Jumaat, Mei 29, 2009
TOYO TOLAK TOL TOLOL
(Moral: Weh cari idea dan subjek yang lebih baik untuk memperkasakan rakyat)
TOKEH 1MALAYSIA DAPAT BALA
(Moral: Tak best nak selesaikan kes berprofile tinggi ni. Baik pi kacau politik Pakatan Rakyat... kata salah seorang yang berpakaian biru.... keh..koh..keh)
Khamis, Mei 28, 2009
PAKAT TURUN RAMAI-RAMAI
"Umno sebenarnya teringin nak masuk pilihan raya tapi tak boleh kerana boss BN tak bagi sebab takut kalah. Bila dia dah bagi bendera putih (serah kalah) dekat kita, jentera Umno jadi gelisah dan mereka merancang buat strategi buruk menyeru rakyat jangan keluar undi"
(Moral: Jika bos sayang pekerjanya modal akan dikeluarkan bagi permudahkan kerja harian. Bos yang mementingkan diri akan kata.. lantak kau lah Aminah oii...)
JERAT LIBAS
(Moral: Bila tahan jerat, biawak pulak yang mengena)
PUSING TANGAN DI SARAWAK
(Moral: Yang baik di terbalikkan dengan mudah. Nampaknya habis lah anak-anak gadis sarawak putih gebu di'gelek'kan oleh juak-juak hadari nih)
14 Julai di Manek Urai

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai. Demikian diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya hari ini. Pilihanraya dipanggil susulan kekosongan kerusi itu yang ditinggalkan penyandangnya Ismail Yaakub apabila pulang ke rahmatullah 22 Mei lalu. Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi dalam kerusi kawasan pedalaman itu di kawasan parlimen Kuala Krai.
(Moral: Bertanding dengan jiwa yang bersih)
NAK MENANG ATAS SIMPATI KAH
Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cheah Ka Peng, 43, dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang, Peter Lim Eng Nam, 32, mengaku mereka adalah dua individu yang terdapat dalam rakaman suara yang didedahkan oleh Aminah 25 Mei lalu.
"Kami tidak menawarkan apa-apa kepadanya... hanya berbincang perkara-perkara biasa," kata Cheah pada sidang media khas bagi menjelaskan mengenai isu tersebut di sini, 25 Mei lalu. Kak Minah (Aminah) sebelum ini selalu jemput saya datang ke rumahnya... jadi pada 12 Mei saya hubungi beliau untuk aturkan makan tengah hari keesokkan harinya dan Kak Minah minta saya ajak (Cheah) Ka Peng bersama. Kemudian pada pagi 13 Mei, Kak Minah hubungi saya semula untuk pastikan mengenai temu janji pada tengah hari itu. Beliau kata akan masak untuk kami, saya tak jangka kawan baik seperti kami telah digunakan dan dipermainkan oleh beliau. Beliau bukan hanya sediakan makanan, tapi juga sediakan perakam suara untuk kami... saya sangat sedih dan kecewa,"
(Moral: Macam dah Plan nak rakam lak si aminah ni. Siap ada mic... ingat nak ajak karaoke... wakakaaa...)
Rabu, Mei 27, 2009
FRUST Bila Hero Umnobn Tarik Diri
Debat yang dibincangkan adalah mengenai Politik Wang atau lebih tepat lagi RASUAH ITU HARAM. Adakah tajuk debat tersebut mengigilkan Zahid Hamidi sehingga kecut perut dan tersorok batu. Atau tak dak si pengarang yang power nak tulis hujah menepis.
(Moral: Berdebat dengan fakta dan ditepis dengan fakta mampu mengembangkan kepala hotak yang cetek. Peribahasa Seperti katak dibawah tempurung dah tak boleh pakai sebab si katak dah langgan internet dan astro)
Pakat Pi Sana Muhyiddin Ikut (PPSMI) Bhg 2
bahagian lepas>>>
(Moral: Lebih suka guna bahasa pasar campur loghat)
MENGEJAR DUNIAWI
-majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82 yang cuba membangkitkan api perkauman-
(Moral: Siakap senohong gelama ikan duri, Bercakap bohong lama-lama tak tahu apa nak jadi.)
Selasa, Mei 26, 2009
AMBUSH
(Moral: Cari rezeki halal baru berkat seumur hidup. Memang susah nak senang, Memang susah nak susah)
BERDEMONSTRASI DEPAN LEMBU
(Moral: Cuba acah-acah lembu bagi dia kejar.... maka lembu pun berkata... hampeh!! sama je)
BUKU TIGA LIMA (555)
“Sebab itu apabila pakatan mengambil alih dan kita membongkar salah guna wang rakyat ini secara terbuka supaya rakyat dapat menilai sikap dan cara pemimpin-pemimpin BN menguruskan segala amanah yang rakyat berikan kepada mereka. Inilah antara ketakutan yang dihadapi oleh BN apabila kita dapat mengambil alih negri-negeri yang telah lama berada dibawah mereka. Mereka terlalu banyak penyelewengan dan wang-wang rakyat tidak sampai kepada rakyat sebaliknya disapu oleh pemimpin dan kroni-kroni mereka. Lebih menakutkan mereka apabila Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negeri-negeri yang kita tawan dengan memberikan perkhidmatan yang jauh lebih baik kepada rakyat seperti air percuma di Selangor, penurunan cukai tanah sebanyak 70 peratus di Kedah, Kemiskinan sifar di Pulau Pinang, pemberian tanah kepada rakyat di Perak dan semua ini adalah adalah bukti dan janji kita pada rakyat,”
-suara keadilan online-
(Moral: Pak mat, makan hari ni masuk buku ya.. ujung bulan bayar. keh...koh..keh.. Jangan londehkan seluar malu lah)
BUKIT KAYU HITAM BEBAS CUKAI
(Moral: Suka hantaq pengundi guna motor, nak guna 'lori hantu' takut depa kata bawak pengundi hantu. Apa pun tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat. Kalau hangpa tak dak. menteri pun tak dak gak)
Isnin, Mei 25, 2009
AMINAH BUKA DADA

(Moral: Lebih baik jual vcd ORI Aminah dari membeli vcd cetakrompak di kedai.. keh..keh..keh... Kalau nak buat marketing diri sendiri jangan lah kutuk mengutuk. Juallah kelebihan yang ada dalam diri dan mampu bekerja untuk rakyat)
Ahad, Mei 24, 2009
PENANTI MENANTI KOTAK MISTERI
Pos laju malaysia hari ini sedang berusaha membungkus kotak yang dikatakan mesteri untuk dihantar ke Penanti. Walaubagaimanapun kotak tersebut masih tidak dihantar dan menunggu lampu hijau dari lapisan atas. Buat masa ini Pemuda Umno Malaysia turun ke Penanti untuk membuat program penerangan. Lokasi sekitar 'Lubuk Meriam' dengan barisan penceramah 'hebatnya' seperti Lokman Adam.
(Moral: Nampaknya jentera penerangan unmobn dah tak penguler lagi. Ceramah lah yang hebat-hebat jangan jadi maleng di penanti. Nanti dapat cop kanakkan ungol)
PEMIKIRAN ORANG LAMA

"Kesemua Menteri Besar di Malaysia, memegang jawatan ini kerana undi yang diberikan rakyat kepada kami, bukan keputusan mahkamah yang memutuskannya. Sekiranya kaedah 'rampas kuasa' yang dilakukan Umno-BN ke atas kerajaan Perak 'dihalalkan', maka ini bermakna ia mungkin akan dilaksanakan di negeri-negeri lain selepas ini. Cara apakah ini? Islam pun tidak, demokrasi pun tidak. Umno sekarang bukan lagi sebuah parti politik sebaliknya ia sebuah gerombolan pemikiran sahaja. Kenyataan yang dibuat Najib dan pemimpin BN sebelum itu membuktikan rendahnya moral dan maruah parti tersebut apatah lagi dengan keengganan mereka untuk bertanding di Penanti" Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
BERI BARANG KE TANGAN KERA
(Moral: Bila terjerut leher, mula minta tolong dengan tuannya supaya dibebaskan. Lepastu terkinja-kinja sambil menjaja 400% menyokong tuannya. Bila berjaya semua kes dilenyapkan begitu sahaja)
Sabtu, Mei 23, 2009
BERHAKIM KEPADA BERUK
Baru mengeluarkan suara lantang, dah ada ugutan. Apa cerita beb.
(Moral: Bila Zambry dah menang, masing-masing nak tunjuk 'teror')
Jumaat, Mei 22, 2009
FORMULA PENERANGAN UMNOBN
(Moral: Kalau dah tinggi hidung macamana nak turun ke bendang)
RAKYAT PERAK NGANGA
(Moral: Lebih baik dok kat gua tempurung bertapa dan mempelajari undang-undang rimba)
GEMERSIK Dan ASYIK
Satu Malaysia: Menggunakan satu undang-undang yang di tunggang oleh satu orang bagi membenteras pembangkang.
Rakyat Didahulukan: Sebagai umpan untuk mengaut keuntungan kemudian dilupakan. Suara Rakyat Perak diketepikan.
Pencapaian Diutamakan: bila rakyat termakan pancing baru boleh guna dacing untuk pembahagian keuntungan buat saing.
(Moral: Bila dah memerintah rakyat kena kencing sampai basah hancing, kemudian barulah terhegeh-hegeh nak tukar parti lain)
HARUMNYA UDARA SYURGA
(Moral: Budi yang baik akan dikenang. Jiwa yang tulus mampu memberi hidayah sepenuhnya)
Khamis, Mei 21, 2009
KENA CUBIT, TAMPAR BALIK

Pelompat katak tersohor Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang), suka hati meggulingkan dan menyorokkan fakta serta menuduh MB Nizar bersekongkong dengan DAP. Kenyataan beliau mengenai isu tanah yang diberikan kepada kerakyatan Malaysia berbangsa cina selam 999 tahun serta pembelian kereta camry untuk kegunaan EXCO adalah membazir. Pelompat tersohor mendakwa bahawa nisbah Melayu yang mendapat tanah hanya tiga berbanding sembilan bukan Melayu.
Dengan otak katak yang kecil, Jamaluddin Mohd Radzi tidak tahu berapa luas tanah yang diberi kepada Melayu dan bukan Melayu? Setiap rakyat Melayu yang mendiami tanah TOL atau tanah lesen di kampung-kampung Melayu tradisional akan menerima paling kurangpun dua ekar tanah pertanian untuk kediaman dan dusun. Manakala rakyat bukan Melayu yang mendiami kampung-kampung baru hanya diberi hak milik tapak kediaman sahaja yang keluasannya kurang daripada 90’x90’. Kalau nak harapkan umnobn nak bagi, jangan haraplah sebab tak menguntungkan mereka.

(Moral: Kalu otak kecil jangan berguru dengan pengamal ilmu kira-kira bahasa omputih nanti kepala sakit. Carilah yang fasih berbahasa MELAYU supaya lebih faham dan boleh buat huraian sendiri)
APPLE Kena NGAP

Macam biasa lepas aje Isyak, tangan terus capai motor garang menuju ke pot biasa. Ramai gak malam ni dok layan irama kapok petikan kawan aku. layan sampai keluar suara ramli sarip hingga tak sedar malam dah makin lanjut. Jiran sebelah yang sergah aku hari tu pun ada, cuti katanya. Sambil menunjukkan 'barang kes' I-Phone 3g yang dirampas tempoh hari. Fullamak!!.. punya la cun, mantap dan slim mengalahkan Nurul Syuhada lak. Melampaui batas, guna jari je. Kebetulan lak ada gelombang wifi percuma menerjah masuk, apa lagi dengan kembang hidung dia berlayar. Pergh... member lain pun ambil kesempatan singgah di laman-laman yang tidak berkenaan (hanya Lelaki aje). Baguih juga ada menatang ni (I-Phone), boleh bloging dimana-mana sahaja.

(Moral: Teknologi laju macam ribut, kena cucuk angin sampai semput... kho..kho..khoh)
Pakat Pi Sana Muhyiddin Ikut (PPSMI)
Bahasa melayu memang indah dalam sastera (Bicara, Teruna, Lembayung, Senjakala). Kalau kena ritmanya boleh lentok dan bercurahan air mata. (boleh meneliti lagu-lagu yang dimuatkan dalam cd versi Tangkap Lentok dan Tangkap Nangis). Penghayatan bahasa melayu mampu menikam jiwa. (Bahasa Terindah, Janda Setinggan, Hidup Bersama - A.Samad Said).
Bagi mereka yang suka bahasa melayu pasar yang dicampur dengan loghat, memang mudah untuk berbicara sesama sendiri walaupun bunyinya agak kasar. (woi.. apa habag hang, dok buat apa la ni, kawe dok lagu ni dok cokeng)
Lain pula dengan bahasa istana "Patik Menyembah Derhaka". yang disalah tafsir oleh golongan buta bahasa ibundanya sendiri. Hampeh!! patut pun buat 'derk' je bila rakyat membantah PPSMI.
JANGAN TOLEH BELAKANG
Rabu, Mei 20, 2009
Khir Tunduk, Kura-kura Memanjat
Selasa, Mei 19, 2009
TUA DAN NYAYOK
Bila usia sudah lanjut, setiap keputusan mesti diteliti dengan tajam, supaya tidak merugikan bangsa sendiri.
JIWA PERJUANGAN SEBENAR

Fairus Khairuddin yang meletakkan jawatan sebagai adun penanti kerana didakwa dengan kes rasuah oleh juak-juak umnobn, merupakan contoh yang perlu diikut oleh ahli-ahli umnobn yang terlibat dengan rasuah. Walaupun suruhanjaya pencegah rasuah tiada bukti kukuh dan namanya kini telah besih, Fairus Khairuddin mampu meletakkan dirinya sebagai memperjuangan hak rakyat yang sebenar. Kalau di bandingkan dengan 3 ekor beruk di Perak (Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu, Datuk Nasarudin Hashim), Fairus Khairuddin lebih mulia jiwanya dari mereka tersebut.
Sebagai Perjuang hak rakyat, perlu diingat 7 dosa-dosa besar..
1. Syirik kepada Allah
2. Sihir
3. Membunuh
4. Memakan harta anak yatim
5. Memakan riba
6. Lari dari medan pertempuran
7. Menuduh perempuan yang suci melakukan zina
Satu Malaysia Dan Satu Pusat
Isnin, Mei 18, 2009
DOK MELANGUT
KACAMATA GELAP: Mengelak Sinaran Ultra Ungu

Najib Razak terpaksa menggunakan spek mata gelap bagi mengelak bertentangan mata dengan pembangkang. Dengan spek ini Najib dapat meyakinkan dirinya bila berhadapan dengan Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang. Jika pertemuan dan muzakarah ini terjadi, nescaya umnobn akan pening kena tune dengan Anwar. Maka kata-kata beliau "Kita sedia berdepan dengan rakyat," akan menjadi tanda soal?
Bercakap Dengan JIN
LAMBUNG SYILING: KEPALA @ BADAN
Pakatan Rakyat yang meragui samada Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah atau tidak berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini, di mana ia telah memutuskan Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Seterusnya, pertikaian ini juga melibatkan samada penghakiman untuk menggantungkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut (sementara menunggu rayuan) adalah sah atau tidak dan pertikaian ini juga sedang dirujuk ke Mahkamah Rayuan;
Ahad, Mei 17, 2009
LEMBAGA DISEBALIK TABIR
Carlsberg Dengan Produk Halalnya: Kilang pembuatan arak terbesar di Malaysia dan juga antara pengeksport utama arak jenama Carlsberg di Asia yang terletak di Shah Alam. Sekiranya anda melalui lebuhraya persekutuan ke arah Klang pasti anda akan melihat kilang yang tersergam berwarna hijau ini. Kilang ini juga mengeluarkan produk halal jenama NUTRIMALT (Saingan MALTA). Jangan terkeliru dan jangan bagi sokongan moral. Buat penggemar minuman yang memberi tenaga dan menghilangkan letih baik minum jus tongkat ali dan pastikan pengilangnya orang melayu.

Mana Perginya Azilah dan Sirul
MUKA Tembok sebab jiwa Rock
(Moral: ambik tahulah pekerjaan jiran sebelah rumah anda.. wakakah)
IRAMA SATU MALAYSIA
CO: D, A, D, G
Kau laungkan kata-kata
Bahawa satu malaysia
mampu membawa kejalan mulia
Walaupun pertengahannya hiba
Basah kuyup bermandi peluh
Tanam padi lalang yang tumbuh
Satu Malaysia slogan yang ampuh
Lelah dibawa wahai sang lusuh
Tapi kini semuanya pudar
Hanya bermain dalam poket seluar
Bila penuh baru keluar
Kemudian boleh tawar menawar
CO/
Satu Malaysia
Malaysia yang satu
Laungan semua
Menjadi buntu
Bicara menambah keyakinan
Berlindung di sebalik telunjuk
Berlurah bawah pendakian
Matlamat menjadi habuk
Kau laungkan kata-kata
Bahawa satu malaysia
mampu membawa kejalan mulia
Walaupun pertengahannya hiba
Ooh... Satu Malaysia
Ooh... Malaysia yang satu
Ooh... Laungan semua
Ooh... Menjadi buntu
*Repeat All
Note: Copyright Budak Kampung Online
UMNO Bagai Kambing Harga Dua Kupang

Bila mendapat sokongan majoriti ADUN yang dibeli, umnobn bangga dan angkuh menolak suara rakyat. Kini suara rakyat sudah tidak bernilai dan terlalu murah. Semalam Datuk Nazri dengan baculnya mengeluarkan kenyataan supaya tidak mengadakan pilihanraya di Perak walaupun rakyat 400% mahukan pilihanraya bagi menentukan kerajaan yang bakal memimpin negeri Perak.
Adakah juak-juak umnobn ini bagai kambing yang dijunjung. Bila dicabar oleh pembangkang, umnobn masuk tengkok dalam cengkerang sambil jari menunjuk kearah lain?
PAKATAN RAKYAT: Baru Bertunas dipetik Pucuknya
Jika dulu di kampung-kampung yang ada parit, kita akan melihat lembaga menenggek di atas titi. Bila disuluh, yang malu akan lari lintang-pukang dan yang berani hanya menyelak kain menutup muka.
Husam Musa Pergi Ke GUA
Khamis, Mei 14, 2009
BILA RXZ DITUKAR...

Mat Rempit ini bukan dari Universiti Oxford atau Tokyo Universiti. Kenapa mereka perlu memikirkan masa depan. Masa depan mereka tidak ada apa apa. Mereka tidak ambil pot tentang bursa saham. Mereka tidak ada saham. Mereka tidak hiraukan seribu satu macam kempen yang mereka anggap menyusahkan hidup mereka. Mereka mahu hidup dan merayakan kehidupan. Mereka seronok merempit. LIVE TO REMPIT




KALAU BERANI MASUK LAH!!!
(Zambri jadi berani sebab ada lebih atas yang tolong cover dan jadi master mind. Jangan sampai suatu hari nanti rakyat akan baling kasut sudah lah.) Lebih suka baling terompah baru kuat aduhnya.
RAKYAT PUN BOLEH JADI TUAN HAKIM
Rabu, Mei 13, 2009
BILA KANTUNG WANG DAH KECUT
Atas alasan apa minyak kegunaan majoriti rakyat itu dijadikan produk premium?
(Mungkin alasan kerajaan dah kurang duit nak rolling... pastu naikkan harga minyak dan tunggu hasil keuntungan dari poket rakyat. Bila harga minyak dah naik peniaga-peniaga pun akan naikkan harga barang runcit walaupun harga sedia ada (Masih tak turun) adalah kesan kenaikkan minyak yang terdahulu.) Rakyat makin kering di negara sendiri.
Isnin, Mei 11, 2009
SEJARAH HITAM NEGERI PERAK
2. Krisis Perak ciptaan Umno adalah buat kali pertamanya di dalam negara ini institusi Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilibatkan sama bagi menyiasat kuasa seorang Speaker Dewan Undangan Negeri.
3. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai badan yang sepatutnya hanya bertanggungjawab menerima keputusan Speaker yang memutuskan sesuatu kerusi Dun sebagai kosong tidak lagi berminat menjalankan kerja suci tersebut. Sebaliknya SPR lebih seronok untuk terus menerus menjadi parti komponen BN yang tidak rasmi apabila enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi Dun-Dun yang telah diisytiharkan kosong oleh V Sivakumar.
4. Buat pertama kalinya Mahkamah sendiri sanggup membocorkan maklumat kepada akhbar bahawa saman yang difailkan oleh Sivakumar mengandungi kecacatan sedangkan saman tersebut belum didengar lagi oleh pihak Mahkamah.
5. Buat pertama kalinya seorang Speaker Dun dilarang untuk diwakili oleh peguam pilihannya sendiri semasa beliau di saman oleh Zambry. Sivakumar telah dipaksa oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh untuk diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Perak.
6. Speaker dan Adun Pakatan Rakyat yang sah dan dipilih oleh rakyat tidak dibenarkan untuk mengadakan sidang di dalam dewan persidangan kerana dewan telah dikunci dan dirantai serta dikepung oleh polis.
7. Umno yang terkenal sebagai penderhaka Agung kepada institusi Raja dengan tanpa segan silu sanggup memfitnah Dato Seri Nizar sebagai penderhaka hanya kerana ungkapan mahsyur Dato Seri Nizar kepada Tuanku Sultan iaitu "patik memohon sembah derhaka".
(Pencabulan konsep 1Malaysia)
Ahad, Mei 10, 2009
DALANG KEKECOHAN DAN GANJARAN LUMAYAN
Chang juga menempelak laporan akhbar-akhbar arus perdana yang menuduh Adun-Adun Pakatan Rakyat yang menyebabkan kekecohan pada sidang Dun tersebut seterusnya mencemarkan kemuliaan dewan. "Media arus perdana cuba memutarbelitkan fakta mengatakan bahawa Pakatan Rakyat yang mencetuskan pergaduhan dan bertindak secara biadap. Sedangkan kami tidak berbuat demikian sehinggalah pihak polis diarahkan masuk ke dewan berkenaan," tegasnya.
(Media arus perdana membutatulikan pemikiran intelek warga kampung)
HARAM dan tidak berperlembagaan

Sekiranya perasmian persidangan bermula selepas titah Raja Nazrin, bagaimanapula mereka menjalankan sebarang urusan sebelum itu?
Raja Muda Perak yang sepatutnya membuka persidangan, memasuki kamar dewan hanya pada kira-kira jam 3.00 petang, setelah berlaku perebutan kerusi Speaker dan setelah tiga lagi usul - pemilihan Ganesan sebagai Speaker, anggota baru untuk jawatankuasa sampingan dan kelulusan pengisytiharan pembatalan sidang Pakatan Rakyat terdahulu yang diadakan di bawah sebatang pohon.
Persidangan tersebut juga melanggar beberapa lagi konvensyen, termasuk tidak mengadakan upacara mengangkat sumpah untuk Ganesan selaku Speaker. Ini, tegasnya, biasanya diadakan dalam satu upacara di masa lain di hadapan raja.
Persidangan 7 Mei adalah "haram dan tidak berperlembagaan"
(Betapa hebatnya umnobn melacurkan perlembagaan negara)
POLIS ADALAH AGEN PARTI PEMERINTAH
"Polis telah bertindak tanpa kuasa. Mereka sebenarnya menjadikan diri mereka sebagai agen kepada sebuah parti politik dan bukan sebagai pelaksana bebas undang-undang," kata Imtaz, sambil menekankan bahawa Sivakumar adalah masih Speaker yang sah ketika itu.
Imtaz menolak penjelasan Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan BN tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil polis apabila keadaan menjadi semakin tegang.
('Syed Hamid dan Musa Hassan menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh campur tangan dalam kamar dewan walaupun sekiranya terdapat pergaduhan dan hanya petugas dewan (sergeant-at-arms) mempunyai kuasa menangkap.')
"Mereka mengatakan mereka tidak ada pilihan tapi itu tidak benar. Mereka boleh sahaja memfail untuk mendapatkan perintah mahkamah dan menyebut Sivakumar sebagai menghina mahkamah. Mereka tidak melakukan demikian tetapi memilih untuk membantu diri-sendiri tetapi membantu diri-sendiri tidak dibenarkan di bawah sistem perundangan kita," jelas Imtaz lagi dengan nada marah.
"Bahkan, cara paksaan terpaksa digunakan - dengan menggunakan polis untuk memaksa Sivakumar keluar dari kamar dewan tanpa sebarang alasan ini adalah merupakan penunjuk yang mencukupi bahawa BN tidak mempunyai penyelesaian politik mahupun perundangan terhadap kesulitan yang mereka sendiri mulakan."
(Ini lah salah satu petanda bahawa konsep satu malaysia yang dibawa Najib adalah dusta... semata-mata)
Jumaat, Mei 08, 2009
PERAGUT, GIAN DAN REMPIT

Sekali lagi negara digemparkan dengan kes ragut terbaru yang menyebabkan kematian kepada mangsa. Ibu muda berusia 33 tahun, Sharifah Mohd. Noor meninggal dunia sebaik sahaja beliau diragut semasa menaiki motosikal. Sharifah yang dalam perjalanan balik ke Melor setelah bersama dengan ibunya di Kg. Bedolah, Tumpat diragut semasa tiba di Kg, Padang Raja. Sebaik diragut, motosikal EX5 yang ditunggangnya digesel oleh motosikal peragut tersebut menyebabkan beliau hilang kawalan dan terjatuh. Sebuah kenderaan Proton dari arah bertentangan tidak dapat mengelak beliau lalu melanggarnya menyebabkan kecederaan parah di kepala dan badannya. Sharifah yang mengandung tiga bulan, meninggalkan suami Mohd Zani Awang dan lima orang anak yang masih kecil (berusia dua-tigabelas tahun).

Ini adalah kes ragut ketiga berlaku berturut-turut yang menyebabkan kematian dan kes kedua membabitkan ibu muda yang sedang mengandung. Dan yang paling malang dikala para mat rempit dan peragut-peragut dajjal ini bermaharajalela, pasukan polis lebih sibuk mengerahkan kekuatan anggotanya untuk menghalang rakyat bersuara dan berhimpun secara aman di Perak. Alangkah baiknya kalau pihak polis menumpukan tugas dan tenagakerja mereka kepada menangani dan menyelesaikan masalah peningkatan jenayah yang makin membimbangkan akhir-akhir ini.
(Mat rempit mencari jalan mudah untuk mendapatkan duit. Hampeh tul.)
Tun Mahathir kata BN Gelojoh

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan.
Jelas beliau, "Yang di-Pertuan Agong boleh melantik tetapi tak boleh pecat kecuali ada undi tak percaya terhadap Perdana Menteri tersebut," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Siri Syarahan Perdana kesembilan di Yayasan Kepimpinan Perdana.
(Suara rakyat terang-terang dicabul... nak buat camana... rakyat masih kuat bila dicabul)
Khamis, Mei 07, 2009
KILANG GOJI DISITA: PRODUK TIPU, PENGGUNA JADI MANGSA



Pernahkah anda mendengar perkataan Goji? Walaupun bunyinya asing, tetapi ramai rakyat malaysia telah meminumnya. Semuanya atas dasar, makanan kesihatan. Segala-galanya terbongkar, apabila kilang memprosesnya, di Sg Chua Kajang diserbu. Turut diserbu, syarikat pengedarnya di Jalan Kuchai Lama, dan berpuluh ribu paket Goji, siap untuk diagihkan kepada pengedar jualan langsungnya, dirampas.



Serbuan dilakukan serentak di beberapa lokasi seluruh negara membabitkan pengilang, pengedar barangan ini. Dan memang benar, kilang membuat, memproses dan membungkus Goji ini terletak di Sg Chua Kajang di mana tiada siapa mengetahui, ia mempunyai dua buah kilang – berlesen dan haram. Ia terletak di dalam bangunan di antara deretan bengkel kereta, barangan hardware, welding dan macam-macam yang tiada kaitan dengan produk makanan. Semuanya tertutup dari luar tanpa ada sebarang papantanda.


Serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan diketuai Timbalan Pengarahnya, Hj Wan Hamid Wan Ibrahim bersama 25 pegawai dan anggota. Dua buah kilang diserbu, dan kedua-duanya mempunyai kaitan dan mengeluarkan produk Goji yang sama, label yang sama, kandungan yang sama dan untuk syarikat yang sama. Yang membezakannya, sebuah adalah kilang berlesen, manakala sebuah lagi yang hanya terletak di blok belakang kilang berlesen, adalah kilang haram , tidak berlesen.
Ketika serbuan, dua lelaki dipercayai warga India yang berada di dalam ‘makmal’ sedang sibuk membuat campuran adunan untuk Goji tersebut. Lagak umpama saintis, kedua-duanya kemudian melarikan diri menyedari tempat mereka diserbu. Apa yang dapat ditemui di dalam kilang utama, hanyalah beberapa pekerja wanita warga Indonesia yang nampaknya langsung tidak menghiraukan kehadiran anggota penguatkuasa, malah dengan selamba menjawab, paspot ada pada ‘bos’.
Hasil pemeriksaan di kilang utama, ditemui berpuluh ribu bungkusan (sachet) Goji yang telah dibubuh ke dalam kotak siap untuk dihantar kepada pengedar utama di Kuchai Lama. Pelbagai barangan berupa tepung/bahan yang telah dihancurkan ditemui berwarna kelabu dan putih.
Begitu juga di kilang haram yang terletak di blok belakang. Kerja-kerja mengisar dan mencurahkan serbuk yang telah menjadi ‘Goji’, dicurahkan ke dalam bekas palstik dan siap untuk dibungkus menggunakan mesin. Dan, seperti dijangka, satu bungkusan putih dipercayai ‘sildenafil’ ditemui di dalam kilang haram di belakang kilang utama itu yang dipercayai menjadi bahan campuran di dalam ‘Goji’ yang diproses.
Penggunaan ‘sildenafil’ tanpa perskrepsi doktor boleh menurunkan tekanan darah dan boleh membawa kesan serius seperti serangan jantung yang mampu membawa maut. Ia juga boleh menyebabkan masalah pernafasan.
(Produk ni umpama Silent Killer... )
SPEAKER KENA TANGKAP..! Mana Immuniti?
Walaupun tindakan membawa beliau keluar telah dihalang oleh anggota DUN Pakatan tetapi Sivakumar telah diangkut keluar dari Dewan kira-kira pukul 2.40 petang tadi oleh sepasukan polis.
Suasana dalam Dewan masih lagi kecoh dan kelam kabut sementara pergelutan antara anggota DUN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan masih berterusan.
Dalam pada itu, Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah masih berada di bangunan SUK negeri untuk merasmikan sidang DUN tersebut.
Baginda dijangka akan memberi ucapan Titah Diraja dalam waktu terdekat.
Sementara itu, Speaker baru 'lantikan' BN, Datuk R Ganesan kini mengambil alih tempat untuk memulakan sidang DUN negeri.
Bagaimanapun, tindakan Ganesan itu dihalang oleh beberapa anggota DUN Pakatan. / Mstar
(Kata dalam persidangan dewan semua ADUN ada immuniti. Kenapa V Sivakumar ditangkap. Dari mana pulak datang SB yang begitu ramai. Adakah SB dibayar begitu lumayan untuk menangkap speaker.) Kat kedai kereta lagi banyak speaker dalam pelbagai jenama... keh..keh... murah aje.?
Zambry @ Nizar: Isnin Baru Tahu
Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan penutup peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohamad Nizar bagi semakan kehakiman untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.
(Keputusan mahkamah mesti menyebelahi pihak pemerintah. Kerana mereka takut menderhaka kepada sultan. Apa pun tunggu hari Isnin ini untuk mengetahui keputusannya.)
RACUN PEMBUNUH SECARA SENYAP

APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.
MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.
MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.
FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:
- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit
BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.
(Lebih selamat gosok gigi dengan berus kosong aje... pastu kunyah gula-gula yang bermenthol... baru sejuk..)
MASUK PERANGKAP POLIS: Suara Rakyat Dipijak-pijak

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa telah ditahan polis pagi ini.
Salahuddin sebelum ini ditahan dipercayai ketika cuba untuk membuat sidang media di wisma DAP berhampiran Dewan Undangan Negeri Perak.
Sementara itu, sebentar tadi Mujahid turut ditahan polis apabila berada di sekitar kawasan bangunan DUN.
Dalam pada itu, tiga wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; ADUN Teratai, Janice Lee dan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dipercayai turut ditahan sebentar tadi.
Sementara itu, kira-kira 20 orang sudah ditahan polis dipercayai ketika berada di sekitar kawasan berhampiran Dun Perak.
Selain itu, suasana di sekitar bulatan Taman Tasik Seenivasagam turut kecoh dan kelam-kabut apabila pihak polis dilihat mengejar orang ramai yang didapati sedang berkumpul.
(Rakyat dah kena main dengan polis, nak beri sokongan pun kena tangkap.)
RAHSIA TERDEDAH: Rosmah-Altantuya

Menurut pengendali blog Malaysia Today, maklumat kontroversi tersebut datang daripada Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin, “orang nombor dua dalam unit khas bahagian risikan tentera” Malaysia.
Beliau bertemu pegawai tentera melalui seorang rakannya, Nik Azmi Nik Daud, yang dikenalinya sejak 45 tahun lalu.
Nik Azmi seorang pembantu ahli politik veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, kata penulis itu lagi.
Beliau juga memohon pertolongan daripada beberapa individu antaranya termasuk pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang lagi pembantu Tengku Razaleigh tentang kredibiliti pegawai tentera tersebut.
Dalam tulisan blognya, beliau juga mendakwa ditawarkan sebanyak RM30,000 sebulan oleh Datuk Jamaluddin Jarjis, seorang kenalan dekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai imbuhan agar beliau berhenti menulis tentang wanita Mongolia tersebut.
(Cepat Pak Polisi... Siasat nama-nama tersebut dan jangan buat 'derk' aje?)
Gani Patail, Suka Hati Buat Keputusan
Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa berkata, Tan Sri Gani harus sedar kedudukan ADUN Barisan Nasional berjumlah 28, seimbang dengan ADUN Pakatan Rakyat.
Katanya tiga orang ADUN yang ‘melompat’ mengisytiharkan diri mereka ‘bebas’ dan tidak mewakili mana-mana parti.
Beliau mempersoalkan, sekiranya Datuk Seri Nizar boleh dilucutkan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan ADUN, bagaimana pula kedudukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said?
“Menteri Besar Negeri Terengganu, Datuk Ahmad Said, secara jelas tidak mendapat kepercayaan daripada 18 ADUN BN, sehingga menimbulkan ketegangan dan konflik politik di Negeri Terengganu yang memalukan dan melucukan,” katanya

(#@* natang*@##)
Selasa, Mei 05, 2009
SOLAT HAJAT: POHON KEPASTIAN KEBENARAN

"Sidang Dun Perak 7 Mei nanti akan ada dua Menteri Besar, Dua Speaker dan Dua kerajaan jadi kita amat khuatir kerumitan dan kesulitan yang sudah ada ini akan bertambah.
"Oleh yang demikian kita mendesak agar Dun Perak dibubarkan dan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan pilihan mereka," tegas Mohamad Sabu dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, dekat sini tengah hari tadi.
Program solat hajat, doa munajat dan solat subuh pada 7 Mei ini jam 5.00 pagi di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak.
(Berjuanglah kerana Allah... Agama dan Saudara Sebangsa.)
Memelihara Nama Baik Islam

Dalam Sirah baginda, jelas menunjukkan bahawa baginda sedaya upaya menjernihkan Islam daripada angkara keceluparan mulut, tindakan atau perbuatan yang boleh merudumkan nama baik Islam seperti tidak berakhlak mulia di hadapan bukan Islam, sedangkan ketika bersama sesama Islam baginda berbuat baik dengan mereka. Baginda tidak memakai pakaian yang boleh menjatuhkan imejnya bukan sahaja sebagai seorang Nabi, tetapi sebagai seorang Muslim yang mempratikkan Islam.
Contoh mengenainya terlalu banyak berdasarkan Sirah baginda mendaulatkan Islam selama 23 tahun yang tercatat dalam sejarah tamadun Islam. Ia dapat dilihat bagaimana baginda menunjukkan sikap positif terhadap semua bangsa manusia, tidak kira sama ada mereka golongan sahabatnya, bukan Islam atau musuh-musuh Islam yang terkenal pada masa itu dengan golongan 'munafiqin' atau 'Zindiq' yang berpura-pura menerima Islam di hadapan Rasulullah s.a.w.
Ustaz Zainudin Hashim, baca lagi...
DAKWAT CELUP JARI (Finger Print)

Ada yang mencadangkan agar SPR memulakan penggunaaan dakwat "celup jari" pada pilihan raya kecil Dun Penanti. Sebelum ianya terlaksana perlulah difikirkan adakah ianya benar-benar tepat atau sebaliknya. Garisan-garisan yang terdapat di ibu jari adalah identiti sebenar seseorang yang tiada pada orang lain. Jika ianya disalah guna (Jenayah), ini memudahkan pihak forensik mengenali identiti sebenar siapa yang dicari. Zaman teknologi serba canggih ini mampu menzahirkan apa yang tiada.
(Lu pikior lah sendiri...)
Isnin, Mei 04, 2009
LUARAN WAJAH NAMPAK BAIK: HATI BUSUK PIANG...

Ini adalah kisah yang membabitkan hubungan cinta antara En Amir Bazli Abdullah dengan Nurul Hidayah Ahmad Zahid (Dato' Ahmad Zahid Hamidi - hari ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sebelum ini adalah menteri Penerangan).
Percintaan terhalang ini mengakibatkan En Amir Bazli Abdullah menghadapi kecederaan kekal di mukanya. Amir Bazli Abdullah diculik dan dipukul dengan begitu teruk hanya kerana menjalinkan perhubungan cinta dengan Nurul Hidayah, Puteri Dato' Ahmad Zahid Hamidi.
Tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini telah menyebabkan kehidupannya berubah dengan kecacatan kekal di muka dan hidung beliau. Dato' Ahmad Zahid Hamidi dan rajan-rakan "gangstser" beliau telah melakukan semua ini dan sehingga hari ini masih bebas tanpa diambil sebarang tindakan.

Dato' Ahmad Zahid Hamidi adalah orang yang bertanggungjawab dan sepatutnya beliau perlu dihakim atas tindakan melampau beliau. Pendedahan ini akan memaparkan kebenaran apa yang sebenarnya berlaku dan kenapa tindakan masih tidak diambil ke atas Dato' Ahmad Zahid Hamidi.
Adakah kerana beliau berjawatan Timbalan Menteri, maka beliau berhak untuk melakukan apa sahaja sehingga melakukan kenayah yang melibatkan penculikan, penderaan, pukul dan mengugut bunuh?
baca lagi...
(Ceh ada geng berani loo... cuba 1+1... gerenti hilang batu..)
BRAVEHEART-Bukit Gantang: Bukti UMNOBN TAKUT

Kehadaran penyokong BN dalam penamaan calon PRK Bukit Gantang yang lepas menyaksikan suatu jurang kehadiran yang sangat nyata. bayangkan ramai yang menganggarkan paling ramai kehadiran pihak BN hanya 5000 malah ada yang menanggarkan cuma paling banyak 3000 orang sahaja dipihak BN.

Sebaliknya kehadiran pihak Pakatan Rakyat saya anggarkan mencecah 30,000 orang. Malah satu hal yang tidak dapat dinafikan kehadiran sejumlah lautan manusia sebegitu ramai bukanya dari imbuhan wang minyak kereta atau makan free untuk mereka, tetapi mereka datang khusus yang beragama islam atas hasrat peribadi mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata. Bagi yang bukan Islam mereka bersatu untuk menyaksikan kejatuhan BN secepat mungkin. Mereka bergerak seawalnya beberapa hari sebelum penamaan calon untuk menghadirkan diri dalam hari penamaan calon tersebut.
Dipihak BN pula diakui atau tidak mereka datang dengan upah yang diharapkan didunia semata-mata. Tiada makan percuma atau imbuhan wang mustahil mereka boleh datang. Kerana itu belanja yang sangat besar diperlukan bila BN ingin berdepan dengan lautan penyokong Pakatan Rakyat yang datang cuma dengan semangat dan bagi yang beragama Islam mengharapkan "pahala".
Kerana itu saya sangat yakin bahawa peraturan yang dibuat dengan menghadkan jumlah kehadiran sebanyak 5000 orang sahaja kepada parti yang bertanding jelas membuktikan BN dalam keadaan yang terdesak sehingga SPR dan Polis diperkudakan untuk mengeluarkan peraturan "tidak masuk akal itu"
DRS. KHALIL IDHAM LIM
MEDIA BEBAS: 3 Mei

Hari Kebebasan media jatuh pada tanggal 3 Mei setiap tahun. Bersempena dengan perlantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri baru, kita mungkin tertanya-tanya apakah halatuju media di mata beliau.
Dalam sebuah Negara yang berpegang kepada demokrasi yang digembar-gemburkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), amalan media yang bebas menjadi pegangan.
Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia mempunyai akta khusus bagi mencengkam kebebasan tersebut. Akta Percetakan dan Penerbitan menjadi kekangan dalam perihal ini. Sebarang penerbitan termaktub dalam akta ini termasuk pihak kerajaan mempunyai kuasa bagi menetapkan syarat-syarat penerbitan tersebut.Faisal Mustaffa, baca lagi...
(Demokrasi terpimpin, yang dibawa oleh umnobn)
Post Haru Biru
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Awie 'Ayahanda 36' dan beberapa artis terkemuka tanahair bakal masuk umno. Mereka akan menyerahkan borang keahlian di Pejabat Pemud...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Gambar hiasan Hari ini dikejutkan lagi dengan kejadian polis menembak seorang remaja 15 tahun dikepala menyebabkan mangsa mati serta merta. ...
-
Submit URL to Google, Yahoo and Live. Remember to submit your new website or blog URL to search engine like Google, Yahoo and Live. It is a ...
-
Mana pi fail penting aku nih. Semalam ada.. la ni dah hilang pulak. Belek punya belek tak dak jugak. Mampus.. esok kena hantaq kat client.. ...
-
sumber sahih : http://en.wikipedia.org/wiki/One_Israel Wa rasa benda yang baik elok disebar-sebarkan. Jadi wa copy dan paste artikel dari bl...
-
Dipetik dari MediaMalaya | Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak ...
-
Ini adalah sebagai nota yang disumbatkan di ruang maya. Bila sebut Slipped Disc atau Herniated Disc mungkin ramai yang dah tahu. Takpa sekad...






