Khamis, November 26, 2009

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW - 9 Zulhijjah 10H

Sekadar sebagai muhasabah diri kita semua, fitnah akhir zaman sudah mula berleluasa. Marilah kita ingatkan kembali dan segarkan kembali pesanan Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

~Artikel Blog Klik Sini~

Jangan Korbankan Maruah Dan Prinsip Jatidiri Anda

Admin Budak Kampung Online mengucapkan Selamat Hari Raya Haji. Bagi yang pulang menghabiskan cuti samada cuti raya atau pakej cuti kerja berhati-hati bila memandu. Jangan terkorban dijalan raya udah ler. Masih ada yang sayangkan anda.

(Moral: Aku sayang kamu semua wahai pembaca budiman)

Rabu, November 25, 2009

Takut Tanpa Takwa?


Bila pemimpin hilang sifat ketakwaan, kesopanan dan kesusilaan maka wujudlah pemerintahan kuku besi dengan menakut-nakutkan masyarakat yang ingin bersuara lantang. Jika pemimpin tidak ada sifat takwa terjadilah lacuran perundangan serta penyampaian songsang. Tanpa rasa takwa di kalangan para pemimpin juga mampu menjadi faktor perpecahan umat dan mengwujudkan suasana politik yang kotor di kalangan mereka. Hilangnya rasa takwa ini mampu menimbulkan perasaan takut jika terlucut kuasa dan jawatan. Malahan, mereka lagi takut jika kebenaran mengambil tempat kebatilan.

Bogel Dihadapan PC... Gila


Sekadar gambar hiasan. Kadang kala terleka juga bila mengadap PC samada bekerja, chatting, berforum dan mencari bahan-bahan rujukan. Kelekaan ini wujud bila adanya sifat inisiatif individu yang ingin mengambil tahu sesuatu perkara yang disukainya. Tambahan pula bila melanggan jalur lebar berkelajuan 40Mbit per saat. Asal klik sepantas kilat capaian laman tersebut terpampang. Memang puas jika mendapat kelajuan yang macam tu. Tapi apakan daya.. lupakan ajelah jika melanggan setakat 512Kbit.

(Moral: Hari ni line jalur lebar macam siput tersemput. Hangin satu badan. P/S: Jangan tersesat ke porn site, nanti tak jumpa jalan balik. kah..koh..keh...)

Grombolan Bolayan

Grombolan umnobn usahlah begitu gusar untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat di Kota Siputeh. Satu Malaysia sudah tahu yang grombolan umnobn sudah mendapat sokongan rakyat sepenuhnya. Ini dapat dilihat dengan kemenangan berganda grombolan di Bagan Pinang yang memuja jaguh rasuah. Banyak isu boleh diputarkan bagi melonjak nama grombolan bersama kuda-kuda kayu semangkuk yang mahal dipasaran. Ramai anak muda merempit memberi sokongan yang padu kepada grombolan. Apa nak heran sebab grombolan pun sudah buat perubahan. Kota Siputeh senang-senang dok dalam tangan. Takkan nak simpan jaguh pemalas yang suka buat pelbagai alasan. Ayuh bikin satu pertempuran. Keris kontot yang berkarat jangan dok simpan... Nanti malu sebagai parti harapan.

(Moral: Pilihanraya Kota Siputeh perlu sebagai kayu ukur memperlihatkan bagaimanakah sokongan rakyat terhadap PAS yang dikatakan sudah merosot. Nah apa lagi.. jangan tangguh lama sangat.)

Selasa, November 24, 2009

Ariffahmi Sudah Di Kick

TG Nik Aziz mengumumkan menantunya, Ariffahmi Abdul Rahman telah menerima nasihatnya untuk meletak jawatan sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Dulu semasa Pak Lah menjadi PM dahulu ramai pihak yang memintanya melakukan apa yang TG Nik Aziz berani lakukan hari ini terhadap menantunya Khairy Jamaludin yang dilanda pelbagai kotroversi itu. Tapi sayangnya Pak Lah tidak cukup berani seperti Nik Aziz untuk melakukannya.

Bagaimana dengan Nazir Tun Razak? Adik kepada PM 1Malaysia kita? yang menguasai saham CIMB bernilai RM30 juta. >>Pautan Disini>>>

Nyah Kau Dari C ni

Komplot pondan

KUALA LUMPUR: Taktik raba dan curi diguna pakai kumpulan ‘pondan’ untuk merompak mangsa mereka cukup menarik apabila mangsa lelaki sengaja disajikan dengan tayangan filem lucah percuma terlebih dulu bagi mengkhayalkan mangsa sebelum disamun di dalam bilik gelap.

Golongan pencuri licik dikalangan pelacur ini semakin menjadi-jadi apabila mereka turut meraba dan mencium mangsa bagi membuat mangsa leka tanpa menyedari seorang lagi rakan suspek melarikan dompet atau telefon bimbit mangsa.

Dalam kejadian jam 10.30 malam baru-baru ini , mangsa seorang tukang masak berusia 33 tahun menjadi mangsa komplot pelacur pondan apabila dirompak oleh kumpulan pelacur terbabit yang tampil tidak ubah seperti artis dan model terkenal.

Mangsa yang ditemui mendakwa pergi bersendirian ke sekitar Lorong Haji Taib, Chow Kit di sini, untuk mencari ‘pondan’ bagi memuaskan nafsunya. Difahamkan mangsa yang berasal dari Kepong, terpikat dengan lenggok manja dan kecantikan seorang ‘wanita’ berpakaian seksi yang menawarkan perkhidmatan seks dengan harga RM40 untuk sekali perkhidmatan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ping, 33, berkata, dia dibawa ‘wanita’ terbabit ke tingkat atas sebuah bangunan berhampiran sebelum diajak masuk ke dalam bilik.

“Ketika itu masuk seorang lagi rakan pelacur berkenaan sebelum kedua-dua pelacur berbual beberapa ketika sebelum seorang beredar dari bilik berkenaan.

“Ketika itu tinggal saya berdua dengan pelacur yang mendakwa warga Indonesia berkenaan yang mengajak saya berbual-bual sambil bertanya asal usul saya,” katanya.

Menurutnya, ‘gadis’ yang dilanggani itu meminta dia berbaring santai di atas katil sebelum dia memilih cakera padat digital (DVD) lucah untuk ditayangkan secara percuma dengan alasan sebagai pemanas badan.

“Gadis terbabit mengarahkan supaya seluarnya dibuka sebelum saya akur dengan arahan berkenaan. Seluar itu diletakkan gadis terbabit di atas kerusi tidak jauh,” katanya.

Dia yang enggan menceritakan perkara selanjutnya mendakwa mencapai semula seluarnya itu selepas mendengar bunyi bising seolah-olah berlaku pergaduhan di luar bilik berkenaan.

“Saya segera mencapai seluar saya sebelum terkejut sejurus mendapati telefon bimbit saya jenis Sony Ericcson hilang dari dalam poket seluar berkenaan.

“Malah, saya lebih terkejut apabila dompet saya dalam poket seluar boleh berpindah ke atas peti televisyen berhampiran. Selain itu wang RM400 di dalamnya turut lesap,” katanya.

Menurutnya, dia bertanya kepada ‘gadis’ terbabit di mana wang dan telefon bimbitnya itu, namun suspek enggan mengaku mencuri barang berharga mangsa dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Bagaimanapun, selepas diugut dan didesak berulang kali, gadis terbabit akhirnya bersetuju mencari dan memulangkan barang berharga milik saya itu yang didakwa dicuri rakannya.

“Dia meminta saya supaya duduk menunggu seketika di dalam bilik berkenaan sebelum gadis itu keluar untuk mencari rakannya,” katanya.

Dia yang menunggu hampir dua jam percaya menjadi mangsa taktik licik kumpulan pelacur pondan berkenaan kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran. (Sumber MyMetro)

Isnin, November 23, 2009

Dr Mahathir Tetap Mahu Mematahkan Langkah Anwar

Walaupun sudah lebih 10 tahun peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Umno oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, namun kebencian dan dendam Dr Mahathir kepada Anwar masih belum habis. Di mana ada ruang dan kesempatan Dr Mahathir akan menyerang dan mengkritik Anwar.

Terbaru ialah apabila beliau persenda peranan Anwar di Selangor yang dilantik menjadi penasihat ekonomi. Menurut penilaian Tun Dr Mahathir  Mohamad, bekas timbalannya itu seorang pendebat yang baik tetapi bukan seorang yang tahu mengenai ekonomi.

Itu penilaian Dr Mahathir. Apa yang jelas menggambarkan kebencian dan dendam beliau terhadap Anwar belum berakhir. Beliau sepatutnya melupai peristiwa lama dan membina pemikiran dan persepsi baru demi masa depan rakyat dan negara.

Persoalannya mengapa Dr Mahathir berbuat begitu, terus menyerang dan menghina Anwar. Ini mengambarkan ketakutan beliau keatas masa depan dan politik umno yang menerajui pemerintahan negara ini. Mungkin Dr Mahathir dilihat pemerhati politik yang baik. Apa yang beliau nampak adalah sinar untuk Anwar berkuasa adalah cerah.

Dengan pelbagai masalah yang wujud dalam pemerintahan umno ini jelas kerajaan Barisan Nasional bergetar kepala lutut jika tampuk pemerintahan bertukar ganti kepada Pakatan Rakyat. Jika ini berlaku bermakna Dr Mahathir dan grombolan umno berada dalam bahaya. Jadi mereka harus menyekat supaya ianya tidak terjadi walau apa cara sekali pun.

Jika kejayaan Anwar merampas kerusi perdana menteri bersama Pakatan Rakyat mungkin akan menyusahkan kehidupan Dr Mahathir dan grombolan BN kelak. Mungkin di minda Mahathir, kalau Anwar berkuasa kerajaan Anwar akan membongkar kesalahannya dan mendakwa di mahkamah. Jika ini yang ada dalam kotak fikiran Mahathir jelaslah yang beliau adalah seorang pendendam.

(Moral: Sudah pastinya grombolan ini mahu mematahkan langkah Anwar. Kalau boleh mereka mahu sabitkan kesalahan Anwar itu dan nyahkan beliau dari politik Malaysia walaupun kesalahan beliau dicipta oleh grombolan ini. Apa akan terjadi jika Anwar tidak bersalah dengan kes liwatnya. Walhal kes ini sudah menjadi sejarah 1 Malaysia. Mampukah Dr Mahathir memadam kembali sejarah tersebut dalam usia yang sudah lanjut?. Apa pula persepsi generasi akan datang kepada beliau?... Yang pastinya Dr Mahathir dan Najib telah merendahkan Islam dengan tuduhan liwat ini. Mungkin yang bukan beragama islam akan berkata.. lu pikirlah sendiri.. boleh main belakang... )

Ahad, November 22, 2009

Different Pain At Your Back



Artikel dan link ini berkisar mengenai sakit belakang yang kerap dialami oleh orang kampung tempat aku. Aku tak tahu orang bandar seperti korang ada terkena gejala ini ataupun tidak. Lantak pi kat hangpa.. ada aku kesah.. kah..koh..keh. Sengaja muat naik supaya aku sendiri boleh buat rujukan. Mana tahu kalau kena kat batang tubuh sendiri boleh lar buat keterangan kat doktor agar doktor faham sebelum buat diagnosis.

Meh jengok bahagian belakang anda yang sakit. Jangan pandang belakang congkak dah lar.. kah..kah.. Klik untuk bacaan seterusnya.

Upper Back Pain
· Upper Left Back Pain
· Upper Middle Back Pain
· Upper Right Back Pain

Middle Back Pain
· Middle Left Back Pain
· Middle Center Back Pain
· Middle Right Back Pain

Lower Back Pain
· Lower Left Back Pain
· Lower Middle Back Pain
· Lower Right Back Pain

Dalam bahasa mungkin ini boleh memberi pemahaman
1. Sakit Belakang
2. Sakit belakang dan kecederaan vertebra spina
3. Rawatan Sakit Belakang

>>Berkaitan Slip Disc>>>

(Moral: Amalkan cara hidup sehat. Tulang belakang umpama tiang seri rumah buruk anda. Reput tiang seri maka runtuhlah rumah tersebut. Tapi rumah aku rumah batu.. siap concrete gred A... kah..kah. Buat pekerja kilang dan pejabat, angkat barang walaupun tak berapa berat tapi pastikan caranya betul. Jangan duduk terlalu lama dihadapan komputer (Chat ngan boyprend ko..) pastikan duduk anda mengikut posisi yang betul. Untuk mat rempit samada motor atau mat kereta, kalau nak merempit pastikan dahulu tali brek diputuskan dan memandu dalam kelajuan melebihi 280kmj. Ha..ha.. ada berani ka!!. Kalau takut cacat dan mampoih usah lah nak berentap. Ingatlah masih ada yang menyayangi anda. Ada orang kata sakit apa yang paling sakit? Jawabnya sakit tengkok.. Uumang aih den nak paling kiri dan kanan sakitnya tengkok ni.. kah..koh..keh... Pesanan aku jangan lupa solat)

Angkat dan turunkan barang berat dengan betul




Posisi salah dan betul


Sabtu, November 21, 2009

Bil Air Sudah Dibayar, Siap Ada Rebat. Kah.. Koh.. Keh...

Gunapakai takpa untuk kebaikkan Rayat bawahan. Pastikan sampai ke golongan sasar.

  • Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman ketika membentangkan Bajet Johor 2010 pada persidangan DUN di Nusajaya bahawa Syarikat Air Johor (SAJ) akan memperkenalkan skim pemberian rebat kepada keluarga miskin tegar dan miskin bagi meringankan beban golongan berkenaan. Ghani berkata golongan miskin tegar akan menerima rebat bil air sehingga 20 meter padu pertama atau RM12 manakala keluarga miskin pula akan menerima rebat sehingga 10 meter padu pertama atau RM4. >>Lanjut>>>

Se-Malaysia Vs 1 Malaysia + PAS For All - Umno untuk semua = Jom Sertai PAS

Mari Berjimat Cermat, Herdik Ali Rustam

Kos penyelenggaraan Seri Bendahara, Kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Mohd Ali Rustam mencecah RM33,000 sebulan. Jumlah bagi tempoh 18 bulan membabitkan perbelanjaan RM595,098.40

Bil-bil lain dari Januari 2008 sehingga Jun 2009 (18 bulan):

1. Bil Elektrik RM301,025.00
2. Bil Telefon RM27,585.00
3. Bil Air RM39,099

Bagaimana pula kos penyelenggaraan kediaman pak menteri umnobn yang lain. Hangpa pi kira sendiri lah. kah.. koh.. keh...

(Moral: Mak aihh... aku nak bayaq line streamyx RM68 hinggit sebulan pun rasa terseksa... Yang dah kahwin jangan lupa bayaq bil ayaq.. kah.. koh..keh...)

Jumaat, November 20, 2009

BN Menang, Kroni Kenyang, Rakyat Kedah Akan Meradang



Umnobn Kedah telah mencipta slogan baru mengalahkan slogan 1 Malaysia Najib dalam misi mereka menawan kembali negeri Kedah. Dengan slogan "BN Menang, Kedah Senang" sudah pasti rakyat Kedah yang celik fikiran akan tertawa dengan keindahan bahasa retorik juak umnobn ini.

Siapa yang senang, Rakyatkah yang senang atau kroni umnobn sahaja yang senang. Jika umnobn telus membela nasib rakyat Kedah mengapa semasa mereka memerintah dahulu tidak terkeluar slogan seperti ini yang boleh memacu ekonomi negeri Kedah ketahap lebih baik.

Jika dilihat dalam beberapa contoh seperti premium balak pada tahun 2007 semasa umnobn memerintah, hanya RM9 juta. Manakala tahun 2008 dibawah Pakatan Rakyat hasil balak telah melonjak sebanyak RM28 juta. Dan hujung tahun 2009 hasil premium ini melonjak lagi mencecah RM40 juta.

Sepatutnya jika mereka memperjuangkan nasib rakyat mengapa ada ketirisan sehingga RM31 juta. Adakah ianya mengalir masuk ke poket Kroni? Ini menunjukkan mereka umnobn gagal merakyatkan ekonomi negeri. Jika dibandingkan baru 2 tahun Pakatan Rakyat memerintah Kedah telah nampak lonjakkan kebaikkan yang diakui oleh Ketua Audit Negara bahawa prestasi pentadbiran kerajaan negeri dalam menjaga hasil bumi apabila 100 peratus perolehan menjadi pendapatan negeri.

Kini kerajaan negeri Kedah telah mengwujudkan Taman Teknologi Tinggi Kulim dan Sungai Limau Hydrocarbon Hub (SULIHH) sebagai pelaburan yang akan memberi pulangan hasil negeri sebanyak RM400 juta. Ini merupakan sekali ganda pendapatan tambahan kerajaan Negeri dari pendapatan sedia ada.

(Moral: Usahlah mengeluarkan slogan sesuka hati tanpa mengkaji, meneliti dan mengwujudkan pelan yang lebih komprehensif supaya slogan yang dok dalam kepala menjadi kenyataan dan dapat dijayakan mencapai sasaran. Aku nak tergelak jugak konsep 1 Malaysia Najib yang dilihat sebagai cetusan mimpi. Mengapa perlu 1 Malaysia sedangkan separuh penduduk Malaysia adalah pembangkang. Kah.. Koh.. Keh... Ngok-ngek)

Hak Asasi Manusia Diperkosa Oleh Mereka Yang Berkuasa

Penilaian terhadap keadaan hak asasi manusia di Malaysia agak negatif, antara kenyataan Asian Human Rights Commission adalah:

  1. Perlembagaan Persekutuan walaupun menjamin hak pembelaan peguam, tetapi pihak polis menganggap bahawa diri mereka berhak untuk menolak pemohonan suspek agar berjumpa dengan peguam, atas alasan perlembagaan tidak menyatakan masa untuk bertemu dengan peguam. Kuasa mutlak ini dianggap tidak wajar.
  2. Banyak suspek berasal dari keluarga yang miskin dan taraf pendidikan yang rendah. Mereka gagal "menjalin hubungan yang baik" dengan polis untuk mengelakkan diri daripada diseksa.
  3. Insiden tingkahlaku polis yang kasar, amalan rasuah sering didengar. Kuasa mereka seolah-olah mengatasi undang-undang. Kadang-kala, polis menangkap kerana "mengesyaki", maka "tangkap dahulu, siasat kemudian". Amalan ini menentang prosedur normal, iaitu "siasat dahulu, tangkap kemudian".
  4. Kematian dalam tahanan polis sering dijelaskan sebagai "bunuh diri", "sakit jantung", "kematian semulajadi" dsbnya.
  5. Apabila polis yang terlibat dalam salah laku didakwa, tuduhan itu biasanya ringan. Malah, polis yang berpangkat rendah sahaja dituduh, dan polis berpangkat tinggi terlepas.

>>Lanjut statistik kematian dalam tahanan>>>

Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat Yang Menduduki Tangga Ke 42 Dari Keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.




>>Artikel bahasa>>>

Khamis, November 19, 2009

Pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah Mendapat Pujian Sultan

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menitahkan Kerajaan Pusat agar mencontohi pendekatan yang diambil oleh kerajaan negeri dalam menjalinkan kerjasama kedua-dua pihak untuk kebaikan rakyat Kedah. Menurut titah baginda sangat berbangga dengan keyajaan Kerajaan Negeri menguruskan ekonomi dengan baik dan efisiyen. Kerajaan Negeri telah memainkan peranan dalam menangani masalah perberhentian pekerja dan penutupan operasi sektor perkilangan berikutan kegawatan ekonomi yang melanda dunia. Baginda juga memuji program-program pembangunan modal insan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Wang Ihsan Atau Wang Belas Kasihan

Umum tahu perjanjian telah dibuat antara Petronas dengan negeri-negeri yang ada minyak seperti Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan. Mengapa Sabah dan Sarawak memperolehi royalti dari kerajaan Pusat manakala Terengganu pula dapat royalti hanya semasa Umnobn memerintah. Bila PAS memerintah umnobn kata Terengganu tak layak terima royalti, hanya layak terima wang ihsan.

Sekarang kena kat batang hidung rakyat kelantan tak dapat royalti hanya akan dapat wang belas kasihan dari kerajaan Najib. Untuk apa perjanjian yang ditandatangani dengan Petronas ketika dahulu kalau beginilah sikap bermuka-muka kerajaan Najib. Lebih baik tak payah buat perjanjian kalau tidak mahu beri royalti kepada kerajaan Kelantan.

Namun masih ada melayu dungu yang tidak sedar dengan talam dua muka umnobn ini yang asyik menipu melayu sendiri. Umnobn sentiasa buat helah bagi mengiyakan rakyat sebagaimana terjadi di Terengganu. Macam-macam pembangunan di cipta oleh natang Idris Jusuh supaya mendapat populariti. Bangganya Idris Jusuh dengan program Monsoon-Cup nya, Pembinaan Masjid Kristalnya, Stadium dan Kolam renangnya. Rakyat Terengganu golongan bawahan hanya nganga melihat sukan elit kerajaan Umnobn. Akibat wang tersebut tidak diredai dan dihalalkan oleh rakyat Terengganu, maka berlakulah bermacam-macam bala, runtuh sana dan bocor sini.

Bila Najib tukarkan wang belas kasihan dan disalurkan kepada juak-juak umnobn kelantan, maka joli sakan sampai lupa dirilah umnobn kelantan ini untuk menghabiskan wang belas kasihan tersebut. Itu lah matlamat sebenar kerajaan pusat menukarkan wang royalti kepada wang belas kasihan. Jika namanya wang royalti kerajaan Najib harus menyalurkan terus kepada kerajaan Negeri Kelantan.

Mengapa kerajaan Najib tidak berani menukarkan wang royalti di Sabah dan Sarawak dengan wang ihsan? Mengapa kerajaan Najib mendiskriminasi negeri yang diterajui Pakatan Rakyat?... Hangpa pikiaqlah sendiri kah..koh..keh...

Rabu, November 18, 2009

Benteras Rasuah Hanya Khabar Indah Najib

Presiden Tranparency International-Malaysia (TI-M), Paul Low memuji kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah. Beliau menyatakan pentadbiran terbuka yang diamalkan Selangor dan perkembangan yang berlaku di negeri ini harus menjadi contoh kepada semua tanpa mengira fahaman politik supaya negara bebas dari rasuah.

Dalam sidang media yang sama, TI-M memaklumkan, indeks persepsi rasuah Malaysia yang dipimpin Datuk Seri Najib razak terus menjunam. Kejatuhan paling teruk dalam ranking CPI dan nilai yang diperolehi Malaysia sejak CPI diperkenalkan oleh TI-M pada tahun 1995, di mana Malaysia telah dinilai pada kedudukan ke 23 di kalangan 41 negara yang dinilai. Dalam tahun 2009 Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia.

(Moral: Pencegahan amalan rasuah haruslah bermula dari pemimpin dengan nilai intergriti yang tinggi untuk membanterasnya. Jika mempunyai pemimpin yang tidak memberikan tauladan yang baik unjtuk diikuti, nescaya golongan muda akan mengikut apa yang pemimpin buat. Seharusnya Ketua SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan harus malu dengan rangking terbaru ini dan perlu meletak jawatan. Bikin malu negara sahaja kerana melepaskan perasuah billion ringgit. Yang besar didepan mata.. yang kecil tet juga dicari...)

Dengki Che Det Kembali Menjelma Dan Disokong Oleh Wak Dogol


Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap perlantikan Penasihat Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor adalah satu tindakan yang memburukkan lagi keadaan Selangor. Kenyataan beliau disokong oleh Datuk Warno Dogol, timbalan ketua umnobn bahagian Sabak Bernam dengan memberi pujian kepada Che Det.

Melalui ruang minda Warno Dogol yang sempit dan ingin mempengaruhi penduduk sekitar, beliau mengatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tidak mampu mengurus hasil pendapatan negeri. Katanya lagi, tidak mustahil apabila Anwar dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor akan menjadikan negeri ini sebagai negeri pertama di Malaysia yang menjadi mangsa kepada IMF.

Nampaknya timbalan ketua umnobn Sabak Bernam ini memang kechil otaknya kerana tidak mengikuti perkembangan terkini pentadbiran PR dan hanya berlakon bijak ketika membuat ucapannya kepada penduduk sekitarnya.

Apa yang Wak Dogol ini terlupa ialah umnobn ngok-ngek telah meninggalkan hutang kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Si Toyol sehingga mencecah ratusan juta ringgit. Adakah peninggalan hutang ini menggambarkan Umnobn bijak dalam menguruskan kewangan Negeri.? Mungkin Wak Dogol dan Si Toyol ini boleh menipu golongan yang buta ruangan maya sekitar Sabak Bernam untuk mengekalkan populariti mereka.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang merujuk hutang terkumpul Syarikat Talam Corporation berjumlah RM391 juta sejak 10 tahun lalu tidak pernah diselesaikan. Dengan tunggakkan hutang ini telah membantutkan usahasama pembangunan hartanah sekitar Selangor. Wak Dogol Perlu tahu yang abangnya Si Toyol hanya suka memberi penyapu daripada berfikir bagaimana mahu menurunkan kadar hutang tersebut. Ternyata Si Toyol yang membawa lambang kati GAGAL mengatur keutamaan dalam urus tadbir kewangan Selangor.

(Moral: Dah lah gagal urus tadbir kewangan negeri Selangor, lepas tu boleh pulak menggunakan dana Balkis semata-mata untuk berhibur di luar negara. Itu baru pengurusan kewangan. Bagaimana pula masalah yang lain seperti Setinggan Bukit Botak yang boleh dibaca disini dan kerugian RM85 juta oleh pembeli rumah yang terbengkalai? Adakah ini satu Penghinaan Si Toyol kepada Rakyat?)

Selasa, November 17, 2009

Kredibiliti Umnobn Goyang

Pada PRU 8 Mac 2008 DUN Kota Siputeh Kedah, bilangan pengundi berdaftar seramai 19,771 yang keluar mengundi 16,103. Datuk Abu Hasan Sarif mewakili umnobn mendapat undi 8,160. Manakala PAS mendapat 7,665. Majoriti hanya 495 undi. Peratusan 81.45

Dengan majoriti hanya 495 undi calon umnobn, bolehkah Najib atau Muhyiddin berani cakap besaq dan tinggi hidung kepada kewibawaan BN yang hampir layu. Jika terjadinya pengundian dan ditakdirkan calon mereka kecundang di Kota Siputeh Kedah. Apa pula alasan pak sembab ini. Mampukah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kedah ini kekal atau Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur pula ada butirannya tersendiri untuk menidakkannya.

  • Umnobn akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah kosong. Manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meminta nasihat Peguam Negara berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya tindakan selanjutnya boleh diambil.

(Moral: Mampukah umnobn mempertahan Adun malasnya dengan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi?... SPR bertindak tidak rasional apabila mengumumkan Abu Hasan masih ADUN bagi Kota Siputeh dan kerusi itu tidak kosong. Manakala Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof wajib mendaftarkan diri sebagai calon umnobn di Kota Siputeh Kah..Koh..Keh... Hang uruskan perjalanan pilihanraya sudahlah. Jika Adun malas untuk datang bersidang dan tak bersungguh untuk berkhidmat kepada rakyat, haruslah di tendang dan digantikan sahaja dengan yang boleh berkhidmat. Oiit betapa rendahnya akhlak kepemimpinan Umnobn kena lucut jawatan sebab malas dan tidak berdisiplin.)

Isnin, November 16, 2009

Mahkamah Tinggi Isytihar Kerusi DUN Kota Siputeh Kosong

Abu Hassan daripada BN bukan lagi ADUN Kota Siputeh setelah disytiharkan kekosongan kerusi tersebut oleh Mahkamah Tinggi. Maka satu pilihanraya kecil akan diadakan dikubu umnobn untuk kali kedua setelah Pakatan Rakyat tewas oleh jaguh rasuah BN di Bagan Pinang yang lepas.

>>boleh p pautan ini>>>

Tekanan Mukadimah PR


Setelah beberapa minggu Pakatan Rakyat (PR) di tekan oleh juak grombolan umnobn yang menyedari kebangkitan PR mampu bikin mereka gulung tikar, namun tekanan demi tekanan yang dilemparkan oleh media lidah terbelit umno gagal merungkaikan ikatan Padu PR.

Apabila menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan bahawa Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah memuji kerajaan negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Beliau juga mengakui perubahan bawah kepimpinan Khalid menyukarkan Umno merampas semula negeri itu. Khalid juga mendakwa Muhammad (Bekas menteri besar BN) mahu bekerjasama dengannya "untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar."

Kenyataan Khalid ini telah memanaskan pungkok Shukor Idrus, ketua penerangan Umno negeri yang hampir tidak percaya kerana Muhammad sebelum ini dianggap terlalu tegar dengan umnobn.

"Saya tidak yakin dengan apa yang beliau (Khalid) katakan. Tidak mungkin, Muhammad yang lama (dalam Umno), konsisten dan bersemangat dengan BN akan bersekongkol dengan parti lawan."
-Shukor Idrus, ketua penerangan Umno negeri

(Moral: Woiit baru nak isi peluru dah kalut meloncat-loncat sambil terkencing. Tak tahu pulak peluru masih ada lagi atau tidak. kah.. koh..keh... )

Jumaat, November 13, 2009

Umnobn Kian Cemas

Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin tengah bertungkus lumus untuk memastikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya segera keluarkan keputusan membolehkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 17 November ini. Ini dilihat sekali lagi mereka juak umnobn boleh meminda dan menidakkan peraturan undang-undang tubuh kerajaan Kedah dengan kuasa melacurkan integriti Mahkamah. Tidak hairanlah Muhyiddin bersungguh-sungguh memaksa Abu Hasan supaya menghadiri sidang tersebut.

Mengikut Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail tindakan membatalkan jemputan ke atas Abu Hassan diambil kerana beliau tidak mengiktiraf ADUN Kota Siputeh itu sebagai anggota dewan selepas gagal menghadiri sesi DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenarannya dan ia menyalahi Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah (UTKK). Secara teorinya Abu Hasan bukan lagi seorang anggota dewan. Dewan tidak tertakluk kepada keputusan SPR (yang dikuda oleh umno), jadi perjalanan dewan adalah di bawah kuasa Speaker.

Manakala Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan tegas enggan mencampuri urusan Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun mengulas lanjut kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh kerana isu itu di luar bidang kuasanya dan hanya boleh diputuskan oleh Speaker. Segala keputusan tertakluk kepada mahkamah kerana kes itu masih dalam semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kata beliau.

Jom Imbas Kata-Kata Bekas Pemimpin Yang Korang Agongkan

Siapa dia mereka ni.. Kapiaq ka... kah.. koh.. keh...

  1. Hukuman rejam kepada penzina adalah primitif ~ kata Dr. Mahathir Mohamad-3/3/1994.
  2. Apabila hukuman rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja ~ kata Dr. Mahathir Mohamad-14/7/1992.
  3. Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama ~ kata Dr. Mahathir Mohamad-2/5/1992
  4. Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud ~kata Dr. Mahathir Mohamad-1994
  5. Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam ~ kata Dr. Mahathir Mohamad-4/8/1994.
  6. Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasiq ~ kata Dr. Mahathir Mohamad-3/4/1994
  7. Apa ertinya negara Islam jika mundur ~ kata Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi-13/11/1999.
  8. Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat ~ kata Dr. Mahathir Mohamad-5/9/1997.
  9. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan ~ kata Dr. Mahathir Mohamad-3/3/1994.
  10. Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam ~ kata Dr. Mahathir Mohamad-14/8/1994.
  11. Negara akan jadi huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan ~ kata Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak-20/4/1993.

(Moral: Memang aku buat-buat tak kenal pemimpin kapiaq ini. Apa yang anda perlu tahu sebenarnya ialah Hudud adalah kemuncak yang paling tinggi dalam pengajian dan pembelajaran undang-undang Islam (Bukan undang-undang sekular umno). Ini kerana, hudud adalah satu-satunya hukum yang diturunkan daripada sisi Allah s.w.t dan bukan ciptaan sesiapapun. Hudud adalah hukum yang bukan sahaja turun dalam Al-Quran, bahkan, turut diturunkan dalam kitab Taurat dan Injil)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat." (Al-Quran Surah Al-Nisa' 4:54.)

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian. Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

Pakat P baca untuk pemahaman mendalam, kat sini dan lagi disini.

Khamis, November 12, 2009

Pembeli Rumah Kena Kencing Hancing Oleh Juak Umnobn

Seramai 3,436 pembeli rumah projek perumahan Bandar Alam Perdana yang dikategroikan terbengkalai sejak 2006, didedahkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim semalam, mengalami kerugian sehingga RM85 juta dalam bentuk bayaran kemajuan. Dokumen rumah terbengkalai itu yang membabitkan projek perumahan Bandar Alam Perdana sebelum ini dikategorikan sebagai rahsia oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

>>Lanjut, Bacalah>>>

(Moral: Sudah jatuh ditimpa tangga lepastu pulak kena hempap dek bumbung rumah. Kah.. Kah... Mana mata-mata gelap. Takkan semua pakat dok pi ke Kelantan. Oiit mana MB berkenaan takkan nak berahsia lagi... kah.. koh.. keh... pencapaian tak tercapai...)

Bandar Alam Perdana, Penyelewengan MB Terdahulu

Shah Alam: Terdapat tiga dokumen berkaitan projek pembangunan di negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN. Dengan pendedahan tersebut dapat mengurangkan kejadian rasuah dan penyalahgunaan peruntukan. Khalid menjelaskan, pemilik tanah berkenaan yang merupakan penduduk miskin pada asalnya telah diberikan 1.3 hektar (tiga ekar) tanah pertanian setiap seorang untuk diusahakan dengan kelapa sawit di bawah Pelan Revolusi Hijau oleh bekas Menteri Besar Datuk Hormat Rafei pada 1973. Menurut beliau, pemilik-pemilik terbabit telah menyerahkan tanah mereka untuk dimajukan sebagai projek perumahan Bandar Alam Perdana. Seramai 383 petani terbabit telah dijanjikan untuk dibayar RM360,000 termasuk sebuah rumah manakala seramai 3,436 pembeli pula tidak mendapat rumah yang dijanjikan. Kesemua mereka tidak mendapat bayaran dan rumah yang dijanjikan. Mereka hanya dikencing oleh Umnobn ketika itu...

(Moral: Baru ada akai. La ni nak tanam pokok bunga dalam pasu pun terpaksa membeli sekampit tanah bagi mereka yang tinggal di bandar. Yang miskin bertambah parah kerana sering diperdaya dek mereka yang gilakan kuasa dan harta. Kepada yang rajin boleh bercucuk tanam di bawah laluan tali api TNB. Tiada sewa dikenakan kah.. koh.. keh...)

Sayangi Mereka. Elakkan Membuang Dan Merempatkan Anak Anda

Jika anda sudah benci atau tidak lagi menyayangi orang-orang dibawah jagaan atau amanah anda, jangan menyeksa atau mendera mereka. Hantar kepada kami.... insyaAllah kami sanggup memikul amanah untuk menjaganya. Jika anda tak berupaya menghantar, kami sudi pergi mengambil. Beritahu kami dimana lokasi yang perlu kami pergi ambil.

TALIAN YPNet 24 JAM 1700 800 020
ATAU SMS KE 019-2144214


YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon : 03-87332411
Fax : 03-87332967
Laman web : www.nurhikmah. org.my
EMAIL : presiden@nurhikmah. org.my

Pengarah JAIS Lupa Peraturan, Nak Dakwa Juga


Sebelum ini, Pengarah JAIS, Dato' Mohammed Khusrin Munawi berkata, Dr Asri akan didakwa bila-bila masa selepas jabatan itu selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah. (Bunyi macam juak Khir Toyo) Manakala beliau dijangka didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur Jumaat ini kerana memberi ceramah tanpa tauliah, kata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini.

Langkah terbaru Jais itu dijangka mencetuskan bantahan pelbagai pihak yang sebelum ini mengecam penangkapan bekas mufti Perlis itu ketika memberi ceramah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Gombak pada 1 November lalu.

Dibawah klausa 'PENGECUALIAN', Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, mengecualikan orang yang berikut dari kehendak mendapatkan tauliah:

  1. Alim Ulama atau tokoh agama tempatan tertentu atau Alim Ulama atau tokoh agama luar negeri yang dijemput secara rasmi atau atas jemputan khas Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Jabatan atau sebagainya;
  2. Mufti-mufti Negeri dan ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri;
  3. Hakim-hakim Mahkamah Syariah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri-negeri;
  4. Menteri atau ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dengan Hal Ehwal Islam atau Ketua Jabatan Agama Islam Negeri atau ahli Majlis Agama Islam Negeri;
  5. Pegawai Hal Ehwal Islam atau pegawai Agama Islam Persekutuan dan Negeri, Pensyarah-pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti-universiti tempatan atau Institusi Pengajian Tinggi Tempatan, Guru Agama Kementerian Pendidikan atau Guru Agama Jabatan Agama Islam Negeri.

Adakah JAIs Pilih Bulu Sebelum Ini

Manakala Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau bersedia mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs) untuk menerima tauliah menyampaikan kuliah dengan syarat ia perlu ADIL.

"Adil dalam memohon tauliah yang diberikan. Kalau saya dikecualikan, akan ada orang yang seperti saya juga dikecualikan. Saya minta dilayan adil. Ada orang boleh dikecualikan oleh JAIS iaitu mufti, ahli fatwa negeri, ahli Majlis Agama Islam Negeri, pensyarah universiti Pengajian Islam. Sepatutnya saya masuk dalam orang yang perlu dikecualikan dan tak perlu dibawa kepada undang-undang. Saya tak kata saya mesti diberikan keistimewaan, tetapi berhak dapat keistimewaan di bawah enakmen yang dipinda pada tahun 2008. Saya nak tanya di Selangor berapa ramai ada, cikgu yang bertauliah mengajar agama."
-Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Bekas Mufti Perlis

(Moral: Pendakwah ini sebenarnya layak diberi pengecualian supaya Islam tersebar dengan lebih menyeluruh. Kadang-kala perlu mempunyai fikiran yang tajam dan mendalam bila mendekati ilmunya. Jangan mendengar separuh-separuh nanti maksudnya tidak akan meresapi pemikiran logik. Orang yang berilmu terlalu banyak berkias)

Mata-Mata Gelap SPRM


Teringin sangat Najib untuk mengwujudkan Pasukan Pemantau Rasuah dari SPRM ini semata-mata ingin menunjukkan sangat bertanggungjawabnya Najib untuk membenteras gejala rasuah dikalangan Adun dan Ahli Parlimen.

Maka apa akan terjadi bila Adun dihimpit oleh pemantau ini. Sudah tentu imej seseorang Adun itu dilihat terlalu rendah sama seperti lantai pakir. Adun yang bersih pun akan dilihat mengamalkan rasuah dengan wujudnya pemantau dari SPRM ini.

Apa akan terjadi dimasa akan datang hanyalah golongan yang cerdik putarbelit akan monopoli jawatan Adun. Manakala golongan cerdik pandai dan bersih akan takut untuk menyertai politik kerana adanya pemantau rasuah ini yang sentiasa mengintai pergerakan Adun dan Ahli parlimen.

(Moral: Nampaknya Pakatan Rakyat sudah kena main melalui strategi Najib dengan wujudnya pasukan ini. Semua sudah tahu bahawa puak-puak SPRM ini lebih dahagakan kes yang melibatkan Adun dan Ahli parlimen dari PR. Dan puak-puak tunggangan ini juga akan melambatkan dan kalau boleh buat tak tahu sahaja jika terkena kat batang hidung juak umnobn. Umum pun sudah tahu banyak kes rasuah akan ditutup jika seseorang adun dari PR meloncat menyokong UMNOBNgok. Masih ada jalan sebelum mereka umnobn buat checkmate)

Isnin, November 09, 2009

Mampukah Wang Ihsan Menterbalikkan Prinsip Jatidiri Rakyat Kelantan

Tiada royalti minyak untuk rakyat kelantan tetapi akan dapat wang ihsan dari umnobn untuk pembangunan di negeri itu bermula tahun depan. Begitulah strategi Najib bagi menawan semula Kelantan. Najib sungguh licik untuk mengharumkan nama umnobn dimata rakyat Kelantan. Tidak hairanlah suatu ketika nanti akan keluarlah kenyataan... "lihatlah atas wang ihsan dari umnobn, Kelantan mengorak langkah kemajuan dalam pembangunan. Lihatlah Gua Musang yang dibangunkan oleh Kesedar, lihatlah pembangunan bandar Jeli dibawah naungan Tok Pa"... Kepada yang buta akan berkata.. bagusnya umno membawa pembangunan kat kampung kita... sambil makan nasi berlaukkan ikan masin semalam... keh..keh.

Bagi mereka yang cerdik dan mengetahui perjanjian yang telah dibuat sejak 70-an lagi oleh pengerusi petronas ketika itu, Tengku Razaliegh Hamzah (Ku-Li) bahawa setiap negeri yang bertapaknya pelantar minyak harus menerima 5 peratus hasil daripada pengeluar petroleum yang merangkumi onshore serta offshore (Darat & Laut). Jadi kerajaan negeri yang memerintah harus menerima royalti tersebut untuk diuruskan dengan lebih telus terus kepada kepentingan rakyat negerinya bukannya atas nama wang ihsan yang belum tentu dapat sepenuhnya.

Mungkin rakyat Kelantan akan menerima nasib seperti Terengganu yang telah didedahkan oleh ketua audit bagaimana umno memanipulasi wang ihsan kepada juak-juaknya dan kroni atas nama pembangunan. Akhirnya pembangunan yang di gahkan itu menimbulkan pelbagai masalah terbengkalai, runtuh, bocor dan lain-lain. Hanya indah khabar dari rupa. Kegelojohan inilah yang mengakibatkan pembaziran wang rakyat untuk rakyat telah bertukar kepada wang rakyat untuk membaik pulih kerosakkan bangunan reput. wakakah.

(Moral: Heran juga kenapa orang kedah dan negeri-negeri lain sanggup berdialek klate bila membeli belah di Pasar Siti Kadijah, Rantau Panjang dan Bukit Bunga... Kah...Koh..Keh... kecek molek deh!!!)

Mendarat Dengan Selamat

Alhamdulillah selamat kembali ke Malaysia dalam keadaan sihat berkat doa keluarga dan rakan-rakan sepermainan. Macam-macam cerita sejak seminggu tidak membelek bacaan dari Malaysia. Dah ada katak baru dengar khabarnya yang akan berganding dengan Ibrahim Ali berenang dalam air longkang sekitar Pelabuhan Kelang. Dan khabarnya JAIS juga telah bermain polis sentri dengan Dr. Asri (Bekas Mufti Perlis) kerana tiada tauliah berceramah. Habih apa akan jadi kepada semua ustaz di kampung aku kerana rata-ratanya tiada tauliah tetapi ilmu yang disampaikan sungguh berkesan dan tidak terdapat di ceramah perdana anjuran TV umno.

(Moral: Aku perlu berfikir dengan lebih menyeluruh dan mendalam dengan logik akal dan berpandukan Qalamnya serta perbandingan hadis mengikut situasi semasa supaya otak aku tidak statik seperti orang kebanyakkan. Kadang-kadang aku tertidur dan bila terjaga ada suapan baharu anugerah Allah dengan ilham-ilham yang bernas. Allah maha besar.)

Ahad, November 01, 2009

Get The Feeling

Dari Khalifa City, Abu Dhabi. Salam untuk kesihatan yang baik buat para pelayar yang menyinggah dan melalui laman budak kampung online. Sebelum bermulanya Final race hari ini ahad jam 5pm (Abu Dhabi Time)(9pm waktu Malaysia) jom pakat tengok gambar-gambar dari photographer professional. Klik sini.

Sebahagian gambar keras yang tak berapa pro.



Post Haru Biru

Arkib Blog