Jumaat, Julai 31, 2009

VIEW POINT FROM MEASAT-3


Klik untuk besarkan

HISHAMMUDDIN PERLU SEDAR DAN JANGAN MENGUGUT RAKYAT


KDN dibawah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya segera bertindak terhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan yang dijadualkan Sabtu ini di ibu negara.

‘‘Polis perlu bertegas dan ambil tindakan bagi memastikan undang-undang dan Perlembagaan negara tidak dicabul sewenang-wenang. Negara ini dibina berlandaskan acuan kita sendiri dan bukannya negara barat.”
-Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Mana hak asasi mereka sebagai warga Malaysia dalam negara DEMOKRASI?
Suara rakyat pada perhimpunan sabtu ini bukanlah untuk menghuru-harakan negara. Jika tiada provokasi dari pihak agensi genggaman Hishammuddin, perhimpunan ini akan menjadi sejarah yang besar dan paling AMAN. Mereka berhimpun sebagai kata sepakat untuk mansuhkan akta ISA peninggalan penjajah.

Semua tahanan ISA dinafikan proses mahkamah dan mereka tidak pernah mengetahui tarikh akhir berada di Kem Kamunting. Kehidupan mereka berada dalam keadaan tidak pasti sepanjang masa. Bezanya ISA dengan akta lain ialah, dalam ISA seseorang pesalah itu tidak dibenarkan mendapatkan peguam untuk mewakili dirinya, tiada pendakwaan oleh pendakwa raya, tahanan tidak boleh diikat jamin, tiada bukti yang dikeluarkan selari dengan tuduhan, tiada proses perbicaraan, tiada hakim dan tiada mahkamah yang menjadi tempat segala proses perbicaraan.

Peguam bela, pendakwa raya, bukti-bukti, hakim dan mahkamah semuanya berada di tangan Menteri Dalam Negeri yang kuasanya terlalu besar. Menteri ini pula biasanya tidak tahu apa-apa mengenai mangsa ISA. Menteri Dalam Negeri bebas menjatuhkan hukuman melanjutkan penahanan setelah mendapat laporan daripada polis cawangan khas (Special Branch).

(Moral: Kenapa ISA, akta tahan tanpa bicara masih dihalalkan? Siapakah yang menjadi ikutan? Allah ataupun syaitan?. Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan bencikan kezaliman, marilah sama-sama serlahkan perasaan itu dengan menghadiri himpunan aman MANSUH pada 1 ogos nanti)

SUARA KERAMAT RAKYAT, PERUBAHAN HAPUSKAN SISA PENJAJAH?

Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan. Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul. Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu. Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British. Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini. Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.
-PROFESOR Diraja Ungku Aziz

Khamis, Julai 30, 2009

PRO ISA WAJIB AMBIL TAHU JANGAN DOK HENTAM SEMBERONO


Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah. Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

(Moral: Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah)

>>Pro ISA dan pembaca lain perlu tahu KEJAMNYA akta ini>>>

PROJEK TAK MASYUK DUIT TAK DAK


SHAH ALAM: Perintah mahkamah yang diterima untuk mengosongkan rumah sewa banglo, dua tingkat penyanyi dangdut Amelina di Kota Kemuning, Shah Alam seharusnya bermula dengan lelongan barangan rumah pagi tadi. Dan pasangan itu juga telah membuat bayaran sebanyak RM3 800 kepada pemilik rumah, Ravi atau nama sebenarnya K. Madhavankutty sebelum ini. Peguam Ravi pula, Arnold Andrew tampil menjelaskan surat yang dikeluarkan oleh Amelina dan suaminya, sebenarnya adalah surat rayuan kepada Mahkamah Tinggi agar perintah mengosongkan rumah sewanya hari ini tidak dilaksanakan sementara menunggu perbicaraan.

>>Lanjut apa kesudahannya>>>

BEKAS penyanyi dangdut Amelina mempertahankan kenapa dia terpaksa 'bercakap bohong' ketika memberi butiran peribadi dan pemalsuan identitinya dan juga arwah bapanya dalam satu 'tenancy agreement' yang telah ditandatanganinya bersama-sama pemilik rumah tersebut, K. Madhavankutty (Ravi).

"Saya tidak pernah menipu, saya hanya ingin mengelirukan beberapa pihak dan mengelakkan sebarang publisiti dibuat tentang saya dan keluarga. Kerana itulah saya menggunakan nama Datin Norazlina binti Tan Sri Hj Amir Sharipuddin untuk mengelak orang tahu tentang saya. Saya dah lali dengan hidup sebagai selebriti selama ni. Kini saya mahukan privasi dan tidak mahu orang jaja-jaja nama saya lagi."
- Amelina

>>Lanjut kenapa berbohong>>>

(Moral: Ada banyak rumah sewa yang murah sekitar Gombak, Sg. Buluh, Rawang, Kajang, Klang dan Bangi dalam lingkungan RM600 sebulan. Ukurlah baju badan sendiri supaya tidak terjadi lagi)

JANGAN PERMAINKAN ASPIRASI RAKYAT DENGAN TEMA 1 MALAYSIA

Warga Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu untuk memenuhi aspirasi rakyat. Kecaman rakyat terhadap akta ISA dan penggunaannya juga dilihat kejam yang melanggar hak asasi manusia haruslah dimansuhkan dengan segera. Rakyat juga menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap segala penyalahgunaan kuasa, korupsi dan politik perkauman yang sering dimainkan oleh golongan elit pemerintah.

"BN yang diketuai Umno sudah sekian lama mengabaikan tanggungjawab ini. Mereka gagal untuk memenuhi tuntutan perubahan, malah sanggup untuk menggadaikan negara ini untuk menyelamatkan diri sendiri serta untuk mengekalkan kuasa mereka. Kita tertanya-tanya sejauh mana kerajaan ini sanggup untuk menidakkan keadilan, menghancurkan institusi kenegaraan dan mengadu domba rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kami secara tegas menolak politik perkauman yang dimainkan oleh ahli politik BN yang diketuai Umno, apa yang belaku jelas merupakan satu usaha mereka untuk mengalih perhatian rakyat dari masalah dalaman Umno yang kian memburuk."
- Dato' Seri Anwar Ibrahim

(Moral: Pencabulan perlembagaan yang bermotifkan politik oleh umnobn perlulah dihapuskan. Jika sikap ini diteruskan untuk kepentingan politik mereka, maka semangat perlembagaan akan terhakis sedikit demi sedikit dalam minda rakyat Malaysia. Dan yang tinggal adalah Pengemblingan tenaga rakyat bagi memuaskan nafsu politik pemerintah)

UMNOBN MANIPULASI UNTUK KEPENTINGAN PARTI

Harakah: Nik Abdul Aziz sebelum ini menawarkan sikap berbaik dengan kerajaan pusat sesuai dengan konsep federalisme. Penghormatan kepada konsep tersebut amat penting kerana kerajaan negeri dengan kerajaan pusat adalah saling kait mengait dan memerlukan. Sebaliknya Muhyiddin dan Mustapa memanipulasikan kenyataan tersebut. Motif politik Umno demi kepentingan parti mereka maka setiap perkara yang dibangkitkan kerajaan pakatan rakyat diselewengkan. Umno dilihat terlalu bermain politik sehingga melupakan tanggungjawab sebagai kerajaan pusat terhadap negeri dalam kekuasaannya. Dengan itu hasrat yang diinginkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya orang Umno kembali menyokong parti itu, tidak akan tercapai. Sebagai parti yang menguasai pemerintahan negara tidak selayaknya Umno dilihat terlalu mendesak sehingga sanggup melacurkan parti untuk mengagih simpati PAS. Semua rakyat tahu apa maksud Nik Abdul Aziz dan putar belit Umno hanya menambah meluat dan kebencian rakyat terhadap Umno.

Permainan kerajaan pusat
Kerajaan pusat tidak menyegerakan wang peruntukan tahunan kepada kerajaan negeri malah terdapat negeri pakatan rakyat dinafikan perbelanjaan tersebut. Sebaliknya Kerajaan pusat tanpa segan silu tetap mengambil cukai di negeri pakatan rakyat. Di Selangor umpamanya kerajaan pusat memperolehi hasil sehingga RM80 bilion setahun tetapi sehingga kini satu sen pun kerajaan pusat tidak curahkan kepada kerajaan negeri itu kerana sikap Umno bermotif politik disebabkan Selangor diperintah Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kelantan pula hanya semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan negeri dapat mengecapi peruntukan perkapita sehingga RM6 bilion setahun sedangkan dalam masa 20 tahun pemerintahan PAS itu, Kelantan hanya diberi tidak lebih RM2 bilion dalam masa negeri lain dibawah penguasaan Umno mendapat peruntukan lebih RM6 bilion malah sampai RM11 bilion.

(Moral: Kerajaan pusat perlu menghormati keputusan rakyat di negeri Pakatan Rakyat yang tidak memilih Barisan Nasional (BN). Sebaliknya kerajaan pusat seolah mahu membalas dendam kepada rakyat negeri Pakatan Rakyat dengan peraturan yang bercanggah konsep federalisme)

Rabu, Julai 29, 2009

SAMPAIKAN PENGETAHUAN DARIKU WALAUPUN HANYA SATU AYAT

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry... After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

FATWA DIKETEPIKAN JIKA PEMIMPIN UMNOBN

Harakah: Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berani mengeluarkan fatwa isu-isu berkaitan kezaliman yang sah bercanggah dengan nas al-Quran dan hadis seperti mana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Majlis Fatwa harus ada keberanian mengeluarkan fatwa dalam isu yang berkaitan kezaliman disamping memastikan fatwa itu dipatuhi. Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa tidak ada kekuatan sebagai contoh fatwa melarang memberi penghormatan di Tugu Negara, kalau pemimpin buat pun tidak ada tindakan apa-apa. Manakala ISA pula sudah beribu umat Islam ditahan tanpa bicara, rakyat yang diseksa, ini dikatakan zalim. Kaedah Islam telah menentukan bahawa seseorang itu tidak dianggap bersalah perlu diberi peluang untuk membela diri dan didakwa di mahkamah. Rakyat bukan suka sangat hendak berhimpun dan turun demonstrasi di jalanan tetapi bila hampir tidak ada jalan lain, apa yang kita tidak buat? Kita sudah hantar memorandum, ambil tandatangan orang ramai, kita adakan seminar dan bantahan jadi kemuncak kepada kemarahan kita akan menyerahkan memorandum melalui himpunan aman."
- Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS

Mantan Mufti Perlis berkata
"Fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula,"
- Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis

(Moral: 1 Ogos nanti bukan satu suasana untuk mewujudkan kekecohan tetapi sekadar luahan rakyat yang berbilang agama dan kaum dalam isu-isu yang berlaku iaitu kezaliman ISA)

Selasa, Julai 28, 2009

PEMANTAUAN SUARA RAKYAT DARI AGENSI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN


Pihak Polis mengeluarkan arahan AMARAN kepada semua warga kota yang akan menyertai perhimpunan membantah dan menyokong ISA. Bagi mencegah perhimpunan ini, Polis akan mengadakan sekatan jalan raya bermula Khamis ini. Oleh yang demikian warga kota perlulah mencari alternatif pengangkutan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas yang berpunca dari sekatan Polis ini.

Mengapa mereka buat begitu?
Tindakan terbaru Umnobngok negeri Perak menghalang Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang masih sah, V. Sivakumar menjalankan hak dan tanggungjawab dengan menggunakan kuasa kerajaan dan polis adalah tidak menggambarkan konsep 1 Malaysia. Dengan tindakan ini akan menurunkan peratus peralihan rakyat dari umnobn ke Pakatan Rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim berkata tindakan yang tidak mengikut lunas demokrasi itu menyebabkan seluruh rakyat menjadi semakin gelisah. Lebih malang lagi hak seluruh rakyat Perak kerana para ADUN yang dipilih mereka dihalang untuk memasuki ke dalam bangunan pentadbiran negeri.

(Moral: Jangan terkejut lak dengan permainan Kementerian Dalam Negeri yang selalu menggunakan agensi yang hampir hilang kehormatannya di mata rakyat dengan menyekat, menangkap dan membelasah sesukahati bila ada perhimpunan yang melibatkan Pakatan Rakyat. Tanpa suara keramat rakyat mereka tidak akan berubah, dengan perjuangan rakyat mereka akan rebah)

IBRAHIM ALI YANG TUA DAN KEBUDAKAN


Sepatutnya seorang Ahli Parlimen perlulah mempunyai buah fikiran yang matang, berfikir dengan otak bukannya berfikir dengan buah tut bagi memperbaiki keadaan. Tindak-tanduk Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas), Datuk Ibrahim Ali akhir-akhir ini lebih banyak menimbulkan kecelaruan dan kekalutan dalam masyarakat.

Apa kata Pengerusi Biro Latihan KeADILan Kedah kepada Ibrahim Ali?
"Saya menyeru agar beliau segera menginsafi bahawa tindak tanduk beliau sebelum ini, dan sekarang lebih banyak menimbulkan kecelaruan dan kekalutan dalam masyarakat, berbanding usaha memperbaiki keadaan. Terkini, beliau seolah-olah mengugut utk menimbulkan huru-hara ketika rakyat berhimpun dan menghantar memorandum suara hati rakyat, yang tidak redha dengan undang-undang tahanan tanpa bicara seperti ISA dan undang-undang lain yang sepertinya. Ibrahim harus lebih rasional dan insaf dengan suasana kebangkitan dan kesedaran rakyat. Keperihatinan jelas di kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, bahawa tindakan kerajaan sebagai penguasa, menyalahgunakan undang-undang zalim seperti ISA mesti segera dimansuhkan. Saya menyeru kepada sukarelawan Gerakan Mansuh ISA (GMI) agar menyediakan petugas mencukupi, serta mengingatkan rakyat yg berhimpun supaya peka dengan provokasi yang mungkin diadakan dan disengajakan oleh pihak yg cuba menimbulkan huru-hara pada perhimpunan aman 1 ogos nanti. Ini susulan kepada sambutan yg begitu menggalakan dari kalangan rakyat seluruh malaysia, dengan jangkaan kehadiran boleh mencecah 500,000 orang."
- Senator Ir. Zamri Yusuf, Pengerusi Biro Latihan KeADILan Kedah

>>Lanjut Pendekar Buncit dari Pasir Mas>>>

(Moral: Sepatutnya KDN menghalang pengikut serta Ibrahim Ali sendiri dari menghampiri tiga lokasi Himpunan Aman. Dah terang Ibrahim Ali mengaku akan menimbulkan huru-hara. Akta ISA adalah tidak relevan lagi ketika ini yang melanggar Hak Asasi Rakyat sebuah negara merdeka bertemakan 1 Malaysia bertelunjuk Najib)

KERAJAAN PUSAT HANYA BERMAIN SEKITAR PUSAT LEBIH SEDAP LEBIH NIKMAT

"Kerajaan Pusat ada kewajipannya kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri pula ada kewajipannya terhadap Kerajaan Pusat. Mengapa negeri Kerajaan Pakatan Rakyat dihalang oleh parti lain di Pusat dari mendapat kemudahan sepatutnya. Kenapa peruntukan Kerajaan Persekutuan tidak diberi terus kepada Kerajaan Negeri sebagaimana dilakukan Kerajaan Pusat ketika Kelantan diperintah Umno dahulu. Kenapa kini ditubuhkan JPP?. Apa kata kalau parti lain (Kerjaan Pakatan Rakyat) menguasai Pusat lalu menubuhkan juga JPP di negeri yang di perintah Umno, apa perasaan mereka. Apa yang mereka laungkan konsep Satu Malaysia dan demokrasi adalah bercanggah dengan tindakan dilakukan Umno Pusat ke atas Kerajaan Negeri. Umno sekarang sudah tidak ada maruah. Nak minta bekerjasama dengan orang PAS). Waktu kamu gagah dahulu kamu tendang PAS keluar daripada Kerajaan Pusat. Saya ingat perkara itu. Insya-Allah, ramai lagi orang Melayu, Cina dan India yang sedar, mereka akan meninggalkan Umno-BN."
- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

(Moral: Dulu umnobn boleh berbangga kerana majoriti rakyat menyokong mereka walaupun setongkol calon kayu diletakkan, berbaris serta berduyun-duyun rakyat dungu memangkahnya. La ni bila terasa lutut dah goyang mungkin atritis agaknya, mereka sanggup melutut mahu berpadu dengan PAS)

YANG TERTINGGI KATA TIDAK STABIL

Walaupun kesungguhan media karat yang mampu menaikkan nama umnobn, Tan Sri Muhyiddin kurang pasti dan mengharapkan para pemimpin parti komponen umnobn supaya tidak menggunakan media bagi menyelesaikan masalah dalaman mereka.

"Kita tidak perlu memberitahu kemelut parti masing-masing. Ini akan menambahburuk perspektif negatif masyarakat pada kita. Semua parti ada masalah tetapi yang penting ialah macam mana mengatasinya. Apapun masalah dalaman parti mesti diselesaikan sendiri dan tidak perlulah pergi (kepada) media. Kita kena hati-hati. Walaupun masalah dalaman, kita tidak boleh elak ia jadi sebahagian dari masalah Barisan Nasional. Kita berjuang atas landasan BN. Apa yang penting ialah ialah bagaimana kita meningkatkan keyakinan rakyat terhadap BN."
- Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri.

Di Melaka pula Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu pemimpin umno di semua peringkat perlu melakukan gerak kerja yang mampu memberi kekuatan kepada parti, secara berterusan dan terancang.

"Saya harap pimpinan di semua peringkat menggerakkan kegiatan untuk memastikan ia menjadi gerakan yang besar dan menyeluruh untuk menambat pemikiran rakyat di akar umbi agar menyokong kita."
- Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Naib Presiden Umno

Manakala mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir pula berkata beberapa pemimpin parti komponen BN termasuk terbaru bekas naib presiden MIC Datuk S.S. Subramaniam ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedikit sebanyak memberi kesan yang tidak baik kepada BN.

(Moral: Daripada kenyataan Tan Sri Muhyiddin, sememangnya umnobn sekarang ini mengalami kemelut yang berpanjangan dan tiada kesudahannya. Jadi dengan itu umnobn terpaksa mengulangi isu kerjasama dengan PAS. Ini adalah strategi umno yang diulang kembali bagi mengwujudkan ketidakstabilan politik PAS. Pakar strategi PAS perlu menterjemahkan kepada keadaan lebih baik mengenai isu kerjasama ini supaya tidak berpanjangan dan mempunyai keputusan muktamad. Media karat dah tentunya akan membuaikan isu ini berpanjangan sehingga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak apa yang diputar belitkan mereka)

SAMY VELLU ADA NIAT MEMBERI RASUAH


Samy Vellu turut dilaporkan memberitahu pemberita sebelum merasmikan Mesyuarat Perwakilan MIC Pulau Pinang Ke-63 di Butterworth, bahawa MIC sanggup membayar sejumah premium yang sama dibayar Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang kepada kerajaan negeri sebelum ini iaitu sebanyak RM3.2 juta bagi memiliki tanah tersebut, sekiranya jumlah itu diperlukan bagi menyelesaikan isu tersebut. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberitahu Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu bahawa mereka hanya boleh bertemu bagi berbincang mengenai isu Kampung Buah Pala sekiranya sejumlah wang yang dijanjikan oleh Samy Vellu bagi menyelesaikan isu tersebut ditunaikan terlebih dahulu. Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Samy Vellu semalam bahawa beliau sanggup menemui Lim dalam masa terdekat bagi membincangkan masalah Kampung Buah Pala, di mana penduduknya tidak mahu berpindah bagi memberi laluan kepada projek pembangunan dilakukan di situ.

(Moral: Alahai si Samy... banyak pulak duit umnobn untuk membeli kembali tanah di Kampung Buah Pala. Walhal tanah tersebut sudah dijual oleh pemimpin umno kepada kontraktor pemaju sebelum Pakatan Rakyat memerintah dengan harga jauh lebih murah... dungu)

Isnin, Julai 27, 2009

MARAH BETUL PRO ISA



Kumpulan penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana bersikap berkecuali dan menghalang ahli pergerakan itu menyertai demonstrasi besar Sabtu ini.

"Lagi baik diam daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan golongan Melayu. Melayu semakin lemah dan hanya berani dalam dewan. Kilang Umno tidak lahirkan lagi singa, yang ada umpama ayam daging yang diternak dalam kandang yang menunggu diberi makan atau disembelih. Ribuan lagi ahli Pemuda Umno yang bersama kami. Pemimpin (yang) dibeli, golongan bangsawan, memang takut disirami hujan, bom (meriam) air atau panas matahari. "
- Rahimuddin Md Harun, Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris)

(Moral: Apa nak heran dengan Khairy Jamaluddin yang pernah menyatakan pemuda UMNOBNgok adalah sebagai PENDESAK kepada parti umnobn. Dia adalah bersifat ayam jantan yang hanya berkokok di kandang dewan tetapi lari menyorokkan diri bila ada yang ingin mendesak. La ni hangpa dah tahu setakat mana jiwa juang si Khairy Jamaluddin yang tidak bertaji.... Chicken Run)

KENA MAIN LAGI TERENGGANU LAK

Terengganu Investment Authority (TIA) pada asalnya dicadangkan atas kepentingan menjamin kekayaan minyak Terengganu dikekalkan untuk masa depan sekiranya Terengganu tidak lagi menjadi pengeluar minyak. Ia dijangka mengumpulkan RM6 bilion dana hasil tawaran bon yang mencagarkan ‘bayaran royalti kerajaan negeri Terengganu’ yang belum diterima. Dengan pengumuman itu juga, TIA, yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Terengganu akan di letakkan dibawah Kementerian Kewangan dan dilapotrkan terus kepada Perdana Menteri Malaysia.

"Untuk membolehkan pelaburan ini berjaya, kerajaan telah memutuskan TIA akan di kembangkan menjadi sebuah Dana Kekayaan Diraja (sovereign wealth fund) yang akan dikenali sebagai 1Malaysia Development Bhd."
- Datuk Seri Najib Tun Razak, Prime Minister

(Moral: Lepas ni rakyat terengganu hanya meleleh ayaq lioq melihat hasil minyak di tempat mereka berlalu didepan mata begitu sahaja. Alahai banyaknya duit si Najib nak guna. Jangan sampai tergadai pelantar minyak Terengganu ke tangan hartawan Abu Dhabi dah lar)

MANA SUARA ULAMA DARI PERAK?


Ulama dalam umnobn harus mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Najib dan rosmah yang baru pulang dari umrah menyalakan api dalam satu upacara keagamaan masyarakat India. Terdahulu Zambry Abdul Kadir dan juak-juak umno karat berkata, sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama, maka adalah wajar untuk golongan ulama Pas memberi penjelasan mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu menyertai majlis sedemikian.

(Moral: Begitu khusyuk pemimpin tertinggi menyalakan api perpaduan yang diperhatikan oleh rais yatim yang selalu berkata dahulu kemudian baru buat research. Relex bro... hati-hati nanti terbakar lak rambut sarang tebuan si minah berbaju merah tu)

LAGI PERGOLAKKAN MCA DALAM UMNOBN


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek merayu dan meminta kepada presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat (foto) agar tidak berterusan menimbullkan suasana tegang dalam parti dengan mendakwa ada pihak cuba menjatuhkannya. Katanya Ong juga mendakwa ada kumpulan tertentu dalam MCA yang menentangnya dan sanggup menggunakan wang untuk mengulingkan beliau. Sepatutnya Ong perlu membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau diugut bunuh oleh kumpulan tertentu ekoran isu mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Sehingga kini saya tidak dapat kesan kumpulan tersebut (anti Ong) dan sebenarnya dalam parti juga ada kumpulan menentang saya kerana saya dikatakan ahli politik 'kitar semula'" katanya yang berharap dapat berbincang dengan Ong bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Kalau betul apa yang diperkatakannya itu, beliau harus membuat laporan polis atau memaklumkan kepada Kabinet dan saya pasti beliau akan dibantu."
- Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Bekas Menteri Kesihatan

(Moral: Umnobn sepatutnya memperkukuhkan barisan parti kompenen mereka dahulu sebelum memancing PAS dan memporakperandakan DAP. Bak orang kata bila keluarga dah tak bersatu maka akan runtuhlah keluarga tersebut. Kita sudah nampak sejak zaid, Chua Jui Meng dan Subramaniam menyertai PKR membayangkan ketidaksenonohan dalam barisan umngok itu sendiri)

SELANGOR AKAN DIRAMPAS UMNOBN DENGAN KONPIRASI KEMATIAN

Program Inisiatif Tawan Selangor (PINTAS) yang dilancarkan menjadi satu daripada usaha penerangan untuk merampas kembali Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Jentera penerangan Umno Selangor akan mengadakan kempen penerangan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan di setiap 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu bermula Ogos depan.

"Melalui PINTAS, semua jentera penerangan di setiap Dun diminta mengadakan aktiviti penerangan bagi menarik kembali sokongan rakyat. Antara program yang bakal diadakan ialah sesi ceramah umum dan berkelompok, pertandingan syarahan serta kempen memasang banner. Contohnya, melalui pertandingan syarahan penganjur (penerangan) boleh memilih tajuk-tajuk yang sensasi seperi 'Kerajaan Selangor Zalim dan Di Sebalik Kematian Teoh Beng Hock. Kita akan ulang balik segala isu-isu tersebut. Jangan kita simpan isu-isu yang sudah lama."
- Ahmad Maslan, Ketua Penerangannya

(Moral: Nampak sangat kebanyakkan jentera penerangan umnobn hanya banyak makan dan tidur dari bekerja. Setelah konpirasi pembunuhan Teoh Beng Hock di bangunan SPRM, umnobn akan menggunakan strategi keduanya iaitu memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dengan isu kekejaman walhal mereka tidak sedar akan keburukkan angkatan umnobn sendiri. Wahai juak-juak umnobngok bukalah mata dan pandanglah sekeliling siapakah perancang pembunuhan si tuya, pembunuhan dengan sengaja di Memali, perancangan rasuah di Manek Urai terbaru dan Perak sebelumnya serta permulaan kekecohan 13mei di kampung baharu dan seluruh Malaysia?.. Bukankah hangpa yang mulakan dulu dengan permainan perkauman yang dicucuk kehidung melayu?. Strategi selepas ini adalah menggunakan media karat menceritakan yang korang akan bermuafakat dengan PAS setelah korang pecahkan permuafakatan DAP dalam Pakatan Rakyat. Lapisan teratas umnobn mungkin tak ambil pot kerana yang melakukan kerja-kerja tersebut adalah perancang perpecahan yang dilantik oleh umnobn sendiri)

Ahad, Julai 26, 2009

NO 2 ISA

HANTU RAYA JAMAH ISTERI

Mungkin ada yang menganggap perkara terbabit kisah karut dalam zaman serba maju sekarang, tetapi hakikatnya ada dua kes perceraian kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpunca daripada kekuatan seksual dimiliki suami. Dalam kes pertama, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata kes dikendalinya membabitkan pasangan suami isteri berumur dalam lingkungan 30-an. “Kemusykilan berkaitan kekuatan luar biasa itu akhirnya terjawab apabila ahli keluarga wanita terbabit mendapati suaminya masih ada di rumah walaupun sebelum itu dia dilihat keluar ke tempat kerja,” katanya. Beliau berkata, beberapa saudara kandung wanita itu terdengar suara lelaki di dalam bilik tidur, sedangkan mereka melihat dia keluar pada awal pagi.

Dalam satu kes lagi, pakar Perubatan Islam Mustajab, Nazri Md Isa, mendedahkan seorang isteri yang baru berusia 18 tahun memohon cerai fasakh kerana tidak tahan melakukan hubungan seks dengan suami hingga berbelas kali setiap hari. Bagaimanapun, menurutnya, dalam kes terbabit, lelaki itu mempunyai ritual tersendiri sebelum meniduri isterinya, iaitu dengan masuk ke bilik air seketika.

>>Lanjut Kisah Hantu Raya>>>

(Moral: TAK BERMORAL. Kerana inginkan kekuatan luarbiasa ada segelintir Melayu separuh islam sanggup bertuhankan syaitan bagi memenuhi keinginanya)

PENDEKAR BUNCIT DARI PASIR MAS


Datuk Ibrahim Ali, dilihat mengugut akan menimbulkan huru-hara jika Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak membatalkan cadangan berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos ini. Jika GMI tidak menarik balik hasrat mereka, Perkasa akan turut serta berarak bersama NGO lain mempertahankan ISA walaupun boleh menimbulkan huru-hara.

"Bila Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara. Perkasa akan turut serta kalau ia (demonstrasi anti-ISA) tidak dibatalkan atau pihak polis mesti ambil tindakan tegas (kepada mereka)."
- Datuk Ibrahim Ali, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa)

Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi iaitu kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara dengan berpakaian hitam dan merah.

(Moral: Perhimpunan dijangka aman jika SB dan POLIS serta FRU hanya mengawal dan tidak membuat provokasi. Mudah aja)

YASMIN AHMAD HANYA TINGGAL NAMA, KARYA DAN GAMBARNYA


KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) Yasmin Ahmad, yang meninggal dunia Sabtu malam, akan dikenang kerana setiap sentuhan karyanya, baik dalam filem mahupun iklan, begitu sinonim dengan garapan yang penuh dengan elemen kasih sayang, cinta, kekeluargaan dan jenaka yang disampaikan cukup bersahaja berlatarbelakangkan masyarakat majmuk di negara ini. Pengarah filem dan iklan terkenal itu, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara di sini kira-kira 11.25 malam selepas menjalani pembedahan pada Khamis lepas setelah diserang strok dan mengalami pendarahan di bahagian otak. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama. Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Sabtu, Julai 25, 2009

UMNOBN MAKIN BERGOLAK BERGULING


Barisan Nasional makin gelabah dan resah apabila hari ini bekas Naib Presiden MIC, Dato' SS Subramaniam mengumumkan menyertai KeADILan dalam satu majlis yang diadakan di MBPJ tengahari tadi.

"Saya telah menyokong KeADILan dan Anwar Ibrahim sejak dahulu lagi, cuma sekarang saya dapat memberanikan diri untuk menyatakan bahawa saya akan sertai parti ini."
- Dato' SS Subramaniam, bekas Naib Presiden MIC

Dianggarkan seramai 1,700 ahli MIC daripada cawangan-cawangan tersebut akan menyertai KeADILan. Sebelum ini, bekas pemimpin MCA, Dato' Chua Jui Ming telah menyertai KeADILan dan menyatakan sokongan secara terbuka terhadap dasar-dasar perjuangan yang dibawa oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

(Moral: Sorang dan sorang lagi. Lama-lama akan reputlah tiang seri umnobn dan kemudian rebah ke tanah)

SALAH SATU KERJA POLIS TANG TAK PRAKTIKAL


(Moral: Mana dia majlis bandaraya Ampang. Takkan nak biarkan polis yang berpakaian seragam membuang pelekat-pelekat nombor AH-Long. Cukai hangpa ambil tapi tak buat kerja. Walaupun perkara ni kecil tapi boleh meletakkan imej polis yang sememangnya dah nak lingkup)

Jumaat, Julai 24, 2009

SENANGNYA TUTUP KES KETUA TOURISM MALAYSIA


Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab hari ini dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan bersetuju menerima rawatan pergigian bernilai RM13,860 tanpa balasan, empat tahun lalu.

Berikutan kes rasuah itu, Datuk Mirza bersetuju menerima, tanpa balasan, rawatan pergigian bernilai RM13,860, yang dijelaskan bayarannya oleh pengarah Syarikat Perunding Pakar Media Zulhisyam Ayob. Pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan wujudnya elemen NIAT di pihak tertuduh walaupun mengetahui bahawa syarikat pengiklanan itu mempunyai hubungan dengan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakkan Pelancongan ketika itu.

Mirza dituduh melakukan kesalahan itu di klinik pergigian Clinical Practise Prosthodontics Sdn Bhd, di Taman Tun Dr Ismail antara 17 Jan dan 26 Julai 2005. Hakim Zainal Abidin mempertikaikan kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil pengadu dalam kes ini, Zamri Zainul Abidin, yang juga pegawai penyiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR), sebagai saksi pendakwaan untuk memberi keterangan.

>> Apa kes Mirza boleh lepas>>>

(Moral: Agaknya pihak SPRM terpaksa memberhentikan Zamri Zainul Abidin ketika itu supaya pendakwa boleh menutup kes rasuah Datuk Mirza dengan cara terhormat... sapa tahu?. Lepaih ni sapa-sapa yang ambik rasuah kena cakap menyetujuterima baru SPRM tak boleh nak buat apa-apa. INGAT RASUAH ITU HARAM... Ulang sekali lagi HARAM kalau RASUAH)

ANGGOTA POLIS MEROMPAK

KLANG, 24 Julai (Bernama) Dua anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada hari Jumaat atas tuduhan merompak pemilik dan pelanggan sebuah pasar raya mini di Putra Perdana, Sepang dekat sini, kira-kira RM6,500. Pertuduhan menyebut mereka didakwa bersama-sama merompak harta milik Mon Mon Oo dan pelanggannya, Tum Win Mong kedua-duanya rakyat Myanmar, wang tunai berjumlah RM3,500, tiga buah telefon bimbit jenis Samsung, Nokia dan Motorola, yang anggaran kerugiannya kira-kira RM6,500. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di JJ Mini Market, No: 10-1, Jalan TTP 1, Putra Perdana, Sepang, kira-kira pukul 3.30 petang pada 16 Julai lepas. Timbalan Pendakwa Raya Siti Noorbaya Jamil mencadangkan agar kedua-dua tertuduh diikat jamin RM13,000 setiap seorang dengan mengambil kira bahawa mereka adalah anggota polis... Perghh kerana POLIS mereka boleh lepas. Alahai...

(Moral: TAK BERMORAL... Merompak dan mengugut merupakan perbuatan JENAYAH yang perlu dihapuskan. Kredibiliti pihak polis tercalar lagi dengan adanya anggota yang bersifat mata duitan. Yang kecil makannya sedikit, manakala yang besar makannya sampai buncit)

POLIS KASI CUCI KES SPRM

Apa yang pelik sehingga kini tidak ada seorang pun di reman atau mereka disyaki ditahan dalam kes kematian mengejut tersebut. Apakah polis sudah mempunyai rumusan yang diatur cukup hebat sehingga dapat meyakinkan rakyat bahawa Teoh membunuh diri? Apakah terdapat perancangan bersama pihak polis dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup kes sebenar kematian yang sebelum ini diklaskan sebagai mengejut? Ini kerana terdapat dakwaan peguam keluarga Teoh, Lim Lip Heng sebagaimana dilaporkan media maya menyifatkan pihak polis mahu "melepaskan para pegawai SPRM dari sebarang beban" ekoran kejadian kematian mengejut Teoh itu.

>>Lanjut Wajib Baca>>>


(Moral: Nampaknya jelas tindakan polis membantu SPRM supaya agensi itu dilihat bersih? dengan bersikap melindungi bila melibatkan juak-juak umnobn. Bila inkues bermula, jangan terkejut akan keluarnya statement menyatakan polis dan SPRM menjalankan soal-siasat dengan betul dan mengikut lunas perundangan dan Teoh mati kerana tidur di tingkat bawah bangunan SPRM sehingga seluarnya koyak di bahagian belakang. Penanda aras agensi polis perlu diukur jika mereka masih mengekalkan sikap menjilat temolok pemimpin atasan. Jika terkena kepada rakyat, polis akan menggunakan taktik tangkap dulu baru soal. Tetapi lain pula tindakan diambil bila terkena pada juak-juak SPRM di bawah telunjuk umnobn. Polis sangat BERAJA di Malaysia... Kuda ku lari gagah berani... nanyian dari suara Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein)

REGIM YAHUDI MASUK MASJID AL-AQSA


BAITULMAQDIS: Polis Israel membenarkan 45 rakyat Israel memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa, tanah suci ketiga Islam, dalam apa yang disifatkan rakyat Palestin sebagai satu cubaan untuk menimbulkan kemarahan ummah. Kumpulan penduduk Yahudi terbabit melawat kawasan berkenaan sempena bulan kesembilan dalam kalendar Yahudi dipanggil 'Av', bagi memperingati kemusnahan kuil Yahudi pertama dan kedua, yang dikatakan di bawah Masjid Al-Aqsa.

Masjidil Aqsa terletak bertentangan Masjid Kubah Batu iaitu lokasi Nabi Muhammad diangkat ke langit dalam peristiwa Perjalanan Malam (Israq Mikraj). Masjid Kubah Batu yang disebut juga sebagai Masjid Omar adalah kawasan yang disifatkan sebagai maruah rakyat Palestin. Ia amat sensitif berikutan kumpulan pelampau Yahudi mahu memusnahkan masjid yang ada pada masa ini dan membina 'Kuil Ketiga'.

Beliau memberitahu, kumpulan penduduk Yahudi itu berada dalam kumpulan antara 12 hingga 15 orang. Tiada pergaduhan meletus setakat ini. Sabtu lalu, Azzam dipetik sebagai berkata: "Jangan harap orang Yahudi akan dapat bina kuil mereka di tanah suci al-Aqsa. Ia tidak akan berlaku. Mereka hanya bermimpi di siang hari jika menganggap orang Islam akan lepaskan masjidil Aqsa."


Kata-katanya disambut jeritan dan tepukan gemuruh beribu-ribu kanak-kanak Arab yang berada di sekitar masjid itu bagi menyambut pesta tahunan Dana Kanak-kanak Al-Aqsa. Selasa lalu pula, kumpulan sayap kanan Israel berarak di Baitulmaqdis berhampiran kawasan al-Aqsa.

Polis menutup jalan Al-Wad bagi melindungi mereka dan memudahkan demonstrasi terbabit. Pemilik kedai Palestin juga diarahkan menutup perniagaan mereka pada 6 petang. Ada rakyat Israel menyerang penduduk Palestin dan harta benda mereka berhampiran sekolah perempuan Silwan dekat Pintu Mughrebi yang menjadi laluan ke al-Aqsa. Enam warga Palestin cedera dalam kejadian itu.

Perkembangan di Aqsa menyusuli tindakan kerajaan Israel membuang perkataan 'bencana' atau 'al-Nakba' dalam buku teksnya yang digunakan kanak-kanak Arab. 'Al-nakba' merujuk pembentukan negara Israel pada 1948 sekali gus menandakan permulaan penjajahan Yahudi tanah Palestin. -Agensi

>>Lagi Besekongkol dengan Regim>>>

INKUES VERSI UMNOBNgok?

Dari Lensa ZI: Perdana Menteri menyediakan dua badan untuk menyiasat kes tersebut. Oleh kerana rakyat mahukan Suruhanjaya Diraja, maka Najib menghadiahkan satu Suruhanjaya tapi ia hanya untuk menyiasat prosedur yang digunakan oleh pihak penyiasat, iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Yang menyiasat soal pokok yang lebih besar dan penting, iaitu mengenal punca sebab kematian Teoh yang memang semua orang ingin tahu; Najib menyerahkan tugas yang maha berat itu kepada seorang majistret, iaitu pegawai mahkamah yang paling rendah pangkat dan kedudukannya di bawah kawalan Peguam Negara. Jadi, marilah kita sama-sama fikirkan sendiri, sejauh mana hasil siasatan seorang majistret dan sama ada kebenaran akan terserlah nanti. Saya jangka satu lagi “cover up” akan berlaku. Mereka juga lupa mengenai cadangan-cadangan Suruhanjaya Diraja yang diketuai oleh Tan Sri Haidar mengenai kes pita video V.K. Lingam. Walaupun kandungan laporan itu sudah dimaklumkan kepada umum, dan secara “prima facie” memang ada kes salah laku oleh orang-orang ternama, tindakan susulan yang sepatutnya dilaksanakan oleh Peguam Negara tidak pun berlaku.

>>Lanjut, Wajib Baca>>>

(Moral: Nampaknya kena main lagilah rakyat seMalaysia sebelum ini, tahun ini dan akan datang. Tak puas ka... dasar viagra tul larr)

KEDUDUKAN TERSOHOR KEUNTUNGAN BERGANDA

Petronas memperkukuhkan kedudukannya sebagai antara 100 syarikat terbesar di dunia dengan pendapatan AS$74,965 juta. Dalam senarai terbaru Global 500 terbitan majalah Fortune, Petronas menduduki tempat yang ke-80. Malah Petronas juga tersenarai antara 40 syarikat paling tinggi catat keuntungan. Daripada 40 syarikat disenaraikan, Petronas menduduki tangga ke-13 dengan keuntungan tahun 2008 cecah AS$15,308.9 juta tahun lalu. Petronas memulakan operasinya pada 1974 dengan hanya 18 pekerja. Ia kini mempunyai lebih 30,000 pekerja.

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah berkata Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian perkongsian hasil carigali minyak yang dimeterai antara Kerajaan Pusat, Petronas dan kerajaan negeri dan justeru itu tidak berhak untuk menahan pembayaran royalti kepada negeri itu. Dalam temubual khas bersama Suara Keadilan, beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata peruntukan dalam perjanjian itu hendaklah dihormati serta dipatuhi.

Petronas dah untung, Kelantan masih tunggu tarikh bincang isu royalti
Kerajaan Negeri masih menunggu tarikh mengadakan perbincangan isu tuntutan royalti petroleum dan gas dengan Kerajaan Pusat kerana sehingga kini masih belum menerima sebarang keputusan walaupun surat mengenainya sudah dihantar kepada Perdana Menteri. Pada Mesyuarat Exco Mingguan Rabu lalu, Kerajaan Negeri meluluskan penubuhan jawatankuasa khas tuntutan royalti petroleum dan gas yang didakwa berjumlah RM1 bilion. Husam dilaporkan berkata, pihaknya yakin tuntutan mengenai perkara itu akan berjaya kerana Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah menghantar surat mengadakan perundingan kepada Perdana Menteri. Kini isu tuntutan Kerajaan Negeri itu di peringkat rundingan dan kajian dari segi undang-undang dan peraturan mengikut Akta Pembangunan Petroleum (PDA) dan Perjanjian Konsesi oleh Petronas.

(Moral: Dah terang lagi bersuluh. Regim betul lar umnobn ni. Bila bab nak beri royalti kepada kerajaan kelantan, banyak pula dolak-dalihnya. Cian rakyat kelantan kena TIPU.)

Khamis, Julai 23, 2009

UDANG KERING POWER







KERIAN 1: INDUSTRI GERAGAU - Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup. Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.

>>Lanjut Bluehikari.com>>>

(Moral: TAK BERMORAL. Kebanyakkan Industri udang kering di daerah kerian dipelopori oleh kaum cina. Orang melayu banyak buat belacan secara kecil-kecilan terutamanya di Kg. Nelayan Kuala Kurau Perak. Pernah sampai Kerian naik feri jalan pintas ke Kuala Gula untuk tengok burung. Jangan lupa pekena gulai ikan semilang Kerian.. KOOL)

DAH TERANG KAT PASPORT MALAYSIA




Protokol politik tidak akan membolehkan dua orang Menteri Pertahanan kerajaan-kerajaan yang tidak mempunyai hubungan diplomatik untuk mengadakan pertemuan. Jelaslah Zahid telah melangkaui deskripsi kerjanya.

Dalam Satu Laporan media maya Zahid dikatakan membuat pertemuan dengan Ehud Barak, dia juga pemimpin Kanan Israel yang terlibat membunuh Rakyat Palestin, Yang menariknya perjumpaan ini dibuat di Paris bulan lepas secara tertutup. Turut dilaporkan ialah Zahid telah terlebih dahulu mengakui menemui Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, dan bahawa beliau (Zahid) telah berkeras supaya tidak ada jurugambar yang hadir dalam pertemuan tersebut. Walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil bagi memastikan pertemuan tersebut kekal menjadi rahsia, jelaslah sekarang bahawa apa yang berlaku di Paris, tidak semestinya hanya kekal di Paris!.

Pertemuan ini menimbulkan persoalan tentang keupayaan Zahid dalam membuat penilaian yang baik dalam tempoh yang singkat sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Apakah urusan Malaysia untuk bertemu dengan Menteri Pertahanan sebuah regim yang mana ia tidak mempunyai hubungan, atau yang tidak pernah diakui hubungannya?

(Moral: Pertemuan yang sedemikian rupa dengan regim yang telah dikecam di seluruh dunia kerana kekejamannya di Palestin dan Lebanon secara tidak langsung menunjukkan ketidakpekaan UMNOBN dalam isu moral dan politik, tidak kira apa jua justifikasi yang diberikan oleh Zahid)

INKUES KEPALA HOTAK, MENGELIRUKAN RAKYAT

Sound like english... inkues... Ngok ka apa... dalam kamus dewan pun tak dak perkataan nih. Takkan nak tunggu kamus edisi yang ke 4 kot. Kalau "inquest" ada la dalam kamus inggeris. Lepaih ni pakat pening pakar Bahasa Melayu nak maksudkan INKUES kepala hotak.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyatakan kekesalan dengan keputusan itu percaya Suruhanjaya ini perlu dipertaggungjawab untuk menyiasat kematian Teoh dan bukannya inkues seperti yang diputuskan oleh kerajaan persekutuan semalam. Terma-terma tersebut ialah meneliti dan mengkaji peraturan yang berkaitan dengan soal siasat yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Serta menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi manusia semasa proses soal siasat terhadap Teoh untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang kembali. Beliau juga mempersoalkan keperluan untuk menggunakan dua prosiding yang berlainan untuk menyiasat perkara yang berkait rapat dan melibatkan saksi-saksi yang sama.

Kerajaan negeri Selangor telah mengumumkan bahawa siasatan SPRM ke atas pegawai dan wakil rakyat Pakatan hanya boleh dilakukan di pejabat dimana mereka bertugas. Menurut beliau, keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri petang tadi adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan pegawai di samping memberi kerjasama kepada pihak SPRM sehingga siasatan ke atas tragedi ini selesai.

(Moral: Suruhanjaya tak menyiasat punca kematian sebab kerajaan UMNOBN memutarbelitkan dengan penubuhan suruhanjaya ini bagi melindungi kerja busuk mereka. Kalau setakat meneliti dan mengkaji peraturan siasatan SPRM dan polis baik tak payah ditubuhkan. Pihak SPRM dan Polis boleh mengubah fakta siasatan dengan sekelip mata aja... kroni malaun... Teringat macamana mahkamah mengesahkan zambri sebagai menteri besar perak... kan sekejap je tu. Kah... Koh... Keh... Alahai Najib... semua suruhanjaya akan menjilat temolok hang)

TINDAKAN PAK POLISI INDONESIA SAMA DI MALAYSIA


JAKARTA 22 Julai – Polis Indonesia hari ini menangkap isteri dan dua orang anak kepada pengganas yang paling dikehendaki Nordin Mat Top yang dipercayai mendalangi pengeboman Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz Carlton, Jumaat lalu. Nordin yang berasal dari Malaysia itu menjadi buruan polis sejak tahun 2003 selepas terlibat dalam serangan bom ke atas Bali. Isteri Nordin, Arina ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pasuruhan, Cilacap, Jawa Tengah. Arina mendakwa dia tidak mengetahui lelaki yang dikahwininya itu ialah Nordin, kerana dia mengenali suaminya sebagai Abdul Halim. Pak Polisi Indonesia siap bagi reward beb.. link disini

>>Tindakan di Malaysia>>>

(Moral: Tangkap yang tak bersalah atas alasan bersubahat dan mengenali tertuduh. Bukankah ini satu ugutan pihak polis bagi memancing Nordin Mat Top menyerah diri)

SIAPA KATA UMNOBN TAK BERDEMO


Di Ampang Kira-kira 60 penyokong Umno dan parti komponen BN menyertai demonstrasi di hadapan pusat membeli-belah Ampang Point untuk menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk meneruskan siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock. Perhimpunan bertujuan membantah tindakan beberapa pihak yang cuba mengganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis berhubung dakwaan rasuah terhadap beberapa anggota Exco kerajaan Selangor serta kes kematian setiausaha politik seorang anggota Exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock.

Ia disertai ahli Umno bahagian-bahagian Ampang, Gombak dan Pandan. Manakala ahli-ahli MCA, MIC, PPP dan Gerakan pula semuanya dari Ampang. Dalam perhimpunan ringkas itu, mereka membawa kain rentang yang bertulis 'Umno bahagian Ampang yakin kredibiliti SPRM dan polis untuk teruskan siasatan' dan 'Umno bahagian Ampang menyokong tindakan SPRM dan polis". Mereka juga membawa poster yang antaranya bertulis 'Jangan ganggu tugas SPRM dan polis, teruskan siasatan' dan 'Pembangkang jangan alihkan isu!!!'.

(Moral: KAH... KOH... KEH... Dulu PEMBANGKANG UMNOBN selangor selar kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan. La ni terpalit pulak kat muka hangpa kerana juak-juak umnobn sebelah Ampang pulak berdemo. Ceh... mengata orang rupanya hangpa yang lebih sehingga mengganggu lalulintas di Jalan Ampang)

Rabu, Julai 22, 2009

SURUHANJAYA MENYIASAT SURUHANJAYA

Oleh kerana terlalu banyak pihak yang mendesak, Kabinet hari ini memutuskan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock minggu lalu.

Pertama
Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.

Dua
Satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.

Tiga
Menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.

(Moral: Rupa-rupanya amat senang hendak mendesak kementerian umnobn kalau kena caranya. Umnobn pun takut jugak dengan suara dari DAP sebenarnya. Siasat biar telus dan menyeluruh dan langan lupa siasat sekali juak-juak umno yang terlepas tu)

SURUHANJAYA DIRAJA MAMPU MEMBONGKAR RAHSIA KOTOR UMNOBN

Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan kerana mampu memberi kesan besar kepada iltizam rakyat yang ingin melihat sesuatu perkara itu dari sudut keadilan. Tindakan mengunci suara mana-mana individu yang cuba melontarkan pandangan atau pendapatnya terhadap perkara yang berlaku menggambarkan bayangan seram pemimpin kerajaan cuba menyembunyikan kemungkaran di sebalik telunjuk sendiri.

Siasatan ke atas Beng Hock oleh SPRM dilihat agak luar biasa apabila memakan masa terlalu lama (kira-kira 10 jam). Modus operandi itu secara tidak langsung menimbulkan unsur penderaan mental sekaligus bersalahan dengan etika hak asasi manusia.

Perspektif kerajaan adil tidak menepati kretirearnya selagi hak kebebasan rakyat bersuara masih diganggu-gugat dengan sekatan atau ugutan. Konsep 1Malaysia rakyat didahulukan, hanya sia-sia jika gagal mencipta satu dimensi baru secara keseluruhan buat rakyat.

Jika Beng Hock bersama Adun-Adun Pakatan yang lain SPRM boleh seagresif itu dalam menjalankan siasatannya, tetapi kenapa tidak terhadap beberapa pemimpin BN yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah bernilai jutaan ringgit?

Sebagaimana kes berlaku di Selangor sebelum pilihan raya umum 8 Mac 2008 melibatkan wang peruntukan Adun BN yang berjumlah RM500,000 dihabiskan dalam tempoh 50 hari merangkumi jumlah keseluruhan (54 Adun) sebanyak RM27 juta?. Dan kemana hilangnya aduan terhadap individu terbabit dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.5 bilion, serta istana bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo, mencecah RM24 juta melebihi pendapatan asalnya di samping lawatannya ke Disneyland yang menelan belanja hampir RM1.8 juta.

Ringkasnya, ke mana pergi laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa pemimpin BN tidak dipedulikan SPRM? Rakyat menuntut jawapan tegas tanpa sebarang unsur politik. -Harakah

(Moral: SPRM yang ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 2009 merupakan agensi yang GAGAL berlaku adil dan saksama dalam siasiatan mereka)

KDN BLOCK MORALLESS STORIES

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenakan Perintah Larangan terhadap 13 penerbitan kerana mengandungi penulisan yang tidak bermoral dan tidak sesuai untuk bacaan umum. Penerbitan itu ialah 'Cinta Awak Dalam Sehari', 'Pengantin Remaja', 'Masalah Seksual Yang Anda Malu Tanya', 'Rahsia Dalam Rahsia Di Sebalik Tirai Kamar Suami Isteri', 'Isteri Romantik di Kamar Yang Indah' dan 'Suami Romantik di Kamar Yang Indah'. Penerbitan lain ialah 'Senggama Kubur', 'Rintihan Jiwa Seorang Lesbian', 'Oh Fazrah', 'Serakah Anak-anak Zombie', 'Menyingkap Rahsia Keistimewaan Wanita', 'Permata Gemilang' dan 'Khazanah Mutiara Hikmah Suami Isteri dan Bakal Pengantin'. Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984.Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

(Moral: Majalah paling hot si mangga tak kena ka?)

ZAID AJAK MUHYIDDIN BANTAH

Tengku Razaleigh memang kuat nasionalismenya; memang pejuang Melayu yang tulen tetapi tidak terdengar ucapan dibuat olehnya yang membenci dan menghina kaum lain dalam apa-apa isu. Dia boleh mengatasi isu rumit tanpa mengapi-apikan rasa perkauman atau menggunakan kekerasan. Dia tidak akan menggunakan polis dan SPRM untuk menjatuhkan musuh politiknya. Dia tidak akan melantik orang yang rasis untuk menjadi pengarang akhbar. Isterinya pula tidak akan rasa tersinggung kalau gambarnya tak keluar dalam akhbar. Tapi sayang sekali, Tengku Razaleigh masih menaruh harapan yang dia mampu menyelamatkan UMNO. Bagi saya, UMNO hari ini bukan lagi UMNO yang diperjuangkan oleh Ku Li dahulu. Mungkin lebih baik rasanya kalau Ku Li pertimbangkan untuk sertai Parti Keadilan Rakyat. -Zaid Ibrahim, PKR

Kata Muhyiddin dalam ketakutan
Beliau menjadi pengasas parti sejak dari dulu lagi, ini macam Zaid merendah-rendahkan kewibawaan politik Tengku Razaleigh, walaupun beliau tidak berjawatan tetapi beliau masih aktif dan cergas (dalam Umno). Tengku Razaleigh merupakan satu daripada sebab Umno mendapat kemenangan moral pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai di Kelantan pada 14 Julai lepas apabila calon Barisan Nasional (BN) kalah tipis dengan majoriti 65 undi kepada PAS.

(Moral: Tengku Razaleigh adalah baki-baki terakhir pemimpin tulen yang dibiarkan umnobn tanpa diberikan jawatan menteri. Alahai...)

EZAM LEBIH TAHU DARI SPRM DAN POLIS

Ezam berhujah, apa perlunya SPRM membunuh Mendiang sedangkan Mendiang hanya sebagai saksi. Saya juga tidak percaya dan tidak menuduh SPRM terlibat di dalam pembunuhan tersebut kerana siasatan belum selesai dijalankan. Tetapi, tidakkah kita pernah mendengar betapa saksi-saksi juga sering ditekan atau diugut untuk memberikan keterangan? Pihak penyiasat mungkin juga akan menyiasat samada ini terjadi pada Mendiang. Hujah Ezam lagi, DAP boleh juga dituduh mengakibatkan kematian Mendiang memandangkan DAP mungkin takut saksi tersebut memberikan keterangan berlakunya rasuah seperti yang didakwa. Ingin kita peringatkan Ezam, bahawa semasa Mendiang ditemui mati siasatan telah berakhir dan keterangan telah diambil oleh pihak SPRM. Jika benar saksi tersebut ingin di`hapus’kan bagi mengelakkan kebocoran maklumat terhadap dakwaan rasuah tersebut, lojiknya Mendiang akan di`hapus’kan sebelum memberi keterangan lagi.

>>Lanjut Nujum si Ezam>>>

(Moral: Hoi Ezam lebih baik hang mintak kerja kat SPRM senang sikit nak serbu Pakatan Rakyat. Duduk dalam umnobn pun hang tak boleh buat apa-apa...Rasuah umnobn makin berleluasa)

Selasa, Julai 21, 2009

APA YANG SPECIAL BRANCH?

Setiap Dun kawasan pilihan raya satu markas sulit telah ditubuhkan dengan kelengkapan yang canggih, computer yang terbaru, alat pengesan percakapan talipon, alat penangkap suara perbualan atau scanning device yang dapat mendengar perbualan dalam bilik, kereta maupun dimana saja anda berada dengan jarak 300 meter dapat didengar dengan jelas. Alat itu menggunakan TELESCOPIC mic yang cangih .yang sering digunakan oleh CIA, KGB dan ajen perisik. Dengan menggunakan alat ini..mereka akan mengetahui semua tektik dan pergerakan pembangkang. Pihak SB dan Perisik tentera akan menyusup masuk ke dalam semua bilik gerakan pilihan raya untuk menunjukkan sokongan dan minta diberi tugas penting disamping itu akan menderma dengan wang yang banyak dan kemudian akan menyusup masuk hingga ke barisan pimpinan. Ini termasuklah mendaftar sebagai ahli PAS dan KEADILAN . Mereka ini akan bekerja siang dan malam untuk meyakinkan pertugas PAS..

>>Lanjut Apa yang Special Branch>>>

Perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata: Rakyat Malaysia Perlu Tahu Kisah Sebenar Konspirasi Jahat Terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim

Perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata: Rakyat Malaysia Perlu Tahu Kisah Sebenar Konspirasi Jahat Terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim

Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun 1998, kini berulang sekali lagi dan adalah merupakan kesinambungan agenda jahat segelintir pihak polis dan pendakwaan tertentu. Jika kita teliti, terdapatnya hubungkait yang jelas diantara kes-kes tahun 1998 dengan Kes Terkini yang mendakwa kononnya Dato' Seri Anwar Ibrahim meliwat Mohd Saiful Bukhari. Taktik tipu helah dan pemerdayaan telah digunakan di dalam Kes Terkini sepertimana digunakan sejak tahun 1998 bagi memenjarakan Dato' Seri Anwar dengan apa cara sekali pun. Ini adalah konspirasi politik yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi di dalam negara yang tidak mahu kerja-kerja kotor mereka didedahkan oleh Dato' Seri Anwar kepada rakyat.

Berikut didedahkan kisah sebenar konspirasi politik

MARUAH BOLA MALAYSIA TERCALAR


Manchester United menewaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan persahabatan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi. Gol United dijaringkan Federico Macheda pada minit ke-10 dan Michael Owen, dua minit kemudian. Keletihan dan kelemahan taktikal dikatakan menjadi penghalang skuad bimbingan K. Rajagopal untuk mengulangi persembahan bertenaga sebelum kalah 2-3 pada perlawanan pertama sebelumnya.

ISU KECIL, HINDU YANG BAWA KEDEPAN

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Senawang, P.Gunasekaran, kesal kerana keselamatan Sekolah Agama Persekutuan Labu di kilometer 15, Jalan Labu, diabaikan apabila tembok pagar sekolah tersebut telah runtuh. Gunasekaran juga berkata salinan surat aduan tersebut juga telah dihantar kepada ADUN Labu, Dato' Hasim Rusdi; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban, Dato' Abdul Halim Abdul Latif dan kepada Jabatan Kerjayaraya Negeri Sembilan.

" Tembok pagar sekolah yang runtuh ini menghadap laluan utama iaitu Jalan Labu, tapi saya berasa hairan bagaimana ADUN Labu yang sering menggunakan laluan utama ini tidak peka dengan keadaan tembok pagar runtuh ini?. Yang paling mengecewakan ialah, beliau juga merupakan EXCO kerajaan Negeri Sembilan dan tidak mengambil sebarang tindakan sehingga ke hari ini. Keselamatan pelajar yang tinggal didalam asrama juga berisiko apabila keadaan tidak sempurna ini akan mengundang pelbagai anasir jenayah dari luar kawasan sekolah."
- Gunasekaran

(Moral: Adalah sangat memalukan adun Labu Dato' Hasim Rusdi yang tidak mengambil kisah hal ini. Walaupun isu ini kecil pada pandangan beliau tetapi mampu menggambarkan bahawa beliau tidak buat kerja dan hanya mengabihkan boreh ajo... Alahai jang)

JEMPUT WARGA CHINA, CHIN PENG LAGUMANA

Begitu seronok menteri perlancongan melaung-laungkan kepada rakyat China bahawa Malaysia adalah negara yang terbaik untuk destinasi percutian di Asia. Bagaimana pula dengan Chin Peng yang mahu bercuti di negaranya sendiri di sekat oleh juak-juak umnobn?. Tourism Malaysia mensasarkan sejuta pelancong dari China mengunjungi Malaysia tahun ini sempena dengan ulang tahun ke-35 hubungan China-Malaysia serta etnik antara rakyat kedua-dua negara. Menteri Pelancongan Malaysia Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, Tourism Malaysia akan melancarkan pakej pelancongan menarik dengan menggalakkan pengusaha pelancongan China. Ng berkata, Laman Web Tourism Malaysia mengenai China akan memaparkan cerita dan gambar rakyat Malaysia berketurunan China yang kaya dan berjaya, bagi menarik minat rakyat China melawat Malaysia untuk mengenali dengan lebih dekat evolusi rakyat Malaysia keturunan itu. Menurutnya, ini termasuk membawa masuk pasangan untuk berbulan madu, kakitangan diplomatik, cedekiawan dan profesional ke Malaysia sebagai salah satu usaha untuk mencapai sasaran itu.

(Moral: Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menteri perlancongan umnobn menggunakan kuasanya bagi membangunkan ekonomi juak-juak cina di Malaysia. Bagaimana pula menteri-menteri melayu umnobn... asal diberi dikata subsidi kerajaan...)

Isnin, Julai 20, 2009

WARGA JOHOR PANDANG REMEH

Tindakan Datuk Chua Jui Meng keluar dari MCA dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mendatangkan banyak kesan terhadap senario politik di Johor, kata pengerusi Barisan Nasional negeri Datuk Abdul Ghani Othman.

"Sokongan begitu gigih semasa pilihan raya dan kami jangka Pakatan Rakyat akan berkembang di Johor. Tetapi sebaik saja pilihan raya selesai, sokongan nampaknya semakin malap."
- Datuk Abdul Ghani Othman, pengerusi Barisan Nasional negeri.

Apa kata Chua Jui Meng
"Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenajung untuk melakukan perubahan. Kuasa undi yang menakjubkan ini telah melahirkan sistem dua parti. Hasilnya, kita menyaksi fenomena sehingga ini di mana pemimpin Umno berkata " jika kita tidak berubah, rakyat akan menukar kerajaan". Kerana tiada pilihan, rakyat Malaysia kini menyaksikan kerajaan yang didukung oleh Umno, membuat beberapa usaha memenangi hati rakyat. Itu adalah hasil daripada kuasa rakyat. Hari ini kita menyaksikan kelahiran sistem dua parti kini berdepan dengan ancaman kemusnahan, gangguan yang berterusan daripada kerajaan yang didukung oleh Umno untuk memisah dan memusnahkan sistem dua parti, yang terhasil daripada pilihanraya umum tahun lalu."
- Datuk Chua Jui Meng, bekas ketua MCA

(Moral: Adakah tindakan Chua Jui Meng yang menyertai Pakatan Rakyat mampu memberi gelombang yang kuat sehingga melemaskan haluan karat di Johor pada PRU 13 nanti?. Orang cina semua dah sedar akan pencaturan dari umnobn. Dan yang tinggal hanya melayu yang gilakan kuasa dan wang ringgit sahaja masih dibuai mimpi sebelum sedar. Kepada mereka yang keluar dari parti karat tersebut tahniah diucapkan.)

Post Haru Biru

Arkib Blog