Ahad, September 05, 2010

Unsur Illuminati Dalam Iklan Raya TV3

Dipetik dari MediaMalaya | Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.

Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

  1. Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
  2. Buku – Bible
  3. Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
  4. Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
  5. Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis.
  6. Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM.
  7. Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

  1. Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
  2. Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
  3. Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
  4. Pokok Krismas – Simbol Paganism

Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

  1. Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
  2. Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
  3. Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

  1. Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

  1. Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
  2. Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
  3. Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

  1. Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

  1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?

Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.

Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..

Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: “Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka” (2:120).

15 comments:

farhana berkata...

Sekarang ni, mmng banyak unsur2 mcm tu dikeluarkan...
Cuma terpulang pada org Islam itu sendiri, untuk terpengaruh atau tidak.
Hanya ilmu agama yg kuat dan jitu mampu jadi benteng ke arah kesesatan...

Zack berkata...

Ini primework studio punya kerja. Creative Director dia chinese. Kalau tak silap Douglas Khoo. Takkan dato' ahmad farid tak perasan benda ni. Hari tu kecoh pasal unsur illuminati dalam AJL. La ni dalam iklan pula. TV3 tak sensitif langsung lah.

Tanpa Nama berkata...

lagu satu unsur iluminati yang kite tak sedar..tengok ni http://forum.lowyat.net/topic/1552013/+0&#entry36112962

Tanpa Nama berkata...

ape bodoh la orang melayu sekarang
yang nk percaya menda2 karut nie buat ape? kalau ye pun dorg nk buat menda2 Illuminati or whatever shit, ape kesannye kat penonton? dont tell me lepas tgk iklan tue, lpas masak lemang, buat ketupat semua org melayu trus jadi sesat? sedangkan ramai yang x perasan ttg "maksud sebenar" iklan tue pon.. cacat la korg nie sume nk percaya menda2 ni

Tanpa Nama berkata...

ape bodoh la orang melayu sekarang
yang nk percaya menda2 karut nie buat ape? kalau ye pun dorg nk buat menda2 Illuminati or whatever shit, ape kesannye kat penonton? dont tell me lepas tgk iklan tue, lpas masak lemang, buat ketupat semua org melayu trus jadi sesat? sedangkan ramai yang x perasan ttg "maksud sebenar" iklan tue pon.. cacat la korg nie sume nk percaya menda2 ni

Tanpa Nama berkata...

Saudara dengan bangganya tlah menunjukkan keBODOHan dan ksempitan minda saudara.. Dgn cara ini lh dpt mmberikn kesan minda separuh sedar.. Tanpa kesedaran, lama-kelama'n org kita akn menganggap perkara ini biasa saje.. Sekaligus menyebabkn kerosakan aqidah.. Saudara sndri patut merasa musykil knapa unsur2 perayaan pagan d masok'n.. Sdangkn haram menyamakannya.. Harap jgn jadi sprti katak d bwah gelas.. Hanya mampu melihat, ttapi x mampu brtndak..

Tanpa Nama berkata...

Iklan ni dah kena tarik balik. Tv3 rugi sebanyak RM200 ribu kerana iklan yang bodoh dari idea creative direktor yang bangang.

anak abdullah berkata...

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Tanpa Nama berkata...

bagi duit raya, Islamkah itu?
masa kahwin, sibuk kumpul duit hantaran, Islamkah itu?
pastu bersanding, Islamkah itu?
main futsal/bola pakai shorts, Islamkah itu?

Banyak lagi yg aku nak tanya actually.

Jadi dari kau ngan kawan2 kau yg lain sibuk
siasat pasal hidden messages lah, propaganda lah,
illuminati lah bagai, baik kau ambil wudhuk dan
lengkapkan solat kau 5 kali sehari semalam.

Banyak betul masa kau kan, boleh break the code
mcm tu skali. Terjemah Al-Fatihah yg dah
berpuluh tahun kau baca tu pun tak lepas lagi.

Tanpa Nama berkata...

Orang bodoh je terima membabi buta mesej dalam iklan tu. Yang bijak akan mempersoalkan maksud yang tersirat.

Tanpa Nama berkata...

bijak lar sangat..

Tanpa Nama berkata...

lihat lah kejayaan org2 illuminati & freemason..sudah terang lg besuluh..siap explain pjg2 lebar utk org Islam bukak mate bukak minda..tgk sendiri ape yg diorg cube buat pd agama kite..tp masih ade yg dgn lantang berani2 membela iklan ni..siap suruh kaji al-fatihah lg ye..pernah x anda kaji keadaan2 yg belaku pada waktu akhir zaman?sume nye tercatat dlm al-quran..klo anda tidak mahu pecaye sekalipun akn bukti2 ni..xperlu kot sampai nk menghina bangsa anda sendiri dan membela pula org yg membuat iklan ni..

Tanpa Nama berkata...

ORANG YANG BUAT IKLAN INI IALAH CD Douglas Khoo KRISTIAN. BELIAU BIJAK MENYELITKAN UNSUR2 PUTAR BELIT SEHINGGA DATUK FARID BOLEH LEPAS IKLAN INI. SIAPA YANG KENA MAIN DISINI. VISUAL YANG MUDAH PUN TAK BOLEH NAK PAHAM.

Lan berkata...

iklan ini tidak sensitif dengan Umat Islam.

Tapi, pasal tafsiran illuminati komen tanpa nama yang pro-illuminati *paranoid*, maaf, org macam anda yang buat Islam mundur.


dan tak perlu nak beristigfar konon2nya hati saya tertutp dengan kebenaran. saya percaya illuminati wujud, tapi bukan menerusi iklan ini. anda paranoid.

Tanpa Nama berkata...

sekurang-kurangnya, org yg kaji pasal illuminati nie ada jugak bendanya yg dikaji drpd org yg hanya tahu mengutuk dan tak mahu terima kebenaran...

mmg la nampak biase iklan nie...cantik lg visualnya...same lah mcm cerita2 time christmas yg ada santa claus dgn magic die...sume nampak biase n menarik...yg nampak biase nielah yg buatkan org mula fikir...santa claus wujud ke??? buatkan org mula percaya yg magic tu ade...tak nampak lg ke???

tolonglah bukak mata tue sikit...

Post Haru Biru

Arkib Blog