Selasa, Februari 28, 2012

30 Tahun Akan Datang, Kilang 'Bom Jangka' bakal Zombie-kan Penduduk Gebeng?


Saksikanlah video dibawah neh bagaimana operasi kilang Pemprosesan ‘rare earth’ yang menghasilkan sisa radioaktif dan bakal meragut nyawa persekitaran secara senyap.... perlu ingat sisa radioaktif tidak mudah reput.

Video: Mamak Mahathir Dah Jadi Ularmak Mengulas Hukum Hudud

Video EKSKLUSIF Ulasan Tun Dr.Mahathir ketika diajukan soalan mengenai perlaksanaan HUDUD dalam Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 26 Februari 2012. Nilailah Sendiri pandangan beliau...

Isnin, Februari 27, 2012

Ribut Besar Di Manjung Gagalkan Ceramah Hasan Ali?

FBboikotutusan | Ceramah Hassan Ali Yang Bermula Jam 9.00 Malam tadi Disambut Dengan Kilat, Guruh Dan Hujan Lebat Di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

YB Nizar Jamaluddin ( ex MB Perak ) Mengesahkan Kejadian Hujan Ribut Yang Melanda Manjung, Perak, Sebentar Tadi Yang Menyebabkan Ceramah Hassan Ali Dibatalkan Sebelum Bermula Kerana Khemah-Khemah Berterbangan Ditiup Ribut Sebelum Sempat Hassan Ali Menyebarkan Dakyahnya.

Panglima 'Tumbuk' Felda Lepar Hilir

Sekog lagi penyokong umno bertindak membabi buta.





Keadilan Daily | Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, jika tidak ada campur tangan penyokong di ceramah di Gambang, Pahang semalam, beliau pasti sudah mendapat mata lebam seperti bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Katanya, serangan terhadapnya oleh lelaki dalam ceramah Pakatan Rakyat di Felda Lepar Hilir I pada malam itu hampir-hampir mengenainya

“Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan,” kata Nurul Izzah, dipetik Malaysia Kini.

Menurutnya lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya, beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih 10 tahun lalu.

Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.

Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.

Dalam perkembangan berkaitan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin didesak memberi penjelasan berhubung provokasi melampau yang dilakukan samseng Umno di Felda Lepar Hilir, Gambang, Kuantan malam semalam.

“Kita minta Khairy beri penjelasan sebab budak-budak ini memang penyokong Umno kerana mereka membawa bendera Umno dan BN.

“Mereka hafal lagu Umno dan menyanyikannya dalam provokasi malam itu,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di balai polis Merchant Square, Petaling Jaya hari ini.

Video: Penyokong Sundal Umnobn Mahu Wujudkan Rusuhan Kaum?


Umnobn telah meninggalkan sisa racun Radioaktif 'perkauman' didalam kepala hotak setiap penyokongnya.

Lihat video dibawah neh bagaimana penyokong umno hilang pendoman mahu wujudkan rusuhan 'Kaum' di himpunan Hijau yang berlangsung secara aman di Pulau Pinang.





Nota:
Dengar Zikir pencacai tak dak otak dari umnobn... Guan Eng Penipu Besar... Guan Eng Penipu... Guan Eng Penipu... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... dah macam budak-budak tak sunat puak-puak pencacai umno neh.

Lynas Akan Dibatalkan?


Lebih 10 ribu manusia berbilang kaum berhimpun di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4 pada pagi ini, dengan nada yang tegas melaungkan "Berambus Lynas!". Di samping itu, Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim berjanji untuk membatalkan projek Lynas, seandainya Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa pemerintahan. Dalam ucapan ringkasnya kira-kira lima minit, ahli parlimen Permatang Pauh ini turut berjanji untuk membawa usul tergempar dalam sidang parlimen pada Mac akan datang, untuk membincangkan isu Lynas di Gebeng, Kuantan.






Kenapa kita mesti tolak Lynas

HDaily | Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa untuk menyokong perjuangan ini.

Forum ini merupakan satu tindakan aktif and agresif untuk memberi sokongan kepada rakyat Kuantan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor menolak sekeras-kerasnya pembinaan Loji Pemprosesan Nadir Bumi LYNAS di Gebeng, Kuantan.

Sudah tentu tiada siapa yang ingin tanahair kita dianggap sebagai ‘tempat pembuangan sampah” kepada masyarakat sedunia.

Pihak Syarikat Lynas tidak mahu mendirikan loji pemprosesan nadir bumi di negara mereka sendiri, tetapi menggunakan alasan pelaburan untuk mendirikan loji tersebut di Malaysia.

Hakikatnya, hampas atau sisa ini bukanlah sekadar kotoran atau sampah tetapi merupakan sisa radioaktif yang mengandungi gelombang radiasi yang amat merbahaya kepada kesihatan manusia dan kepada persekitaran kita.

Dewasa ini, dalam era tanpa sempadan, dunia semakin kecil. Pembinaan loji pemprosesan ini boleh berlaku dalam kawasan terdekat kita juga.


Bandar Kuantan merupakan sebahagian dari negara ini dan bukanlah sejauh yang kita sangkakan sebelum ini. Rakyat Malaysia mesti mengubah sikap ‘tidak apa’ khususnya yang berkaitan dengan isu Lynas yang telah menjadi kebangsaan ini yang perlu diambil tindakan proaktif dengan kadar segera.

Sekiranya sisa toksik radioaktif ini menyerap masuk kedalam sistem perairan kita dan ke dalam tanah kita, sudah tentu aktiviti-aktiviti kita akan turut terjejas.

Dari upacara perkahwinan kepada bidang perniagaan kepada arena pelancongan, semuanya akan terjejas dengan peninggalan kesan jangka panjang.

Kita sering mendengar “mencegah adalah lebih baik dari dirawat”. Ini merupakan poin utama kita untuk hari ini dalam usaha untuk menghalang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dari berlaku.

Kami tidak mahu hidup dalam suasana ketakutan dan kebimbangan akan pendedahan kepada sisa radioaktif kerana ianya sukar dikesan dengan mata kasar.

Radiasi ini adalah hasil penyalahgunaan kuasa pihak yang tidak bertanggungjawab dan kesan pendedahan kepada radiasi bukanlah sesuatu yang dapat dikesan dengan serta merta.


Haruskah kita membenarkan ‘time bomb’ ini yang boleh meletup pada bila-bila masa berada berdekatan dengan kita? Mengapa Kerajaan Persekutuan meluluskan permohonan loji pemprosesan Lynas tanpa mangambil kira keselamatan rakyat jelata?

Mengikut sumber laporan akhbar, loji pemprosesan Lynas mempunyai banyak kekurangan dari segi infrastruktur, tidak mematuhi piawaian keselamatan dan banyak tanda tanya berkenaan dengan prosedur menandatangani kelulusan loji ini.


Loji ini nampaknya mengengkari keperluan untuk mendapat kelulusan untuk beroperasi? Selain daripada itu, pihak Syarikat LYNAS belum lagi mengemukakan kertas cadangan untuk cara menguruskan dan membuang sisa radioaktif ini.

Pihak Syarikat LYNAS hanya mempunyai idea untuk menguruskan sisa radioaktif menggunakan “kaedah sementara” dimana sisa radioaktif akan disimpan dahulu.

Yang mengerikan bukan hanya sisa radioaktif pepejal sahaja malah air kumbahan dan sisa gas toksik yang dihasilkan dalam proses ini cukup untuk mencemarkan alam sekitar.

Pemprosesan nadir bumi ini akan menghasilkan 500m3 sisa sejam yang boleh memenuhi 5 kolam renang Olimpik. Air tercemar ini turut mengandungi sisa radioaktif yang akan meresap kedalam makanan kita melalui satu rantaian dimana air tercemar yang mengalir ke laut akan menjejaskan hidupan laut yang akhirnya akan dimakan oleh manusia.

Sisa radioaktif yang terkandung dalam hidupan laut akan mengesahkan kemudaratan kesihatan. Gas yang dihasilkan dari pemprosesan tersebut adalah sebanyak 100 000m3 bagi setiap satu jam.


Gas ini yang dibebaskan ke udara akan terlarut bersama molekul air hujan yang akan menyebabkan pencemaran jangka panjang kepada kesihatan dan persekitaran.

Di samping itu, dalam dunia perniagaan negara China memegang monopoli pembekal terbesar didunia bagi nadir bumi ini.

Di inner Mongolia, kawasan Bautou Ia sudah lama menjadi tempat penapisan nadir bumi terbesar di dunia. Disebabkan kebocoran sisa air ini, 70.9 peratus daripada penduduk tempatan mengalami penyakit kanser dan kerajaan negara China telah membayar pampasan kepada mangsa pendedahan sisa radioaktif ini tetapi sudah tentu tidak mencukupi.


Menyedihkan lagi, penduduk Bautou tidak mampu untuk meninggalkan tempat tersebut dan tidak dapat menampung kehidupan yang lebih tinggi diluar. Oleh itu mereka terpaksa menjalani kehidupan disana walaupun mengalami keracunan yang kritikal.

Mengikut penduduk tempatan di sana, sumber utama pendapatan mereka disana adalah daripada kegiatan pertanian tetapi pada hari ini, hasil tanaman disana tidak boleh dimakan kerana mengakibatkan cirit-birit.

Sumber air disana juga tidak boleh diminum kerana selepas air itu dididihkan, bahan sisa dapat dilihat terapung di atas air. Kegiatan perlombongan juga terjejas, begitu juga sumber mata air untuk kegiatan pertanian juga terjejas kerana sumber air tercemar. Ini jelas menunjukkan tahap pencemaran yang serius di kawasan tersebut.

Selain daripada penyakit kanser, penduduk dikawasan Bautou juga mengalami masalah osteoporosis, hemiplegia, kelonggaran gigi dikalangan golongan orang dewasa. Kanak-kanak mengalami kerosakan gigi dan boleh dicabut begitu sahaja.


Kerajaan negara China sudah mula risau mengenai tahap pencemaran di kawasan Baotou kerana tanda-tanda pencemaran berskala besar telah dikenalpasti di Sungai Huang He dan mungkin akan mengakibatkan masalah yang tidak dapat diduga.

Sebagai rakyat negara ini, kita tidak mahu melihat Malaysia sebagai negara yang mengerikan. Kerajaan pusat melalui penyalahgunaan kuasa mereka, akan memusnahkan kehidupan rakyat ini untuk ‘menikmati’ manfaat dari pihak Syarikat LYNAS jika tidak menutup loji tersebut. Rakyat Malaysia berharap Malaysia tidak akan tergolong dalam negara-negara yang “tidak selamat” didiami.

Kerana itu, kita mesti bersatu mengatakan tidak kepada LYNAS dan tidak berjudi dengan kesihatan kita. Contoh terbaik adalah kesan dahsyat daripada Pengeboman Bom Atom Nagasaki dan Hiroshima dalam Perang Dunia Kedua yang berkekalan sehingga ke generasi anak-cucu-cicit mereka.

Malaysia negara yang tidak dibelenggu dan tidak berada dalam zon peperangan, oleh kita mesti menentang sekeras-kerasnya pembinaan loji seumpama ini dimana sahaja di Malaysia.

Jumaat, Februari 24, 2012

Prestasi Anwar Ibrahim Sebagai Menteri Kewangan


Anwar telah dilantik sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1991 dalam pentadbiran Mahathir dan Timbalan PM pada tahun 1993. Dia berjaya mengurangkan defisit bajet negara (sebagai peratusan daripada KDNK). Malah siap ada lebihan lagi...

... namun selepas beliau ditendang keluar dari kelompok umnobn oleh Mamak Mahathir Al Kutty... sehingga sekarang... Defisit dan hutang negara kian melonjak.

lihat carta lah siapa yang lebih berhemah...


Lihat figure kek bawah dari bank negara sejak 1970

Post Haru Biru

Arkib Blog