VIDEO: JPM terlibat angkut pengundi Sabah S'wak
PENGUNDI HANTU Guna Pesawat Mewah Ke Kuala Lumpur??
Sementara Pejabat Perdana Menteri (PMO), Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia saling menutup tembelang yang pecah, sebentar tadi beberapa lagi penerbangan dari Sabah telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang, Selangor.
Menurut saksi, MAS menggunakan pesawat Boeing 747-400 yang hanya digunakan untuk penerbangan jarak jauh termasuk ke Los Angeles dan London tetapi anehnya ia cuma berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dua jam lepas.
Saksi tersebut memberitahu dalam posting di Facebook beserta gambar di atas sebagai bukti yang mengatakan:
Pesawat MAS Boeing 747-400 yg baru mendarat dr Kota Kinabalu, Sabah. Kebiasaan dlm penerbangan domestik MAS biasa menggunakan pesawat lebih kecil iaitu jenis Boeing 737-800, kegunaan pesawat yg besar spt ini biasanya utk penerbangan ke Los Angeles dan Eropah sahaja.
Tambah saksi itu lagi:
Pesawat jenis Airbus 330-300(bersebelahan dgn Boeing 747) jg dikhabarkn baru tiba dr Sandakan sejam yg lalu.
Ada juga saksi yang posting komennya di Facebook mengatakan:
Ray Chalmer Jefferson bro...saya salah seorang penumpang MH8614 (airbus 330)..semua penuh dengan pengundi sabah..yang nie comfirm pengundi asli tetapi ada diantaranya ic diragui..kami disambut oleh persatuan KDM(kadazan dusun murut)..pagi tadi ada 3 charted flight dari KLIA..kami berbaris dari jam 2.30 pagi untuk tiket,.di KLIA pada sebelah pagi ,kebanyakkan penumpang charted flight dan bangla,..tapi tak confirm bangla turun kkia atau chennai,sebab chennai ada flight pagi tadi..harap maklum..
Sementara itu, ibu kepada seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan negara meminta maaf atas tindakan anaknya yang terpaksa membawa ratusan penumpang warga Bangladesh dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.
Dalam posting yang dikirimkan sejam lalu, Mariyah Pit mendakwa anaknya tidak tahu menahu tentang hal tersebut kerana pada awalnya dia diarahkan untuk membawa kargo tanpa penumpang ke Kuala Lumpur.
Apabila menyedari pada saat akhir bahawa kargo yang dimaksudkan rupanya penumpang yang akan mengundi dalam pilihan raya umum 5 Mei nanti, anaknya terus menghubunginya memaklumkan perkara itu sambil memohon maaf kerana telah mengkhianati amanah rakyat Malaysia.
Sambil tidak takut dikenakan tindakan kerana berani mendedahkan perkara itu, Mariyah turut meminta pembaca Facebooknya supaya berkongsi dengan semua kenalan kerana tindakan Umno membawa pengundi hantu sudah mengancam keselamatan negara.
Persoalannya, apakah penjelasan MAS, Air Asia dan PMO tentang hal ini??
JALAN PULANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Rakyat malaysia sudah marah kerana ramai sangat warga asing turun mengundi... Kerana umnobn, negara tergadai kek warga asing. Nota: Tra...
-
Ini gambar ular gergasi yang terpampang di muka hadapan sebelah atas Utusan Malaysia bertarikh 28 Julai 2010, dikatakan ular gergasi tersebu...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
...Night was black was no use holding back 'Cause I just had to see was someone watching me In the mist dark figures move and twist was ...
-
Soalan; ustaz, apakah diterima puasa orang yang sengaja meninggalkan solat? kerana saya melihat ramai orang yang berpusa tapi tidak mengerj...
-
Lagi surat Apco Worldwide dengan kerajaan Malaysia | | | Say No To Yahudi Laknatullah.. Say No To APCO Umno...
-
Kosmo | Pelajar yang ingin kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian perlu bersedia menanggung sendiri kos tiket penerbangan tanpa diska...
-
Pencacai-semalaysia | Seandainya benar seperti yang dilaporkan oleh Rontog Daily yang memetik berita dari Merdeka Review, sememangnya ia ...
-
Penamaan calon belum bermula, Permatang Pasir belum lagi kelihatan kenaikkan poster dan baner. Zahid Hamidi kecut dan terus memberi amaran a...
0 comments:
Catat Ulasan