Memaparkan catatan dengan label gejala sosial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gejala sosial. Papar semua catatan

Isnin, April 15, 2013

'Gundik' Tayang Buah Di Kelab Malam Awie?




Awie seorang towkey Kelab Malam di Ipoh, Perak telah menyeru dan mengajak rakan-rakan artisnya suapa terus memebrikan sokongan kepada Najib Razak.

Malas Omak Kau nak ulas panjang-panjang...Terpulanglah para artis sama ada nak sahut seruan rakan mereka yang kini sudah menjadi towkey kelab atau rakan-rakan bekas artis yang kini bergiat cergas dalam politik Pakatan Rakyat. -omakkau-

Isnin, September 26, 2011

Video Hudud

Undang-Undang Islam terhadap jenayah Rogol Dan Persoalan Hukum Hudud


Hudud Bagi Bukan Islam

Ahad, Februari 13, 2011

Couple Pantai... Ganu Darul Maksiat???


Kalau pergi ke Pantai Batu Buruk... korang boleh lihat betapa buruknya aktiviti couple dan mat rempit di Terengganu...

Kalau pergi ke Pantai penarik... memang korang akan tertarik melihat anak-anak remaja ganu dengan adegan lemasnya....

Kalau pergi ke Pantai Rantau Abang... dicelah-celah pohon kayu akan ada yang dah lentok di dada abang sayang...

Kalau pergi ke Pantai Ibai... waktu malam.. untung nasib korang akan terjumpa couple sedang tibai menibai....

Apakah angin sepoi-sepoi laut cina selatan penyebab remaja ganu lemas di daratan basah??? Apakah islam hadari yang dicanangkan umno gagal sampai ke akar tunjangnya.

Tersesat di Masjid Kristal kebanggaan umno hadari... lebih ramai yang seronok melihat-lihat dan mengambil gambar daripada mendirikan solat di masjid tersebut...

Remaja ganu lebih awal menyambut Sambutan Hari Valentine... hehehe...

Setelah dua jam wa lepak di Pantai Ibai... minah ini masih tidak buka helmetnya... takkan takut kantoi dengan orang kampung kut... keh...keh...keh...

Ahad, November 21, 2010

Pasangan Remaja Melayu Cium Mulut tepi Jalan

Nota: Hub hiburan belum terlaksana. Generasi melayu kini sudah terkulai layu dalam dunia kenikmatan. Waris sebeginikah yang akan mengemudi Malaysia di masa akan datang???... Layakkah???





Jumaat, Ogos 13, 2010

Hukuman Buang Bayi Oleh Kerajaan Malaysia


Menyental catatan: Tulisan ini berterabur. Tapi itulah yang aku pikir.

Buang Bayi Hidup = Penjara 30 Tahun. Kalau ada 100 bayi hidup, maka akan ada 200 pasangan yang dipenjara.

Buang Bayi Lepastu Bayi Mati = Gantung Sampai mati. Kalau ada 100 bayi yang mati, maka akan ada 200 pasangan kena gantung sampai mati.

Cara kesan emak bapak dia = Ujian DNA keatas bayi. Kalau proses DNA untuk 1 kes mengambil masa sebulan, berapa bulan pulak untuk mengesan 100 bayi yang keluar dari lobang siapa. Berapa banyak pula mesin yang akan dibeli. Dan berapa banyak pula doktor yang akan ditugaskan.

Perlu ingat setiap 17 minit akan ada kes anak dari hasil zina ini yang didaftarkan tanpa nama bapa. (Statistik JPN - 1999 hingga 2003). Kalau sehari berapa orang lah gamaknya. Dan berapa ramai pula pasangan yang akan dihukum?. Berapa banyak pula penjara akan didirikan bagi menampung seramai itu? Siapa pula yang akan dapat kontrak?

Dalam masa lima tahun berkemungkinan akan hilang satu generasi. Kalau 30 tahun, berapa generasi pula akan lenyap dari muka bumi ini?.

Kalau dilihat kembali Perompak yang telah menjalani hukuman penjara, bila keluar boleh merompak lagi. Begitu juga halnya dengan mat gian yang akan menagih kembali setelah dibebaskan. Dan mungkin akan terjadi juga keatas pasangan berzina ini. Mana dia keinsafan yang diharapkan?.

Depa semua tahu hukuman ciptaan manusia ini sering gagal bagi menangani masalah tersebut. Jadi mampukah hukuman ciptaan manusia ini menyaingi hukuman yang sudah ditetapkan dalam Al-Quran?.

Kalau dah statistik yang dikeluarkan oleh JPN semacam itu, hangpa jangan terkejutlah jika suatu hari nanti semua menteri adalah hasil dari anak zina. Ini serios lol. Woiit... bibit-bibit kearah berlakunya penzinaan hangpa tak ambik berat ka. Kalau tak, memang malang lah sebab yang kena hukum tu dah dapat batang dan lobang secara haram... keh..keh..keh.

Nota: Mengapa ramai graduan IPT terutamanya lelaki yang menjadi pakar dalam bidang masing-masing masih gagal menjadi Imam? Renunglah.. apakah puncanya. Mengapa tidak teraskan pendidikan agama islam dari sekolah rendah sehingga ke IPT?. Aku tak mengata, tetapi inilah yang aku lihat. Kalau tak lulus matapelajaran agama pun tak apa. Kalau dah 10 generasi mengulangi pendirian yang sama.. apa akan terjadi. Mungkin seperti dibawah ini yang tebal dengan gig-sosialnya.

Sabtu, Ogos 07, 2010

Anak Hasil Zina Jadi Perdana Menteri

Siapa sangka suatu hari nanti PM yang memerintah Malaysia adalah anak dari hasil zina. Tanyalah diri anda... Awat ramai sangat anak hasil zina dilahirkan saban tahun sehingga Kerajaan Negeri Melaka mahu mewujudkan sekolah khas bagi pelajar hamil?.

Dialog masa depan:

Menteri A: eleh pm ni cakap putar belit pulak, sedarlah diri tu sikit datang dari dalam beg pakaian.

Menteri B: wooit kau menteri agama islam, jangan kata orang. kau tu dulu dibungkus dengan daun pisang...

Menteri C: Lain lah aku. dilahirkan dihospital. Tapi ayah sebenar tak tau kemana menghilang.



Sekolah pelajar hamil bukti perzinaan serius

Harakah | ALOR SETAR, 6 Ogos: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, cadangan Kerajaan Negeri Melaka untuk mewujudkan sekolah khas bagi pelajar hamil menggambarkan betapa serius dan dahsyatnya perzinaan dan kemungkaran berlaku di dalam masyarakat hari ini.



"Kita tidak menolak kemungkinan yang berlaku ini adalah disebabkan kegagalan Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang memerintah harus berani berperanan bagi mencegah kemungkaran dan bukannya memelihara hasil dari perbuatan mungkar tersebut,” katanya.

Katanya, kerajaan yang memerintah tidak berusaha dengan serius ke arah menentang kemungkaran tersebut.

“Apa yang mereka lipatgandakan usaha ialah kempen membayar zakat. Mana ada kempen menentang zina. Pegawai-pegawai di pejabat agama hanya turun padang untuk banteras khalwat,” ujarnya yang juga Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat.

Namun begitu, katanya tiada pendidikan yang diberikan kepada kumpulan yang ditangkap itu yang menunjukkan BN sebenarnya gagal untuk membawa Islam dan syariat kepada umat Islam sepenuhnya.

Tambah beliau lagi, walaupun negara mempunyai Pusat Islam, Jakim, Yadim setiap negeri mempunyai jabatan dan majlis agama serta mufti tetapi sehingga hari ini umat Islam tidak dapat hidup dalam tuntutan syariat Islam yang sebenar.

Tambahnya, Umno dan BN sememnangnya gagal untuk membentuk peribadi masyarakat, maka rakyat harus berani untuk membina politik baru.

“Setelah begitu ramai mengandung anak luar nikah baru hendak diwujudkan sekolah, akhirnya rakyat menjadi mangsa kepada sistem pentadbiran yang ada sehingga imej negara dan agama tercemar," ujarnya lagi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain pula berpandangan dengan wujudnya sekolah itu di Melaka, dibimbangi wujudnya unsur-unsur menghalalkan atau mengiktiraf perzinaan.

Akhirnya, kata beliau akan memberi peluang baru kepada remaja dan generasi muda yang cetek pengetahuan agama untuk terus terlibat dengan aktiviti negatif itu.

"Cadangan Kerajaan Melaka itu harus dilihat dari skop yang luas supaya ia tidak memberi satu pengiktirafan yang memungkinkan berleluasanya kegiatan mungkar ini setelah ruang disediakan bagi mereka melahirkan anak luar nikah,” ujarnya.

Ahad, Julai 25, 2010

Yassin Ditahan Polis Positif Dadah


MStar Online | SUBANG JAYA: Bekas anggota kumpulan pelawak Senario, Yassin Yahya ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, awal pagi Ahad.

Yassin,32, ditahan di sebuah pusat hiburan di Sunway Piramid sekitar pukul 1 pagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya juga menjalankan ujian air kencing kepada 30 orang awam lain yang berada di pusat hiburan itu.

"Tiga lelaki termasuk Yassin didapati positif dadah selepas ujian tersebut dilakukan.

"Ujian tersebut juga mendapati Yassin mengambil dadah jenis ganja, manakala dua orang lagi iaitu pengurusnya dan seorang ahli perniagaan dikesan mengambil dadah jenis ketamin," kata Khalid seperti dipetik portal The Star Online, Ahad.

Tambahnya, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya.

Siswi 'Joget Tiang'. Macam-macam Zaman Najib


Penuntut IPT liar

HMetro | KUALA LUMPUR: Umpama penari bogel yang sinonim dengan ‘joget tiang’, segelintir penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) masa kini dikesan rela menggadai maruah melakukan perbuatan keji itu di pusat hiburan.

Perkara itu didedahkan seorang penuntut IPT yang aktif berfoya-foya di disko, termasuk menari tiang, sehingga membiarkan tubuh dibaluti pakaian ketat dan singkat dijadikan ‘santapan mata’ lelaki hidung belang.

Mahu dikenali sebagai Rozita, 23, tiada siapa sangka dia yang sopan pada siang bertukar liar apabila tiba malam.

“Siang saya rasakan diri ini mulia, terutama ketika menuntut ilmu, tetapi apabila malam menjelma saya akui diri ibarat syaitan. Kehidupan di disko bagaikan syurga kerana itu tempat paling sesuai untuk melepaskan tekanan.

“Apabila mabuk, setakat melakukan tarian tiang untuk tontonan pengunjung disko bukan masalah untuk saya. Ketika itu saya hanya mahu seronok, tetapi berasa ‘glamor’ juga sebab jadi perhatian,” katanya.

Menurut Rozita, tujuan ke disko pada mulanya sekadar berseronok, termasuk mabuk, kemudian buat tarian tiang, tetapi lama-kelamaan mengambil pula pil khayal.

“Kesudahannya apabila mabuk dan khayal, pulang beriringan bersama pasangan ke hotel atau rumah sewa,” katanya.

Lebih mengejutkan, Rozita mengakui dia dan beberapa rakan yang ‘satu kepala’ dengannya sanggup menggadai tubuh demi mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan berhibur dan pengajian di IPT.

“Apabila habis wang, saya sanggup meminta ‘perkhidmatan’ yang diberi dibalas dengan wang. Dengan wang itu dapatlah saya tampung perbelanjaan untuk berhibur dan belajar.

“Apapun, bukan bermakna saya selalu buat begitu, sebaliknya kalau dah ‘sesak’ saja,” katanya.

Jika ada bajet lebih, dia dan rakan menganjurkan parti bebas yang dihadkan kepada tetamu tertentu saja.

Parti itu dipenuhi aktiviti menghisap ganja, minum arak dan seks bebas.

“Akibatnya, pelajaran saya hampir musnah dan terpaksa mengulang subjek yang gagal kerana sering ponteng kelas.

“Akibat terlalu memikirkan keseronokan, ada rakan saya mempunyai ‘sugar daddy’ yang membelikan mereka telefon bimbit canggih, pinjamkan kereta mewah dan kadangkala tidur di rumah besar,” katanya.

Seorang lagi pelajar IPT yang mahu dikenali Zura, 23, berkata, dia ke disko kerana terpengaruh dengan rakan daripada golongan berada.

“Saya masuk ke kelab malam sebab mahu menari, tidak kira menari biasa atau menari tiang, dan saya tidak perlu bayar sebab rakan belanja.

“Inilah untungnya bila berkawan dengan orang kaya, semuanya dibelanja, termasuk bayaran masuk ke disko dan arak, “katanya.

Zura mengakui bukan aneh jika melihat ramai penuntut IPT menjadi pengunjung tetap disko, dengan ada antara mereka pandai melakukan tarian tiang dalam keadaan mabuk.

Sabtu, Julai 24, 2010

Papa Jahat: Macam-Macam Zaman Najib


Rakam noda anak

MyMetro | KUALA LIPIS: Dia sudah ada empat isteri, namun seorang kontraktor layak digelar ‘bapa setan’ apabila tergamak menjadikan anak kandung hasil perkahwinan dengan isteri keduanya sebagai tempat memuaskan nafsu apabila memperkosa mangsa sejak berusia sembilan tahun di Kerambit, dekat sini.

Lebih keji, lelaki berusia 49 tahun itu turut merakamkan perbuatan terkutuknya merogol anak yang kini berusia 14 tahun di dalam bilik dengan telefon bimbitnya sebelum menyimpan rakaman berkenaan.

Difahamkan, setiap kali melakukan perbuatan kejinya, lelaki terbabit mengugut akan memukul atau mencederakan mangsa jika membongkarkan rahsia selama enam tahun itu kepada ibunya atau sesiapa saja.

Bagaimanapun, episod duka mangsa berakhir selepas remaja terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, menceritakan kejadian itu kepada seorang guru wanita di sekolahnya.

Terkejut dengan pendedahan itu, guru wanita berkenaan menghantar mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kuala Lipis untuk membuat laporan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, ketika dihubungi semalam, mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu. Laporan penuh disini.


Melaka Tubuh Sekolah Pelajar Hamil

Utusan Malaysia | MELAKA 23 Julai - Kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah sekolah khas bagi pelajar yang mengandung akibat terlanjur atau mereka berkahwin pada usia muda.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau serius mewujudkan sekolah tersebut kerana ia bertujuan menangani gejala pembuangan bayi yang kini semakin berleluasa.

Menurut beliau, adalah lebih baik remaja-remaja yang bermasalah itu terus bersekolah daripada terbiar dan mungkin bertindak membuang bayi.

Cadangan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran kerana undang-undang di negara ini tidak sebut pun bahawa murid yang bersekolah tidak boleh mengandung.

"Saya akan kemukakan cadangan ini dalam tempoh terdekat dan jika kementerian tak setuju, kerajaan negeri sendiri akan tubuhkan sekolah murid mengandung ini," katanya.

Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata, selain dibuka kepada remaja di negeri ini, kerajaan negeri juga sedia menerima pelajar mengandung dari negeri lain.

"Kalau ada pelajar dari negeri lain yang mengandung dan nak belajar di sekolah itu pun boleh, kita terima asalkan ia dapat membanteras gejala pembuangan bayi," katanya.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan maksiat daripada terus berlaku dan bukan menggalakkan pelajar berkahwin dan mungkin bercerai pada usia muda.

"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu pada masalah buang bayi.

"Bila sudah ramai berkahwin, kita akan tempatkan mereka di sekolah murid mengandung dan untuk teruskan pembelajaran," katanya.

Rabu, Jun 30, 2010

Gejala Sosial 3: Mungkinkah Ianya Bala Yang Diturunkan Oleh Allah S.W.T

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (QS al-Israa’: 32)

Menyental catatan ini adalah sambungan dari entry Seks Dalam Kereta Myvi dan Rewind Video 3gp Melayu.

Hari demi hari kita digemparkan dengan gejala buang anak, zina sukarela dan rogol paksa. Itu belum diambil kira rompak, ugut dan bunuh. Malah belum dikira lagi taik dadah, judi dan arak serta taik rasuah. Amat malang sekali bayi-bayi yang dibuang itu kebanyakkan datangnya dari lobang orang melayu itu sendiri. Koleksi kisah buang bayi boleh pi pautan ini.

Laporan disini

Laporan disini.

Mengikut statistik Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2000 hingga 2008 yang menunjukkan lebih daripada 257,000 sijil kelahiran bayi didaftarkan tanpa catatan nama bapa (anak luar nikah). Secara purata didapati sebanyak 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes kelahiran berlaku pada setiap 17 minit 17 saat dan statistik bagai tempoh 4 tahun (1999 hingga 2003) juga menunjukkan 44% kelahiran anak luar nikah berketurunan melayu beragama Islam.

Apakah ianya bala yang diturunkan oleh Allah S.W.T kerana pemerintah negara tidak mengikut acuan yang telah diturunkan dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw;

1) Anak luar nikah datang dari perzinaan - acuan Allah ialah hukuman sebat bagi yang bujang dan rejam sampai mati bagi yang sudah kahwin.

2) Curi dan rompak - acuan Allah ialah hukum potong tangan atau potong bersilang

3) Murtad - acuan Allah ialah bunuh si murtad

4) Rasuah - Acuan Allah ialah gerun dengan Hukum Allah iaitu azab di akhirat

5) Susunan dalam rumahtangga - Acuan Allah ialah rumah yang memiliki 3 bilik

6) Kepimpinan Negara - Acuan Allah ialah Pemimpin yang taat kepada Allah

Di bawah ini sebahagian petikan kata-kata pembesar negara yang beragama Islam yang mengikut acuan kepala bapak mereka.

(Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masakini."

(Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.

Banyak lagi kenyataan pembesar negara yang munafik boleh dilayari disini. Tak hairanlah setelah usia 64 tahun, Umno masih gagal dalam menangani gejala sosial yang semakin tenat.

Jadi terbentuklah acuan seperti dibawah ini. Namun tetap juga gagal untuk memerangi gejala buruk tersebut;

1) Dadah - buat pusat serenti

2) Anak luar nikah - pusat pungut anak luar nikah/ OrphanCare

3) Rumah rakyat - 2 bilik sahaja. Timbulkan gejala sosial - budaya lepak luar rumah

4) Murtad - dikaunseling

5) Penzina - di kaunseling/ dikasi (Masih dalam kajian senator gampang shahrizat)

6) Janda - boleh melacur diri untuk mencari rezeki

7) Penasihat negara - Yahudi - APCO musuh Allah

8) Menyelesaikan masalah ekonomi - lulus judi yang diharamkan Allah

Nota: Kalau dilihat pada logo umno yang mempunyai dua keris tidak bersarung dan pemimpin melayu umno suka tunjuk julang keris tanpa sarung, kini remaja melayu putra pula suka tikam menikam menggunakan keris tumpul yang tak bersarung...kah..kah..kah... Tumpul pun boleh tembus LOL..

Selasa, Jun 08, 2010

Buang Bayi: Zarina Bekas Siswi UiTM Dipenjara Setahun

(Gambar - kiri, Zarina, selepas dijatuhkan hukuman, manakala gambar kanan adalah keratan akhbar dua tahun lalu)

KUALA TERENGGANU - Seorang bekas siswi Universiti Tekonologi Mara Cawangan Cendering dekat sini, dijatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku bersalah membuang mayat bayi lelaki yang dilahirkannya, dua tahun lalu.

Zarina Sulaiman, 22, didakwa melakukan perbuatan itu di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering, Kubang Ikan, dekat sini, antara pukul 11 malam dan 12 malam 29 Januari 2008.

Beliau kelihatan menangis ketika hukuman dijatuhkan oleh Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.

Zarina didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmud @ Mamat memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan ia satu kesalahan yang serius walaupun tertuduh berusia 19 tahun ketika kejadian itu.

Katanya, dengan hukuman itu ia diharap dapat memberi pengajaran kepada masyarakat sekeliling agar tidak melakukan perbuatan yang sama.

Bagaimanapun, peguam tertuduh Mohd Hayyatuddin Muhammad merayu agar tertuduh yang berasal dari Kampung Felda Cherul, Kemaman, dijatuhkan hukman ringan memandangkan tertuduh telah menyesal dan ia merupakan kesalahan pertama.

"Semasa kejadian juga dia masih di bawah umur dan merupakan gadis kampung yang menjadi mangsa kerana terlalu percaya terhadap kata-kata manis seorang lelaki," katanya.

Menurutnya, mayat bayi yang ditemui dalam keadaan terbakar separuh badan di kawasan pembuangan sampah di asrama itu oleh seorang tukang sapu juga bukan dibakar oleh tertuduh.

Selain itu Mohd Hayyatuddin berkata, Zarina yang berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Diploma Sains Fizik tahun lalu, telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama.

Katanya, hukuman penjara akan memburukkan lagi keaadaan dan ia akan menjejaskan masa depan tertuduh, selain berhadapan dengan cemuhan masyarakat sekeliling.

Majistret kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu mulai hari ini dan ayah tertuduh telah membayar denda itu. - Sumber Bernama



Isnin, Jun 07, 2010

Gejala Sosial 2: Rewind Video 3gp Melayu

Menyental Catatan: Harus baca...

Dahulu zaman hippis terkenal dengan 'anak abu', kemudian rock & roll membawa 'bohsia' dan sekarang cilok-cilok pula wujud 'minah rempit'. Teramat malang sekali dengan harga yang murah boleh dapat lobang sedap dan sempit. Apa nak jadi anak melayu lar ni aku pun tak tahu lah. Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya...

Gambar bayi yang tidak berdosa dibuang oleh pasangan remaja melayu. Amat menyayat hati sesiapa sahaja yang punyai perasaan kemanusiaan, kecuali Israel Zionis dan yang bersekongkol dengannya... Opocot Apco... Paling malang sekali ada bayi yang dibuang itu sudah hilang anggota badan kerana dimakan anjing dan biawak. Pasal apa sampai buang bayi tu...



Bila dah bunting secara haram, muka mula jadi kelat dan masam. Nyesalnyer... hu..hu..hu... Timbul pula rasa malu dan berdosa kerana sudah berzina. Kalau keluarga tahu mampos kena rembat. Lelaki durjana pula tak mahu bertanggungjawab yang dia tahu hanya nak lobang nikmat. Pasal apa jadi macam tu... Tipaahh...



Mula-mula pegang tangan dan bergesel-gesel bahu. Maklumlah bila dah berdua-duaan mesti ada yang ketiga bertanduk dan berekor. Seorang sejuk dan seorang suam dan mula lah keluar ayat power untuk menyerang. Sayang hanya untuk abang. Tak dak wanita lain kecuali sayang. Stim kulit punya pasal ayat abang buat sayang terkangkang... Awat sampai lagu tu... Tipah...



Tipah mungkin tak kuat iman bila dengar ayat lelaki durjana umpama setan. Lagi jahat dari Vincentan. Sebab setan ni sengkek hanya dengan belanja burger dan bawa ronda-ronda dah boleh dapat barang Tipah.. Go-head go-stant dia buat kat Tipah. Agaknya setan itu selalu tengok 3gp melayu boleh yang tak pernah disekat oleh Rais Yatim. Tipah pun kadang-kadang tertengok juga... macam best lah.. Alahai tipah dan jantan durjana... awat hangpa lemah iman...

Tu lah masalahnya. dari kecik emak bapak kami buat dono aje. Kadang-kadang ada depa suruh solat dan pesan jangan tinggalkan solat walaupun satu waktu. Mesti penuh katanya supaya jadi benteng penahan nafsu. Tapi dugaan banyak sangat. Bila masuk waktu Tv3 pula dok tayang rancangan hiburan mentor.. tak boleh lepaskan. Bila dah habis tengok, Tv2 pula tayang cerita hindi gelek baik punya.. camana??. Awat kadang-kadang aje emak bapak suruh hangpa solat...


Nak buat macamana. Mak bapak sibuk mencari duit kiri dan kanan. Sampai tak sempat nak bimbing kami sujud pada tuhan. Adik-adik yang lain juga kena dibiayai persekolahan yang semakin tinggi. Gaji emak kalau dicampur dengan bapak pun cukup-cukup untuk makan pakai aje. Barang keperluan semakin tinggi, minyak dan tol akan naik lagi... Tu sebab kami tercicir mengenal diri... Kesiannya.. sampai macam tu sekali. Awat boleh jadi lagu ni....

Yang tu kena tanya Najib lah. Dia kata ekonomi malaysia ada pertumbuhan 10.1% tapi dalam masa yang sama nak hapuskan subsidi kerana takut negara muflis. Dah lar tu gaji kakitangan kerajaan masih takuk cukup-cukup makan. Siap boleh suruh pegawai-pegawai kerajaan berjimat cermat ketika membelanjakan budget yang diberi. Lar ni tergadai pula maruah sebagai pemimpin Islam Umno yang menghalalkan Judi.

~bersambung...

Sabtu, Jun 05, 2010

Gejala Sosial 1: Seks Dalam Kereta Myvi

Gambar hiasan sahaja

Menyental Catatan: Tujuan menyental catatan ini kerana tidak berpuas hati dengan peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Ketika aku pulang dari menoreh dan melepasi kawasan perkelahan yang semi popular di kampung terlihat sebuah Myvi yang aku kenal memang dari Felda sebelah parking dibahu jalan. Dalamnya ada sepasang kapel sedang bercumbu. Itu yang aku nampak mereka berdua buat melalui cermin belakang kereta itu.

Aku hairan mengapa mereka tidak terperasan mahupun mendengar deruan motor. Adakah 'air stim' dah naik kepala membuatkan mereka leka. Aku berhenti dan ketuk cermin sisi kereta tersebut dan berkata.. Hoi.. hangpa dah tak dak kerja lain ka..

Dan apa yang aku dapat adalah habuk sebab setelah mamat ni terkejut dan dia terus masuk gear kereta Myvinya meninggalkan aku. Cibai lah penakut juga budak Felda sebelah kampung aku ni. Nak buat kerja terkutuk berani lah pulak. Itulah kesah ketidakpuasan hati hari ini. Tapi takpa tugas aku dah selesai dengan memberi teguran tersebut.

~bersambung...

Rabu, Mac 03, 2010

15 lelaki Felda Sungai Klah Rogol Bergilir-gilir Pelajar Tingkatan 3

Gambar Hiasan

Sungkai, Perak: Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan 15 lelaki di Felda Sungai Klah dekat Sungkai, kelmarin.

Mimpi ngeri remaja berusia 15 tahun itu dari Felda Trolak Utara, bermula apabila dia dipaksa mengikut seorang lelaki ketika sedang bersiar-siar bersama rakan di kawasan kampung pada pukul 6.15 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata, mangsa kemudian dibawa ke Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah sebelum dirogol oleh lelaki terbabit dan empat lagi rakannya yang sudah menunggu di situ.

“Selepas itu, suspek meminta seorang rakannya menghantar mangsa balik ke rumah tetapi rakannya itu membawa remaja itu ke sebuah rumah kosong di Felda Sungai Klah sebelum dia sekali lagi dirogol bergilir-gilir oleh lebih kurang 10 lelaki yang berada di rumah itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Roslan Bek, mangsa hanya dihantar pulang oleh salah seorang suspek ke sebuah perhentian bas semalam sebelum dihantar balik ke rumah oleh abang angkatnya.

(Moral: Kerakusan anak-anak generasi Felda ini semakin menjadi-jadi. Dahulu anak-anak felda dicemuh dengan kegiatan penagihan dadah. Kini dikejutkan lagi dengan kes rogol, bergilir-gilir lak tu macam binatang. Dimana sinar keimanan generasi anak-anak felda kini yang dilihat kian pudar. Apapun kepada kaum hawa haruslah lebih berhati-hati dalam perhubungan walaupun dengan lelaki yang dikenali.)

Rabu, Disember 23, 2009

Menjelang 1-1-2010


Salam semua. Aku terus cerita, lebih senang dari memikirkan intronya. 1 Muharam sudah beberapa hari lepas. Baguih ada ulama-ulama yang tersohor datang memberi tarbiyah kepada rakyat yang terbuka hatinya. Harap dapat diteruskan sehingga tahun baharu 2010.

Terus potong pendek. Selama ini bila menjelang tahun baharu mengikut Kalender mat saleh amalan yang sering diterapkan kepada seluruh rakyat malaysia dengan acara pesta secara besar-besaran, konsert, percikan bunga api dan sebagainya. Setaraf dengan globalisasi katanya.

Malah ianya disuburkan oleh pemimpin-pemimpin sekular untuk berhimpun beramai-ramai pada malam tahun baharu di tempat-tempat popular sekitar Kuala Lumpur semata-mata untuk menunggu detik 12 tengah malam bagi menandakan permulaan tahun baharu.

Selepas itu di hidangkan dengan konsert pelbagai aksi yang mengasyikkan. Di majlis seperti inilah bermulanya pergaulan bebas jantan dan betina yang boleh membawa kepada pelbagai kemungkaran. Lain-lain punca Klik sini.

Apakah yang terjadi sampai keesokkan harinya, mat-mat rempit yang dah penat menujah motor sebelah tayar akan terbaring bersama-sama tin dan botol cap kepala anjing serta dapur emas berinjapkan batang betik kerana ianya mudah diperolehi dan dibeli.

Kasih masih pelbagai jenama dah hanyut di hotel-hotel murah dan rumah bujang sebab semalam terlalu asyik digosok sambil menonton konsert. Sakan betul mereka yang lemah ini meraikan tahun baharu.

Orang lain dok kata, jika pemimpin yang sekular ini kencing berdiri tidak mengikut sunnah, maka rakyat dibawah pemerintahan sekularnya akan kencing berlari sambil meloncat seperti beruk mendapat sagu. Lepastu berguling-guling menahan sedap sampai ke pagi. Ceh!! tak dak moral betul..betul..betul...

(Moral: Heh..heh.. walaupun hangpa bijak daripada aku, namun bila menjelang tahun baharu hangpa tetap kira bermula dari 5-4-3-2-1..... kah..koh..keh...)

Selasa, Disember 22, 2009

Seks, Arak dan Dadah, Tiada Kesudahan

Ini racun sudah menjadi tabiat kepada kebanyakkan remaja sekular masakini. Badan yang berwajib perlu lebih aktif dalam membenteras gejala yang semakin merosakkan minda muda mudi masakini. Perlukah mengadakan kempen Sifar Seks Bebas, Sifar Arak dan Sifar dadah kepada golongan melayu?. Adakah golongan ini yang grombolan umnobn mahukan bagi mewarisi generasi akan datang.?

  • BENTONG - Sekumpulan remaja menjadikan pangsapuri di pusat peranginan terkenal di sini, sebagai tempat melakukan aktiviti kurang sihat, termasuk mengadakan pesta seks, arak dan dadah, berikutan kosnya lebih murah berbanding berhibur di disko. Menurutnya, dalam serbuan pertama di Tingkat Enam, Blok A sebuah pangsapuri, seramai 10 orang membabitkan sembilan lelaki dan seorang perempuan berjaya ditahan. Tiga daripada mereka yang ditahan adalah pelajar kolej di ibu negara dan tiga lagi kakitangan kerajaan. Semua yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 25 tahun dan ketika serbuan, kebanyakan mereka dalam keadaan khayal. Polis juga menemui satu ketulan mampat ganja seberat 61 gram dibungkus menggunakan kertas surat khabar dan dua paket ketamine seberat 5.6 gram yang diletakkan dalam bekas gula-gula ‘Eclipse’ dalam sebuah bilik serta sebiji pil ecstasy di atas meja ruang tamu. Polis turut merampas enam tin kosong dan 18 tin masih belum dibuka minuman keras jenama Heineken, sebotol arak Jenis Jack Daneels, sebotol arak jenis Kampai dan alat menghisap ganja. >Baca Lagi>>>

(Moral: Bila dah senang dapat dan senang serah maka semuanya jadi senang lenang berkhayal sampai lebam. Asuhlah jatidiri anda supaya tahan dengan godaan ini. p/s.. Abang Bung pun tak tahan dengan godaan kulit putih gebu.. kah..kah..kah. Amalkan cara hidup sehat rohani dan jasmani)

Selasa, Disember 15, 2009

Bayi Baru Lahir Hanya RM10,000 hingga RM15,000.. Gila!!! Semacam Harga Unta



Kenapa perlu mengandung kemudian bayi tersebut dijual kepada pasaran gelap. Buat apa bunting selama 9 bulan jika bayi tersebut di campak merata-rata. Mana dia kasih sayang jantan cinta hati yang meluahkan kata-kata pukat tunda. Awat hangpa dok serah diri sedangkan dah nyata ianya larangan. Buat pasangan, jangan dok usap tangan nanti stim kulit sambil berangan.. kah.. koh..keh.. jawablah korang suatu hari nanti. Selemah-lemah iman, kalau tak tahan jumpa kadi buat ikatan. Ingat tu wahai jantan.... usahlah jadi macam ayam jantan udah ler..

  • Polis menumpaskan sindiket penjualan bayi yang beroperasi di Selangor sejak lima tahun lepas apabila menahan 13 orang dan menyelamatkan lima bayi serta seorang kanak-kanak perempuan dalam dua serbuan di Selangor baru-baru ini. Wanita yang mengandung dan menjual bayi secara sukarela itu dijanjikan wang perubatan sebanyak RM5,000 bergantung kepada rupa dan kesihatan bayi berkenaan. Wanita itu akan dibawa ke sebuah hospital di Klang untuk melahirkan bayi dan mendapatkan dokumentasi bagi bayi terbabit, dan bayi itu akan dijual kepada pasaran gelap tempatan dengan harga antara RM10,000 hingga RM15,000 bergantung kepada kulit, jantina dan keadaan bayi itu. >Lanjut>>>

Isnin, Disember 14, 2009

Melayu Tidak Buta IT Lagi, Malahan Mendahului Teknologi

Catatan Sental: Internet sememangnya telah mengubah pemikiran manusia di seluruh dunia dan Malaysia terkena tempiasnya. Lebih-lebih lagi remaja masakini yang dok gian dengan laman sesawang seperti facebook, youtube, Multiply, Blogspot, Wordpress dan macam-macam ada. Begitu berpengaruh laman maya ini kerana sifatnya yang dapat melangkaui sempadan negara hanya dengan klik-klok aje. Ia sukar disekat (jika kerajaan buta IT), ditapis dan dihalang tidak seperti media cetak lain. Maka dengan itu, bahan-bahan lucah dengan begitu mudah memasuki negara yang selama ini dapat dihalang kemasukannya. Malahan terdapat juga golongan melayu ini berani muatnaik gambar-gambar dan video-video tak potong asmara mereka menjadi tontonan dan sesetengahnya dijual kepada umum.

Selain internet pengaruh media cetak dan elektronik merupakan salah satu penyebab berlakunya gejala-gejala sosial. Melalui siaran-siaran radio TV dan tayangan video, remaja mudah terdedah kepada gejala yang tidak sihat seperti unsur-unsur ganas dan luar, budaya barat, budaya dadah, tahayul dan seks bebas. Dengan wujudnya suasana sekeliling yang semakin rosak dan iman yang tipis, para remaja mudah terdorong untuk mencuba aksi-aksi ganas dan adegan-adegan yang berahi yang telah mereka tonton melalui TV atau video lucah yang berleluasa di pasaran. Akibatnya.. ada akai pikiaq lah sendiri...

(Moral: Sudah potong ka.. untuk perkhidmatan lebih pantas... kah..kah..kah. Web tok arab tak boleh masuk perkataan porno, sex, boob dan lain-lain sebab kena blok. Tetapi bila taip Melayu boleh beratur anak-anak melayu punya aksi. kah.. koh.. keh...)

Selasa, November 24, 2009

Nyah Kau Dari C ni

Komplot pondan

KUALA LUMPUR: Taktik raba dan curi diguna pakai kumpulan ‘pondan’ untuk merompak mangsa mereka cukup menarik apabila mangsa lelaki sengaja disajikan dengan tayangan filem lucah percuma terlebih dulu bagi mengkhayalkan mangsa sebelum disamun di dalam bilik gelap.

Golongan pencuri licik dikalangan pelacur ini semakin menjadi-jadi apabila mereka turut meraba dan mencium mangsa bagi membuat mangsa leka tanpa menyedari seorang lagi rakan suspek melarikan dompet atau telefon bimbit mangsa.

Dalam kejadian jam 10.30 malam baru-baru ini , mangsa seorang tukang masak berusia 33 tahun menjadi mangsa komplot pelacur pondan apabila dirompak oleh kumpulan pelacur terbabit yang tampil tidak ubah seperti artis dan model terkenal.

Mangsa yang ditemui mendakwa pergi bersendirian ke sekitar Lorong Haji Taib, Chow Kit di sini, untuk mencari ‘pondan’ bagi memuaskan nafsunya. Difahamkan mangsa yang berasal dari Kepong, terpikat dengan lenggok manja dan kecantikan seorang ‘wanita’ berpakaian seksi yang menawarkan perkhidmatan seks dengan harga RM40 untuk sekali perkhidmatan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ping, 33, berkata, dia dibawa ‘wanita’ terbabit ke tingkat atas sebuah bangunan berhampiran sebelum diajak masuk ke dalam bilik.

“Ketika itu masuk seorang lagi rakan pelacur berkenaan sebelum kedua-dua pelacur berbual beberapa ketika sebelum seorang beredar dari bilik berkenaan.

“Ketika itu tinggal saya berdua dengan pelacur yang mendakwa warga Indonesia berkenaan yang mengajak saya berbual-bual sambil bertanya asal usul saya,” katanya.

Menurutnya, ‘gadis’ yang dilanggani itu meminta dia berbaring santai di atas katil sebelum dia memilih cakera padat digital (DVD) lucah untuk ditayangkan secara percuma dengan alasan sebagai pemanas badan.

“Gadis terbabit mengarahkan supaya seluarnya dibuka sebelum saya akur dengan arahan berkenaan. Seluar itu diletakkan gadis terbabit di atas kerusi tidak jauh,” katanya.

Dia yang enggan menceritakan perkara selanjutnya mendakwa mencapai semula seluarnya itu selepas mendengar bunyi bising seolah-olah berlaku pergaduhan di luar bilik berkenaan.

“Saya segera mencapai seluar saya sebelum terkejut sejurus mendapati telefon bimbit saya jenis Sony Ericcson hilang dari dalam poket seluar berkenaan.

“Malah, saya lebih terkejut apabila dompet saya dalam poket seluar boleh berpindah ke atas peti televisyen berhampiran. Selain itu wang RM400 di dalamnya turut lesap,” katanya.

Menurutnya, dia bertanya kepada ‘gadis’ terbabit di mana wang dan telefon bimbitnya itu, namun suspek enggan mengaku mencuri barang berharga mangsa dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Bagaimanapun, selepas diugut dan didesak berulang kali, gadis terbabit akhirnya bersetuju mencari dan memulangkan barang berharga milik saya itu yang didakwa dicuri rakannya.

“Dia meminta saya supaya duduk menunggu seketika di dalam bilik berkenaan sebelum gadis itu keluar untuk mencari rakannya,” katanya.

Dia yang menunggu hampir dua jam percaya menjadi mangsa taktik licik kumpulan pelacur pondan berkenaan kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran. (Sumber MyMetro)

Post Haru Biru

Arkib Blog