Isnin, Ogos 31, 2009

Kemerdekaan untuk kebebasan dan keadilan


Kemerdekaan mestilah tidak terperangkap dengan bahana dari politik sempit dan kelam sesebuah parti politik tertentu. Kemerdekaan perlu di lihat dari perspektif rakyat keseluruhannya; perjuangan pelbagai kaum, menggunakan pelbagai wadah, dan melibatkan pelbagai aliran pemikiran. Sejarah ternyata mengajar kita bahawa Perjuangan Menuntut Kemerdekaan menerbitkan kesatuan semangat untuk menentang penjajah dan imperialisme Barat ketika itu.

Generasi terdahulu yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan, dan mereka yang menempuh zaman mudanya di masa awal kemerdekaan menjadi saksi kepada kepelbagaian aliran dan wadah perjuangan rakyat. Tetapi penulisan sejarah kemerdekaan yang disampaikan kepada generasi hari ini masih belum berlaku adil kerana fakta yang bercampur propaganda. Ini merupakan beban dan tanggungjawab kepada ahli-ahli sejarah kerana tanpa pensejarahan yang adil, kita tidak akan dapat melihat dan menemui makna dan rupa diri bangsa kita yang sebenarnya. Nama pejuang kemerdekaan seperti Dato’ Onn Jaafar, Ustaz Abu Bakar Baqir, Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Boestamam, Mat Salleh, Panglima Rentap dan Rosli Dhobi tidak sewajarnya digelapkan dari sejarah menuntut kemerdekaan.

Kemerdekaan adalah untuk kebebasan dan keadilan. Inilah yang dijanjikan kepada kita pada 31 Ogos 1957. Sekiranya kita mahu berdegil untuk meneruskan saki baki peninggalan feudal, atau mahu memperkukuhkan lembaga-lembaga sistem otoritarianisme, sudah pasti kita menjadi bangsa yang terpinggir. Bangsa Malaysia tidak miskin dengan sumber daya manusianya. Dengan paras pembangunan yang telah dicapai dan kekayaan yang kita miliki Malaysia boleh menjadi negara yang besar. Dan kita perlu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi bangsa yang besar. Tetapi kita tidak boleh menjadi bangsa yang besar sekiranya rakyatnya tidak bebas dan merdeka.

>>Lanjut Anwar Ibrahim>>>

Selamat Menyambut Kemerdekaan Minda Ke 52


Ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak di kaca tv semalam sangat menghambarkan. Muak juga bila beliau menuduh ada golongan-golongan tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh dengan cuba melebarkan isu perkauman. Selama 52 tahun Kemerdekaan rakyat sudah memahami isu ini. Kenyataan Najib seumpama satu ugutan bagi menanam sikap benci diantara satu kaum kepada kaum yang lain. Dan satu lagi isu yang sengaja diulang tayang ialah komunis. Apakah sudah tidak ada lagi isu yang sesuai untuk membentuk minda rakyat yang terlalu matang dalam menilai sesebuah sejarah?. Musuh benar umno dengan Komunis, walhal kumpulan ini juga berjuang menolak penjajahan British suatu ketika dahulu.

Setelah 51 tahun bergelumang dengan rasuah politik, mampukah politiking Merdekakan daripada lacuran Korupsi yang makin berleluasa dengan mengambil perhatian yang sewajarnya. Dimana hilangnya keTELUSan badan bertanggungjawab. Kemerdekaan tetap juga disambut mengikut perjalanan kalendar 2009. Kematian oleh wabak yang mengorbankan 72 orang dan 280 disahkan Positif H1N1 turut mengikut kalendar tanpa ada tugasan-tugasan menteri bertanggungjawab melaksanakan inisiatif yang lebih berkesan. Atau mungkin lebihannya disapu kebawah karpet bagi mengelakkan rasa takut pelancong mendarat di Malaysia. Mengapa tidak mewartakan kawasan panas H1N1 supaya rakyat lebih bersedia atau duduk dirumah sahaja.

Rakyat sudah berfikiran matang dan sangat berbeza jika berbanding dengan dekad yang lalu. Dahulu, rakyat jelata mengutamakan kehidupan yang selesa dan damai, tetapi sekarang mereka menuntut satu masyarakat yang adil dan saksama. Ini adalah satu perubahan yang tidak dapat dinafikan. Isu perkauman yang dijaja oleh media lidah umno adalah sangat merbahaya dan boleh menjejaskan kedamaian sesebuah masyarakat.

(Moral: Dalam satu segi kita bersetuju dengan laungan kemerdekaan sejagat itu tetapi dalam segi lain kita menghalang hak orang lain. Di sini ada pertentangan di antara pengertian rakyat dengan matlamat orang politik dalam hal ini. Tragedi Perak juga menunjukkan kepada kita banyak sisi gelap dalam demokrasi berparlimen, daripada doktrin pengasingan kuasa eksekutif, legislatif dan judiciary (kehakiman) kepada campur aduk kuasa yang disahkan oleh perampas kuasa. Speaker boleh diusung keluar jika mahu diganti dengan orang lain, walaupun kaedah 'mengusung dan mengurung' tidak tercatat dalam prosedur dan undang-undang perlantikan speaker, Ia boleh dilakukan dengan bantuan polis!. Rakyat Merdeka dengan pembangunan fizikal semata-mata... Adakah rakyat benar-benar bebas... Lebih baik pergi menoreh... can cin cau..)

Ahad, Ogos 30, 2009

52 Tahun Kemerdekaan Bersama Pendemo Otak Lembu



Adalah amat pelik dan mendukacitakan apabila melihat tindakan sekumpulan 50 penduduk mengarak kepala seekor lembu, melaungkan kata-kata provokatif dan bertakbir tidak pada tempatnya.

"Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang. Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak. Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlak. Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis (tunggu dan lihat) cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak. Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demopntrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku."
-Khalid Samad

”Agama mengajar kita agar menangani isu-isu seperti yang dihadapi dengan penuh kesabaran, bijaksana dan berhikmah, ia dilakukan pada hari (Jumaat) dan di bulan (Ramadan) yang cukup mulia bagi umat Islam. Seharusnya, bulan Ramadan ini dapat melatih kita untuk menundukkan nafsu amarah yang merajalela dalam diri. Malah, lebih parah ia boleh menimbulkan tindakbalas anarki yang mungkin tidak mampu kita kendalikan lagi, Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan Allah di dalam Al Quran yang bermaksud: Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An’am: 108).
-Dr.Muhammad Nur Manuty, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat

(Moral: Agenda politik oleh kumpulan berotakkan pemahaman lembu adalah tidak wajar di bulan yang mulia menjelang sambutan kemerdekaan ke 52 Isnin ini. Bersama sepanduk ciptaan pencacai umnobn yang tidak memahami maksud serta bagaimana mahu menulis perkataan TAKBIR. Agaknya dah lama sangat menulis bahasa orang putih sehingga perkataan melayu yang mudah pun memeningkan kepala pencacai umno untuk menulis. Mana dia Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air berasid, sebagaimana beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-iSA, Mansuh PPSMi dan BERSIH lalu)

Sabtu, Ogos 29, 2009

Korban Ramadan Dari Umno

Menuduh ketua pentadbir sebagai syaitan yang bertopeng manusia dan sanggup pertahan seksyen 23 dengan nyawa tapi adakah penyuara ini berani bertaruh nyawa demi menjalankan ibadah dan menegakkan kebenaran ALLAH.



(Moral: Ceh.. polis hanya membiarkan sahaja provokasi haramjadah ini. Bila kena kat batang hidung umno di putrajaya suatu ketika dahulu, sepantas kilat pihak polis menahan penganjur siap dengan sekatan jalan lagi. Jangan dok diam, semua muka terang dan jelas lebih senang polis mengecam dan mendakwa mereka sebagai penghasut kepada perbalahan kaum)

Reformasi Kedua Versi Cina


Umno tetap gagal dan akan gagal lagi dengan perbalahan yang berlaku kepada parti kompenen Barisan Nasional. Penangan Chua memang hebat seperti menelan viagra mampu melonjak reformasi ke dua versi cina. Pemecatan Chua seiras dengan pemecatan Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu oleh Che Det. Bezanya Chua mempunyai bukti dalam bentuk softcopy. Inilah yang ditakutkan pemimpin tertinggi umnobn yang mengamalkan demokrasi terpimpin. Tindakan Ong yang memecat timbalannya sama seperti Memperlekahkan demokrasi! Mencantas akar umbi Chua! Kemusnahan MCA berpunca dari Ong!" Demikianlah antara slogan yang tertulis pada banner, oleh penyokong Chua Soi Lek yang menuntut agar Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan, berusulkan pembuangan undi tidak percaya kepada Presiden Ong Tee Keat, dan mengekalkan keahlian serta jawatan Timbalan Presiden Chua Soi Lek. Pengerusi BN Najib Abdul Razak kini berada dalam kedudukan serba salah, sama ada untuk bercampur tangan dalam kemelut MCA atau tidak. seandainya tangan Najib dimasukkan ke dalam celah retakan MCA, maka Ong akan menyatukan sokongan akar umbi untuk melawan "musuh" dari luar yang terdiri dari Chua dan suara rakyat cina yang menyokongnya.

(Moral: Apa yang berlaku di dalam MCA menunjukkan BN sebagai parti yang retak menanti belah dan jatuh bersepai. Itu akibat dari keceluparan Muhyiddin yang menuduh parti orang lain retak menanti belah, sedangkan BNlah kini yang menghadapi masalah itu)

Isu Sensasi Bikin Laris Akhbar, Najib Sudah Gigil


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pemimpin masyarakat dan media di negara ini supaya tidak menimbulkan unsur sensasi terhadap isu-isu yang boleh mengundang kontroversi dalam masyarakat. Namun media lidah umno tetap lupa dengan ingatan dari Najib. Kebelakangan ini, kita dihidangkan dengan laporan kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi sehingga ini tidak ada apa-apa perkembangan. Namun, disebabkan berita ini telah disensasikan, maka ia sendirinya mencetuskan kontroversi dalam masyarakat dengan mengaibkan Dato Seri Anwar Ibrahim di mata rakyat Malaysia. Dengan buaian "pengkhianat Melayu", "kabinet babi", "pengakuan Saiful diliwat", "perkauman" dan "agama" yang di putarkan oleh media umno mampu membangkitkan semangat rakyat Rakyat menolak umnobn dengan kekalahan berkali-kali pada pilihanraya kecil.

Jumaat, Ogos 28, 2009

Kepada Rakan, Berhati-hati Bila Berblog

Assalamualaikum/ salam sejahtera,

Pada 8.8.2009, saya telah dimaklumkan oleh salah seorang pekerja TM bahawa beliau telah menerima satu email (mbok.nieza09@ gmail.com) daripada saya sedangkan saya tidak pernah menghantar email tersebut. Rupa-rupanya terdapat individu yang telah mendaftarkan email dengan menggunakan nama saya dan menyebarkan email berunsur fitnah dan hasutan. Rentetan dari peristiwa itu telah menyebabkan perbalahan dalam keluarga saya kerana si penghantar email tersebut telah mengapi-apikan saya dan keluarga saya. Pada hari yang sama, saya telah membuat laporan polis untuk perkara ini dan pada 10.08.2009 saya telah membuat laporan suruhanjaya komunikasi dan multimedia berhubung dengan perkara tersebut dengan harapan agar individu yang menghantar email berbaur fitnah dan hasutan dapat dikesan dan di ambil tindakan sewajarnya.

Semuanya bermula apabila saya menulis blog tentang kehidupan seharian saya berkenaan dengan semua perkara suka-duka yang berlaku ke atas diri saya di sekeliling saya. Adalah normal pada pandangan saya jika seseorang menulis blog berbentuk luahan hati dalam apa jua bentuk sekalipun dan tujuan saya menulis blog adalah hanya untuk menceriakan diri saya sendiri tanpa ada niat untuk menyakiti sesiapapun dan saya tidak pernah memaksa sesiapapun untu membaca blog saya namun saya tidak juga menghalang sesiapapun untuk membaca blog saya. Namun, entah bagaimana seseorang telah membaca blog saya dan merasa tersinggung dan telah membuat fitnah dengan menggunakan identity saya, dan pada masa yang sama menyebarkan kepada semua orang tentang blog saya dan membuat tokok tambah sehingga semua memandang serong kepada saya. Oleh sebab tersebut saya terpaksa menanggung malu dan masa depan karier saya terjejas. Semua tulisan saya di dalam blog saya adalah luahan hati saya namun tidak sedikitpun berunsur HASUTAN,FITNAH dan SENTIMEN-SENTIMEN yang berbentuk ugutan mahupun yang mengancam keselamatan sesiapa atau Negara sekalipun. -Mailbox

Najib Bagi 100 Juta Duit Rakyat Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR, Bernama melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian RM100 juta dalam bentuk saham kepada golongan miskin bandar pada majlis berbuka puasa dengan warga kota di Masjid Al Bukhari di Jalan Hang Tuah di sini, Jumaat.

(Moral: Rasuah ka, pancing ka atau dah terdesak?)

Percikkan Mengasyikkan Minda Menjelang Hari Kemerdekaan

1970: Muhibah dan Perpaduan (Love and Unity)
1971: Masyarakat Progresif (Progressive Society)
1972: Masyarakat Adil (Fair Society)
1973: Masyarakat Berkebudayaan Malaysia (A Society with Malaysian Culture)
1974: Sains dan Teknologi Alat Perpaduan (Science and Technology as Tools of Unity)
1975: Masyarakat Berdikari (A Self-Reliant Society)
1976: Ketahanan Rakyat (Strength of the People)
1977: Bersatu Maju (United and Progressive)
1978: Kebudayaan Sendi Perpaduan (Culture is the Core of Unity)
1979: Bersatu Berdisplin (United and Disciplined)
1980: Berdisplin Berbakti (Discipline and Service)
1981: Berdisplin Berharmoni (Discipline and Harmony)
1982: Berdisplin Giat Maju (Discipline Creates Progress)
1983: Bersama Ke Arah Kemajuan (Together Towards Success)
1984: Amanah Asas Kejayaan (Honesty Brings Success)
1985: Nasionalisme Teras Perpaduan (Nationalism is the Core of Unity)
1986: Bangsa Tegas Negara Teguh (Steadfast Society, Strong Country)
1987: Setia Bersatu Berusaha Maju (Loyally United and Progressively Working)
1988-1989: Bersatu (Unity)
1990: Berjaya (Success)
1991: Wawasan 2020 (Vision 2020)
1992: Wawasan Asas Kemajuan (Vision is the Basis of Progress)
1993: Bersatu Menuju Wawasan (Together Towards Vision)
1994: Nilai Murni Jayakan Wawasan (Good Values Makes the Vision a Success)
1995: Jatidiri Pengerak Wawasan (Steadfastness Moves the Vision Forward)
1996: Budaya Penentu Kecapaian (Culture Determines Achievements)
1997: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya (Good Values Make a Successful Society)
1998: Negara Kita, Tanggungjawab Kita (Our Country, Our Responsibility)
1999: Bersatu Ke Alaf Baru (Together Towards the New Millennium)
2000-2006: Keranamu: MALAYSIA (Because of you: MALAYSIA)
2007: Malaysiaku Gemilang (My Glorious Malaysia)
2008: Perpaduan Teras Kejayaan (Unity Is The Core of Success)
2009: 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan - KAH..KAH..KAH

Bukan kibaran bendera, nyanyian lagu, percikan bunga api, perarakan, ciptaan logo dan slogan yang utama, tetapi bebas dan merdeka dari sebarang penindasan yang mencengkam minda, hak-hak dan keadilan sama rata menjadi harapan rakyat sejak 52 tahun yang lalu. Dengan belenggu kemiskinan, jurang antara kaya dan miskin semakin melebar, gaji sedikit harga barang meningkat, jenayah bercambah, gejala keruntuhan akhlak makin menjadi dan kualiti kesihatan yang bertambah buruk lantaran penularan wabak terbaru, menjadikan rakyat makin resah gelisah mendiami negara tercinta ini. Bukan itu sahaja, gelodak runsing rakyat, makin terpampang tatkala api perkauman mula dinyalakan, mula mengusik batas agama,hak-hak kebebasan bersuara dinafikan, cakaran politik di sana sini, agensi-agensi penguatkuasaan yang sudah hilang intergriti dan aneka keserabutan menjadikan 'Merdeka' tidak mempunyai erti, sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Sembahyang Sunat Tarawih

Di bulan yang mulia ini hendaklah kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti yang jelas dari firman Allah S.W.T. pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan yang lain” dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”, maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali caracara sembahyang sunat tarawih dan witir supaya kedatangan Ramadan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita.
Panduan Sembahyang Sunat Tarawih JAKIM

Jaminan Royalti Minyak Kelantan Hanya Politik Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan akan membuat perbincangan dua hala antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan berhubung dengan tuntutan royalti minyak Kelantan. Perkara ini dinyatakan beliau dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara semalam yang turut dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan negeri.

Sebelum ini, Nik Aziz telah menghantar surat kepada Perdana Menteri dan Petronas menuntut royalti minyak sebanyak RM1 bilion untuk kerajaan negeri Kelantan. Ini berdasarkan carigali minyak yang dibuat oleh Petronas di perairan Kelantan. Ekoran itu, bekas Pengerusi Petronas yang menandatangani perjanjian dengan kerajaan-kerajaan negeri termasuk Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah menyokong tuntutan itu. Tuntutan ini juga disokong oleh Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga defacto Menteri Undang-undang. Mengikut sumber lain pelantar minyak ini berada di perairan Kelantan iaitu kira-kira 153 km dari pantai Kelantan.

(Moral: Adakah kenyataan Najib sebagai penyedap hati YB Dato Husam Musa yang berpenat lelah bersama wartawan meredah gelora lautan meninjau pelantar minyak di perairan Kelantan. Sedangkan Terengganu sendiri yang diperintah umnobn masih menunggu pemberian hasil royalti minyak dari kerajaan Najib)

Khamis, Ogos 27, 2009

Berpuasa Tapi Tidak Mengerjakan Solat. Guanno

Soalan; ustaz, apakah diterima puasa orang yang sengaja meninggalkan solat? kerana saya melihat ramai orang yang berpusa tapi tidak mengerjakan solat.

Jawapan;
Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, maka ia murtad dari agama dengan sepakat(ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.

Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), maka para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;
1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.
2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.

Berpegang kepada pandangan Imam Ahmad tersebut, maka sebahagian ulamak hari ini (terutamannya dari Arab Saudi seperti Syeikh Bin Baz, Ibnu Usaimin dan sebagainya) berpendapat; orang yang tidak menunaikan solat fardhu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya) sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin;

“Jika kamu berpuasa tanpa mengerakan solat, kami ingin menegaskan kepada kamu; sesungguhnya puasa kamu adalah batal/ rosak, tidak sah, tidak memberi manfaat kepada kamu di sisi Allah dan tidak mendekatkan kamu kepadaNya…” (Fatawa Ulama’Baladil-Haram, hlm. 198).

Adapun berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. Namun perlu dipersoalkan; adakah puasanya itu akan diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang cukup besar dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah. Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riyak; solatnya sah (dari sudut Fiqh) apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya, namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riyak tersebut.

Kerana itu, ulamak-ulamak al-Azhar (seperti Syeikh ‘Atiyah Saqar (bekas ketua Lujnah Fatwa al-Azhar), Dr. Ahmad asy-Syirbasi (bekas pensyarah di Universti al-Azhar), Dr. Muhammad Bakr Ismail, Dr. Muhammad ‘Ali Jum’ah dan ramai lagi), walaupun pendapat mereka tidak sekeras ulamak-ulamak dari Arab Saudi tadi, tetapi mereka menegaskan;

“Orang yang tidak mengerjakan solat sekalipun puasanya sah tetapi tidak diterima Allah (yakni tidak diberi pahala)”.

Syeikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya; “Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, maka hadis Nabi s.a.w. menunjukkan ia tidak diterima…”. Hadis yang dimaksudkan oleh Syeikh ‘Atiyah itu ialah sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);

“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).

Jika dengan kerana akhlak mazmumah (dusta dan sebagainya) telah pun menyebabkan puasa ditolak oleh Allah, maka lebih-lebih lagilah dengan meninggalkan solat fardhu yang dosanya amatlah besar, berkali-kali ganda lebih besar dari dosa kerana akhlak mazmumah itu.

Wallahu a’lam.

Umno Terengganu Sudah Pulih Hishammuddin

Datuk Rosol Wahid, Adun Ajil yang dilaporkan TMI juga menafikan mahu meninggalkan Umno dan menyertai PKR. Namun, beliau mengakui ada masalah yang belum selesai dalam Umno.

Campur tangan kerajaan dalam kehakiman syariah perlu ditamatkan segera

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata bahawa beliau mengakui Jabatan Penjara di bawah kementeriannya tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran untuk melakukan hukuman sebat mengikut undang-undang syariah terhadap Kartika.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Pihak kerajaan termasuk menteri-menteri wanita Islam tidak sepatutnya memberikan komen terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Syariah. Ia suatu tindakan biadap mencabar, mempertikaikan dan menghina keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Sebarang ketidakpuasan hati dengan keputusan Mahkamah hendaklah dibuat melalui tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

>>Lanjut Lagak pandai pak menteri islam had-hari>>>

"Sekiranya tidak pandai untuk memukul cara Islam, kami bersedia menunjuk ajar. Selama ini, para penyebat penjara hanya diajar dengan memukul secara kejam. Maka, apa susahnya untuk belajar cara sebatan dalam Islam pula? Ia lebih mudah. Sebatan cara Islam tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk menghayun rotan dan tidak perlu ditelanjangkan pesalah tersebut. Apa yang susahnya? Mereka hanya beralasan sahaja untuk tidak melaksanakan hukum Allah."
-Ustaz Abu Bakar Hussein, Pesuruhjaya PAS Perak

(Moral: Bila TGNA bidas mereka mengamalkan islam plastik, mereka marah meloncat-loncat. Bila TGNA kata mereka yang menyokong cara umno tak masuk syurga, bersungguh-sungguh pak menteri suruh ulama keluarkan fatwa. Bila nak menjalankan hukuman islam, banyak pula alasan tak masuk akal yang dibuat oleh menteri ISLAM HAD-hari..)

Rabu, Ogos 26, 2009

Tip-Top Meletup, Jangan Terlebih Bertengkar

1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

>>Seterusnya sampai 18>>>


Jangan Topengkan Minda Anda

UMNO Mencabul Intelektual Pemikir Kreatif

Adakah arahan dari Rosmah menyuruh Hishammuddin hantar wakil menyerbu pejabat dan kilang percetakan gedung Kartun? Gila mereka ini.. serbu pejabat dan serbu kilang.

Sebanyak 408 naskhah majalah terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd dirampas bagi kesalahan bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau penerbitan tanpa permit. Ketua pengarangnya Zunar berkata rampasan itu bermotif politik kerana pihaknya telah mendapat kelulusan secara lisan daripada KDN untuk menerbitkan Gedung Kartun lapor Malaysiakini.

(Moral: Gila dan semakin gila juak-juak umnobn nih. Tindakan sebegini akan membantut dan melenyapkan perkembangan para pemikir idea kreatif yang mampu mengubah corak berkarya luar batasan minda. Heran... Manusia lebih takutkan KARTUN... APA KE JADAHNYA...)

Selasa, Ogos 25, 2009

Integriti Rohaizat Dipertikai. Umno Akan Melahirkan Warisan Yang Menghalalkan Rasuah

Wajarkah pengundi Permatang Pasir mengangkat Rohaizat sebagai wakil mereka yang penuh dengan skandal dan dicurigai kewibawaannya. Adakah perlu mengangkat seseorang menjadi wakil sedangkan beliau pernah terlibat dengan Pecah Amanah serta penyelewengan wang Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang. Kenapa Rohaizat mempergunakan dan mengkhianati kawan karibnya bagi menolak kesalahan beliau dimasa lampau.

PAS tidak pernah mempolitikkan kenyataan Yusri sebenarnya. Laluan diberikan kerana Yusri sendiri dengan rela hati memohon pentas PAS untuk membersihkan namanya dari dihina oleh Rohaizat dan juak-juak umno. Lihatlah kenyataan Yusri dengan tenang dan yakin beliau menolak penghinaan rakan karibnya terhadap beliau.

Setelah mendapati kenyataan Yusri mampu merebahkan calon kusut umno bernama Rohaizat, Umnobn dengan kekuasaan dan kekayaannya mendesak Yusri tampil untuk membersihkan nama Rohaizat dan mengaku dia dan Rohaizat bertanggungjawab dalam pecah amanah tersebut. Tak heranlah jika sidang media yang keluar dari media lidah umno menunjukkan kegagaban Yusri membaca kenyataan membela kawannya itu. Baik juga Yusri ni kerana masih setia pada kawan karibnya itu.

(Moral: Ceh... sudah ada bini yang menanggung keluarga, lagi mahu merenderk dengan kakitangan sendiri yang bernama Rafizah. Lepas tu rahsia-rahsia lak tanpa mengheboh-hebohkan perkahwinan kusut beliau. Alahai calon umnobn nih mana tanggungjawab hang sebagai seorang suami. Dugaan yang remeh perkahwinan hang sendiri tak dapat nak selesaikan.. Baru 2 pun dah kusut dan belum lagi 3 dan 4... Apa kejadahnya wakil sebegini? Alahai calon yang budiman di mata umnobn.)

Hantu Khairy Jamaluddin Menjelma Di Meja SPR

Barisan Nasional (BN) mendakwa mengesan 3,696 pemilih bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang dipercayai pengundi hantu.

"Bila kita pergi ke sebuah rumah, kita dapati 14 pengundi didaftarkan di rumah itu, tetapi bila kita nak bagi slip mengundi kita dapat bagi pada tujuh orang sahaja pengundi. Tujuh pengundi lagi kita tidak dapat kesan. Dan berdasarkan tuan rumah itu, mereka tidak pernah mengenali nama pengundi tersebut."
-Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan wujudnya pengundi hantu dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno

"Sebenarnya tidak ada pengundi hantu. Kepada Pemuda Umno, mereka berikan (jumlah) beribu (pengundi hantu), kita semak sebenarnya 14 (nama) sahaja. Sebenarnya mereka telah mendaftar tahun 1998 sebelum pindaan akta (pilihanraya) pada 2002. Dan mereka berhak mengundi, sebab mereka yang mendaftar sebelum tahun 2002, mereka berhak mengundi dan terkecuali daripada mengikut alamat dalam kad pengenalan. Hanya pada pindaaan 2002 sahaja, sesiapa yang hendak mendaftar sebagai pengundi, mereka mesti mengikut alamat di kad pengenalan. Nama yang mereka suruh periksa, banyaklah tetapi macam mana kita mahu semak. Daripada sampel kita dapati, mereka adalah pengundi asal di Permatang Pasir. Daripada senarai itu, mereka highlight 14 pengundi untuk diperiksa. Maknanya, dakwaan mereka (Pemuda Umno terdapat) pengundi hantu, sebenarnya pengundi asal. Sebagai contoh, mengenai alamat, satu nombor, banyak pengundi. Apabila kami buat pemeriksaan secara mendalam, nombor itu sama, tapi jalan lain-lain."
-Tan Sri Abdul Aziz Yusof, Pengerusi SPR

(Moral: Lepaih ni Khairy tidak berkokok lagi agaknya. SPR sudah menyahkan pengundi hantu dan semua penama tersebut boleh daftar mengundi dan memilih calon mereka. Khairy dan Ahmad Maslan pasti bergolek-berguling kerana malu dengan tuduhan melampau tersebut. Den malu buek kenyataan ado pengundi hantu... Tu la hang main hentam aja. Agaknya boleh ka kita bawak sendiri 3,696 pemilih hari ni? Den raso boleh.. pondok panas dah takdo dan SPR pun sudah cover supaya mereka percayo kat kito.. kah..koh..keh)

Isnin, Ogos 24, 2009

Umno Gersang Dahagakan Selangor

Sejak kebelakangan ini khabar angin tentang kononnya Umno dan Barisan Nasional akan kembali berkuasa di negeri Selangor menjelang 31 Ogos 2009 sengaja dimain-mainkan oleh pihak tertentu. Beberapa helai kain rentang yang menuntut Menteri Besar Selangor melepaskan jawatannya selain beberapa bahan yang diterbitkan untuk menggambarkan kononnya Pakatan Rakyat Selangor diambang perpecahan cuba digunakan untuk menarik perhatian rakyat.

PAS Selangor memandang segala propaganda dan usaha nakal ini sebagai tindakan "desperado" di pihak Umno dan BN Selangor dan yakin bahawa rakyat jelata rata-rata masih setia di belakang kerajaan Pakatan Rakyat yang telah sama-sama mereka mandatkan lantaran berputus-asa terhadap kerajaan BN yang telah mengecewakan mereka selama ini.

Jentera PAS Selangor sendiri selaku komponan Pakatan Rakyat tidak sedikit pun terganggu dengan "angan-angan Mat Jenin" Umno itu malah di saat ini sedang giat menjalankan kerja seluruh negeri untuk memantapkan lagi kedudukan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Ahli-ahli EXCO, para ADUN, ahli-ahli majlis PBT PAS masing-masing sedang melipat-gandakan usaha khasnya di bulan Ramadhan ini untuk meyakinkan rakyat bahawa tidak ada sebab untuk mereka kembali kepada Barisan Nasional yang telah sama-sama mereka tolak pada PRU lalu.

Malah Lajnah Penerangan PAS Selangor sedang menyusun untuk melancarkan kempen besar-besaran selepas bulan Ramadhan ini yang bertujuan mengajak ahli-ahli Umno seluruh Selangor agar meninggalkan Umno dan bersama-sama PAS untuk membantu memantapkan kerajaan baru Selangor ini. Tumpuan akan diberikan pada kawasan-kawasan yang diwakili oleh ADUN-ADUN Umno seluruh Selangor.

PAS Selangor menjangkakan kempen ini nanti akan menerima sambutan luar-biasa dari rakyat jelata khasnya ahli-ahli Umno memandangkan kejayaan PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membuktikan kepada rakyat bahawa walaupun dalam tempoh yang singkat Selangor kini ditadbir oleh kepimpinan yang berkualiti, prihatin pada rakyat dan telus dalam "Merakyatkan Ekonomi Selangor".

-Roslan Shahir bin Mohd Shahir, Ketua Penerangan PAS Selangor, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.

Lambat Kaya Dok Dalam PKR


Manusia bernama Radzi tidak patut memegang portfolio Exco Pelancongan Pembangunan dan Sumber Tenaga Manusia negeri Kedah kerana beliau tergolong dari manusia yang lemah semangat, bermasalah, tidak mempunyai jatidiri dalam perjuangan. Ahli PKR perlu rasa gembira kerana orang lemah ini tidak lagi berada dalam parti mereka. Anggaplah penghijrahan keluar oleh mana-mana ahli itu sebagai proses untuk menyucikan PKR daripada terbelenggu dengan mereka yang berstatus habuk sampah dalam perjuangan menegakkan kebenaran. Jika tindakan Radzhi itu untuk menyelamatkan nyawa politiknya ia juga tidak selamat. Apa kata kalau selepas ini pihak kerajaan Kedah pula akan membuat laporan ke atasnya berhubung penyeleweng yang mungkin dilakukannya?. Statusnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas dan Exco Kerajaan Negeri akan ditentukan pucuk pimpinan PKR. Menteri Besar Kedah berhak menggantikan mana-mana Exco yang tidak lagi mewakili parti pakatan pembangkang setelah memaklumkan dan diperkenankan Sultan Kedah kelak.

(Moral: Adakah peristiwa yang berlaku ke atas dua Adun Perak itu menimpa Adun Lunas ini, diugut dan akan diserkup oleh SPRM?. Atau dengan kedudukan dan gaji beliau sekarang ini tidak mampu untuk menyara keluarga sehingga sanggup mengejar kehebatan kedudukan dan kuasa atas alasan PKR sudah lari dari madah perjuangan dan matlamat asal. Perancangan untuk merampas Kedah oleh pak Najib dapat dilihat dengan membenarkan Polis bertindak melampaui batas ke atas ahli dan penyokong Pakatan Rakyat seperti apa yang berlaku ke atas Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan di hari penamaan calon Permatang Pasir tempohari)

Adakah Yusri Diugut Atau Strategi Umno Disaat Akhir

Saya tidak boleh berdiam diri apabila melihat kenyataan saya tempoh hari digunakan tanpa henti terhadap Rohaizat, seorang manusia yang saya kenal secara peribadi adalah seorang yang baik hati. Saya juga sedar walaupun dia telah melakukan kesilapan, dia telah membetulkannya dan pihak Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang juga telah menarik balik tuntutan mereka terhadapnya. Saya tidak berniat untuk menganiaya atau menyokong sesiapa. Apa yang telah terjadi harus dijadikan tauladan, bukan hukuman.

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, Rohaizat adalah kawan saya, saya tahu hati budinya dan dia anak jati Permatang Pasir. Dia sendiri telah lama menabur bakti di sini. Jika orang seperti Rohaizat dibiarkan dikeji dan dirosakkan nama baiknya semata-mata untuk kepentingan politik, akan hancurlah hidup seorang lagi manusia yang boleh membawa perubahan yang baik kepada masyarakat setempat.

>>Lanjut Kenyataan Berbayar>>>

(Moral: Loyar buruk betul lar mamat ni. Kejap tiau Rohaizat pastu back-up pulak. Sebiji macam jalan cerita surat sumpah Bala. Lepas ni si Hafizah isteri kedua Rohaizat pulak mengeluarkan kenyataan akhbar menafikan semua berita berita negatif Roahizat. Adakah kenyataan semula ini dibayar oleh umnobn setelah Yusri di diugut oleh SB-SB dan SPRM. Kah.. Koh.. Keh.. KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman, Yusri Isahak Ahad menegaskan bahawa beliau tidak mendapat sebarang ganjaran atau habuan untuk melakukan sidang media baru-baru ini mengenai urusan firma guaman mereka.)

Ahad, Ogos 23, 2009

TP SPRM Selangor, Mengapa Lari Menyelamatkan Khir Toyo?


Rakyat kini menuntut Hishamuddin Hashim, TP SPRM Selangor membuat sidang akhbar bagi membuktikan surat misteri yang melibatkan beliau benar atau sebaliknya. Jika benar tidak melibatkan dirinya, beliau patut menafikannya dan bukan lari menghilangkan diri atas alasan cuti kecemasan. Adakah Hishamuddin Hashim terpaksa medapatkan bantuan lapisan atasan? kerana tuduhan berat tersebut melibatkan dirinya dengan kematian TBH dan kerjasama beliau menutup segala macam rasuah yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo. Satu badan berkecuali perlu bagi menyiasat semua harta-benda sama ada atas nama dirinya, anak isteri atau keluarga yang menjadi nominee kepada TP SPRM Selangor serta sejauh mana penglibatannya dalam politik.

(Moral: Tuduhan ini dibuat oleh pegawai-pegawai bawahan SPRM kerana mahu melihat kredibiliti dan keyakinan rakyat kepada SPRM yang hampir goyah kebelakangan ini. Bukan membiarkan kredibiliti agensi ini diperkosa oleh manusia yang mementingkan diri sendiri demi mengejar kekayaan dunia. Dulu bukan mainlah dan beriya-iya mewujudkan SPRM untuk menggantikan BPR yang kurang telus itu katanya. Kah.. Koh.. Keh.. sekarang semakinlah teruk dan zalim..sanggup membunuh.. Ketelusan dan keadilan yang diperjuangkan SPRM adalah permainan belaka. Hampehh... Double decker?)

>>Surat Misteri Versi Softcopy>>>

Sabtu, Ogos 22, 2009

Rohaizat Perlu Akur, Yusri Mahu Bersihkan Namanya

Ceramah Yusri Isahak, bekas rakan kongsi firma guaman calon BN, Rohaizat Othman telah diawasi oleh kira-kira 20 anggota polis sedang berkawal di situ. Yusri menggunakan pentas ceramah dalam pilihanraya kecil tersebut untuk membersihkan namanya yang didakwa bertanggungjawab berhubung isu penyelewengan wang Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang. Walaupun muncul sekadar lima minit tetapi Yusri mampu menarik kehadiran orang ramai untuk mendengar penjelasannya itu.

"Saya muncul adalah untuk membersihkan nama saya. Ada pihak mendakwa saya memihak kepada PAS, didesak dan dipergunakan oleh PAS, saya nafi sekeras-kerasnya. Saya ke pentas PAS adalah atas kehendak hati saya sendiri. Nak kata dia tak baik, tak sampai hati. Apa yang dicakapkannya adalah bukan datang dari sepenuh hatinya. Rakan saya dipergunakan untuk mencapai kepentingan mereka. Terserahlah kepada pengundi untuk menilainya."
-Yusri Isahak, bekas rakan kongsi firma guaman Rohaizat Othman

(Moral: Asal penceramah menggunakan pentas PAS mesti ada pihak polis dan SB mengawal. Ceramah Rohaizat polis tak berkawal ka. Jangan lari dan mengambil cuti kecemasan semasa penduduk Permatang Pasir turun mengundi dah ler.. Agaknya dimana mamat ni menghilangkan diri ye. Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim namanya dalam "surat misteri" yang tersiar telah mengambil "cuti kecemasan")

Jumaat, Ogos 21, 2009

Bukan Politik, Sekadar Berkata...

Bukan cerita politik yang di tulis. Dan bukan wa yang cakap tetapi jemari wa yang menaip mengikut gerak hati. Setelah seminggu wa mentelaah tutorial photo-usop akhirnya terciptalah benda remeh ni. Wa bukan pro atau pakar forensik, sekadar pekebun yang mencoba seni digital mendahului Rais Yatim yang tidak tahu menatang apa e-mail tu kata KJ Rembau mari. Nanti bila wa dah khatam tutorial mungkin akan jadi sehebat Khir Toyo yang membina highway merentasi bendang. Salam Ramadan kepada semua pelayar blog Budak Kampung Online. Kalau tak berkenan lu kasi hentam lar... Tapi jangan guna bom petrol dah ler.. minyak mahal la ni.. kah..koh..keh... Sila berlaku adil kepada isteri kedua anda... Jangan terpengaruh dengan buku konspirasi berunsur hasutan bagi menumbangkan Pakatan Rakyat. Gunakan bahasa melayu ketika berucap sehingga 2016.

Khamis, Ogos 20, 2009

Surat Pegawai SPRM Mensabitkan Timbalan Pengarah Terlibat Keatas Kematian Teoh Beng Hock

Malaysiakini melaporkan surat misteri yang muncul di inkues Teoh Beng Hock dipercayai mengandungi dakwaan yang mengaitkan seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan soal siasat Teoh, yang mungkin membawa kepada kematiannya. Dipercayai ditulis oleh orang dalam SPRM, surat tersebut mendakwa bagaimana pegawai tinggi tersebut dan seorang ahli politik berpengaruh, bekerjasama untuk memulakan siasatan terhadap dakwaan salahlaku pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.

Sila klik image untuk besarkan






>>Lanjut Kenyataan Mazli Mencurigakan>>>

>>Lanjut Andaian Kejatuhan TBH>>>

Bongkar Supaya Rakyat Tahu Siapa Pengembala Kambing

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri. Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat. Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya? Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut. Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!


"Saya rasa hampa dan marah. Saya bersedia untuk bersemuka dan berdebat dengan Rohaizat untuk membersihkan nama saya dan keluarga. Dakwaan Rohaizat telah buat bayaran penuh kepada koperasi adalah tidak benar kerana bayaran masih belum selesai. Saya pelik dengan kenyataan tersebut kerana Rohaizat lebih maklum akan urusan kewangan syarikat, lebih-lebih lagi beliau sendiri yang menandatangani cek meluluskan wang syarikat untuk diberi pinjam pada kenalannya."
-Yusri Isahak, Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman

>>Lanjut wajib baca yang sebenarnya Rohaizat>>>

(Moral: Kah.. Koh.. Keh.. Kelentong umnobn untuk cover Rohaizat sudah terbongkar. Ini boleh bikin Rohaizat lemah lutut bila disuruh oleh Muhyiddin membuat kenyataan bersumpah. Zahid Hamidi tengah berpusing mencari idea bagaimana nak jawab pada najib. Khairy Jamaludin pula dirasuk dengan pengundi hantu yang meletakkan sampul-sampul berisi RM300 ringgit kepada penduduk sekitar Kampung Petani. Takkan nak jawab kat pak Najib yang hantu mek tuya yang meletakkan duit tersebut?)

Ugutan Tidak Waras Hishammuddin Kepada Blogger


Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memberi amaran keras kepada blogger yang menerbitkan kenyataan palsu, berbau hasutan dan mempersendakan agama. Semua pautan kepada halaman blog tersebut akan disekat dan penulisnya akan dikenakan tindakan undang-undang. Rules of demokrasi dari pak menteri dah semakin gila.

"Dalam soal ini, saya ingin menegaskan bahawa setiap pihak atau individu tidak harus menggunakan alasan kebebasan bersuara dalam konteks demokrasi ketika mengemukakan apa-apa pandangan serta pendapat, tanpa langsung memikirkan kepentingan orang lain khususnya masyarakat berbilang kaum di negara ini. Mesyuarat juga membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan laman web dan blog yang melanggar mana-mana undang-undang negara serta mengambil tindakan undang-undang segera bagi tujuan mendakwa pemilik dan penulis laman-laman web dan blog-blog yang berunsur hasutan dan fitnah."
-Datuk Seri Hishammuddin Hussein

(Moral: Kah.. Koh.. Keh.. Jumudnya pemikiran pak menteri kita. Dulu masa saluran maya baru bertapak di Malaysia, pak-pak menteri ini bersungguh-sungguh mahukan rakyatnya celik IT supaya tidak ketinggalan dan sentiasa mendapat informasi terkini. La ni bila sudah banyak informasi terkini yang melonggarkan kepala lutut umnobn mulalah membuat ugutan kepada blogger yang celik IT. Pak menteri seharusnya memantau sejak dahulu lagi laluan akses import dan export yang lebih kepada pornography sehingga menyebabkan penularan gejala sosial yang serius. Kenapa baru sekarang yek. Adakah blogger upahan umnobn sudah tidak terdaya nak backup parti korup mereka? Atau kerana takut tumbangnya parti yang pernah berdiri gah suatu ketika dahulu di PRU-13 nanti?)

Adakah SPR Akan Melanggar Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan. Muhyiddin mengulas laporan bahawa Abu Hassan kemungkinan digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa kebenaran Speaker. Oleh kerana kes itu, yang pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini, melibatkan aspek perundangan negeri dan persekutuan, SPR memerlukan masa untuk mengkaji secara mendalam, kata Timbalan Pengerusi suruhanjaya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.

(Moral: SPR semakin pening.. tak pa.. che det kata boleh ambik panadol. Umnobn termuntah sebab akan keluar lagi belanja jutaan ringgit jika diadakan pilihanraya di DUN Kota Seputeh, Kedah. Tan Sri Muhyiddin makin tidak waras memikirkan ada lagi ka calon yang bersih untuk dicanangkan. Adakah SPR akan mengambil jalan singkat membatalkan kekosongan DUN tersebut seperti di Perak?)

Lagi Sumpahan Dari Umnobn Bagi Menyelesaikan Kekalutan


Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Rohaizat Othman supaya memberi kenyataan bersumpah jika perlu bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu pembatalan lesen guaman sivilnya.

"Apa pun yang mustahak, kita bagi kenyataan yang betul. Saya telah bagi tahu Rohaizat bahawa kalau perlu beliau akan bagi kenyataan bersumpah untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya supaya tidak ada pihak yang menyelewengkan kenyataan. Saya tidak tahu apa agenda Majlis Peguam sebab dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak ada masalah, Majlis Peguam agak terlalu sibuk sangat dengan hal ini."
- Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri

(Moral: Sampai begitu sekali sikap timbalan perdana menteri kita bagi meraih simpati pengundi Permatan Pasir. Jangan bermain dengan sumpah nanti akan meranapkan lagi parti yang dah hampir rebah. Najib pernah bersumpah bagi menjerut penyokong Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu. Namun sumpahnya tidak perjaya mengalih perhatian rakyat Marhaen melainkan berpatah balik membuka kebenaran yang selama ini umnobn sorokkan)

Rabu, Ogos 19, 2009

Sebat Dalam Penjara Mesej Tak Sampai Ke Khalayak


Bapa Kartika Sari Dewi tidak setuju anaknya menjalankan hukuman sebat di dalam penjara wanita bertempat di kajang.

“Seboleh-bolehnya saya mahu hukuman dijalankan di tempat terbuka agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain supaya mengambil iktibar daripada hukuman itu. Jika hukuman itu dijalankan dalam penjara, mungkin mesej berkenaan tidak kesampaian,” kata Shukarnor Mutalib, 60, bapa kepada model sambilan yang didapati bersalah atas tuduhan meminum arak, bulan lalu.

>>Lanjut>>>

(Moral: Harap jadi pengajaran kepada Melayu Separuh Islam yang TEGAR arak supaya kembali ke landasan yang betul. Ambil kesempatan dibulan puasa ini untuk menjauhkan segala yang dilarang dan segerakan apa yang disuruh)

Itu Kuil Sudah Lama Sejak Umno Memerintah Dan Menipu Pembeli

SHAH ALAM, Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan negeri Selangor tidak mempedulikan bantahan penduduk di Seksyen 23, di sini apabila tetap akan meneruskan cadangan membina kuil di kawasan itu yang merupakan kawasan majoriti umat Islam. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat kerana tapak tanah seluas 0.2 hektar di Seksyen 23 itu dirasakan paling sesuai, selain telah mendapat persetujuan pihak pengurusan kuil di Seksyen 19, tahun lalu.

Manakala Merdekareview melaporkan Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

(Moral: Penyokong umno jangan bermain isu kuil ini kepada penduduk yang beragama islam. Kerana ini akan memperbodohkan mereka sendiri yang tak pernah melihat sejarah dan mengkaji serta membuat kesimpulan mengikut nafsu. Masalah ini bermula sejak umnobn menerajui selangor suatu ketika dahulu. Pakatan Rakyat cuba menyelesaikan masalah ini kerana kerajaan umnobn tidak mengambil peduli dengan penipuan pihak PKNS yang tidak mewartakan adanya kuil ketika menjual rumah kepada penduduk islam ketika itu. Siapa yang menipu dan ditipu... Kah..Koh..Keh.. dulu masa korang nak beli rumah takkan tak pi buat lawatan di tapak projek tersebut... ngok.. sama macam umno gak. Itu pun nasib baik hindu bersetuju pindahkan kuil mereka di Seksyen 23. Pandanglah kiri dan kanan siapa jiran anda? Melayu ada.. Cina ada.. India ada.. Siam ada.. Iban ada.. Mamak ada.. cuma Noh Omar je dok tempat lain)

Permatang Pasir, Mampukah Media Umno Menangkan Rohaizat

Bernama melaporkan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad. PAS sudah menunjukkan tanda awal bahawa parti itu belum bersedia menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir apabila menggesa lawannya menarik diri.


Sumber lain membongkar seramai 65 peratus ketua Umno cawangan serta ketua Pemuda cawangan di DUN tersebut tidak puas hati dengan pemilihan Rohaizat. Apa yang mereka harapkan adalah ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said - yang mesra dipanggil "cikgu" - akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula pernah memberi amaran keras mana-mana anggota atau pemimpin UMNO di Permatang Pauh atau di mana-mana tempat di Pulau Pinang yang sabotaj parti pada pilihan raya, akan diberi tempoh 60 hari untuk memecat mereka.

Di sebalik isu perlantikan Rohaizat, Ragunath menegaskan pergantungan Rohaizat oleh Majlis Peguam atas kesalahan peribadi, bukannya atas firma guamannya atau rakan kongsi beliau. Penamaan Rohaizat terus dianggap suatu penghinaan kepada pengundi Dun itu sendiri kerana tidak bersih dan menghadapi beberapa masalah moral. Ahli Parlimen Kuala Kerai Dr. Mohammad Hatta Ramli berkata, Umno sebenarnya gagal menghidu isu integriti dan moral Rohaizat sehinggalah proses penamaan calon kelmarin selesai. Menurut Dr. Hatta, tidak ada maknanya seseorang bakal Adun Permatang Pasir berkelulusan tinggi, jika dibelit pelbagai kes pecah amanah lapor harakahdaily.

(Moral: Mampukah peguam syarie yang pecah amanah ini menawan Permatang Pasir? Kenapa ye peguam syarie ini tak mampu menahan nafsu bila melihat wang yang banyak? Adakah warga pengundi di Permatang Pasir akan memangkah calon umnobn KORUP ini? Sudah kita dengar media karat Umno menjadikan isu 'ahli Umno tidak masuk Syurga' untuk menyerang peribadi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Biar pun Nik Aziz sudah menafikan laporan media arus perdana itu, Umno percaya isu tersebut sekurang-kurangnya boleh mengalih tumpuan khalayak dari isu 'pecah amanah' yang sedang membelit peribadi Rohaizat.. Alahai dah habik korek semua calon tak sesuai... tinggal yang ni je.. berjawatan peguam syarie... kah..koh..keh)

Selasa, Ogos 18, 2009

Kenyataan Mencurigakan Dalam Prosiding Inkues Kematian Teoh Beng Hock

SHAH ALAM, Bernama melaporkan terdapat banyak kesan cap jari pada tingkap di tempat yang dipercayai Teoh Beng Hock terjatuh, namun tiada satupun yang boleh disahkan pemiliknya.

Mazli Tidak melakukan sebarang dokumentasi iaitu tidak mencatat dan merakam sebarang gambar memandangkan tiada satupun yang memenuhi kriteria.

Mazli tidak pernah berbincang dengan Pakar perunding kanan perubatan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang Dr Khairul Azman Ibrahim mengenai bagaimana Teoh terjatuh.

Mazli kelihatan berang dengan beberapa pertanyaan Gobind terutama mengenai ketiadaan laporan pengesahan cap jari.

"Dalam kes ini memang ada kesan cap jari tetapi tidak cukup sifat dan ia menunjukkan pengesahan negatif kerana sifat. Ia memerlukan sekurang-kurangnya lapan sifat (untuk pengesahan). Saya siasat pada bahagian cermin, bingkai cermin serta bahagian bawahnya. Dalam kes ini tidak diambil kesan cap jari yang tidak lengkap itu kerana kawasan tersebut berdebu dan berhabuk, sebab apabila diambil, kadang-kadang sifatnya hanya 50-50. Di tempat berhabuk, jalur (garisan pada jari) tidak begitu timbul. Kawasan tingkap itu (tempat Teoh terjatuh) digunakan oleh anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merokok."
-C/Insp Mazli Jusoh, Saksi forensik polis

"Jika begitu kamu boleh datang ke mahkamah dan cakap apa saja, yang kamu tidak boleh sahkan langsung cap jari."
-Gobind Singh Deo, peguam mewakili keluarga Teoh

"Jika tiada (cap jari), tiadalah. Spesimen peluh diambil dengan cara calitan ia akan merosakkan kesan jari."
-C/Insp Mazli Jusoh, Saksi forensik polis

(Moral: Sebagai yang berpengalaman dalam bidang forensik, sepatutnya Mazli merekodkan apa juga yang berkaitan dan bukan membiarkan begitu sahaja serta mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak profesional. Sepatutnya yang bertanyakan soalan-soalan ini mestilah yang datang dari pakar forensik luar yang lebih berpengalaman mencungkil persoalan cara forensik polis menjalankan kerjanya. Kalau dah forensik polis mestilah cover jabatannya... kah..koh..keh)

>>Andaian TBH Jatuh>>>

Teoh Beng Hock dan Penutupan Bukti Pihak Polis

SHAH ALAM: Bernama melaporkan terdapat cubaan untuk menakut-nakutkan Teoh Beng Hock sehingga menyebabkan mangsa tergelincir dan terjatuh dari tingkap di tingkat 14 Bangunan Plaza Masalam di sini, Julai lalu.

"Teori kami ialah, Teoh bukan terjun secara sengaja, tetapi apa yang berlaku ialah, cubaan untuk menakut-nakutkan si mati dan apabila dia tergelincir, seseorang telah menarik tangan mangsa menyebabkan jam yang dipakainya terlucut dan sehingga hari ini jam itu belum dijumpai."
-Malik Imtiaz Sarwar, Peguam bagi kerajaan negeri Selangor

Kepada teori itu, Dr Khairul Azman Ibrahim membalas: "Jika itu adalah teori kamu, saya katakan ya (ada kemungkinan)." Peguam itu turut bertanya adakah terdapat kemungkinan bahawa kesan kuku tersebut adalah disebabkan seseorang yang lain, saksi itu menjawab: "Ada kemungkinan."

(Tertanya jugak... Adakah jam tangan yang ada di tempat kejadian disorok oleh polis?)


Pada prosiding itu, saksi juga ditanya jika tangan si mati ada menunjukkan seolah-olah dia cuba mencapai sesuatu (seperti mengerekot), dan berkata: "Pada saya, ada, tetapi kebiasaannya orang yang mati memang menunjukkan tanda sebegitu."


(Tertanya lagi... Adakah TBH yang duduk di atas tinggkap bangunan tersebut bertentang mata dengan pegawai SPRM?)



(Moral: Semua gambar diambil dari page ini. Kalau nak belek lebih lanjut klik aje. Jangan malu mencari nanti sesat jalan. Tak salah jika membuat andaian pada gambar dan jangan buat hasutan nanti hishammuddin guna pengaruhnya menangkap anda. Dia tengah berang dengan Gobalakrishnan dan kemelut umnobn di Terengganu)

Bala Pengkhianat Muhyiddin Melonggarkan Barisan Umnobn

"Kekalahan banyak kerusi kepada parti pembangkang pada pilihan raya umum lepas merupakan isyarat daripada rakyat kepada Umno untuk melakukan perubahan pada parti. Masyarakat kini melihat kita seperti mereka melihat ikan bertelagah di dalam akuarium. Justeru, kita perlu memperkuatkan parti bermula dari sekarang dan kita juga tidak harus mudah selesa dengan kedudukan kita sekarang ini. Siapa yang mahu menyertai Umno jika persepsi luar menganggap Umno sudah tidak lagi kuat."
-Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri

(Moral: Hanya menteri yang berani sahaja yang mampu mengeluarkan kenyataan bahawa umnobn sudah lemah dan kurang mendapat keyakinan sokongan majoriti pengundi. Dan mereka yang paling berani adalah yang mampu menongkah arus menolak parti yang semakin dimamah virus karat. Terkini Dato’ Alimudin Syawal, Ketua Cawangan UMNO Bukit Bendera Mentakab merangkap Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Temerloh telah mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO dan mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat. Sikap begini bukanlah pengkhianat umno tetapi sikap yang mahu menolak parti yang tak akan berubah dari dulu kini dan seterusnya. Hanya media lidah umno sahaja yang mencanang perubahan yang tak pernah berubah dalam jiwa juak-juak umnobn. Terbaru Hishammuddin yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, berkata perpaduan serta semangat anggota Umno negeri itu ketika ini begitu tinggi. Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri bagaimanapun mengakui bahawa sebelum ini wujud persengketaan di kalangan pemimpin Umno Terengganu namun perselisihan faham itu telah diselesaikan. Adakah kenyataan Hishammuddin ini sebagai melindungi perpecahan pemimpin UMNO Terengganu yang tidak akan selesai sampai bila-bila, meskipun parti itu berusaha memperbaiki keadaan dan mengembalikan kekuatan mereka?)

Isnin, Ogos 17, 2009

Polis Yang Brutal.. Lagak Seperti Menahan Penjenayah. Video Panas Permatang Pasir





Muhyiddin Hanya Mahu Menguatkan Kedudukannya Dengan Isu Pengkhianat


Hairan juga kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang nyata bersungguh-sungguh menghalang mengenai isu perkauman ini. Adakah ianya ditujukan kepada media-media lidah bercabang umnobn yang selalu bikin tersentak dengan headline nya?.

"Jangan ada pihak cetuskan atau bangkitkan perkara-perkara yang sudah dipersetujui, tidak ada yang lebih penting daripada perkara itu (mematuhi Perlembagaan). Kalau ada petualang yang boleh jejas atau timbulkan pertikaian, cetuskan (isu) perkauman, (kita) anggap sebagai pengkhianat bangsa kita dan pengkhianat harus ditentang habis-habisan.”
-Tan Sri Muhyiddin Yassin

>>Bapak segala pengkhianat>>>


(Moral: Kah.. Koh.. Keh... Pengkhianat bangsa bernama Anwar Ibrahim yang telah dikianati oleh umnobn suatu ketika dahulu. Pengkhianat bangsa bernama Anwar Ibrahim yang pernah menyerahkan tanah johor kepada singapura. Pengkhianat bangsa bernama Anwar Ibrahim ka yang merampas Kg Plentong Tengah pada tahun 2008. Malang sungguh nasib melayu Plentong Tengah apabila mahkamah menolak rayuan lebih 200 penduduk kampung dari terus menduduki tanah yang telah diduduki semenjak lebih 20 tahun lalu. Pengkhianat bangsa bernama Anwar Ibrahim ka yang membiarkan 50 penduduk Kampung Sentosa Dalam di Sungai Tiram telah mengharungi kehidupan tanpa bekalan elektrik dan air bersih sejak 40 tahun lalu. Pengkhianat bangsa bernama Anwar Ibrahim ka yang mengkuda sistem kehakiman ketika merampas Perak. Pengkhianat bangsa bernama Anwar Ibrahim ka yang megkuda SPRM dengan tujuan merampas kembali negeri jajahan Pakatan Rakyat.... GILAAA... BABUSSS... Hebatnya Si Anwar ni... Dan hebat juga si Muhyiddin ini sehingga tidak sedar akan dirinya sendiri ketika membangkitkan semangat rasis atau nasionalisme Melayu, Muhyiddin terpaksa menggunakan isu pengkhianatan ini bagi mendapat kembali sokongan melayu dalam umnobn yang kini hampir rebah menyujud ke tanah. Jauh sekali Muhyiddin memperjuangkan semangat ketulenan Melayu, beliau hanya mahu memperkuatkan landasan politiknya sahaja. Semua pemimpin-pemimpin Umnobn tidak jujur memperjuangkan kepentingan bangsa, tetapi mereka lebih suka perjuangan untuk kepentingan peribadi, demi merebut jawatan dan kuasa di dunia... Kalau dalam bahasa mat saleh.. F####NG SH#T da OLD M#N)

>>Lagi Pengkhianat Bangsa Umnobn>>>

Sudah 64 Orang, Kerajaan Perlu Perhebat Pantauan H1N1 dan Jangan Main-main

Dua lagi mangsa H1N1 meninggal dunia menjadikan keseluruhan 64 kematian setakat ini manakala 33 lagi masih dirawat di Unit Rawat Rapi (ICU), kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mereka yang mempunyai simptom H1N1, tetapi enggan memakai topeng mulut.

Manakala Penasihat DAP, Lim Kit Siang kesal terhadap kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan dalam menangani wabak Influenza A (H1N1) atau selesema babi yang semakin serius di negara ini. Kerajaan seolah-olah tidak serius mengenai wabak pembunuh itu hingga ramai rakyat menjadi mangsa. Malah kempen besar-besaran yang di umumkan kerajaan juga tidak berkesan dan apa yang sepatutnya kempen tersebut berjaya mengubah kesedaran rakyat terhadap Pandemik ini,” lapor Sinar Harian. Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Ismail Merican mendedahkan sebanyak 40 peratus daripada 56 korban wabak Influenza A (H1N1) meninggal dunia akibat kelewatan mendapat rawatan awal dan sebanyak 13 peratus pula angkara kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan.

(Moral: Menteri kesihatan jangan duduk sahaja dan mencari alasan untuk kelentong wartawan. Injection dari pak Najib sudah masuk untuk mencegah penularan virus H1N1. Takkan nak tunggu salah seorang menteri dari umnobn kiok baru nak istiharkan darurat dan mewartakan kawasan panas H1N1. Perlu ingat kematian makin bertambah dari hari ke hari (bukan wakil rakyat). Hai pak Najib kenapa NKRA yang hang umumkan baru-baru ini tidak menyentuh langsung soal kesihatan dan Virus H1N1. Dah terlupa ka... maklumlah semuanya dah tua...)

>> Ubat ini mungkin boleh sembuh>>>

Post Haru Biru

Arkib Blog