Selasa, September 29, 2009

Keghairahan F1, Proton dan Kerajaan Malaysia Mungkin akan Kecundang

Kerajaan akan menyuntik dana kepada pasukan F1 1Malaysia melalui Proton. Dengan kata lain, Proton tidak perlu menggunakan wang sendiri untuk pasukan F1 ini. Namun, seandainya dana yang dikumpulkan melalui kerajaan dan pihak swasta ini diperuntukkan untuk meneroka model kereta baru, ia mungkin memberi lebih sumbangan dengan mempertingkatkan Proton ke peringkat antarabangsa, setaraf dengan kereta Hyundai. Proton seharusnya menerokai passenger car yang lebih mendampingi keperluan pengguna biasa, dan bukannya menghambat kepantasan dan keghairahan F1.

Pada hakikatnya, banyak pengilang kereta bertaraf antarabangsa yang terkemuka di dunia seperti VW, Audi dan Mitsubishi tidak memiliki pasukan kereta lumba sendiri. Namun, pengilang automotif ini masih dapat menghasilkan kereta yang paling disukai, malah lebih laris daripada banyak pengilang kereta yang menyertai F1. Selain itu, Hyundai dari Korea juga tidak menubuhkan pasukan untuk menyertai F1. Namun pengilang kereta Hyundai tetap menghasilkan produk yang baik, malah telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Berapa Juta Pula Proton Akan Habiskan Dalam Setahun

Sebagaimana yang diketahui, pasukan lumba kereta F1 "1Malaysia" ini bakal melabur 10 juta pound (kira-kira RM57 juta) untuk meneroka enjin Lotus pada peringkat permulaan. Pelaburan dengan angka yang sekecil ini tidak akan menemui teknologi yang canggih. Ia sekadar "pembaikan enjin" agar memenuhi syarat kelayakan paling asas untuk meluncur di litar F1.

Pelaburan oleh Ferrari hampir mencecah 200 juta pound (kira-kira RM 1.1 billion) setiap tahun. Pasukan kereta yang "mega" seperti Ferrari, McLaren dan sebagainya, telah menghanguskan 400 juta US dollar masing-masing, pada tahun 2006. Toyota yang menghanguskan 450 juta US dollar setahun, gagal mengecapi nikmat juara dalam apa-apa acara sehingga kini. Honda yang menghanguskan 380 juta US dollar pada tahun 2006, menarik diri dari F1 pada tahun 2008 kerana tidak tahan dengan cara menghanguskan wang yang sedemikian.

Beberapa tahun kebelakangan ini, wang yang dihanguskan Honda melebihi 400 juta US dollar setahun. Biarpun Honda antara pengilang kereta yang paling untung di dunia, juga tidak menganggap dirinya mampu menampung beban perbelanjaan yang seberat ini.

Kerajaan Tolak Kereta Buatan Tempatan

Kerajaan mengambil keputusan untuk menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang lama, dengan kereta mewah yang diimport. Keputusan ini dibuat memandangkan pengeluaran model Perdana V6 bakal dihentikan pada tahun depan. Sebagaimana yang diketahui, kereta import mewah tersebut termasuklah Mercedes Benz S class, BMW 5 series, Toyota Camry dan sebagainya. Kerajaan akan memajakkan kereta ini dari syarikat swasta, Spanco Sdn Bhd untuk tempoh empat tahun. Spanco Sdn Bhd adalah salah satu "produk" projek penswastaan, menawarkan perkhidmatan pajakan dan pembaikan kereta untuk kerajaan. Perjanjian konsesi untuk tempoh 25 tahun ini (sehingga tahun 2018) bernilai RM80 juta setahun.

(Moral: Dahulu Pemimpin dan Juak-juak umnobn pernah menyelar kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor dan Perak kerana "tidak patriotik", ekoran daripada keputusan untuk menukarkan kereta nasional dengan Toyota Camry sebagai kereta rasmi kerajaan. Malah, setelah rampasan kuasa, Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir melelongkan segera Toyota Camry yang belum genap tiga bulan digunakan kerajaan PR. Keputusan menggunakan kereta import mewah sebagai kereta rasmi kerajaan seumpama meludah ke langit jatuh ke muka sendiri. Tertanya juga di mana perginya "The Flying Singh" yang menggunakan body kereta proton dan berenjinkan Mitsubishi evo dalam Rally Dunia suatu ketika dahulu)

Kuala Lumpur International Bike Rally 2009

Sabtu, September 19, 2009

Era 1 Malaysia Najib Mengetatkan Ruang Bersuara


Kerajaan sudah mengetatkan ruang kebebasan bersuara yang semakin mengecut di bawah Najib kerana beliau dihantui kes pembunuhan Altantuya. RTM di bawah penyeliaan Rais Yatim, telah menampal notis di studio, menyenaraikan tujuh isu yang dilarang untuk siaran perbincangan, termasuk politik (pembangkang), institusi raja, seks dan sebagainya. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) secara tiba-tiba bertukar menjadi sebuah badan yang aktif. MCMC bukan sahaja mengunjungi Malaysiakini untuk empat kali, meminta agar dua klip video ditarik balik, malah memberi amaran kepada blogger supaya berhati-hati ketika memberi pandangan. Rais Yatim mengaku bahawa kementeriannya sedang memantau kandungan dalam alam siber. Beliau memaklumkan bahawa kementeriannya telah mengesan 500 hingga 540 tohmahan palsu setiap bulan menerusi blog, e-mel, Facebook dan Twitter terhadap institusi raja, nilai-nilai Islam, pencapaian orang Melayu serta dasar-dasar kerajaan termasuk gagasan 1Malaysia. Selain menapis internet, mengetatkan ruang bersuara, Najib turut bersedia untuk meminda akta yang berkaitan internet, untuk menangani masalah penyalahgunaan internet untuk aktiviti yang tidak bermoral dan haram.

Jumaat, September 18, 2009

Umnobn Begitu Menggeruni Kebangkitan Pakatan Rakyat

Hebatnya mereka kerana setiap hari melangkah masuk ke pejabat perdana menteri untuk berjumpa pemimpin kesayangan bernama pak Najib. Di Putrajaya Najib sudah bersuara menegur setiap pemimpin barisannya perlu mempunyai kualiti untuk membawa negara ke tahap yang lebih tinggi dan tertib. Najib hanya berkokok kepada tiang lampu yang sudah berkarat dan hampir membuncit. Cahaya kesemua tiang lampu barisan Najib hanya menerangi jajahan apabila adanya pemilihan calun baru di sesuatu kawasan kerana takut aib. Begitulah gerak tenaga yang keluar dari kesemua tiang lampu klasik yang berkelip-kelip. Tidak hairanlah kesemua tiang-tiang lampu berbagai karektor yang ada di putrajaya diterangi cahaya TNB setiap malam bagi mengaut keuntungan dari kroni labujib.

Mahu membela orang miskin dan yang tak larat. Tema baharu untuk menawan semula hati rakyat. Sudah lama umnobn memerintah tetapi masih bertambah kemiskinan bandar dan desa kerana mereka buta memangkah parti karat. Lar ni bila tak dapat sokongan rakyat Umnobn jaja pula di Malaysia barat. Maka terngangalah Penan Kadazan Bidayuh yang duduk tersorok tanpa hidangan politik setempat. Bila mendapat sekampit beras dan milo mula melompat-lompat tanpa disedari akan hilang tanah adat jika dapat kepada Umnobn perompak rakyat.

Rakyat Malaysia hidup dalam sebuah negara majmuk. Hanya perbezaan agama, melayu umno sanggup mengamuk. Sepatutnya mereka mencari punca bijaksana untuk selesaikan isu supaya tidak jadi lagi teruk. Kemudian mengajak bersatu ke arah satu telunjuk. Ini dapat mendamaikan politik Malaysia yang semakin hiruk pikuk. Bila dah terjerut dengan letupan rahsia membelit kerajaan bengkok, pandai pula mereka gunakan si ilmiah mangkok untuk cover Pemimpin lapuk. Rakyat dipermain-mainkan supaya jadi bongok.

Dahulu Barisan karat tidak ambil kisah nasib Melayu Pulau Pinang yang perlu pembelaan. Bagaimana pula nasib sekolah agama di Johorian yang semakin berkurangan kerana umnobn telah buat penindasan. Ikutlah cara Pakatan Rakyat memperjuangkan keadilan dan menolak kezaliman dalam pemerintahan. Sudah terbukti di Pulau Pinang yang menjamin hak melayu dan Islam tidak keciciran. Dalam masa setahun jagung orang Melayu dan pelajar-pelajar Melayu cemerlang samada para penghafal Quran atau Huffaz mendapat tinggi pengiktirafan. Jadikannya sebagai jambatan penghubung dalam melakukan pendekatan yang disukai oleh orang Islam dan Melayu serta kaum lain dalam Pakatan Rakyat tanpa sempadan.

Umnobn semakin menggeruni kebangkitan PR walaupun tidak pernah dihebahkan oleh media arus perlahan yang hanya mahu meneruskan agenda perkauman bagi menjamin kuasa selamanya di tangan. Kalau apa yang kita fikirkan ini betul bahawa umnobn sudah hilang kepercayaan dari orang Melayu serta musnah sokongan dari pengundi Cina dan India, maka Barisan Nasional perlu dibenamkan. Sememangnya itulah Teori R.A.H.M.A.N yang akan menjadi kenyataan. Ingat Pakatan Rakyat hanya perlu 29 kerusi Dewan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.

Bukan Politik Sekadar Mendalami Ilmu Teknologi

Sudah seminggu tiada torehan dilakukan untuk menjana kepingan wangi masuk ke dalam poket. Raya hanya tinggal beberapa hari je lagi. Kawan-kawan semuanya dah hampir lengkap bergaya dari atas sehingga ke bawah. Lantak pi kat hangpa menghabiskan wang untuk menambah kemacho-anya. Bukannya aku malas nak turun menoreh cuma aku teruja dengan apa yang di tawarkan oleh kawan aku. Dipendekkan cerita minggu lepas aku kesempatan menghantar rakan sekampung yang belajar sekitar serdang. Penat juga drive kereta kecil molek bapanya. Nak harap kawan aku tu bawa.. hentikanlah.. dah tua pun masih tak dak lesen memandu. Aku pun tak tahu kat mana serdang tu. Itu semua tak penting janji selamat sampai.

Cerita sudah dipotong. Tiba-tiba.. ini barang kalau hang boleh repair kasi hidup, serta-merta jadi hak hang jelas kawan aku. Barang apa tanya aku sambil membuka beg yang sudah bersawang. Hang tengok sendiri sambil menghulurkan sebuah buku 'How to Repair Your PC'. Perghh... aku makin teruja bila dapat memegang sebuah komputer riba yang tertulis Compac Presario V3000. Aku pun tak tahu menatang apa Compac Presario tu. Lantak pi lah. Kalau hang berjaya aku bagi terus kat hang, kalau tidak berjaya aku akan ambil balik masa raya nanti jelas kawan aku. Aiyakk... ini satu cabaran kedua bisik hatiku. Tahun lepas motor buruk bapa dia yang tersadai dah jadi aku punya sebab berjaya repair. Hairan juga kenapa bapa dan anak begitu baik terhadap aku yang tidak mempunyai harta benda. Habih hang belajar nanti nak guna kumputer apa? aku cuba menguji tawaran dia. Dengan muka angkuh dia mengeluarkan sebuah komputer riba bewarna silver dari beg yang ada logo buah apple kena ngap. Fullamak.. aku semakin jakun bila melihat betapa nipisnya menatang tu. Ni lah yang dinamakan Mac Book Air, powerbook yang paling ringkas dan bergaya jelasnya. Gila hang... banyak guna duit beli menatang nih kata aku. Sudah jatuh cinta lar... cute sangat... friendly use dan virus internet payah nak masuk serta tak buang masa nak scan virus hari-hari. Lagipun powerbook ni aku beli guna PTPTN jelasnya. Ceh patut pun dah tua masih tak dak lesen. Kat sini minatnya bisik hati kecil aku walaupun keterangannya susah nak paham.

Alamak Rais Yatim sudah sunting ini cerita. Sebelum projek bermula aku cek dulu peralatan membuka dan cd perisian supaya tidak timbul masalah bila bekerja. Apa yang aku paham dari buku bahasa omputih setelah tiga hari mentelaah dan serba sedikit sumbatan ilmu teknologi komputer dari kawan aku di cybercafe, aku cuba apply langkah demi langkah demi memastikan tiada kesilapan besar terjadi. Mula-mula yang aku dapat kesan masalah power adapter tak berfungsi dan digantikan dengan adapter tangan kedua. Setelah dicuba beberapa kali barulah dapat melihat aliran elektrik masuk dengan cantik. Aku cuba tekan butang on dan menunggu dengan penuh sabar. Berjaya dihidupkan tetapi terhenti di capaian window. Terpaksa buka helaian buku untuk mencari masalah seterusnya. Rupa-rupanya masalah cakera keras yang dah kang kong. Nyat.. nyet.. nyot.. dan terus hubungi tokeh cybercafe jika ada lebihan cakera keras yang dijual. Nasib aku sentiasa baik kerana petang tu juga dia suruh aku ambil dikedainya. Setelah digantikan aku cuba lagi menghidupkannya. Sabar... tunggu punya tunggu... tup-tap... berjaya masuk paparan set-up dan aku terus memcuci data supaya cakera keras tersebut betul-betul kosong. Dan langkah seterusnya mengikut buku, aku masukkan CD yang tertulis Window Vista sehingga berjaya memuatkan kesemua data tersebut. Akhirnya setelah mengikut arahan dari CD, aku menghidupkan kembali mesin ini. Dub.. dub.. jantung aku berdebar menantikan kemunculan paparan Window. Tiba-tiba... Perghhhh... hidung dah kembang kerana berjaya mengusahakannya. Terima kasih kawan bisik hatiku.

Kos semua barang tangan kedua yang diganti adalah RM80 yang dibayar ansuran kepada tokeh cybercafe kampung aku. Ha.. ha.. Mulai esok komputer riba ini akan menjadi milik aku sebagaimana yang telah setujuterima sebelum ini. Lar.. lar.. lar.. aku tidak menyesal kerana tiada wang dan tiada pakaian baharu untuk beraya. Tapi terasa bangga juga sebab budak kampung seperti aku boleh memahami ilmu ini disebabkan keinginan yang tinggi. Cahriosss...

Perangai Pemimpin Umno Bikin Che Det Tak Suka

Bila Sukumaran dari grombolan MIC mahu menyeliparkan kalungan pada gambar Che Det, mulalah keluar suara hero-an dari pemimpin umno ini untuk cover si mamak bangsawan. Dulu mereka ini juga yang dok tiau kepada mamak bangsawan supaya jangan buka rahsia pimpinan kerajaan diblog beliau memberi pandangan.

"Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Umno kecam saya. Nazri (menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan menteri besar Kedah dahulu nak buang saya daripada Umno. Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa. Pasal apa dulu tak react, kali ini react. Saya duduk dalam Umno dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi. Minta maaf tak apa, tak minta maaf pun tak apa. Bagi saya tak ada apa-apa. Saya yang sedih bila orang parti saya sendiri, orang yang duduk dalam kabinet saya sendiri kecam saya."
-Tun Dr Mahathir Mohamad

Khamis, September 17, 2009

Najib Dan Kabinetnya Perlu Meletak Jawatan Daripada Menutup Bukti

Sebelum ini Najib telah menubuhkan satu pasukan khas untuk mengkaji projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) klik disini. Dokumen yang didedahkan menunjukkan apa yang didakwa sebagai memorandum dari Menteri Kewangan supaya memberikan kelulusan secara retrospektif berhubung dengan peningkatan kos projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00. Dokumen tersebut disini.

"Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia perlu membuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah kepada rakyat bahawa dokumen itu adalah dokumen palsu. Jika beliau gagal berbuat demikian dan dokumen tersebut memang benar dokumen kerajaan yang tulen, beliau dan semua anggota kabinetnya kini yang terlibat dalam memberikan kelulusan retrospektif itu mesti meletakkan jawatan serta merta. Jika dokumen yang didedahkan oleh MT itu adalah dokumen tulen kerajaan, rakyat kini boleh melihat dengan jelas mengapa Najib dan kabinetnya menubuhkan pasukan petugas khas serta-merta bagi menyediakan laporan berkaitan isu PKFZ. Saya telah nyatakan sebelum ini bahawa penubuhan pasukan itu sebenarnya bermotif politik iaitu untuk melindungi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional dari disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ," kata beliau. Dan, sebab itulah juga Najib dan kerajaan pimpinannya begitu takut untuk menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ itu. Jika disiasat dan jika terdedah lebih banyak lagi dokumen dan hakikat yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat, ia mungkin membuktikan lagi jenayah peringkat tertinggi dalam skandal PKFZ itu."
-Mahfuz

(Moral: Najib dan kerajaan pimpinannya begitu takut untuk menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ itu. Jika disiasat dan jika terdedah lebih banyak lagi dokumen dan hakikat yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat, ia mungkin membuktikan lagi jenayah peringkat tertinggi dalam skandal PKFZ. Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion)

Rabu, September 16, 2009

PM, Anggota Kabinet Letak Jawatan

TOKYO: Kabinet pimpinan Perdana Menteri Taro Aso meletak jawatan hari ini bagi membolehkan kerajaan baru mengambil alih, sekali gus mengakhiri tempoh sekian lama era pentadbiran konservatif negara itu. Seorang pegawai berkata, Aso memanggil barisan kabinetnya awal hari ini untuk satu perjumpaan singkat supaya semua menteri meletakkan jawatan. Kerajaan baru pimpinan Yukio Hatoyama dari Parti Demokratik Jepun (DPJ) dijangka mengambil alih kuasa pentadbiran lewat hari ini. DPJ pimpinan Hatoyama memenangi kejayaan besar dalam pilihan raya parlimen awal bulan ini. - AFP

Waspada Bila Memandu Pulang...

Sempena hari raya menjelang tiba. Jangan ghairah berbelanja. Jimat sikit untuk tampung selepas raya. Begitu juga kepada pembawa kenderaan berjentera. Usahlah dok hentam ikut suka kelak badan binasa keluarga menjadi hiba. Jika pemandu tidak leka dan mengambil berat pada jentera, Insya-Allah mudah-mudahan tiada malapetaka. Kepada Melayu yang nak beraya mulakan Bismillah ketika menghidupkan enjin jentera. Bagi india dan cina usahlah mengambil kesempatan yang ada memandu ikut kepala. Kerjasama semua pihak mampu membuatkan perjalanan selesa. Selamat hari raya untuk semua... Lantak pi kat hangpa kalau jem panjang berjela... Kah... Koh... Keh... duduk dikampung sememangnya legaaaa... Berapa budget duit MINYAK yeaa...

Selasa, September 15, 2009

Bagan Pinang, Jika Umnobn Letakkan Calun Reput

SPR sudah umumkan hari penamaan calun untuk DUN Bagan Pinang pada Oktober 3hb, 2009. Iaitu dua minggu selepas hari raya. Manakala, hari pengundiaan undi jatuh pada Ahad, Oktober 11hb, 2009. Umno mungkin dilihat sudah reput akarnya kerana perubahan kecenderungan rakyat dijangka akan berlaku dalam episod terkini pilihanraya kecil yang bakal berlangsung di Bagan Pinang, Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Keghairahan rakyat untuk berubah menolak BN bukan hanya kerana iklim politik dunia yang berubah, tetapi menjadi tambah deras arusnya kerana BN sendiri, terutama kerana tiga komponen utamanya iaitu Umno, MCA dan MIC sedang bergelut dengan masalah dalaman yang agak kritikal. Rakyat tidak lagi boleh ditipu yang parti seperti MIC sedang berhadapan dengan masalah serius kerana keegoan pemimpinnya sendiri, rakyat juga nampak MCA sudah menjadi zon perang sesama pemimpinnya. Ia seakan menjadi tanda yang BN bakal dilanda bah besar dan karam.

Apatah lagi jika di Bagan Pinang Umnobn meletakkan calun Isa Samad. Mungkin Isa Samad dilihat begitu popular dan disayangi di kalangan ahli UMNO Telok Kemang tidak tentu lagi popular dengan pengundi Telok Kemang, khususnya pengundi muda. Kelaziman orang muda ini mereka mudah bosan dengan nama-nama lama yang sudah biasa. Mereka mahukan orang baru yang boleh memabwa idea dan nafas baru. Mereka orang muda akan membuat kesimpulan mudah bahawa Isa Samad telah disabitkan salah melakukan politik wang, maka dia dianggap seorang perasuah. UMNO tidak patut letakkan seorang perasuah sebagai calun. Jika ini tidak diambilkira, maka akan berlaku seperti di Permatang Pasir di mana orang muda meluat dengan pemilihan dari Umnobn ini.

Isnin, September 14, 2009

Jalur Temberang

United States


Liberia


Malaysia

Semua sudah tahu bahawa lagu Negaraku adalah irama Memula Moon. Atau bendera Jalur Gemilang merupakan ciplakan dari bendera Amerika Syarikat. Negara Liberia juga berkongsi jalur bendera yang sama seperti kita. Ini kerana Liberia merupakan negara yang dibentuk A.S buat bekas-bekas hamba abdi yang ingin pulang ke benua itu. Harapan yang menjadi gagasan betapa Malaysia perlu berubah menjadi lebih demokratik, kehakiman bebas, pilihanraya bersih, rasuah dihapus, adil tanpa kezaliman, bahagia alam dijaga, rakyat damai hidup bersama, bebas gangguan jenayah dan hak-hak asasi setiap warganya dihargai. Malaysia hanyalah sebuah projek kolonial Inggeris serta Amerika Syarikat (A.S). Jika United Malay National Organization alat penjajah Inggeris, maka suka atau tidak, Malaysia yang ada pada hari ini memang merupakan gagasan asing penjajahan bentuk baru empayar Amerika Syarikat untuk menggantikan empayar Inggeris pada awal abad ke 20.

>>Lanjut sekadar pencerahan minda>>>

Samy Kuil Marahkan Subra

Ayoyoo... apa hal kau orang ni. Bila si tua hitam ini mahu pergi. Sudah berdekat pegang itu jawatan presiden parti mengalahkan si mamak bangsawan hidung tinggi yang berkata Barisan Nasional akan jadi seperti LDP (Liberal Democratic Party) pasti tumbang beberapa tahun lagi. Theyy... hitam nampak gigi. Sudah berani bersuara bahawa grombolan masih menyokong MIC kepada mamak si hidung tinggi. Awat hang bercakap berbelit sama macam Zambry mengekalkan jawatan secara kuku besi. Itu tambi Palanivel sudah boleh memimpin parti yang mendapat majoriti kesemua penyokong samy. Mengapa harus mengekalkan kerusi yang tak mampu menampung berat si budak hitam ini. Cepat blah dan pergi supaya imej MIC boleh di cerahkan lagi dengan kapur selori.

Kah... Koh... Keh... Theyy... sudah ugut mau ambil tindakan disiplin pada itu dewa Subra. Ramai masyarakat India yang menyokong itu dewa kerana cara politiknya. Kalau si budak hitam sudah tidak suka pada ini subra, blah lar dan bawa semua sokongan meninggalkan itu parti india. Nak tenggok sekuat mana lalakkan itu samy tua... Ayoyoo Ammaaa...

Perbezaan Majlis Tertinggi Umno Dengan Lembaga Pengarah

Gajah harimau dihutan hendak diburu walaupun pepijat bantal tak dapat dilenyapkan. Majlis Tertinggi (MT) Umnobn sudah buat pengumuman supaya kuota dihapuskan bagi membuka ruang kepada ramai perwakilan untuk membuat pilihan siapa yang layak memegang jawatan. Jika kuota dinaikkan daripada 60,000 ke pada 200,000 perwakilan di 191 bahagian maka yang duduk di kerusi atasan adalah golongan elit yang hartawan. Kemudian mereka akan sorok kekayaan dari mata rakyat bawahan dan keluarlah kenyataan, lihatlah pemimpin-pemimpin kami yang tidak hidup bermewah-mewahan.

KJ mungkin tersenyum menawan kerana dia dah memegang jawatan walaupun imbuhan ciput diberi kepada perwakilan untuk memilih beliau duduk dikerusi sayap kanan. Nak naik lebih tinggi awal-awal lagi dah ditolak oleh puak atasan supaya belajar dari bawahan. Oleh yang demikian timbul pula isu pemutihan. Ini ketua pemuda terlalu banyak masa yang tidak digunakan sehingga menawarkan diri kepada SPR untuk menyemak senarai keahlian. Jika terdapat nama-nama individu yang menyokong Pakatan Rakyat akan dikeluarkan. Itulah helah KJ dengan isu yang diperkatakan supaya kerusinya berkekalan.

Jika takut dihempas ombak jangan berumah ditepi pantai. Kelak kapal selam Scorpene mendarat terus di ruangan santai setelah Razak Baginda mendapat RM530 juta dari Najib yang panjang akai. Hey setiap pemilihan, rasuah jangan dok tibai kata Najib kepada semua sang kelembai. Hangpa tak takut tangan SPRM yang sedang melambai kemudian dilepas bye-bye walaupun nama hangpa telah tersenarai. Woiit SPRM dan Ghani Petai Kalau berani ikutlah macam Mahkamah Taipei yang begitu pandai mendakwa para pegawai. Biarlah maruah mereka tergadai daripada membiar negara terkulai.

Wassup dude lu tengah khayal. Kerana lu mabuk arak mahal. Ini semua kerajaan punya hal. Jual arak terbuka kepada melayu baghal. Itu melayu sangat kental sanggup berhibur dalam disco yang ada perempuan gatal. Nyam-nyam sudah kena pintal. Kerana segelas, iman terus tertanggal. Oiit Menteri wilayah kenapa kau biarkan gejala ini merebak sehingga merosakkan akal. Mana dia kumpulan pemantau yang mengeluarkan sijil Halal. Biaqpi lah anak melayu nak berhibur sampai sengal. Lagipun anak melayu juga yang jadi pengarah kilang brandi mahal. Katanya lebih mudah mendapat keuntungan dari awal. Lantak pi kat hangpa biaq melayu rosak lagi beberapa penggal.

Duit Kopi Budaya Warisan Umnobn

Rasuah boleh dihapuskan sekiranya al-Quran dilaksanakan dalam masyarakat kita kerana sejarah membuktikan al-Quran yang dibawa oleh Rasulullah SAW memecahkan tradisi jahiliyah dan menyelesaikan masalah sosial yang begitu parah. Rasuah sudah jadi budaya dalam masyarakat dengan pelbagai panggilan dan istilah yang digunakan antaranya ‘hulur sikit’, ’cucuk sikit’, ‘duit teh’, ‘duit bawah meja’, 'politik wang' dan lain-lain lapor Buletin Online.

Ahad, September 13, 2009

Lagi Pencerobohan Hacker

Kerajaanrakyat.com sudah diceroboh oleh penggodam laman sesawang. Buat sementara waktu boleh lawat kerajaanrakyat blog yang masih tak padam. Hari tu Malaysiakini kena serang. Lepaih ni sapa pulak yang jadi korban penggodam?

Depa Umnobn Tetap Berlagak Yang Tua Mengaku Muda

Depa ada hajat nak rampas kembali Negeri Pakatan Rakyat. Depa berangan menyatakan masih popular walaupun dah berkarat. Banyak wang ringgit dilaburkan semata-mata untuk membeli hati rakyat. Tak hairan jika kelulusan budget begitu cepat oleh kerajaan pusat dan dihabiskan dalam masa yang begitu singkat. Lantak pi kat hangpa nak pakai duit rakyat atau simpanan emas negara yang sudah tinggal sekerat. Biaq hangpa puas makan hasil dan membiarkan rakyat melarat. Dengan kenaikan berganda serta cukai membuatkan warga kota yang kecil poket akan mengumpat. Apa punya kerajaan bikin kami jadi pak larat. Kalau dikampung susah-susah pun ada ruang yang sempat. Sayur ikan sambal kat sungai begitu senang boleh dapat. Semuanya segar dan sihat. Ini boleh bikin otak cargas serta ligat. Bakal melahirkan generasi melayu kampung bersemangat yang kuat.

Pusing mai pusing mai tang tu jugak. Ini barisan tetap berlagak. Walaupun menang dengan lompat katak di Perak. Zambry makin angkuh walaupun tak sedar perut makin besar membengkak. Ini mamak kata Pakatan Rakyat Haprak untuk mendapat sokongan semua pihak. Walhal cina semua sudah beralih kepada DAP dengan 80% telah memihak. Tapi melayu masih menolak walaupun kerusi PAS dan PKR berlambak. Cuba 40% yang ada dalam BN pakat pindah jugak bagi memenuhi kerusi DUN Perak supaya tidak berat sebelah pihak. Barulah suara Melayu yang banyak di dalam dewan DUN Perak. Ini mamak juga ligat kepala otak membawa keluar segera duit rakyat Perak sebelum terguling masa PRU-13 kelak. Banyak budget negeri dikeluarkan untuk dihabiskan setahun dua kepada kroni yang suka merompak dengan alasan pembangunan Negeri Perak. Projek segera juga makin bertapak kerana senang buat duit terpijak bagi menutup mata rakyat Perak. Kalau dah sakit mata kena main dengan ini budak, jangan lupa pi buat rawatan kat klinik Zambry mamak. Atey... sayang bebenor kome yeop pada golongan kader mamak.

Umnobn serius mahu menjadi parti Islam. Begitulah ucaptama Najib kepada khalayak angguk yang pendiam. Aiyakk... ini macam boleh bikin PAS pula tenggelam. Hairan juga kerana mereka tidak mampu menukar dasar dan prinsip perjuangan dari kebangsaan kepada Islam. Bertambah kusut gaya hidup mereka yang terbuka sana-sini bikin mata jadi kelam. Mana pi keadilan, kezaliman dan ketelusan yang dituntut oleh kalam. Adakah mereka umnobn suka bermain-main atas nama Islam untuk memancing golongan melayu yang tak paham. Jika Najib mahukan umno dilihat Islam maka perlulah jadikan al Quran dan Sunnah sebagai pegangan serta sumber rujuk kepada perundangan dan pentadbiran sebuah Negara Islam.

SPRM kata secara terbuka rasuah seringgit dan berbillion sama sahaja. Malah hukumannya tetap sama. Adakah SPRM buta kerana ditutup mata oleh Najib yang gila kuasa. Rasuah berbilion tetap berbeza dari segi kesan dan impak negatifnya terhadap kerajaan, rakyat dan negara. Apa gunanya kerajaan dan rakyat perlu menanggung beban berbangkit daripada rasuah berbilion-bilion ringgit biarpun mereka yang berasuah beberapa ratus ringgit ditangkap dan disabit bersalah? Kenapa dilepaskan jerung jutaan billion merompak sehingga memberi kesan negatif terhadap ekonomi, pentadbiran dan pembangunan negara. Adakah ini menjadi kebanggan serta simbol kemajuan 1-Malaysia.

Akhirnya mereka tetap juga tua. Bawah 45 tahun boleh bertanding jadi ketua yang sebelum ni bebas tanpa mengira angka. Kalau Vietnam, Iran dan Turki bolah letak sekitar 25 hingga 30 tahun umur untuk menjadi ketua, maka Pemuda Umno ini semua tua-tua belaka. Boleh tanya KJ umur dia berapa takkan masih bawah 30 tahun mengalahkan Mukhriz dan Ali Rustam yang masih muda?. Kah... Koh... Keh... Lantak pi... hangpa jugak terkena.

Parti Popular Igauwan Mimpi Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan pemimpin parti komponen BN supaya menjadi popular di kalangan rakyat untuk memastikan BN terus relevan di mata rakyat.

"Saya ingatkan, tidak guna jadi popular di kalangan ahli parti sahaja, tetapi tidak popular di kalangan rakyat. Jika mahu terus relevan, saya ingatkan kepada Umno, MCA, MIC dan komponen BN bahawa pertimbangan bergantung kepada sejauh mana kita popular di kalangan rakyat, bukan di kalangan ahli parti sahaja. Parti komponen jangan lupa kepada perspektif ini, kalau lupa, rakyat akan menghukum kita masa pilihanraya yang ke-13 akan datang. Rakyat sudah membuka pemikiran. Untuk menjadi parti terus relevan, kita mesti mempunyai hubungan dengan rakyat, mempunyai sentuhan dengan rakyat. Sekiranya ada sentuhan, kita akan mendapat sokongan. Pembangkang belum tahu bagaimana memerintah negara. Satu parti nak sekular, satu parti nak negara Islam, dan satu lagi entah apa nak buat. Rakyat benci sekiranya kamu berlagak, salah guna kuasa dan tunjukkan kekayaaan. Rakyat sayang jika kita jadi pembela rakyat yang sebenarnya."
-Najib Tun Razak

(Moral: Najib mengharapkan rakyat menyayangi umnobn sehingga sanggup mempersenda Pakatan Rakyat yang sebenarnya ia adalah mimpi ngeri tidur najib dengan KEBANGKITAN GABUNGAN TIGA KOMPONEN INI (PAS-PKR-DAP) yang dilihat sungguh kuat serta mempunyai TEAMWORK begitu tinggi. Bagi yang pendek akal dan dahagakan projek jutaan ringgit memang mereka akan menyayangi umnobn sehingga sanggup berselimut bersama bendera biru berlambang kati dan menutup mata dengan segala kenaikkan-kenaikkan yang diatur oleh pemimpin korupsi ini. Bagi rakyat yang cerdik pandai mereka mahukan sebuah negara yang tip-top dan bukannya meletup dengan segala macam penyelewengan kuasa, penindasan, kerakusan polis dan SPRM, pencabulan SPR dan kehakiman (korrek..korrek..korrek) serta ketidaktelusan semua jentera kerajaan dari umnobn)

Sabtu, September 12, 2009

Bagan Pinang, Duit Raya dan Korupsen

Si Korup sudah dipilih untuk mewakili kumpulan Korupsi. Bagi kumpulan ini tidak menjadi hal kerana Si Korup akan menjadikan kurap pada parti. Muhyiddin menggigit jari sebab satu nama sahaja pilihan oleh Menteri Besar Negeri. Oiit apa sudah tidak ada calon bersih lagi. Kerana nak menang nama Mohd Isa juga diberi. Kan dia ni ada sejarah ngeri hangpa tak takutka ianya berulang lagi. Tutup aja lah kisah misteri kerana si Korup ini mampu menawan Bagan Pinang nanti.

Undi Melayu garenti dalam tangan. Tentera pula sebagai imbuhan. Garenti Bagan Pinang kita boleh tawan. Hey jangan telalu konfidan itu india sudah melawan kerana melayu sudah pijak kepala dia punya tuhan. Tak pa jangan panik dan pengsan sebab Rais Yatim sudah buat siasatan. Hishammuddin pun sudah tangkap itu grombolan. Kita boleh buat bahan. Itu video Malaysiakini yang simpan dan Rais Yatim sudah beri amaran. Harap-harap tak keluar video tu nanti masa kempen pengundian. Takkan jadi lah kawan. Itu Samy Vellu sudah melawan dengan mamak bangsawan. Rahsia 22 tahun dalam gua juga disimpan. Sampai sekarang semua permintaan MIC untuk kaum India tidak pernah ditunaikan oleh si mamak bangsawan.

Bagan Pinang akan dibanjiri dengan poster dan bahan-bahan kempen. Baik dari umno mahupun PAS dan hangpa janganlah dok komplen. Semak sekejap aje semasa hari berkempen. Kontraktor kecil jangan terlalu ghairah dengan janji pemimpin. Buat kerja mesti dibayar tunai atau dapat surat pesanan dari umnobn. Jika tidak anda akan kepingin buat kerja tanpa dibayar satu sen. Nak bawa ke mahkamah pun nanti anda kena kencing. Hari-hari turun naik keputusannya membuatkan kontraktor pening. Itulah umnobn dari dulu kini dan seterusnya pusing-memusing. Janji tekak sendiri tak kering.

Dak aih umnobn takkan kencing. Duit raya diberi kepada rakyat di negeri Pakatan Rakyat untuk memancing. Dulu perkara ni mereka umnobn tak ambil pusing. Sekarang mereka tengah rungsing memikirkan kerajaan akan terguling. Penoreh getah dikampung takde yang dapat walaupun sesen dari umnobn tapi boleh hidup selesa dan bahagia sampai pencen. Torehan terbaik adalah yang mampu membuatkan barisan ini tergolek-terguling...

ISU PKFZ: Kabinet Ambil Alih Untuk Menutup Bukti

Kumpulan pasukan petugas Najib, yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Peguam Negara, para pegawai Kementerian Pengangkutan dan Kewangan, bagi mengkaji projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Isu itu dibahagikan kepada tiga. Satu adalah untuk mengenalpasti jika ada penggelapan atau penyalahgunaan kuasa atau seseorang bertindak bertentangan dengan undang-undang. Perkara ini akan dikendalikan oleh polis dan Peguam Negara. Kita mahu siasatan yang menyeluruh dan lengkap berhubung perkara ini. Kebenaran menjadi satu keutamaan. Keduanya ialah tadbir urus yang baik. Kita ingin tahu sejak bermulanya projek ini jika ada tadbir urus yang baik. Dan ketiga apa yang perlu kita lakukan dengan PKFZ sekarang, yang boleh memberi nilai yang baik bagi wang. Kita juga mahu mengurangkan kos operasi. Bagi aspek kedua dan ketiga, kita telah memutuskan untuk menubuhkan pasukan petugas. Pasukan petugas ini akan melaporkan balik dengan Kabinet dan kemudian kita akan usahakan tindakan yang sesuai."
-Datuk Seri Najib Tun Razak

(Moral: Jelas dengan tertubuhnya pasukan petugas ini dapatlah Najib menutup segala jenis ketidak adilan pentadbiran PKFZ yang bakal menggigilkan kepala lutut pemimpin-pemimpin tertinggi umnobn yang terlibat. Dengan Kecerdikan Musa Hasan dan Ghani Patail akan menguatkan lagi kumpulan pasukan ini untuk melencongkan fakta supaya pihak SPRM tidak boleh mendakwa golongan umno yang terlibat. Tertanya jugak kenapa kecerdikan yang dianugerahkan diguna untuk menipu rakyat demi untuk kepentingan sesebuah parti KORUP? Lantak pi la kat hangpa... suka sangat kena main oleh pak Menteri. Weh geng umno mana lak yang nak cepat kaya tu... bacalah di pautan ini)

Khamis, September 10, 2009

Adakah Mahkamah Akan Melindungi Zahid Hamidi?


Amir Bazli Abdullah, 38, memfailkan saman malu itu terhadap Ahmad Zahid pada 5 Julai 2007. Dalam saman itu, Amir Bazli mendakwa Ahmad Zahid menumbuk muka beliau dalam satu kejadian pada 16 Jan 2006 dan menuntut sejumlah ganti rugi yang akan ditentukan oleh mahkamah. Pautan ini mengenai kisah Amir Bazli Abdullah diculik dan dipukul dengan begitu teruk hanya kerana menjalinkan perhubungan cinta dengan Nurul Hidayah, Puteri Dato' Ahmad Zahid Hamidi. Pada 29 Ogos 2007, Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk membatalkan saman malu itu dengan alasan kejadian itu tidak pernah berlaku dan sengaja direka oleh plaintif. Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 16 Nov depan untuk mendengar dan membuat keputusan berhubung permohonan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membatalkan saman malu yang difailkan seorang usahawan terhadap beliau. Penolong Pendaftar Kanan Mohd Fitri Sadarudin menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya ketika kes itu disebut di hadapannya.




(Moral: Jika mahkamah menyebelahi Zahid Hamidi bermakna Ketua samseng ini mungkin akan bermaharajalela untuk membelasah sesiapa sahaja yang menggangu gugat dirinya. Tidak hairanlah semasa di Permatang Pasir dahulu beliau pernah mengeluarkan kenyataan ugutan pemecatan jawatan kepada semua pemimpin umno Pulau Pinang. Disini ceritanya Oiit.. penjenayah mesti digugurkan dari menjadi menteri... Patutpun geng lembu sanggup bertempik sorak kerana mempopularkan warisan dari menterinya)

POS Malaysia Cabul Amanah Yang Diberikan


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesal apabila dua guni kad ucapan Hari Raya beliau, dijumpai tersadai di sebuah pondok pengawal keselamatan di Bandar Tun Razak. Menurutnya, kad ucapan tersebut sepatutnya diedarkan kepada penduduk Bandar Tun Razak yang juga penyokongnya sebagai tanda ingatan sempena hari raya. Tan Sri Khalid berkata, pihaknya telah menghantar kad-kad tersebut beserta dengan stem dan sepatutnya tiada masalah dalam penghantaran itu. Menurut Tan Sri Khalid lagi, alamat penerima yang diperolehi juga adalah tepat iaitu daripada data pengundi kawasan itu dan pihak Pos Malaysia sepatutnya memaklumkan kepada beliau sekiranya alamat penerima tersebut tidak tepat lapor TVSelangor.

“Perkara ini akan diperhatikan dan kita selidiki, apa alasan pihak pos untuk tidak menghantar surat-surat tersebut, lagipun surat-surat itu sudah distem, maknanya sudah dibayar, sekurang-kurangnya ia akan dihantar kepada orang yang sepatutnya dihantar. Alamat yang diberikan oleh pengundi-pengundi melalui data yang dinyatakan dalam SPR. Dan alamat itu sepatutnya akan sampai ke tangan orang yang dihantar. Kemudian kalau tak sampai, mereka akan maklumkan samada orang itu ada atau tidak.”
-Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor

(Moral: Itu Posmen sudah marah pada Khalid maka dia tidak mahu hantar kesemua kad raya kepada penduduk Bandar Tun Razak. Walaupun itu posmen menganggap eleh !!perkara kecil, namun tindakannya mampu menjatuhkan Kredibility Pos Malaysia yang tersemat di baju posmen lembu ini. Ini posmen lembu patut berhenti kerja kerana tidak jujur dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawabnya. Oleh kerana tidak ikhlas mungkin hasil bulanan pendapatannya juga tidak berkat. Bila dah selalu makan dengan hasil yang tak berkat, minda itu posmen akan jadi seperti lembu sapi. Hanya tahu marah membabi buta bila digigit telurnya oleh kerengga. Aku nak tegur sikit kat posmen muda ini yang selalu menghantar surat yang salah alamat kat rumah aku. Kalau tak tahu alamat sila bertanya dan jangan ambil jalan short cut aje. Hari tu aku nyaris tergolek dirempuh oleh posmen minda lembu yang bawa motor gilababi. Nasib baik motor aku tak power untuk mengejarnya. Kalau tidak disitu juga aku lunyaikan motor ex5 posmen ngok tu. Kah... Koh... Keh... Tergelak jugak bila posmen baru yang hantar surat kat rumah aku cakap budak posmen sebelumni dah patah kaki tergolek dok dirempuh lori ikan semasa menghantar surat. Baru ada akai bawa motor tak nak berhati-hati. Kepada warga kota yang akan pulang berhari raya harap utamakan keselamatan. Orang tua dan atuk anda sentiasa menunggu kepulangan anda dengan sabar. Nak tanya sikit... best ka beraya di hospital atau dalam liang lahat)

Siapa Lambatkan Kes Anwar?

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN – PEGUAM Hasnal Rezuan Merican hari ini mencadangkan supaya Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menggunakan kuasanya mengeluarkan arahan supaya perbicaraan kes liwat melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim dipercepatkan. Menurut Hasnal, antara sebab yang membolehkan kes itu boleh dianggap berkepentingan awam adalah kerana kedudukan Dato Seri Anwar Ibahim sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Kes ini juga menarik minat pihak asing termasuk wartawan dari luar. Saiful dalam blognya juga ada menulis merungut, kerana perbicaraan yang sepatutnya bermula 1 Julai lalu telah berkali-kali bertangguh-tangguh.

Setiap ada PRK mesti ada sahaja kes liwat Anwar diwar-warkan untuk mengundang kebencian para pengundi walaupun bukan Anwar Ibrahim sendiri yang jadi calonnya. Dengan tiba-tiba ada sahaja Saiful yang buat rebut-ribut di high-lightkan pula oleh para pemimpin UMNO dengan suara orang luar, kononnya ia dianggap suara berkecuali. Mungkin betul, Dato Seri Anwar Ibrahim sangat digeruni ceramahnya olehpara pemimpin UMNO, kerana ceramah beliau sangat berpengaruh dan diminati pengundi muda-mudi hari ini. Isu Anwar terlalu meyakinkan muda-mudi menjadikan kehangatan telinga para pemimpin UMNO dan calon UMNO akan menjadi banyak masalah untuk menang.

Kalau kita benar-benar ikuti perbicaraan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim, orang yang pintar semua tahu kenapa kes Anwar tertangguh-tangguh? Salah Anwarkah kes itu tertangguh? Atau Peguam Negara tidak mahu berikan kepada peguam Anwar Ibrahim ‘bahan bukti’ yang dipegang oleh pihak pendakwa kepada peguam Dato Seri Anwar Ibrahim? Perkara ‘bahan bukti’ yang dipegang oleh pihak pendakwa pasal kes liwat Anwar Ibrahim itu, sudah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Persekutuan baru-baru ini, pihak pendakwa mesti berikan kepada peguam Dato Seri Anwar Ibrahim seminggu sebelum perbicaraan kes liwat Anwar dimulakan.

Pihak Peguam Negara telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan untuk tidak memberikan ‘bahan bukti’ itu kepada peguam Dato Seri Anwar Ibrahim, sehingga kini belum ada keputusan dari Mahkamah Persekutuan lagi. Kalau Mahkamah Persekutuan belum beri keputusan mestikah Peguam Negara boleh gunakan kuasanya overule keputusan Mahkamah Tinggi seperti yang dimahukan oleh peguam Hasnal? Peguam Hasnal Rezua Merikan yang mempertikaikan kes liwat itu lambat sebab Anwar, itu adalah salah. Mungkin peguam Hasnal tidak faham sepenuhnya mengenai keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi terdahulu pasal ‘bahan bukti’ yang enggan diserahkan itu oleh pendakwa kepada peguam Dato Seri Anwar Ibrahim.

Bukan sahaja peguam Hasnal tidak faham, Tan Sri Nazri juga langsung tidak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Persekutuan yang dengan sengaja menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim melambat lambatkan kes liwat tersebut. Mungkin para pemimpin UMNO sudah kehabisan isu politik maka dengan sengaja melemparkan fitnah itu kepada Dato Seri Anwar Ibrahim agar UMNO kelihatan bersih. -sabahkini

Rabu, September 09, 2009

Umno Akur Dan Mahu Melutut Di Hadapan PAS

Setelah SPR melaporkan kerusi DUN Bagan Pinang telah kosong, maka Najib sepantas kilat mengeluarkan kenyataan mahu menghulur tangan berbincang dan membuat kata sepakat untuk bekerjasama dengan PAS. Niat yang keluar dari halkum Najib berkemungkinan menunjukkan ketidakikhlasan beliau dalam kenyataannya. Pas tidak akan mengadakan sebarang rundingan termasuk kerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan pada masa depan tetapi sedia berunding sekiranya ia berkaitan isu kepentingan rakyat, royalti minyak dan saluran kerajaan pusat untuk melancarkan pembangunan prasarana di Kelantan, kata setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali.

"Dalam konteks politik dan membentuk kerajaan, Pas sudah ada polisi untuk terus bersama Pakatan Rakyat dan sudah menguasai beberapa buah negeri, (maka) kerjasama politik dengan Umno tidak perlu diadakan apa-apa perbincangan lagi."
-Datuk Mustafa Ali

Manakala Nasrudin menganggap rundingan yang dicadang Najib itu bukan sahaja tidak ikhlas, bahkan tidak akan berjaya kerana rakyat kini sudah semakin bijak menilai permainan politik pemimpin mereka. Walau bagaimanapun, tegas Nasrudin, PAS sebagai sebuah parti politik berteraskan Islam secara amnya tidak pernah menolak idea rundingan, dialog, debat atau seumpamanya, dengan mana-mana pihak sekalipun, selagimana ia boleh membawa manfaat yang besar kepada rakyat dan negara. Jika benar ada kalangan Umno yang betul-betul ikhlas mahu berunding dengan PAS, Nasrudin mengatakan setakat mahu berunding atas sesuatu isu bukanlah sesuatu yang sukar. Cuma, jika sudah bersedia untuk berunding dan berbincang, maka hentikanlah segala dayausaha menyakiti, mendera dan memfitnah PAS serta rakan-rakan, sama ada secara langsung, atau melalui jentera kerajaan yang dipimpinnya, atau melalui media-media yang dikuasainya. Kerana rundingan atau perbincangan harus bermula dengan suasana yang selesa.

TG Nik Aziz menyifatkan pelawaan Najib itu sebagai isu lama yang sudah tidak perlu ditimbulkan lagi. Kemungkinan isu itu sengaja ditimbulkan Najib menjelang pilihanraya kecil Bagan Pinang di Negeri Sembilan untuk mengumpan rakyat.

"Itu cerita lama. Nak berunding apa lagi? Kalau nak jaga Islam lebih baik dia (Umno) buat sebagaimana yang disebut. Tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam. Barulah benar-benar nampak yang kita ni ikhlas dengan Islam."
-TG Nik Aziz

(Moral: Jika kesediaan Najib mengajak umno berunding dengan PAS hanya untuk kepentingan parti mereka, baik lupakan sahaja. Takkan nak biarkan sepakkan kali kedua dari umno jika Parti karat itu sudah mendapat kepercayaan kelak dari rakyat. Royalti minyak kelantan pun kemain punya susah nak bawa berbincang... la ni senang-senang je umnobn menyujud PAS meminta rundingan ini dipersetujui)

Kari Kambing Hentam Daging Kepit


Rangkaian restoran makanan segera McDonald's hilang hak eksklusifnya selepas gagal menghalang sebuah restoran makanan India tempatan, McCurry Restaurant (KL) Sdn Bhd menggunakan awalan 'Mc' untuk papan tanda perniagaannya. Mahkamah Persekutuan hari ini turut memerintahkan McDonald's membayar kos RM10,000 kepada McCurry yang mempunyai outlet di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

(Moral: McDonald's tewas dengan penangan Mc Curry. Namun McDonald's menangi simpati pembeli. Tax dibayar silih berganti kerana cintakan McDonald's ini sampai tak sedar penyakit obesity. Tu lah terpengaruh dengan iklan TV. Walaupun McDonald's menyokong Yahudi korang tak peduli sebab sedap sangat hingga tertelan gigi sendiri)

Sukarelawan Kereta Kebal Indonesia


Lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia. Televisyen Indonesia melaporkan bahawa perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali dalam promosi pelancongan Malaysia. Bantahan itu turut dikaitkan dengan dakwaan bahawa lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, ditiru daripada lagu Indonesia, Terang Bulan.

“Saya berharap agar pihak Indonesia mengambil jalan tengah menyelesaikan isu ini secara diplomasi dan jika tidak dapat diselesaikan secara elok, segala isu bertindih kedua-dua negara perlu di bawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Sekumpulan mahasiswa Indonesia turut membakar bendera Malaysia di jalanan dua hari sebelum sambutan kemerdekaan ke-52 sambil melaungkan slogan “Ganyang Malaysia."
-Hisyamuddin Che Ali, Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

(Moral: Ini sudah serius... Nampaknya kerajaan Malaysia yang dikepalai Najib tidak terdaya untuk mendapat kata sepakat dengan kerajaan Indonesia bagi menangani isu ini. Hishammuddin pula hanya membiarkan sahaja keselamatan maya Malaysia dicerobohi di sini dan membiarkan KLCC diperkosa sebanyak dua kali oleh lelaki melekat ini. Malah dek kerana sekularisma yang dibawa oleh umnobn sehingga wanita ini sanggup membaluti tubuhnya dengan Jalur Gemilang)

Beware of local university's African students... Wassup Niger!!!


This is true and all happened within these two years!

I have a friend's daughter who is studying in Limkokwing University, and she was kidnapped by a Botswana student studying there as well. The African is 37 years old!. The daughter was kidnapped and managed to escape from that African. However, she had been raped, beaten, tied up and punched by the man. That bastard even got his African friends (Botswana students too) to rape the daughter. Now the daughter is in trauma. Because of this case, I have investigated amongst the Limkokwing students, and there are more serious cases that had been happening within these two years. Please read and spread the news to your friends, it's not rumours. Trust me, or you may ask any of the Limkokwing students!. I am sad as it is all covered up by the Limkokwing's president - Tan Sri Lim Kok Wing.

The covered issues about Botswana students (African black):

  1. They take drugs in the University toilet and had been caught by security guard. However the president warned the guard not to spread the news.
  2. They take drugs in the university's event, especially in the Orientation night organized by the students' society and faculty. The lecturers saw the incident and they tried to stop, but they like to use the same sentence too against the lecturers: 'who the f*ck you are, we paid to Tan Sri and Tan Sri
  3. paid you, just shut up!'
  4. They get drunk and many accidents happened in Cyberjaya (too many accidents, you can check with the police station)
  5. They keep drugs in their apartments, i.e. Desa Ria, and even bring drugs to class. In the University party in Desa Ria, they took drugs and alcohol (Tan Sri Lim Kok Wing's daughter was there too).
  6. They disturb the female students, especially the Malay and Chinese students. They just take away and use their handphones without asking for permission (means they just grab!). The girls always feel scared and just keep silent as they do not know what the Botswana students (Africans) will do to them.
  7. There are classes in which of the students' population is 70% Botswana students. They do not pay attention and cannot keep quiet in the class and the local students are disturbed by them. They even argue in the classes (not only once) when the male local students asked them to shut up, end up they fight. Lecturers tried to stop the Botswana students, again, they showed the same respond 'who the f*ck you are, we paid to Tan Sri and Tan Sri paid you, just shut up!'
  8. They love to sexually harass the female students. This statement needs no further explanation! Ask the students! (8) They do not submit assignments and are late in submitting assignments, but still pass! The concern is they still pass! What kind of quality I wonder? They deserve to repeat and fail. Is it the University policy? Their (African) government paid more to Limkokwing University, so they can pass easily? They don't even follow the lecturers' guideline, how they can pass?
  9. They even act rude to the lecturers... The lecturers just keep quiet.
  10. They scratched the lecturers' cars..
  11. They insulted the students' counsellor in front of the crowd when they not managed to cut queue.
  12. They forced the female students to give their contact numbers.
  13. They gather at their hostel every night and get drunk.
  14. They kidnapped my friend's daughter!
  15. They used Tan Sri Lim Kok Wing's and the vice president's names to cover their ugliness, of which Tan Sri Lim Kok Wing and the vice president knows! They allowed this to happen.

I hope you help to spread the news and I hope there will be a petition to ask the Higher Ministry of Education to look into the African students' recruitment in Malaysia, especially Limkokwing University. It is already the hell of crime in Cyberjaya.. I am sure the African students bring harm. If you do not believe, you can ask anyone of the Limkokwing students, and ask them how is the African students' attitude! The dark side of Limkokwing University is all covered up. Please take serious action and discipline the Africans (Botswana students). Just lodge the police report and do not feel fear! At least we stop them bring harm to our children!

PS: This email is also to tell the management of Limkokwing to take action now. I need the students to spread the email and tell them that it is serious now, and no more covered! Soon we will record the videos and put in YouTube. It is so easy to capture their bad behaviour! STOP GIVING THEM TOO MUCH POWER! STOP COVERING UP FOR THEM!!

Lim Teng Seng

Selasa, September 08, 2009

Cabulan Keselamatan Negara Seperti Makan Rempeyek, Rangupnya

SISTEM Kawalan keselamatan negara yang kononnya dilengkapi peralatan canggih dan pegawai terlatih di Scotland Yard semakin rangup da teruji sebagai cabaran kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang kontraknya dilanjutkan setahun lagi apabila satu dunia gempar menyaksikan kejayaan Alain “Spiderman” Robert menakluki Menara Berkembar Petronas.

Sejurus berdiri di atas puncak bebola menara berkenaan Robert mengangkat tangannya tanda kepuasan. Dia kelihatan sungguh bangga dan puas! Apa tidaknya setelah dua kali mencuba dan dua kali ditahan, dia akhirnya berjaya juga melakukan “pencerobohan jenayah” ke atas mercu tanda kebanggaan Malaysia itu.

Ketika dia melakukan aksi nekad itu, sebuah helikopter kelihatan berlegar-legar di kawasan zon larangan terbang kawasan segi tiga emas itu. Helikopter itu kelihatan sungguh dekat merakamkan aksi “Spiderman” berusia 47 tahun itu dari pelbagai sudut. Ia tidak ubah seperti dalam sebuah rancangan realiti televisyen Ketika satu dunia kagum dengan kejayaan Robert, satu dunia juga turut “mentertawakan” Malaysia. Mereka mempersoalkan bagaimana Robert boleh membolosi begitu banyak “pintu-pintu keselamatan” negara untuk melakukan misi berbahaya itu. Pertamanya dia dapat masuk ke negara ini dengan mudah.

>>Lanjut Mereka Duduk Saja Tak Buat Kerja>>>

Tercirit Memilih Calon Sesuai, Isa Samad Sudah Perasan

Kini, desas-desus tersebar luas bahawa Mohd Isa B Hj. Abdul Samad bakal diturunkan sebagai calon UMNO-BN di Bagan Pinang. Tokoh veteren ini mempunyai kelebihannya sebagai bekas Naib Presiden UMNO, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, malah bahang pengaruhnya dikatakan masih hangat di Bagan Pinang.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad berkata beliau perlu mendapatkan pandangan semua pihak berhubung cadangan memilihnya sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang. Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno bahagian Teluk Kemang, Mohd Faizal Ramli berkata rata-rata pemimpin Umno di bahagian tersebut umumnya ingin Isa bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

"Saya tidak dapat menjawab. Kena bincang dulu, tengok keadaan dan pandangan sayap-sayap, akar umbi dan mungkin ada calon-calon lain. Kemudian rumus untuk dapatkan keputusan."
-Tan Sri Isa Samad, si tua pencen

Liku politik Mohd Isa pernah disingkirkan dari kerusi ketiga dalam UMNO, setelah didapati bersalah kerana terlibat dalam politik wang semasa pemilihan UMNO tahun 2004. Mohd Isa digantung keahlian UMNO-nya selama tiga tahun sehingga 23 Jun 2008. Beliau sempat masuk semula ke gelanggang untuk bertanding sebagai naib presiden tahun ini, tetapi gagal akhirnya.

(Moral: Umnobn sudah kering kontang calon yang berintegriti. Kemungkinan kerana sikap umno sendiri yang tidak mahu berubah setelah dibasuh oleh pengundi sejak 8 Mac 2008. Atau dah sedar tetapi buat-buat tak sedar kerana semua si tua-tua ini terasa berat pungkok untuk memberi laluan kepada pelapis muda. Kata hari ni esok pulak dah lupa... sebulan dua dah tak ingat apa-apa... nyanyok namanya...)

Acuan Yang Sama Najib Menawan Bagan Pinang


Suara Najib kedengaran meluluskan projek pembangunan untuk penduduk Manek Urai berjumlah RM8.9 juta sebagai menepati janji pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai lalu.

"Saya telah meluluskan pembinaan jambatan dua hala yang menghubungkan Manik Urai Baru dan Manik Urai lama yang berjumlah RM8 juta. Saya juga meluluskan projek pembaikan Masjid Temalir berjumlah RM600,000 dan pembinaan kemudahan sukan di Kampung Manjor bernilai RM300,000."
-Datuk Seri Najib Razak

Manakala Datuk Mustapa Mohamed melengkapkan lagi kenyataan Najib bahawa Kerajaan pusat telah menyalurkan RM76 juta pakej rangsangan kepada Kelantan sebagai bukti keprihatinan kerajaan kepada rakyat Kelantan.

"Kerajaan pusat benar-benar ambil berat kepada rakyat Kelantan, kerajaan telah meluluskan RM76 juta untuk pakej rangsangan ekonomi."
-Datuk Mustapa Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan

Kemudian Najib pula menghulur dua tapak tangan menyatakan Umno bersedia untuk berunding dengan PAS demi kepentingan umat Islam di negara ini.

"Nak buat baik, saya sanggup runding dengan PAS untuk kepentingan Islam. Tapi saya tidak rela kalau Umno dihina oleh sesiapapun. Jangan persoalkan akidah kita... Sebab ini akan menimbulkan kekecohan dalam masyarakat,"
-Datuk Seri Najib Razak

(Moral: Bermulalah serangan dari para pemimpin UMNO. TV3 suku dan Utusan serta Hairan mengganyang Pakatan Rakyat. Kesukuan media sudah menaikkan Heading liwat Anwar. Najib pun sudah tuduh Pakatan Rakyat tidak pandai tadbir Negeri. Kemudian mempersoalkan kenyataan TGNA. Semua ini adalah permainan lama umnobn bagi memutar fikiran waras rakyat. Tujuannya hanya satu iaitu ingin memenangi kerusi di Bagan Pinang. Kalau di Negara Barat berlaku krisis kepercayaan dalam kepimpinan Kerajaan, ia mengundang PRU mengejut akan diadakan secepat mungkin. Di Malaysia, kepimpinan politik dalam krisis kepercayaan, belum mencapai ke tahap profesional lagi. Mengikut senario politik masakini, yang nampak sangat menggelabah cuma para pemimpin umnobn sahaja. Manakala pemimpin Pakatan Rakyat begitu tenang dan yakin. Hakikatnya kalau calon Parlimen umnobn di Kuala Trengganu Pakatan Rakyat boleh gegarkan, Apatah lagi di Bagan Pinang. Minda rakyat sudah waras dan berpandangan jauh cuma minda editor lidah umno sahaja yang memuja barisan yang penuh dengan karat dan kulat)

Isnin, September 07, 2009

Bagan Pinang, Mimpi Ngeri Najib Dan Pendokongnya

Najib Razak mungkin tidak keseorangan untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat walaupun parti komponen utama BN iaitu MCA dan MIC berada diambang perpecahan. Najib masih ada Musa Hassan untuk dikuda supaya boleh membawa dirinya mencapai matlamat. Begitu juga dengan SPR yang akan memberi jalan seluas-luasnya mengurangkan peratusan warga bandar untuk balik mengundi di Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

“Kita ada banyak pengalaman dan pada kali ini, kerusi ini kerusi kita (BN), kerusi yang kita pertahankan, kita jadi juara bertahan dan kita akan buat segala-gala yang perlu untuk mencapai kejayaan. Saya berharap pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini dijadikan sebagai iktibar kepada kita, kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan BN tentang apa yang harus kita lakukan (untuk mencapai) yang terbaik."
-Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri

Najib mengharapkan sokongan yang terbaik daripada jentera parti, namun yang terbaik akan jadi kurang baik jika memenangi kerusi DUN Bagan Pinang. Ini dapat diterjemahkan dengan permasalahan 9 Adun umno di Terengganu yang tidak selesai dan yang terbaru di Pulau Pinang kerana umno tidak mengambil berat mengenai masalah remeh ini. Ura-ura menyatakan bahawa Hilmi Yahya dan juga YB Jasmin ADUN Sungai Dua akan meletak jawatan. Kedua-dua mereka mewakili BN kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan layanan oleh kerajaan pusat.

“Ini tidak adil kerana agensi Kerajaan Persekutuan tertentu tidak mahu memberi sokongan dan bantuan secara terus kepada saya dalam menjaga kebajikan rakyat. Jika masih tiada perubahan, saya akan meletak jawatan selepas Hari Raya Aidilfitri ini agar diganti dengan wakil rakyat baru yang lebih sealiran dengan pihak tertentu."
-Adun Bengkerk Pulau Pinang

Kenyataan Adun Bengkerk tersebut menyebabkan Datuk Mustapa Mohamed menyuruh mengadakan perbincangan secara bersemuka bagi menyelesaikan sebarang masalah dan bukannya melalui kaedah ugutan dan mengambil tindakan drastik yang boleh menjejaskan parti.

(Moral: Kekuatan umnobn di Bagan Pinang adalah dari undi POS. Kira-kira 5,000 Tentera Darat di kawasan yang mempunyai hampir 14,000 pengundi. Zahid Hamidi akan tersenyum girang kerana ada penyelamat POS. Manakala Najib pula akan gugur rambutnya memikirkan masih adakah calon yang bersih untuk diletakkan di DUN berkenaan. Takkan nak letak calon wanita seperti gesaan Datuk Kamelia Ibrahim dari pergerakan Wanita Umno. Nanti lagi teruk kena belasah dengan Pakatan Rakyat. Kalau wakil bebas boleh lar taruk jantina perempuan atau lelaki atau kedua-duanya sekali... Kah... Koh... Keh...)

Ikut Suka Najib Nak Sambung Berapa Tahun Pun

Penyambungan kontrak Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan adalah mengikut selera Datuk Seri Najib samada nak sambung sampai 5 tahun pun tak jadi hal. Mungkin Najib telah diberitahu Timbalan Ketua Polis Negara yang ada sekarang belum layak lagi untuk menjawat jawatan tersebut. Peluang Timbalan Ketua Polis Negara yang ada sekarang untuk menjadi Ketua Polis Negara sudah dua tahun terbantut. Mungkin sampai pencen cuma layak jadi timbalan sahaja, begitulah senario nasib yang menimpa dirinya.

Setelah di beri kuasa oleh Najib, maka dengan bersungguh-sungguh Musa Hassan mengeluarkan kenyataan yang mahu mempertingkatkan tahap keselamatan semasa pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang bakal diadakan tidak lama lagi bagi memastikan ia berjalan lancar dan mengikut undang-undang. Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang membuat kacau pada pilihan raya kecil itu. Macamlah yang hendak keluar mengundi itu terdiri daripada bekas tahanan penjara.

"Saya tegaskan di sini bahawa kita tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan saya sudah meminta Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh bagi mengenal pasti lokasi panas dan jumlah tempat pengundian walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum memutuskan tarikh pilihan raya tersebut. Kita akan memutuskan jumlah pegawai dan anggota yang diperlukan bagi membantu mengawasi dan melicinkan pilihan raya kecil itu. Kita akan memastikan lebih ramai pegawai dan anggota bertugas, terutama pada hari penamaan calon dan pengundian. Cuti pegawai dan anggota polis di negeri ini akan dibekukan sehingga pilihan raya kecil itu berakhir."
-Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara Sambungan Setahun

(Moral: Patut pun Najib sayang sangat kat Musa Hassan yang berjaya mengarahkan seluruh anggota polis Malaysia pada setiap pilihanraya kecil yang dah berlalu dan akan berlangsung Bagan Pinang. Kalau ramai-ramai pakat bekerja kuat untuk hapuskan jenayah kan bagus. Baru lena tidur penduduk di bandar yang selalu terkena dengan jenayah pecah rumah, ugut, rogol, rompak, curi dan bermacam lagi. Apa pula lakonan pak Najib nanti sekitar Bagan Pinang? Bergambar dengan tuan empunya rumah yang dah nak runtuh bersama sekampit beras nasional yang dibawa oleh van Tentera? Mengeluarkan anggota sukarela tentera untuk memperbaiki rumah-rumah penduduk yang dah senget? Kalau ya mengapa selama ini Adun umno tidak prihatin dengan rumah buruk tiang seribu ini. Mungkin juga akan muncul seorang Melayu, Cina dan India yang berkata... kami rela dikencing oleh umno selama-lamanya... kah... koh... keh... Zaman teknologi yang canggih dengan sistem IBS dalam pembinaan... hanya jambatan gantung je yang dapat dibina... Hampeh... )

Jumaat, September 04, 2009

Dah Jumpa Badan Lembu


Hishammuddin mendakwa bahawa mereka yang berarak pada Jumaat lepas tidak harus dipersalahkan. Hishammuddin tidak harus mempercayai sewenang-wenangnya apa yang dikatakan peserta demonstrasi bahawa mereka tidak tahu dari mana datangnya kepala lembu itu. Lembu merupakan simbol kesucian, kasih sayang dan keamanan (ahimsa) menurut kepercayaan Hindu. Seramai 50 orang pendemo dan ada yang memijak serta meludah pada kepala lembu di depan bangunan kerajaan negeri Selangor pada Jumaat yang lalu, sebagai protes terhadap keputusan kerajaan untuk memindahkan sebuah kuil yang bersejarah 150 tahun ke kawasan komuniti mereka. Tindakan mereka ini mendapat kecaman dari hindu antarabangsa (HAF). Kekesalan HAF ini merupakan respon balas pertama penganut Hindu antarabangsa, setelah Polis memaklumkan bahawa pihaknya menerima lebih 52 aduan daripada penganut Hindu Malaysia sejak 31 Ogos lepas.

Kebanyakan daripada mereka yang menjayakan demo tersebut dikenal pasti adalah pemimpin-pemimpin Umno tempatan, sekaligus melengkapkan bahawa insiden tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan bermain sentimen agama dan kaum. Pertemuan Hishammuddin dengan peserta demonstrasi menunjukkan bahawa beliau menyokong golongan yang berfahaman sempit dalam agama. Beliau juga mendakwa peserta demonstrasi merasakan diri mereka dianiaya, dan berkata tidak mahu mengambil tindakan terhadap mereka. Hishammuddin juga berkata polis tidak menghalang perarakan kepala lembu ini kerana bilangan polis terlalu kecil.

(Moral: Hishammudin sememangnya gagal dalam menangani kelompok pendemo kepala lembu Umno yang menyamar sebagai Ahli PAS. Bila kena pada umno hangpa mengambil sikap tutup dan ugut kepada penduduk seksyen 23 yang menghebohkan umnolah pemula kekecohan kepala lembu ini. Tetapi jika PR yang berdemo hangpa kerah habis-habisan segala jenis polis untuk menghalang)

Kemelut Politik Barisan Umno Terengganu Tiada Kesudahan


Jika terbentuk kerajaan baru di Terengganu, Harun adalah calon Menteri Besarnya. Ini kerana, dia adalah ketua pembangkang Dun dan juga Pesuruhjaya PAS Terengganu lapor Siasah. Sebelum ini heboh menyatakan sembilan Adun Umno telah bersetuju untuk menyertai PKR dan seterusnya bergabung dengan PAS bagi membentuk kerajaan baru di Terengganu. Namun Adun Ajil, Rosol Wahid menolak laporan ini tetapi Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad mengaku ada rundingan dibuat yang melibatkan beberapa orang wakil rakyat berkenaan cadangan untuk lompat parti. Pertemuan juga telah diadakan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel terkenal di Kemaman sebelum ini. Ketika kemuncak masalah Umno Terengganu sebelum ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Hussein telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri. Namun Datuk Seri Hishamudin Hussein gagal menyelesaikan kemelut ini sehingga Muhyiddin sanggup turun bagi menyelamatkan permasalahan Adun ini.

"Saya lihat sudah ada penambahbaikan situasi sekarang berbanding dahulu. Namun begitu, saya nyatakan kesediaan saya untuk membantu mana yang difikirkan perlu kalau ada perkara-perkara tertentu yang perlu dibereskan. Sama ada melibatkan isu politik atau kerajaan dengan kerjasama Datuk Seri Hishammuddin dan Menteri Besar. lepas hari raya atau bila masa yang sesuai. Saya tidak melihat ia satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Semua isu yang berbangkit, (melibatkan) hubungan antara kita. Bukan ada orang luar nak kacau dan sebagainya. Saya melihat Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu kukuh dan bersatu padu. Terengganu merupakan negeri yang penting kepada kita dan mahu kedudukan ini terus kekal. Sebab itu kedudukan politik dan parti amat mustahak diberikan perhatian."
-Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Umno

Manakala Malaysian Insider melaporkan hanya empat sahaja dari anggota Exco dan hanya satu sahaja Adun Umno yang kelihatan dalam majlis berbuka puasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang hari ini. Bahkan Adun Ajil, Rosol Wahid, yang kawasannya terletak dalam Parlimen Hulu Terengganu juga tidak kelihatan dalam majlis Timbalan Perdana Menteri tersebut. Begitu juga Datuk Seri Idris Jusoh, bekas MB dan juga bekas Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu yang tiada bersama Tan Sri Muhyidin Yassin.

(Moral: Walaupun dengan kehadiran Muhyidin ke Terengganu, kemelut ini tidak mungkin dapat diselesaikan dengan begitu mudah memandangkan Adun yang hendak dibasuh tidak kelihatan dalam majlis berbuka puasa bersama Timbalan Presiden mereka. Inilah realiti permasalahan sekarang yang mengecutkan seluar dalam umnobn di Terengganu. Lepaih ni kena turun ke Perak pulak untuk basuh kepala otak Zambry kerana gagal membawa kata sepakat sehingga 600 anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai PKR. Maka Zambry akan lempang Muhyiddin sebab tidak mengambil berat tindakan presiden MCA Ong Tee Keat yang memecat Chua Soi Lek sehingga menyebabkan anggota kompenen ini akan beralih arah. Dalam kepala Muhyiddin... takkan nak balik putrajaya dan tiau Najib yang membiarkan MCA menyelesaikan masalahnya sendiri... termenung kejap... Kah... Koh... Keh...)

Khamis, September 03, 2009

Mahu Sokongan Pelukis Muda Menjayakan Pemikiran Kreatif Luarbiasa

Walaupun Perdana Menteri Najib Abdul Razak menjanjikan media yang bebas ketika mengambil alih tampuk pimpinan, namun buat kali pertama kartunis tempatan berdepan dengan tekanan dari jentera negara melalui institusi penguatkuasaan. Gedung Kartun, "majalah jenaka alternatif" dwi-bulan yang diketuai Zunar telah diserbu terbitan sulungnya atas tuduhan "terbitan tanpa permit". Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein mengakui bahawa "kandungannya tidak sesuai". Zunar berkata serbuan tersebut merupakan satu publisiti yang merangsang permintaan majalah tersebut, sehingga Zunar terpaksa mengakui bahawa beliau tidak pernah menerima sokongan sedemikian sepanjang hayatnya melukis kartun lapor Merdekareview. Apa kata kartunis antarabangsa?

"Dalam Gedung Kartun, ada kartunis dari media arus perdana yang tidak menggunakan nama sebenar. Ini bermakna kalau dulu saya kata 'kamu bekerja di akhbar perdana, itulah kartun yang kamu dapat hasilkan'. Tetapi sebenarnya tidak. Mereka dilarang menghasilkan kartun-kartun yang mereka nak. Bila ada Gedung Kartun, mereka dapat lukis kartun yang betul-betul mereka mahukan. Gedung Kartun bertujuan untuk memberi ruang, bukan hanya untuk kartunis yang sedia ada, tetapi juga kartunis muda. Saya cukup sedar bahawa ketiadaan gelanggang bakal membunuh bakat baru. Tak apalah. Kalau Gedung Kartun nak diharamkan, haramkanlah. Saya tidak jadi masalah. Tapi jangan sekat suara kartunis. Saya nak wujudkan suara kartunis. Gedung Kartun hanya satu alat. Matlamat saya supaya sekumpulan kartunis baru muncul menyatakan pendirian dalam karya mereka."
-Zunar

(Moral: Jelas sekatan terhadap penerbitan majalah Gedung Kartun bakal melenyapkan warisan pelukis muda yang ingin mengolah idea melapaui batas supaya tidak berada di ruang sempit pemikiran minda. Hishammuddin menggunakan kuasa yang diterajuinya menolak pemikir-pemikir ini supaya berfikir cara lama. Begitu juga terjadi bila pemimpin-pemimpin Umno tidak mengiktiraf golongan intelektual dan hanya menggunakan idea bernas mereka untuk kepentingan diri dan parti sehinggakan golongan bijak profesional ini muak dengan tindasan tersebut. Dasar penindas...)

>>Manusia Lebih Takutkan Kartun>>>

Royalti Minyak, Kerajaan Pusat Perkosa Keuntungan Khazanah Negeri

KUALA TERENGGANU – Penyerahan kembali wang royalti petroleum kepangkuan negeri Terengganu sebagaimana di hebohkan sebelum ini adalah satu retorik dan merupakan publisiti politik Umno dan Barisan Nasional (BN). Sehingga kini, kerajaan Terengganu masih belum menerima wang tersebut, sebagaimana didedahkan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini. Malah, dalam rundingan dengan kerajaan pusat, ada kecenderungan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Pusat tidak mahu mengembalikan bayaran wang royalti sepenuhnya kepada kerajaan negeri Terengganu lapor Buletin Online.

"Kita (PAS) mahu memberikan penekanan supaya kembalikan semula royalti sepenuhnya pada bulan sembilan (September) ini. Yang kedua, pastikan jumlah RM8 bilion yang telah digunakan kerajaan Pusat dapat balik, pasal sekarang ada kecenderungan kerajaan Pusat nak potong itu, nak potong ini, macam-macam nak potong, tidak mahu bayar sepenuhnya. Kita akan mendesak, kerana itu hak negeri, kita ada maruah dan kita ada harga diri dan pengkhianatan itu dilakukan sewaktu kita (PAS) memerintah. Orang lain guna duit kita untuk belanja, benda-benda bukan untuk manfaat rakyat negeri. Tambah pula hok (yang) dia bagi (beri) kat negeri itu pun, buat benda-benda yang rakyat tak dapat faedah secara langsung, sehinggakan sana runtuh, sini bocor. Atas nama (Ahli) Parlimen saya akan teruskan membawa (isu ini) ke parlimen kerana (kalau hendak diharapkan) anggota parlimen Barisan Nasional (dari Terengganu), mereka tidak (pernah) sebut pun hal royalti, pasal mereka tahu ini pengkhianatan mereka daripada awal lagi."
-Mohd Abdul Wahid Endut, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu

(Moral: Nampaknya umno mahukan Terengganu kerana kekayaan khazanah buminya untuk kepentingan kerajaan pusat semata-mata sehingga sanggup buat tak kisah tentang pembayaran royalti minyak sehingga kini. Apakah habuan untuk rakyat terengganu jika wang royalti ini digunakan untuk kepentingan sebelah pihak. Kah..Koh..Keh.. hari-hari makan keropok lekor sambil berendam didalam kolam bocor dan memerhatikan keindahan keruntuhan stadium. Apa umno nak bagi royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan? Hanya angan-angan sahaja jika menyuruh pencuri menghadiahkan emas)

Apa Yang Kau Merepek Labujib


Najib sudah merepek untuk merampas kerajaan negeri Selangor akhir September ini daripada Pakatan Rakyat dengan menekan SPRM bagi menjayakan misinya. Seandainya BN cuba menyempurnakan rancangan rampasan kuasa dengan dakwaan rasuah terhadap ADUN tertentu, ia mungkin memerlukan masa yang panjang. Di Perak, ADUN PKR Jamaluddin Radzi dan Osman Mohd. Jailu menghilangkan diri sebelum muncul di depan kamera dalam sidang media bersama Najib. Lompatan kedua-dua orang ini, ditambah pula ADUN DAP Hee Yit Foong yang berakhir dengan kejatuhan Perak ke tangan BN, telah dijadikan sebagai pengajaran untuk PR. UMNO kini cenderung untuk menggunakan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Sebagaimana terjadi kepada Jamaluddin Radzi dan Osman Mohd. Jailu dituduh rasuah terlebih dahulu, berakhir dengan kedua-dua orang mengambil pendirian pro-UMNO, dan tuduhan awal itu "lenyap" setelah mereka menyebelahi BN. Walaupun pendekatan yang serupa di ambil, namun Selangor tidak mungkin dapat ditawan kembali. Peristiwa terbaru sebelum ini memperlihatkan bagaimana terdesaknya umnobn menjayakan provokasi bersama penduduk seksyen 23 yang membawa kepala lembu baru disembelih membantah pembinaan kuil di kawasan mereka. Rata-rata yang berdemo itu adalah bukan penduduk Seksyen 23 sebagaimana dakwaan mereka. Untuk mengetahui siapa dalang yang berotak seperti lembu sila ke pautan ini>>>

(Moral: Walaupun mereka semua mungkin berpelajaran tinggi, namun separuh otak mereka telah terkena sumpahan dari lembu yang mereka bawa)

Rabu, September 02, 2009

Repekkan Rakyat Didahulukan Cawat Besi Pemerintah


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pendakwaraya kerana masih mencuba untuk membatal atau menangguhkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi mengarahkan Peguam Negara menyerahkan dokumen yang perlu untuk membolehkan Anwar menyediakan pembelaan beliau terhadap tuduhan liwat. Anwar dituduh sebagai kononnya meliwat Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu. Laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur dan doktor Hospital Pusarawi bagaimanapun mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.

"Yang memohon untuk menangguhkan itu adalah pihak pendakwa. Selama ini saya yang disalahkan, kita sebenarnya minta dulu dokumen. Sampai sekarang masalah itu belum selesai. Pendakwa memohon membawa rayuan ini kerana tidak bersetuju dengan hakim yang memutuskan untuk memberi sebahagian besar dokumen kepada kita. Satu kes yang berkaitan dengan jenayah tapi dokumen tidak mahu diserahkan oleh pendakwaraya walaupun diputuskan oleh hakim."
-Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

Polis Permainkan Suhakam


Polis masih enggan memberi keterangan bertulis kepada inkuiri Suhakam yang menyiasat pencabulan hak asasi lima peguam pada Mei lalu. Keenggan polis itu memaksa inkuiri Suhakam ditangguhkan kepada 11 September bagi membolehkan panel Suhakam mengambil tindakan lanjut. Inkuiri itu diadakan selepas lima peguam berkenaan ditahan oleh polis semata-mata kerana cuba membebaskan anak guaman mereka yang ditahan di Balai Brickfields kerana menyertai perhimpunan menyalakan lilin bersabit krisis politik di Perak. Sementara itu, wakil Majlis Peguam Andrew Khoo berkata keterangan bertulis akan membolehkan Suhakam menilai sama ada saksi berkenaan perlu untuk hadir pada inkuiri.

“Sekyen 14(1)(c) Suhakam mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana orang yang bermastautin di Malaysia supaya menghadiri mana-mana mesyuarat Suruhanjaya bagi memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang ada dalam miliknya, dana atau memeriksa orang itu sebagai saksi atau mengkehendaki mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang ada di dalam miliknya."
-M. Puravalen, Wakil kepada lima peguam

(Moral: Permainan perundangan dengan putaran belit dan sembunyi fakta serta saksi untuk mendapatkan kemenangan supaya lapisan atas dapat memerintah selama-lamanya. Hang baca skrip ni depan media dan buat muka kesian sikit lepastu akaun bank hang akan gemuk serta merta..mau ka???.. Gigil juga jantung pada mereka yang punah jatidiri dengan tawaran menggiurkan ini. Punah bangsa kerana gila kuasa... Punah tanah warisan kerana gila harta... Punah bahasa kerana pembawakan kolonial British... dan yang tinggal hanya jiwa yang memberi semangat memperbetulkan lacuran pihak pemerintah)

Repekkan Rakyat Didahulukan Menjerut Halkum


Apa cerita pulak hari ini kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak sekali lagi dihalang dari menggunakan Dewan Negeri bagi mengadakan persidangan. Belum sempat memasuki 30 meter kawasan larangan ke Bangunan SUK pagi ini, tiga ADUN, dua orang awam dan seorang jurugambar telah pun ditangkap oleh polis. Tiga ADUN tersebut adalah ADUN Setiawan, Dato' Ngeh Ko Ham; Simpang Pulai Chan Meng Kai dan ADUN Malim Nawar, Keshwinder Singh. Manakala jurugambar dari Nanyang Siang Pau, Stanley adalah yang paling awal ditangkap.

(Moral: Kerakusan gila pemerintah perguna polis menahan secara ikut suka dan menutup jalan bagi Adun untuk mengadakan persidangan. Walhal Adun-adun ini mahu menjalankan kerja dari amanah rakyat yang memilih mereka. Heran juga kenapa polis buat dono dan tidak menahan pasukan provokasi berbaju kuning upahan umnobn)


Zulkiflee Anwar Ulhaque lebih dikenali dengan Zunar mendakwa beliau akan menulis surat untuk bertemu sendiri dengan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mendapatkan penjelasan apakah benar beliau tidak pernah pada atau sebelum 14 Ogos meluluskan permit dengan nombor PP8541/08/2010(0282145) ISSN 1688-5398 untuk majalah Gedung Kartun?. Saya juga ingin bertanya, kenapa memperolehi permit penerbitan menjadi semakin sukar? Apakah ini yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri bahawa media akan lebih bebas di bawah pemerintahannya? Apakah dibawah 1Malaysia, hak berkarya dan suara kartunis akan lebih dicengkam? Jika melukis kartun boleh dipenjara tiga tahun, bayangkan bentuk kebebasan media dan kebebasan bersuara di negara kita. Saya juga mendesak supaya akta lapuk, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dihapuskan. Zunar juga menafikan majalah satira politik itu diterbitkan oleh Sepakat Efektif menggunakan nombor permit penerbitan palsu.

(Moral: Lagi lempiasan nafsu gila Menteri KDN... beranikah penjulang keris ini mansuhkan akta mesin cetak 1984? Kah..kah..kah.. tengah pening dok pinda akta isa)

Post Haru Biru

Arkib Blog