Rabu, Mac 03, 2010
Hacker, Imbuhan Dan Propaganda
Dari malam semalam blog budak kampung online tak dapat nak update sebab diganggu oleh iklan Pop Up. Setelah digodek dan diteliti suapan script, segala masalah dapat diatasi. Dan pagi ni terbaca lak artikel seperti dibawah ni. Betoi ka... Kalau betul wa nak kata.. Mamposs Umno... ha..ha..heh.
RM300 juta Untuk Menggodam Blog Dan Lamanweb Pro-PR
Sebagai langkah untuk mengekang pengaliran maklumat dari blog dan laman web pro-Pakatan Rakyat, Umno dipercayai mengguna lebih RM300 juta dana awam untuk mengupah sekumpulan 300 penggodam komputer yang dibawa khas dari India.
Chennai dikenali sebagai pusat teknologi maklumat terkenal di India yang menempatkan banyak syarikat antarabangsa termasuk yang berhubung kait dalam pembangunan perisian berteknologi tinggi.
Sumber-sumber memberitahu bahawa gerombolan penggodam komputer dari India akan dibayar elaun khidmat kepakaran yang mencecah lebih RM100,000 setiap orang, perumahan dan kereta percuma.
“Mereka yang diupah mempunyai kepakaran menggodam sistem komputer dan laman web. Tugas mereka diklasifikasikan sebagai ‘top secret’ dan di bawah pengawasan terus pejabat Perdana Menteri.
“Kumpulan ini akan digembleng sepenuhnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 bagi merosakkan sistem perisian yang dipakai oleh Pakatan Rakyat,” kata sumber.
Langkah mengawal blog dan laman web pro-Pakatan Rakyat telah digerakkan dengan lebih serius sejak kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-12, dua tahun lalu.
Antara langkah awal termasuk mengupah lebih 300 blogger yang berkhidmat di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas, satu unit propaganda di bawah kelolaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Setiap blogger dibayar elaun sebanyak RM3,000 sebulan, yang antara lain memantau blog dan laman web Pakatan Rakyat di samping menyebarkan bahan berita berunsur propaganda dan fitnah untuk memburuk-burukkan imej pemimpin KEADILAN, PAS dan DAP.
Di samping itu, Umno juga mendapatkan khidmat blogger pro-Umno untuk menulis pelbagai propaganda terutamanya berhubung isu- isu berkaitan agama dan kaum.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama untuk memantau beberapa blog dan laman web yang menyentuh perkara-perkara sensitif di negara ini.
Bagaimanapun timbul persoalan mengapa pihak KDN dan SKMM berdiam diri atau menutup sebelah mata terhadap puluhan blog dan laman web pro-Umno yang secara terang menimbulkan isu sensitif bersabit agama dan perkauman.
~FMT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Akibat dah lama duduk malaysia sebab di beri IC percuma oleh umnobn jahanam, bangla neh dah berani tunjuk samseng di Malaysia.
-
Rakyat malaysia sudah marah kerana ramai sangat warga asing turun mengundi... Kerana umnobn, negara tergadai kek warga asing. Nota: Tra...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan ...
-
Atas apa alasan sekali pun, bersekutu dengan jin adalah dosa syirik yang amat besar sekali kerana mempersekutukan Allah. Semangat / saka / h...
-
Rosmah Mansor berucap di Islamic Fashion Festival Dipetik dari Harakahdaily | Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan iste...
5 comments:
Bukan itu saja...
Sumber-sumber memberitahu bahawa gerombolan penggodam komputer dari India akan dibayar elaun khidmat kepakaran yang mencecah lebih RM100,000 setiap orang, perumahan dan kereta percuma. Malah mereka juga akan dibayar Elaun Khas RM 700,000 seorang setiap minggu dan bonus bulanan RM8800,000 sebanyak dua kali sebulan.
Mereka yang diupah hanya mempunyai kepakaran menggodam sistem komputer Pakatan Rakyat sahaja. Tugas mereka diklasifikasikan sebagai ‘top secret’ dan di bawah pengawasan terus pejabat Perdana Menteri dan Rosmah Mansor. Najib dan Rosmah akan memantau 24 jam aktiviti ini setiap hari.
Kumpulan ini akan digembleng sepenuhnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 bagi merosakkan sistem perisian yang dipakai oleh Pakatan Rakyat,” kata sumber. Kumpulan ini telah dilatih sendiri oleh Tun Mahathir secara sulit di India beberapa tahun yang lalu.
Langkah merosakkan blog dan laman web pro-Pakatan Rakyat telah dikategorikan sebagai "ibadah wajib" dan semua yg terlibat akan dibayar elaun khas RM30,000 setiap minggu dari wang rakyat
Antara langkah awal termasuk mengupah lebih 300,000 blogger yang berkhidmat di bawah Jabatan Khas Mengkhianati Blog (JKMB), satu unit propaganda di bawah kelolaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Setiap blogger dibayar elaun tambahan sebanyak RM53,000 sebulan, untuk membaca bahan fitnah dan penyelewengan yang disebarkan oleh pemimpin KEADILAN, PAS dan DAP.
Bagaimanapun timbul persoalan mengapa pihak KDN dan SKMM berdiam diri atau menutup sebelah mata terhadap berpuluh-puluh blog dan laman web yang secara terang memainkan isu sensitif bersabit agama dan perkauman yanag disebarkan oleh Pakatan Rakyat.
Hello bro. dengan wang yang begitu banyak dilaburkan oleh kerajaan untuk memantau blog pro pembangkan menampakkan kebodohan kerajaan itu sendiri.
Tuan blog lu tolong pikir macamana kerajaan boleh membantu rakyat dengan wang sebanyak itu.
Setuju...setuju...
KJ bukan lawan Tun Mahathir.
Langsung tak setanding...ibarat bumi ngan langit.
Tun amat berpengalaman dan berjasa.
KJ satu sen pun tak guna pada UMNO.
Dikatakan cuba membawa pendekatan baru golongan muda ke dalam UMNO...
KJ memang membawa "cara baru" iaitu cuba menguasai politik secara rasuah.
hui banyaknye duit juta juta juta...
apersal aku tak dapat duit tu? tolong daftarkan
Catat Ulasan