Memaparkan catatan dengan label rempit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rempit. Papar semua catatan

Sabtu, April 27, 2013

Cibai... Balai la Cibai... Jerkah Samseng Didikan Umnobn


Undang-Undang Malaysia selagi memakai Logo BN (BerukNegara) anda Kebal dari Undang-Undang.. Mereka Melanggar Kereta. Dah lah langgar kereta pastu maki lak pemandu kereta...

Tolak Umno Barisan Nasional Hentikan Budaya Samseng Dan Gangstar Yang merosak minda anak bangsa Malaysia...

Malaysia lebih selamat Tanpa Umno Barisan Nasional.



Kami  Undi Pakatan Harapan Rakyat...


Isnin, November 14, 2011

Mayat Mat Motor Tersadai Dalam Parit

Korang yang menunggang motor tuh berhati-hatilah. Pandai-pandai lah cari laluan yang selamat. Malang tidak berbau. Amat malang jika tragedi tersebut berlaku ditempat sunyi dan tak dak orang yang lalu-lalang.

Lokasi kat area kelab golf serendah, hulu selangor.

Rabu, September 28, 2011

Yamaha CDI 80: Selamba Jerr Minah Tudung Turr Pacak

Ahad, Mei 01, 2011

Remaja Dua Roda??? Istilah Skima?


Istilah Mat Rempit akan diganti dengan istilah Remaja Dua Roda. Katanya bagi minimumkan penggunaan istilah rempit dan menukar persepsi kepada golongan remaja bermotor yang negatif kepada positif.

Cuba buat ayat mudah 1...

Seronok jadi Mat Rempit. (tepat, sedap didengar, garangggg...)

Seronok jadi Mat Motor. (tepat, sedap didengar, sopan)

Seronok jadi Remaja Dua Roda. (skima, Keh... keh.. keh... macam sarkis...)

Cuba buat ayat mudah 2...

Pakwe aku Mat Rempit. (tepat, sedap didengar, garangggg...)

Pakwe aku Mat Motor. (tepat, sedap didengar, sopan)

Pakwe aku Remaja Dua Roda. (Kah.. Kah.. Kah.. Kah.. macam cacat ajer pakwe dia... Kah.. Kah.. Kah.. Kah.. Just kidding..)

Isnin, Disember 14, 2009

Melayu Tidak Buta IT Lagi, Malahan Mendahului Teknologi

Catatan Sental: Internet sememangnya telah mengubah pemikiran manusia di seluruh dunia dan Malaysia terkena tempiasnya. Lebih-lebih lagi remaja masakini yang dok gian dengan laman sesawang seperti facebook, youtube, Multiply, Blogspot, Wordpress dan macam-macam ada. Begitu berpengaruh laman maya ini kerana sifatnya yang dapat melangkaui sempadan negara hanya dengan klik-klok aje. Ia sukar disekat (jika kerajaan buta IT), ditapis dan dihalang tidak seperti media cetak lain. Maka dengan itu, bahan-bahan lucah dengan begitu mudah memasuki negara yang selama ini dapat dihalang kemasukannya. Malahan terdapat juga golongan melayu ini berani muatnaik gambar-gambar dan video-video tak potong asmara mereka menjadi tontonan dan sesetengahnya dijual kepada umum.

Selain internet pengaruh media cetak dan elektronik merupakan salah satu penyebab berlakunya gejala-gejala sosial. Melalui siaran-siaran radio TV dan tayangan video, remaja mudah terdedah kepada gejala yang tidak sihat seperti unsur-unsur ganas dan luar, budaya barat, budaya dadah, tahayul dan seks bebas. Dengan wujudnya suasana sekeliling yang semakin rosak dan iman yang tipis, para remaja mudah terdorong untuk mencuba aksi-aksi ganas dan adegan-adegan yang berahi yang telah mereka tonton melalui TV atau video lucah yang berleluasa di pasaran. Akibatnya.. ada akai pikiaq lah sendiri...

(Moral: Sudah potong ka.. untuk perkhidmatan lebih pantas... kah..kah..kah. Web tok arab tak boleh masuk perkataan porno, sex, boob dan lain-lain sebab kena blok. Tetapi bila taip Melayu boleh beratur anak-anak melayu punya aksi. kah.. koh.. keh...)

Rabu, Oktober 14, 2009

Mereka Umnobn Berjaya Memerdekakan Minda Remaja Bontot

Kerana ingin menjatuhkan maruah seorang yang bernama Anwar Ibrahim, mereka ini sanggup melakukan apa sahaja bagi mematahkan kebangkitan beliau yang dilihat begitu bergaya sehingga menggusarkan pemikiran setiap pemimpin tertinggi umnobn.

Memandangkan Anwar Ibrahim adalah musuh politik utama umno, tidak hairanlah mereka sanggup menaburkan fitnah liwat ke dalam kepala otak remaja-remaja sekarang terutamanya di Bagan Pinang. Jadi sikap dan cara halus umnobn ini adalah sangat merbahaya kerana merosakkan pemikiran logik remaja masakini.

Tidak hairanlah juga jika tujuan umnobn membangkitkan semula kenyataan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Abdul Murad Khalid, kononnya Anwar mempunyai dana haram bernilai RM3 billion. Dakwaan itu bukan baru. Ia lahir pada awal Anwar dipecat oleh orang tua nyanyok Mahathir Mohamad pada tahun 1998 sebagai perancangan halus untuk mengaibkan Anwar di mata rakyat, selain daripada tuduhan liwat.

Namun tuduhan yang dibuat oleh Murad Khalid itu adalah tanpa bukti dan tidak mampu bertahan jika diuji kesahihannya di mahkamah. Oleh itu Murad serta merta menarik semula kenyataan bersumpah beliau dan tuduhan berkenaan tenggelam begitu sahaja sehingga ia diungkit kembali oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan juak-juak umno yang tidak berpuas hati kepada Anwar.

Namun persoalannya mudah untuk rakyat berfikir. Jika Anwar melakukan sebarang salah laku, pecah amanah, rasuah dan sebagainya. Bagaimanakah Umnobn boleh membiarkan beliau terlepas begitu sahaja sekian lama. Lebih 10 tahun sejak dipecat kerana dianggap "tidak sebulu" dengan Mahathir, pihak berkenaan gagal membawa sebarang bukti yang boleh mensabitkan Anwar dengan tuduhan menyalahgunakan wang rakyat.

Terdahulu Tan Sri Muhyiddin Yasin sanggup menuduh Anwar kononnya sebagai mengkhianati bangsa melayu tanpa memberi hujah yang bernas dalam membuat fitnah itu menerusi akhbar lidah umno. Bilamana Anwar sendiri mengambil cara terhormat (gantleman) dengan menjemput Muhyiddin untuk mengadakan perbahasan terbuka bagi menjelaskan isu berkenaan. Sehingga kini masih belum diterima kata putus dari Muhyiddin samada sanggup berdebat mengenai isu Pengkhianat Negara bersama Anwar Ibrahim. Cara Anwar memberikan Muhyiddin peluang jelas untuk memperlihatkan keikhlasan dan kejujuran pimpinannya. Namun Muhyiddin gagal mempamerkan kewibawaannya sebagai orang kedua tertinggi dalam umno bersama dengan tuduhan beliau itu.

(Moral: Ada lagikah isu untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim yang pemimpin tertinggi hangpa sampai takut sangat dengan kebangkitan beliau...?)


Khamis, Oktober 08, 2009

Umno Galak Generasi Muda Yang Samseng Sertai Parti



Tan Sri Muhyiddin Yasin membuat kenyataan mahukan lebih ramai pemimpin dan generasi muda menyertai umno untuk menyemarakkan perjuangan parti itu.

"Usaha kita untuk membawa perubahan dan transformasi dalam parti akan kita mulakan. Terdapat ramai perwakilan terdiri daripada golongan pemuda dan puteri dan ini memberi ruang yang lebih supaya generasi baharu dapat berperanan dalam proses meremajakan umno supaya parti itu kekal relevan.'
-Tan Sri Muhyiddin Yasin

Dalam pada kenyatan tersebut suatu tragedi telah berlaku yang mana lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang. Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ. Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu. Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah. Rangkaian cerita di pautan ini.

Calon Barisan Nasional di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad perlu melunaskan "hutang" dengan peneroka Felda Sendayan dan LBJ. Masalah yang menimpa peneroka-peneroka ini bermula semasa Isa menjawat jawatan menteri besar dan masih tidak dapat diselesaikan hingga sekarang. Salah seorang peneroka terbabit, R Thangam yang hadir di sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Teluk Kemang di sini mengecam keras bekas menteri besar terbabit yang didakwa bertanggungjawab dalam kes ini. Menurutnya lagi, pada tahun 1996, pihak kerajaan telah mengambil tanah peneroka Felda Sendayan secara paksa dan sehingga kini gagal menyelesaikan pembayaran kepada peneroka Felda tersebut. Klik sini.

(Moral: Jika warisan samseng yang umnobn wariskan, maka akan hancurlah negara yang akan di monopoli oleh samseng dan kongsi gelap)

Jumaat, Mei 08, 2009

PERAGUT, GIAN DAN REMPIT


Sekali lagi negara digemparkan dengan kes ragut terbaru yang menyebabkan kematian kepada mangsa. Ibu muda berusia 33 tahun, Sharifah Mohd. Noor meninggal dunia sebaik sahaja beliau diragut semasa menaiki motosikal. Sharifah yang dalam perjalanan balik ke Melor setelah bersama dengan ibunya di Kg. Bedolah, Tumpat diragut semasa tiba di Kg, Padang Raja. Sebaik diragut, motosikal EX5 yang ditunggangnya digesel oleh motosikal peragut tersebut menyebabkan beliau hilang kawalan dan terjatuh. Sebuah kenderaan Proton dari arah bertentangan tidak dapat mengelak beliau lalu melanggarnya menyebabkan kecederaan parah di kepala dan badannya. Sharifah yang mengandung tiga bulan, meninggalkan suami Mohd Zani Awang dan lima orang anak yang masih kecil (berusia dua-tigabelas tahun).

Ini adalah kes ragut ketiga berlaku berturut-turut yang menyebabkan kematian dan kes kedua membabitkan ibu muda yang sedang mengandung. Dan yang paling malang dikala para mat rempit dan peragut-peragut dajjal ini bermaharajalela, pasukan polis lebih sibuk mengerahkan kekuatan anggotanya untuk menghalang rakyat bersuara dan berhimpun secara aman di Perak. Alangkah baiknya kalau pihak polis menumpukan tugas dan tenagakerja mereka kepada menangani dan menyelesaikan masalah peningkatan jenayah yang makin membimbangkan akhir-akhir ini.

(Mat rempit mencari jalan mudah untuk mendapatkan duit. Hampeh tul.)

Post Haru Biru

Arkib Blog