniam dalam kes liwat terbaru Anwar Ibrahim?".

(Moral: Bila terjerut leher, mula minta tolong dengan tuannya supaya dibebaskan. Lepastu terkinja-kinja sambil menjaja 400% menyokong tuannya. Bila berjaya semua kes dilenyapkan begitu sahaja)

Sabtu, Mei 23, 2009

BERHAKIM KEPADA BERUK

Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi (PERGERAKAN Pemuda Umno Perak) membuat laporan polis selepas Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub mendakwa barisan hakim Mahkamah Rayuan yang terlibat dengan kes Menteri Besar Perak boleh dibeli. ‘‘Sekiranya ada asas daripada segi perundangan, kami mendesak dengan sekeras-kerasnya supaya Menteri Dalam Negeri mengambil tindakan tegas. Kenyataan tersebut adalah satu jenayah fitnah yang berniat jahat terhadap reputasi, integriti dan kebebasan institusi kehakiman yang kita percaya dan junjung selama ini,”

Baru mengeluarkan suara lantang, dah ada ugutan. Apa cerita beb.

(Moral: Bila Zambry dah menang, masing-masing nak tunjuk 'teror')

Jumaat, Mei 22, 2009

FORMULA PENERANGAN UMNOBN

Setelah puas dok melangut dan buat bodo akhirnya tercetus satu Formula iaitu "SMSS" dan "KBSM" akan digunakan bagi menawan kembali negeri-negeri jajahan Pakatan Rakyat. SMSS bermaksud bekerja "siang malam, subuh senja", manakala KBSM pula bermaksud menghadiri "kenduri, bersalin, sakit dan mati" di semua kawasan DUN masing-masing. Kata Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan.

(Moral: Kalau dah tinggi hidung macamana nak turun ke bendang)

RAKYAT PERAK NGANGA

Mahkamah Rayuan hari (May 22, 09 3:34pm) ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah. Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

(Moral: Lebih baik dok kat gua tempurung bertapa dan mempelajari undang-undang rimba)

GEMERSIK Dan ASYIK

'Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan'. Gemersik halua telinga bila mendengarnya. Tapi bila dinilai kembali seperti krisis yang berlaku di Perak, tema yang diungkapkan seperti gula-gula getah. Habis manis diludahnya merata-rata. Bila orang lain terpijak dah tentu kena sumpah seranah.

Satu Malaysia: Menggunakan satu undang-undang yang di tunggang oleh satu orang bagi membenteras pembangkang.

Rakyat Didahulukan: Sebagai umpan untuk mengaut keuntungan kemudian dilupakan. Suara Rakyat Perak diketepikan.

Pencapaian Diutamakan: bila rakyat termakan pancing baru boleh guna dacing untuk pembahagian keuntungan buat saing.

(Moral: Bila dah memerintah rakyat kena kencing sampai basah hancing, kemudian barulah terhegeh-hegeh nak tukar parti lain)

HARUMNYA UDARA SYURGA

Hu Pang Chaw (Pengerusi Kelab Penyokong PAS) berkata, agak jangal Melayu Umno kurang berminat bercakap tentang politik Islam. "Tidakkah mereka merasa malu dengan perkembangan yang berlaku sekarang, sedangkan orang bukan Melayu semakin ramai yang berminat mendekati Islam. "Hairan sungguh. Orang Cina, India dan kaum-kaum lain boleh sokong perjuangan Islam tetapi kenapa pemimpin Melayu dari Umno menolak pula," Kami (Bukan Melayu) tidak takut lagi untuk mendekati perjuangan Islam yang dibawa PAS kerana keadilan dan ketelusan pentadbirannya. "Islam tidak membeza-bezakan antara bangsa kerana apa yang dinilaikan ialah tahap ketakwaan dan kejujuran seseorang itu.

(Moral: Budi yang baik akan dikenang. Jiwa yang tulus mampu memberi hidayah sepenuhnya)

Khamis, Mei 21, 2009

KENA CUBIT, TAMPAR BALIK



Pelompat katak tersohor Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang), suka hati meggulingkan dan menyorokkan fakta serta menuduh MB Nizar bersekongkong dengan DAP. Kenyataan beliau mengenai isu tanah yang diberikan kepada kerakyatan Malaysia berbangsa cina selam 999 tahun serta pembelian kereta camry untuk kegunaan EXCO adalah membazir. Pelompat tersohor mendakwa bahawa nisbah Melayu yang mendapat tanah hanya tiga berbanding sembilan bukan Melayu.

Dengan otak katak yang kecil, Jamaluddin Mohd Radzi tidak tahu berapa luas tanah yang diberi kepada Melayu dan bukan Melayu? Setiap rakyat Melayu yang mendiami tanah TOL atau tanah lesen di kampung-kampung Melayu tradisional akan menerima paling kurangpun dua ekar tanah pertanian untuk kediaman dan dusun. Manakala rakyat bukan Melayu yang mendiami kampung-kampung baru hanya diberi hak milik tapak kediaman sahaja yang keluasannya kurang daripada 90’x90’. Kalau nak harapkan umnobn nak bagi, jangan haraplah sebab tak menguntungkan mereka.

(Moral: Kalu otak kecil jangan berguru dengan pengamal ilmu kira-kira bahasa omputih nanti kepala sakit. Carilah yang fasih berbahasa MELAYU supaya lebih faham dan boleh buat huraian sendiri)

APPLE Kena NGAP


Macam biasa lepas aje Isyak, tangan terus capai motor garang menuju ke pot biasa. Ramai gak malam ni dok layan irama kapok petikan kawan aku. layan sampai keluar suara ramli sarip hingga tak sedar malam dah makin lanjut. Jiran sebelah yang sergah aku hari tu pun ada, cuti katanya. Sambil menunjukkan 'barang kes' I-Phone 3g yang dirampas tempoh hari. Fullamak!!.. punya la cun, mantap dan slim mengalahkan Nurul Syuhada lak. Melampaui batas, guna jari je. Kebetulan lak ada gelombang wifi percuma menerjah masuk, apa lagi dengan kembang hidung dia berlayar. Pergh... member lain pun ambil kesempatan singgah di laman-laman yang tidak berkenaan (hanya Lelaki aje). Baguih juga ada menatang ni (I-Phone), boleh bloging dimana-mana sahaja.

(Moral: Teknologi laju macam ribut, kena cucuk angin sampai semput... kho..kho..khoh)

Pakat Pi Sana Muhyiddin Ikut (PPSMI)

Isu bahasa masih hangat diperkatakan dimana-mana. Kata che det ilmu matematik dan sains mesti diajar dalam bahasa inggeris sebab perkataan melayu tak cukup banyak untuk diterjemahkan. Dah tu penterjemah bahasa selalu ambil 'Short Cut' memelayukan bahasa inggeris (English=Inggeris, Science=Sains, Math=Matematik, Geography=Geografi). Mana perginya Ilmu Kira-kira (Hisab), Ilmu Alam dan Bahasa Omputeh. Adakah penterjemah ni kurang fasih dalam bidang masing-masing atau 'ubuntu' untuk mencari idea-idea baharu.

Bahasa melayu memang indah dalam sastera (Bicara, Teruna, Lembayung, Senjakala). Kalau kena ritmanya boleh lentok dan bercurahan air mata. (boleh meneliti lagu-lagu yang dimuatkan dalam cd versi Tangkap Lentok dan Tangkap Nangis). Penghayatan bahasa melayu mampu menikam jiwa. (Bahasa Terindah, Janda Setinggan, Hidup Bersama - A.Samad Said).

Bagi mereka yang suka bahasa melayu pasar yang dicampur dengan loghat, memang mudah untuk berbicara sesama sendiri walaupun bunyinya agak kasar. (woi.. apa habag hang, dok buat apa la ni, kawe dok lagu ni dok cokeng)

Lain pula dengan bahasa istana "Patik Menyembah Derhaka". yang disalah tafsir oleh golongan buta bahasa ibundanya sendiri. Hampeh!! patut pun buat 'derk' je bila rakyat membantah PPSMI.

JANGAN TOLEH BELAKANG

Bila compass dah rosak macamana kapten nak terajui kapalnya. Haluan mesti tungang langgang. Begitulah nasib bekas ketua penerangan umno Perlis Datuk Hashim Suboh yang pernah menjadi anak kapal ubn. Dia dipinggirkan oleh kaptennya Datuk Seri Shahidan yang buta asas ilmu alam . Oleh itu janganlah pikir panjang, ajak rakan-rakan tolak kapten dan kemudilah kapal berpandukan BULAN supaya sampai ke daratan... waakaakaaah..

Rabu, Mei 20, 2009

Khir Tunduk, Kura-kura Memanjat

Gagal menghadiri SELCAT, Khir Toyo & The Gang disyorkan digantung dari menghadiri sidang DUN selama setahun tanpa gaji. Manakala Warno Dogol, Isa Abdul Kasim, Marsum Paing dan Mohamad Idris Abu Bakar yang kena enam bulan tanpa gaji. Jika hujah mereka power di sidang DUN selangor nanti, Khir & The Gang akan terlepas.

Selasa, Mei 19, 2009

TUA DAN NYAYOK

"Nyanyuk bermaksud kemerosotan fungsi daya pemikiran. Penyakit ini progresif iaitu semakin lama semakin teruk. Ia biasanya dialami oleh golongan usia 65 tahun ke atas. Bagaimanapun, golongan usia muda juga tidak terlepas termasuk kanak-kanak. Nyanyuk di kalangan orang muda yang berusia 4 sehingga 45 tahun di kenali sebagai 'pre senile dementia’ manakala kanak-kanak yang mengalami kerencatan mental seperti Sindrom Down juga boleh mengalami penyakit ini," Biasanya nyanyuk yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12.

Bila usia sudah lanjut, setiap keputusan mesti diteliti dengan tajam, supaya tidak merugikan bangsa sendiri.

JIWA PERJUANGAN SEBENAR


Fairus Khairuddin yang meletakkan jawatan sebagai adun penanti kerana didakwa dengan kes rasuah oleh juak-juak umnobn, merupakan contoh yang perlu diikut oleh ahli-ahli umnobn yang terlibat dengan rasuah. Walaupun suruhanjaya pencegah rasuah tiada bukti kukuh dan namanya kini telah besih, Fairus Khairuddin mampu meletakkan dirinya sebagai memperjuangan hak rakyat yang sebenar. Kalau di bandingkan dengan 3 ekor beruk di Perak (Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu, Datuk Nasarudin Hashim), Fairus Khairuddin lebih mulia jiwanya dari mereka tersebut.

Sebagai Perjuang hak rakyat, perlu diingat 7 dosa-dosa besar..

1. Syirik kepada Allah
2. Sihir
3. Membunuh
4. Memakan harta anak yatim
5. Memakan riba
6. Lari dari medan pertempuran
7. Menuduh perempuan yang suci melakukan zina

Satu Malaysia Dan Satu Pusat

Hari ini dalam sejarah Malaysia bahawa Kerajaan pusat tidak meletakkan calun di penanti kerana tidak menguntungkan. Kerajaan pusat lebih suka membeli wakil rakyat dari bertanding. Bila cabaran dilontar, kerajaan pusat hanya mampu tunduk dan garu pusatnya yang tak gatal. Adakah kerajaan pusat suka bermain-main sekitar pusat aje... jelajah lar jauh sikit... keh..koh..keh..

Isnin, Mei 18, 2009

DOK MELANGUT

Umnobn mempuyai lebih 60 ribu jentera penerangan yang dok melangut dan dok menung. Mereka bingung dan tak tahu nak buat apa. Lebih baik buat bodo aje. Jumlah jentera yang begitu ramai kalau pakat-pakat pi cuci pejabat perdana menteri dah tentu kilat berseri. keh..ko.keh... habuk. Jika semua jentera penerangan itu digerakkan walaupun terpaksa guna jentolak ianya dapat memberi impak yang baik atau hanya tinggal harapan kosong.

KACAMATA GELAP: Mengelak Sinaran Ultra Ungu


Najib Razak terpaksa menggunakan spek mata gelap bagi mengelak bertentangan mata dengan pembangkang. Dengan spek ini Najib dapat meyakinkan dirinya bila berhadapan dengan Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang. Jika pertemuan dan muzakarah ini terjadi, nescaya umnobn akan pening kena tune dengan Anwar. Maka kata-kata beliau "Kita sedia berdepan dengan rakyat," akan menjadi tanda soal?

Bercakap Dengan JIN

Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyelar sikap Dato' Seri Najib Tun Razak yang sudah menjadi Perdana Menteri selama dua bulan tetapi tidak berani membuat lawatan ke luar negara kecuali Manado, Sulawesi dan Thailand. Bagaimana pun katanya, perkara itu tidak berlaku terhadap Najib kerana beliau berasa takut disebabkan isu berkaitan dengan dirinya (kes pembunuhan Altantuya) sudah didedahkan dalam 11 akhbar antarabangsa.

LAMBUNG SYILING: KEPALA @ BADAN

Sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri, adalah penting bagi menentukan siapakah Menteri Besar Perak yang sah dan berkelayakan untuk menasihati DYMM Tuanku Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak mengikut peruntukkan Artikel 16(6) Perlembagaan Perak. KEGAGALAN MEMBUAT PENENTUAN sedemikian akan mengakibatan pertikaian kesahihan pembubaran Dewan Undangan Negeri dan keputusan pilihanraya negeri kelak di Mahkamah oleh parti yang kalah di pilihanraya tersebut.

Pakatan Rakyat yang meragui samada Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah atau tidak berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini, di mana ia telah memutuskan Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Seterusnya, pertikaian ini juga melibatkan samada penghakiman untuk menggantungkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut (sementara menunggu rayuan) adalah sah atau tidak dan pertikaian ini juga sedang dirujuk ke Mahkamah Rayuan;

Ahad, Mei 17, 2009

LEMBAGA DISEBALIK TABIR

Carlsberg Dengan Produk Halalnya: Kilang pembuatan arak terbesar di Malaysia dan juga antara pengeksport utama arak jenama Carlsberg di Asia yang terletak di Shah Alam. Sekiranya anda melalui lebuhraya persekutuan ke arah Klang pasti anda akan melihat kilang yang tersergam berwarna hijau ini. Kilang ini juga mengeluarkan produk halal jenama NUTRIMALT (Saingan MALTA). Jangan terkeliru dan jangan bagi sokongan moral. Buat penggemar minuman yang memberi tenaga dan menghilangkan letih baik minum jus tongkat ali dan pastikan pengilangnya orang melayu.

Mana Perginya Azilah dan Sirul

Kadang tu aku tertanya gak mengenai nasib 2 orang pengembala kambing nih. Setelah dibelek-belek akhbar hari demi hari, tak dak pulak cerita mamat 2 orang nih. Macamana dengan dengan kes mereka di mahkamah rayuan. Sonyap yoo. Agaknya Para Hakim dok sibuk pasal kes rayu merayu antara zambry dan nizar kot. Buat tokeh kambing jangan lah jual kambingmu terlalu mahal... kahwakakah... Teringat kat Datuk Ahmad Said yang hilang sebab nak beli kambing.

MUKA Tembok sebab jiwa Rock

Semalam ketika lepak di tembok depan rumah sambil main gitar kapok kawan aku, tiba-tiba sebuah trak biru berhenti. Kawan-kawan aku semua lari lintang pukang sebab sangka mereka trak polis datang nak angkut kutu-kutu tembok bawa kebalai berdekatan. Aku ada gak dengar cerita 2 minggu lepas kat kampung sebelah semua 'pot' kena serbu dek polis D9 (macam durian plak). Tapi malam ni aku cuba 'cool' aje... dah la lampu trak tu terang sangat sampai mata aku tak boleh nak cam sapa yang turun dari pintu depan. Masa tu jantung aku dah mula nak head banging... tapi aku cuba sabar dan tengok sapa yang datang depan aku. Bila samar bayang tu dah dekat ngan aku, weh!... hang rupanya.. mangkok hayun punya kawan. Bikin gua punya jiwa hilang lo... Ceh rupanya anak jiran sebelah rumah aku. Dia baru balik dari gempur 'pot' kat kampung hilir. Habih satu trak penuh dengan pendatang asing kata dia. Semua dah hantaq kat pati.

(Moral: ambik tahulah pekerjaan jiran sebelah rumah anda.. wakakah)

IRAMA SATU MALAYSIA

Key: C, A, F, G
CO: D, A, D, G

Kau laungkan kata-kata
Bahawa satu malaysia
mampu membawa kejalan mulia
Walaupun pertengahannya hiba

Basah kuyup bermandi peluh
Tanam padi lalang yang tumbuh
Satu Malaysia slogan yang ampuh
Lelah dibawa wahai sang lusuh

Tapi kini semuanya pudar
Hanya bermain dalam poket seluar
Bila penuh baru keluar
Kemudian boleh tawar menawar

CO/

Satu Malaysia
Malaysia yang satu
Laungan semua
Menjadi buntu

Bicara menambah keyakinan
Berlindung di sebalik telunjuk
Berlurah bawah pendakian
Matlamat menjadi habuk

Kau laungkan kata-kata
Bahawa satu malaysia
mampu membawa kejalan mulia
Walaupun pertengahannya hiba

Ooh... Satu Malaysia
Ooh... Malaysia yang satu
Ooh... Laungan semua
Ooh... Menjadi buntu

*Repeat All
Note: Copyright Budak Kampung Online

UMNO Bagai Kambing Harga Dua Kupang


Bila mendapat sokongan majoriti ADUN yang dibeli, umnobn bangga dan angkuh menolak suara rakyat. Kini suara rakyat sudah tidak bernilai dan terlalu murah. Semalam Datuk Nazri dengan baculnya mengeluarkan kenyataan supaya tidak mengadakan pilihanraya di Perak walaupun rakyat 400% mahukan pilihanraya bagi menentukan kerajaan yang bakal memimpin negeri Perak.

Adakah juak-juak umnobn ini bagai kambing yang dijunjung. Bila dicabar oleh pembangkang, umnobn masuk tengkok dalam cengkerang sambil jari menunjuk kearah lain?

PAKATAN RAKYAT: Baru Bertunas dipetik Pucuknya

Baru setahun jagung Pakatan Rakyat memerintah di negeri-negeri tewasan umnobn, bermacam-macam kita dengar permainan belit-membelit yang dirancang oleh media 1234 suku. Permainan yang merbahaya ini jika tidak ditangkis oleh Pakatan Rakyat dengan belitan maut, mungkin mereka akan mengalihkan para pengundi diatas tembok yang sedang menenggek pergi menyokong umnobn.

Jika dulu di kampung-kampung yang ada parit, kita akan melihat lembaga menenggek di atas titi. Bila disuluh, yang malu akan lari lintang-pukang dan yang berani hanya menyelak kain menutup muka.

Husam Musa Pergi Ke GUA

Dato Husam Musa, EXCO Kanan Kelantan, bersetuju diadakan usaha menyatukan semua pihak yang mahukan pembubaran DUN Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri tersebut. Beliau telah berjumpa dengan bekas presiden parti Semangat 46 Tengku Razaleigh Hamzah membincangkan isu pembubaran DUN Perak. Menurutnya, Ku Li menpunyai pandangan yang ‘positif’ terhadap pembubaran DUN.

Khamis, Mei 14, 2009

BILA RXZ DITUKAR...



Mat Rempit ini bukan dari Universiti Oxford atau Tokyo Universiti. Kenapa mereka perlu memikirkan masa depan. Masa depan mereka tidak ada apa apa. Mereka tidak ambil pot tentang bursa saham. Mereka tidak ada saham. Mereka tidak hiraukan seribu satu macam kempen yang mereka anggap menyusahkan hidup mereka. Mereka mahu hidup dan merayakan kehidupan. Mereka seronok merempit. LIVE TO REMPIT

KALAU BERANI MASUK LAH!!!

Tindakan Zambry kecik di Perak bukan sahaja memalukan rakyat Perak dan Malaysia tetapi tindakan merampas kuasa kerajaan pilihan rakyat adalah perbuatan mengkhianati dan menghina demokrasi di negara ini. Beliau turut memberi amaran kepada Pakatan Rakyat supaya mereka tidak memandang rendah akan keupayaannya. (Walaupun sememangnya dah pendek). “Saya mempelajari bahawa keberanian bukanlah bermakna tidak punya perasaan takut, tetapi berjaya mengatasinya. Mereka yang berani bukanlah mereka yang tidak punya perasaan takut tetapi mereka yang mampu menakluki rasa takut itu.

(Zambri jadi berani sebab ada lebih atas yang tolong cover dan jadi master mind. Jangan sampai suatu hari nanti rakyat akan baling kasut sudah lah.) Lebih suka baling terompah baru kuat aduhnya.

RAKYAT PUN BOLEH JADI TUAN HAKIM

Penyelesaiannya bukan pada istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang akan menentukannya," Anwar mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan pilihanraya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik sekarang. Mengapa Najib perlu takut untuk mengadakan pilihanraya baru di Perak, kira-kira 3,000 hadirin yang memenuhi dewan tersebut melaung: "Takut kalah". Najib dikaitkan dengan tindakan BN merampas kuasa di Perak dari Pakatan Rakyat.

Rabu, Mei 13, 2009

BILA KANTUNG WANG DAH KECUT

Apa yang menghairankan, kenaikan harga minyak itu disebabkan minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.

Atas alasan apa minyak kegunaan majoriti rakyat itu dijadikan produk premium?

(Mungkin alasan kerajaan dah kurang duit nak rolling... pastu naikkan harga minyak dan tunggu hasil keuntungan dari poket rakyat. Bila harga minyak dah naik peniaga-peniaga pun akan naikkan harga barang runcit walaupun harga sedia ada (Masih tak turun) adalah kesan kenaikkan minyak yang terdahulu.) Rakyat makin kering di negara sendiri.

Isnin, Mei 11, 2009

SEJARAH HITAM NEGERI PERAK

1. Serangan ke atas institusi Raja. Semua orang tahu rakyat Malaysia menerima sistem raja berperlembagaan di negara ini.

2. Krisis Perak ciptaan Umno adalah buat kali pertamanya di dalam negara ini institusi Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilibatkan sama bagi menyiasat kuasa seorang Speaker Dewan Undangan Negeri.

3. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai badan yang sepatutnya hanya bertanggungjawab menerima keputusan Speaker yang memutuskan sesuatu kerusi Dun sebagai kosong tidak lagi berminat menjalankan kerja suci tersebut. Sebaliknya SPR lebih seronok untuk terus menerus menjadi parti komponen BN yang tidak rasmi apabila enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi Dun-Dun yang telah diisytiharkan kosong oleh V Sivakumar.

4. Buat pertama kalinya Mahkamah sendiri sanggup membocorkan maklumat kepada akhbar bahawa saman yang difailkan oleh Sivakumar mengandungi kecacatan sedangkan saman tersebut belum didengar lagi oleh pihak Mahkamah.

5. Buat pertama kalinya seorang Speaker Dun dilarang untuk diwakili oleh peguam pilihannya sendiri semasa beliau di saman oleh Zambry. Sivakumar telah dipaksa oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh untuk diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Perak.

6. Speaker dan Adun Pakatan Rakyat yang sah dan dipilih oleh rakyat tidak dibenarkan untuk mengadakan sidang di dalam dewan persidangan kerana dewan telah dikunci dan dirantai serta dikepung oleh polis.

7. Umno yang terkenal sebagai penderhaka Agung kepada institusi Raja dengan tanpa segan silu sanggup memfitnah Dato Seri Nizar sebagai penderhaka hanya kerana ungkapan mahsyur Dato Seri Nizar kepada Tuanku Sultan iaitu "patik memohon sembah derhaka".

(Pencabulan konsep 1Malaysia)

Ahad, Mei 10, 2009

DALANG KEKECOHAN DAN GANJARAN LUMAYAN

"Saya percaya dalang di sebalik kekecohan yang berlaku di Dun Perak baru-baru ini adalah Dato' SS(State Secretary) Dato' Abdul Rahman Hashim yang mengarahkan kakitangan kerajaan negeri berbuat demikian," katanya. Beliau mendakwa Abdul Rahman meminta Setiausaha Dun memulakan dewan tanpa mempedulikan Speaker Dun, V.Sivakumar.

Chang juga menempelak laporan akhbar-akhbar arus perdana yang menuduh Adun-Adun Pakatan Rakyat yang menyebabkan kekecohan pada sidang Dun tersebut seterusnya mencemarkan kemuliaan dewan. "Media arus perdana cuba memutarbelitkan fakta mengatakan bahawa Pakatan Rakyat yang mencetuskan pergaduhan dan bertindak secara biadap. Sedangkan kami tidak berbuat demikian sehinggalah pihak polis diarahkan masuk ke dewan berkenaan," tegasnya.

(Media arus perdana membutatulikan pemikiran intelek warga kampung)

HARAM dan tidak berperlembagaan


Sekiranya perasmian persidangan bermula selepas titah Raja Nazrin, bagaimanapula mereka menjalankan sebarang urusan sebelum itu?

Raja Muda Perak yang sepatutnya membuka persidangan, memasuki kamar dewan hanya pada kira-kira jam 3.00 petang, setelah berlaku perebutan kerusi Speaker dan setelah tiga lagi usul - pemilihan Ganesan sebagai Speaker, anggota baru untuk jawatankuasa sampingan dan kelulusan pengisytiharan pembatalan sidang Pakatan Rakyat terdahulu yang diadakan di bawah sebatang pohon.

Persidangan tersebut juga melanggar beberapa lagi konvensyen, termasuk tidak mengadakan upacara mengangkat sumpah untuk Ganesan selaku Speaker. Ini, tegasnya, biasanya diadakan dalam satu upacara di masa lain di hadapan raja.

Persidangan 7 Mei adalah "haram dan tidak berperlembagaan"

(Betapa hebatnya umnobn melacurkan perlembagaan negara)

POLIS ADALAH AGEN PARTI PEMERINTAH

Peguam dan juga Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Malik Imtaz Sarwar tidak bersetuju dengan pandangan Dato' Hafarizam Harun dan Dato' Muhammad Shafee Abdullah, yang dilaporkan berkata bahawa usul yang diluluskan 7 Mei adalah sah.

"Polis telah bertindak tanpa kuasa. Mereka sebenarnya menjadikan diri mereka sebagai agen kepada sebuah parti politik dan bukan sebagai pelaksana bebas undang-undang," kata Imtaz, sambil menekankan bahawa Sivakumar adalah masih Speaker yang sah ketika itu.

Imtaz menolak penjelasan Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan BN tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil polis apabila keadaan menjadi semakin tegang.

('Syed Hamid dan Musa Hassan menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh campur tangan dalam kamar dewan walaupun sekiranya terdapat pergaduhan dan hanya petugas dewan (sergeant-at-arms) mempunyai kuasa menangkap.')

"Mereka mengatakan mereka tidak ada pilihan tapi itu tidak benar. Mereka boleh sahaja memfail untuk mendapatkan perintah mahkamah dan menyebut Sivakumar sebagai menghina mahkamah. Mereka tidak melakukan demikian tetapi memilih untuk membantu diri-sendiri tetapi membantu diri-sendiri tidak dibenarkan di bawah sistem perundangan kita," jelas Imtaz lagi dengan nada marah.

"Bahkan, cara paksaan terpaksa digunakan - dengan menggunakan polis untuk memaksa Sivakumar keluar dari kamar dewan tanpa sebarang alasan ini adalah merupakan penunjuk yang mencukupi bahawa BN tidak mempunyai penyelesaian politik mahupun perundangan terhadap kesulitan yang mereka sendiri mulakan."

(Ini lah salah satu petanda bahawa konsep satu malaysia yang dibawa Najib adalah dusta... semata-mata)

Jumaat, Mei 08, 2009

PERAGUT, GIAN DAN REMPIT


Sekali lagi negara digemparkan dengan kes ragut terbaru yang menyebabkan kematian kepada mangsa. Ibu muda berusia 33 tahun, Sharifah Mohd. Noor meninggal dunia sebaik sahaja beliau diragut semasa menaiki motosikal. Sharifah yang dalam perjalanan balik ke Melor setelah bersama dengan ibunya di Kg. Bedolah, Tumpat diragut semasa tiba di Kg, Padang Raja. Sebaik diragut, motosikal EX5 yang ditunggangnya digesel oleh motosikal peragut tersebut menyebabkan beliau hilang kawalan dan terjatuh. Sebuah kenderaan Proton dari arah bertentangan tidak dapat mengelak beliau lalu melanggarnya menyebabkan kecederaan parah di kepala dan badannya. Sharifah yang mengandung tiga bulan, meninggalkan suami Mohd Zani Awang dan lima orang anak yang masih kecil (berusia dua-tigabelas tahun).

Ini adalah kes ragut ketiga berlaku berturut-turut yang menyebabkan kematian dan kes kedua membabitkan ibu muda yang sedang mengandung. Dan yang paling malang dikala para mat rempit dan peragut-peragut dajjal ini bermaharajalela, pasukan polis lebih sibuk mengerahkan kekuatan anggotanya untuk menghalang rakyat bersuara dan berhimpun secara aman di Perak. Alangkah baiknya kalau pihak polis menumpukan tugas dan tenagakerja mereka kepada menangani dan menyelesaikan masalah peningkatan jenayah yang makin membimbangkan akhir-akhir ini.

(Mat rempit mencari jalan mudah untuk mendapatkan duit. Hampeh tul.)

Tun Mahathir kata BN Gelojoh


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan.

Jelas beliau, "Yang di-Pertuan Agong boleh melantik tetapi tak boleh pecat kecuali ada undi tak percaya terhadap Perdana Menteri tersebut," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Siri Syarahan Perdana kesembilan di Yayasan Kepimpinan Perdana.

(Suara rakyat terang-terang dicabul... nak buat camana... rakyat masih kuat bila dicabul)

Khamis, Mei 07, 2009

KILANG GOJI DISITA: PRODUK TIPU, PENGGUNA JADI MANGSA




Pernahkah anda mendengar perkataan Goji? Walaupun bunyinya asing, tetapi ramai rakyat malaysia telah meminumnya. Semuanya atas dasar, makanan kesihatan. Segala-galanya terbongkar, apabila kilang memprosesnya, di Sg Chua Kajang diserbu. Turut diserbu, syarikat pengedarnya di Jalan Kuchai Lama, dan berpuluh ribu paket Goji, siap untuk diagihkan kepada pengedar jualan langsungnya, dirampas.

Serbuan dilakukan serentak di beberapa lokasi seluruh negara membabitkan pengilang, pengedar barangan ini. Dan memang benar, kilang membuat, memproses dan membungkus Goji ini terletak di Sg Chua Kajang di mana tiada siapa mengetahui, ia mempunyai dua buah kilang – berlesen dan haram. Ia terletak di dalam bangunan di antara deretan bengkel kereta, barangan hardware, welding dan macam-macam yang tiada kaitan dengan produk makanan. Semuanya tertutup dari luar tanpa ada sebarang papantanda.

Serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan diketuai Timbalan Pengarahnya, Hj Wan Hamid Wan Ibrahim bersama 25 pegawai dan anggota. Dua buah kilang diserbu, dan kedua-duanya mempunyai kaitan dan mengeluarkan produk Goji yang sama, label yang sama, kandungan yang sama dan untuk syarikat yang sama. Yang membezakannya, sebuah adalah kilang berlesen, manakala sebuah lagi yang hanya terletak di blok belakang kilang berlesen, adalah kilang haram , tidak berlesen.

Ketika serbuan, dua lelaki dipercayai warga India yang berada di dalam ‘makmal’ sedang sibuk membuat campuran adunan untuk Goji tersebut. Lagak umpama saintis, kedua-duanya kemudian melarikan diri menyedari tempat mereka diserbu. Apa yang dapat ditemui di dalam kilang utama, hanyalah beberapa pekerja wanita warga Indonesia yang nampaknya langsung tidak menghiraukan kehadiran anggota penguatkuasa, malah dengan selamba menjawab, paspot ada pada ‘bos’.

Hasil pemeriksaan di kilang utama, ditemui berpuluh ribu bungkusan (sachet) Goji yang telah dibubuh ke dalam kotak siap untuk dihantar kepada pengedar utama di Kuchai Lama. Pelbagai barangan berupa tepung/bahan yang telah dihancurkan ditemui berwarna kelabu dan putih.

Begitu juga di kilang haram yang terletak di blok belakang. Kerja-kerja mengisar dan mencurahkan serbuk yang telah menjadi ‘Goji’, dicurahkan ke dalam bekas palstik dan siap untuk dibungkus menggunakan mesin. Dan, seperti dijangka, satu bungkusan putih dipercayai ‘sildenafil’ ditemui di dalam kilang haram di belakang kilang utama itu yang dipercayai menjadi bahan campuran di dalam ‘Goji’ yang diproses.

Penggunaan ‘sildenafil’ tanpa perskrepsi doktor boleh menurunkan tekanan darah dan boleh membawa kesan serius seperti serangan jantung yang mampu membawa maut. Ia juga boleh menyebabkan masalah pernafasan.

(Produk ni umpama Silent Killer... )

SPEAKER KENA TANGKAP..! Mana Immuniti?

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar dari Pakatan Rakyat yang tidak berganjak dari tempat duduknya sejak lima jam lalu telah diangkut keluar oleh pasukan polis keluar dari Dewan.

Walaupun tindakan membawa beliau keluar telah dihalang oleh anggota DUN Pakatan tetapi Sivakumar telah diangkut keluar dari Dewan kira-kira pukul 2.40 petang tadi oleh sepasukan polis.

Suasana dalam Dewan masih lagi kecoh dan kelam kabut sementara pergelutan antara anggota DUN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan masih berterusan.

Dalam pada itu, Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah masih berada di bangunan SUK negeri untuk merasmikan sidang DUN tersebut.

Baginda dijangka akan memberi ucapan Titah Diraja dalam waktu terdekat.

Sementara itu, Speaker baru 'lantikan' BN, Datuk R Ganesan kini mengambil alih tempat untuk memulakan sidang DUN negeri.

Bagaimanapun, tindakan Ganesan itu dihalang oleh beberapa anggota DUN Pakatan. / Mstar

(Kata dalam persidangan dewan semua ADUN ada immuniti. Kenapa V Sivakumar ditangkap. Dari mana pulak datang SB yang begitu ramai. Adakah SB dibayar begitu lumayan untuk menangkap speaker.) Kat kedai kereta lagi banyak speaker dalam pelbagai jenama... keh..keh... murah aje.?

Zambry @ Nizar: Isnin Baru Tahu

Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Isnin ini untuk membuat keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah antara Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan penutup peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohamad Nizar bagi semakan kehakiman untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

(Keputusan mahkamah mesti menyebelahi pihak pemerintah. Kerana mereka takut menderhaka kepada sultan. Apa pun tunggu hari Isnin ini untuk mengetahui keputusannya.)

RACUN PEMBUNUH SECARA SENYAP


APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.



MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.

Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.

Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.



MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.



FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit



BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.

(Lebih selamat gosok gigi dengan berus kosong aje... pastu kunyah gula-gula yang bermenthol... baru sejuk..)

MASUK PERANGKAP POLIS: Suara Rakyat Dipijak-pijak


Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa telah ditahan polis pagi ini.

Salahuddin sebelum ini ditahan dipercayai ketika cuba untuk membuat sidang media di wisma DAP berhampiran Dewan Undangan Negeri Perak.

Sementara itu, sebentar tadi Mujahid turut ditahan polis apabila berada di sekitar kawasan bangunan DUN.

Dalam pada itu, tiga wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; ADUN Teratai, Janice Lee dan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dipercayai turut ditahan sebentar tadi.

Sementara itu, kira-kira 20 orang sudah ditahan polis dipercayai ketika berada di sekitar kawasan berhampiran Dun Perak.

Selain itu, suasana di sekitar bulatan Taman Tasik Seenivasagam turut kecoh dan kelam-kabut apabila pihak polis dilihat mengejar orang ramai yang didapati sedang berkumpul.

(Rakyat dah kena main dengan polis, nak beri sokongan pun kena tangkap.)

RAHSIA TERDEDAH: Rosmah-Altantuya

Penulis blog popular, Raja Petra Kamaruddin dalam tulisan terbaru hari ini mendedahkan identiti sumbernya berhubung dakwaan wanita pertama negara Rosmah Mansor berada di tempat Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Menurut pengendali blog Malaysia Today, maklumat kontroversi tersebut datang daripada Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin, “orang nombor dua dalam unit khas bahagian risikan tentera” Malaysia.

Beliau bertemu pegawai tentera melalui seorang rakannya, Nik Azmi Nik Daud, yang dikenalinya sejak 45 tahun lalu.

Nik Azmi seorang pembantu ahli politik veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, kata penulis itu lagi.

Beliau juga memohon pertolongan daripada beberapa individu antaranya termasuk pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang lagi pembantu Tengku Razaleigh tentang kredibiliti pegawai tentera tersebut.

Dalam tulisan blognya, beliau juga mendakwa ditawarkan sebanyak RM30,000 sebulan oleh Datuk Jamaluddin Jarjis, seorang kenalan dekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai imbuhan agar beliau berhenti menulis tentang wanita Mongolia tersebut.

(Cepat Pak Polisi... Siasat nama-nama tersebut dan jangan buat 'derk' aje?)

Gani Patail, Suka Hati Buat Keputusan

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara , Tan Sri Abd. Gani Patail yang menyatakan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin dilucutkan daripada jawatan Menteri Besar Negeri Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak .

Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa berkata, Tan Sri Gani harus sedar kedudukan ADUN Barisan Nasional berjumlah 28, seimbang dengan ADUN Pakatan Rakyat.

Katanya tiga orang ADUN yang ‘melompat’ mengisytiharkan diri mereka ‘bebas’ dan tidak mewakili mana-mana parti.

Beliau mempersoalkan, sekiranya Datuk Seri Nizar boleh dilucutkan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan ADUN, bagaimana pula kedudukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said?

“Menteri Besar Negeri Terengganu, Datuk Ahmad Said, secara jelas tidak mendapat kepercayaan daripada 18 ADUN BN, sehingga menimbulkan ketegangan dan konflik politik di Negeri Terengganu yang memalukan dan melucukan,” katanya

(#@* natang*@##)

Selasa, Mei 05, 2009

SOLAT HAJAT: POHON KEPASTIAN KEBENARAN


"Sidang Dun Perak 7 Mei nanti akan ada dua Menteri Besar, Dua Speaker dan Dua kerajaan jadi kita amat khuatir kerumitan dan kesulitan yang sudah ada ini akan bertambah.

"Oleh yang demikian kita mendesak agar Dun Perak dibubarkan dan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan pilihan mereka," tegas Mohamad Sabu dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, dekat sini tengah hari tadi.

Program solat hajat, doa munajat dan solat subuh pada 7 Mei ini jam 5.00 pagi di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak.

(Berjuanglah kerana Allah... Agama dan Saudara Sebangsa.)

Memelihara Nama Baik Islam

Kerasulan baginda Nabi Muhammad s.a.w. yang dipilih khusus oleh Allah SWT sebagai Nabi dan Rasul terakhir, adalah untuk membawa agama yang benar daripada Allah serta memelihara nama baiknya daripada tercemar. Justeru baginda melakukan yang terbaik bagi memastikan kesinambungan nama baik Islam terus berada pada tahap dan keadaan yang sempurna.

Dalam Sirah baginda, jelas menunjukkan bahawa baginda sedaya upaya menjernihkan Islam daripada angkara keceluparan mulut, tindakan atau perbuatan yang boleh merudumkan nama baik Islam seperti tidak berakhlak mulia di hadapan bukan Islam, sedangkan ketika bersama sesama Islam baginda berbuat baik dengan mereka. Baginda tidak memakai pakaian yang boleh menjatuhkan imejnya bukan sahaja sebagai seorang Nabi, tetapi sebagai seorang Muslim yang mempratikkan Islam.

Contoh mengenainya terlalu banyak berdasarkan Sirah baginda mendaulatkan Islam selama 23 tahun yang tercatat dalam sejarah tamadun Islam. Ia dapat dilihat bagaimana baginda menunjukkan sikap positif terhadap semua bangsa manusia, tidak kira sama ada mereka golongan sahabatnya, bukan Islam atau musuh-musuh Islam yang terkenal pada masa itu dengan golongan 'munafiqin' atau 'Zindiq' yang berpura-pura menerima Islam di hadapan Rasulullah s.a.w.

Ustaz Zainudin Hashim, baca lagi...

DAKWAT CELUP JARI (Finger Print)


Ada yang mencadangkan agar SPR memulakan penggunaaan dakwat "celup jari" pada pilihan raya kecil Dun Penanti. Sebelum ianya terlaksana perlulah difikirkan adakah ianya benar-benar tepat atau sebaliknya. Garisan-garisan yang terdapat di ibu jari adalah identiti sebenar seseorang yang tiada pada orang lain. Jika ianya disalah guna (Jenayah), ini memudahkan pihak forensik mengenali identiti sebenar siapa yang dicari. Zaman teknologi serba canggih ini mampu menzahirkan apa yang tiada.

(Lu pikior lah sendiri...)

Isnin, Mei 04, 2009

LUARAN WAJAH NAMPAK BAIK: HATI BUSUK PIANG...


Ini adalah kisah yang membabitkan hubungan cinta antara En Amir Bazli Abdullah dengan Nurul Hidayah Ahmad Zahid (Dato' Ahmad Zahid Hamidi - hari ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sebelum ini adalah menteri Penerangan).

Percintaan terhalang ini mengakibatkan En Amir Bazli Abdullah menghadapi kecederaan kekal di mukanya. Amir Bazli Abdullah diculik dan dipukul dengan begitu teruk hanya kerana menjalinkan perhubungan cinta dengan Nurul Hidayah, Puteri Dato' Ahmad Zahid Hamidi.

Tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini telah menyebabkan kehidupannya berubah dengan kecacatan kekal di muka dan hidung beliau. Dato' Ahmad Zahid Hamidi dan rajan-rakan "gangstser" beliau telah melakukan semua ini dan sehingga hari ini masih bebas tanpa diambil sebarang tindakan.

Dato' Ahmad Zahid Hamidi adalah orang yang bertanggungjawab dan sepatutnya beliau perlu dihakim atas tindakan melampau beliau. Pendedahan ini akan memaparkan kebenaran apa yang sebenarnya berlaku dan kenapa tindakan masih tidak diambil ke atas Dato' Ahmad Zahid Hamidi.

Adakah kerana beliau berjawatan Timbalan Menteri, maka beliau berhak untuk melakukan apa sahaja sehingga melakukan kenayah yang melibatkan penculikan, penderaan, pukul dan mengugut bunuh?

baca lagi...

(Ceh ada geng berani loo... cuba 1+1... gerenti hilang batu..)

BRAVEHEART-Bukit Gantang: Bukti UMNOBN TAKUT



Kehadaran penyokong BN dalam penamaan calon PRK Bukit Gantang yang lepas menyaksikan suatu jurang kehadiran yang sangat nyata. bayangkan ramai yang menganggarkan paling ramai kehadiran pihak BN hanya 5000 malah ada yang menanggarkan cuma paling banyak 3000 orang sahaja dipihak BN.


Sebaliknya kehadiran pihak Pakatan Rakyat saya anggarkan mencecah 30,000 orang. Malah satu hal yang tidak dapat dinafikan kehadiran sejumlah lautan manusia sebegitu ramai bukanya dari imbuhan wang minyak kereta atau makan free untuk mereka, tetapi mereka datang khusus yang beragama islam atas hasrat peribadi mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata. Bagi yang bukan Islam mereka bersatu untuk menyaksikan kejatuhan BN secepat mungkin. Mereka bergerak seawalnya beberapa hari sebelum penamaan calon untuk menghadirkan diri dalam hari penamaan calon tersebut.


Dipihak BN pula diakui atau tidak mereka datang dengan upah yang diharapkan didunia semata-mata. Tiada makan percuma atau imbuhan wang mustahil mereka boleh datang. Kerana itu belanja yang sangat besar diperlukan bila BN ingin berdepan dengan lautan penyokong Pakatan Rakyat yang datang cuma dengan semangat dan bagi yang beragama Islam mengharapkan "pahala".


Kerana itu saya sangat yakin bahawa peraturan yang dibuat dengan menghadkan jumlah kehadiran sebanyak 5000 orang sahaja kepada parti yang bertanding jelas membuktikan BN dalam keadaan yang terdesak sehingga SPR dan Polis diperkudakan untuk mengeluarkan peraturan "tidak masuk akal itu"

DRS. KHALIL IDHAM LIM

MEDIA BEBAS: 3 Mei


Hari Kebebasan media jatuh pada tanggal 3 Mei setiap tahun. Bersempena dengan perlantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri baru, kita mungkin tertanya-tanya apakah halatuju media di mata beliau.

Dalam sebuah Negara yang berpegang kepada demokrasi yang digembar-gemburkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), amalan media yang bebas menjadi pegangan.

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia mempunyai akta khusus bagi mencengkam kebebasan tersebut. Akta Percetakan dan Penerbitan menjadi kekangan dalam perihal ini. Sebarang penerbitan termaktub dalam akta ini termasuk pihak kerajaan mempunyai kuasa bagi menetapkan syarat-syarat penerbitan tersebut.

Faisal Mustaffa, baca lagi...

(Demokrasi terpimpin, yang dibawa oleh umnobn)

Post Haru Biru

Arkib Blog