Rabu, Mac 03, 2010

15 lelaki Felda Sungai Klah Rogol Bergilir-gilir Pelajar Tingkatan 3

Gambar Hiasan

Sungkai, Perak: Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan 15 lelaki di Felda Sungai Klah dekat Sungkai, kelmarin.

Mimpi ngeri remaja berusia 15 tahun itu dari Felda Trolak Utara, bermula apabila dia dipaksa mengikut seorang lelaki ketika sedang bersiar-siar bersama rakan di kawasan kampung pada pukul 6.15 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata, mangsa kemudian dibawa ke Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah sebelum dirogol oleh lelaki terbabit dan empat lagi rakannya yang sudah menunggu di situ.

“Selepas itu, suspek meminta seorang rakannya menghantar mangsa balik ke rumah tetapi rakannya itu membawa remaja itu ke sebuah rumah kosong di Felda Sungai Klah sebelum dia sekali lagi dirogol bergilir-gilir oleh lebih kurang 10 lelaki yang berada di rumah itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Roslan Bek, mangsa hanya dihantar pulang oleh salah seorang suspek ke sebuah perhentian bas semalam sebelum dihantar balik ke rumah oleh abang angkatnya.

(Moral: Kerakusan anak-anak generasi Felda ini semakin menjadi-jadi. Dahulu anak-anak felda dicemuh dengan kegiatan penagihan dadah. Kini dikejutkan lagi dengan kes rogol, bergilir-gilir lak tu macam binatang. Dimana sinar keimanan generasi anak-anak felda kini yang dilihat kian pudar. Apapun kepada kaum hawa haruslah lebih berhati-hati dalam perhubungan walaupun dengan lelaki yang dikenali.)

13 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ berkata...

Ya Allah...
Manusia makin kejam zaman sekarang ....
takot la...

Tanpa Nama berkata...

Pemerintah perlu buat sesuatu dan mengambil berat isu ini. Ramai yang marah bila ada sahaja kes buang bayi dan tendang kanak2 sampai mati. Kalau tak mentarbiah dari sekarang, jangan pula terkejut bila ramai manusia berperangai saitan pada masa akan datang di negara ini. Setanding globalisasi katanya. Pehh. Keruntuhan moral pun nak setanding dengan negara maju ka?.

Unknown berkata...

Salam BKO. Babah terbaca berita ini di akhbar hari ini. Komen kawan babah, dia syak budak perempuan itu pun mungkin galak juga. Apa-apapun, kerajaan kena segera campur tangan dalam menghadapi kemelut rogol, penderaan dll. Dalam akhbar hari ini juga terdapat berita seorang suri rumah 25 tahun dirogol selepas memecah masuk rumah ketika si suami baharu selesai solat subuh. 1Malaysia dah tak selamat...

BUJANG SUSAH berkata...

Dunia akhir zaman

Daripada Abu Dzar r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala.
- Riwayat Thabrani dan Hakim

Unknown berkata...

jgn salahkan sume budak felda..some of dem yg bengong..da rest tu ok..need more motivation kot..maybe..

Tanpa Nama berkata...

saya baru jugak pindah ke sungkai nie...boleh dikatakan golongan remaja di sungkai ini memang bermasalah.Aktiviti kurang berakhlak memang sinonim dengan mereka.Melepak, bohsia, bohjan, merempit, melawan cakap ibubapa, lari rumah dan banyak lagi....dah menjadi tabiat mereka ni.. Oleh itu kita tak boleh nak salahkan sebelah pihak....mungkin ini juga yang diingini sangat oleh pihak yang kita rasa "malang" sangat tu....sebab rata - rata sosial life mereka ni memang menyedihkan....
"Hampir setiap hari saya mendengar cerita sensasi tentang akhlak remaja dari jiran - jiran di sini"

Unknown berkata...

Dah semakin kurang lelaki baik kat bumi ni...15 Jahanam konpom masuk dalam.....peluang untuk untuk anak dara dapat laki orang semakin tinggi...

Tanpa Nama berkata...

lau dak tu tak ikot nek moto sekali
tak kan jd sume ni kan
yg c jahanam ni
dapat pluang
msti xkan lepaskan punye
da prangai mcm setan
ape pon jd...
bdk2 skung ni tak bole cepat percaye orang
baru knl da naik moto same2..

Tanpa Nama berkata...

anak felda>

amalkan cara hidup bersyariat. Insyaallah semua akan selamat

Tanpa Nama berkata...

Anak Felda Jugak=)

Erm...budak pmpuan ni rela ke kena paksa???

artzloqo77 berkata...

banyak cerita di sebalik kisah ini....siapakah bapa kepada perempuan tu?siapakah perogol2 nye tu?susah nak cerita kt sini...siapakah budak perempuan itu?..surat khabar hanya tulis berita berdasar kan report yang dibuat...wallahualam..jadi semua yang jaht dtg dari kita yang baik hanyalah dari allah..sama2 kite cari penyelesaian nye..

Tanpa Nama berkata...

Ibu bapa septutnya pantau gerak gri anak2 mereka.yg merogol patut trima hukumn yg setimpal..x pn antr ke zoo bg buaya mkn

Tanpa Nama berkata...

Budak pmpuan felda mmg prangai teruk pun

Post Haru Biru

Arkib Blog