Memaparkan catatan dengan label macam-macam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label macam-macam. Papar semua catatan

Isnin, April 15, 2013

'Gundik' Tayang Buah Di Kelab Malam Awie?




Awie seorang towkey Kelab Malam di Ipoh, Perak telah menyeru dan mengajak rakan-rakan artisnya suapa terus memebrikan sokongan kepada Najib Razak.

Malas Omak Kau nak ulas panjang-panjang...Terpulanglah para artis sama ada nak sahut seruan rakan mereka yang kini sudah menjadi towkey kelab atau rakan-rakan bekas artis yang kini bergiat cergas dalam politik Pakatan Rakyat. -omakkau-

Ahad, April 29, 2012

Superhero Jepun 'Kamen Rider' Turun Sertai Bersih 3

Sebelum bersih 3.... Adehhh... terikat....


Semasa perhimpunan bersih 3... hehehehe... Senyum sebelum tidur... Hehehehehe...


Sabtu, April 28, 2012

Real Video: Polis Bawa Kereta Gila-Babi Terus Rempuh Peserta Bersih 3


Tengok dan download cepat sebelum kena remove. Yang bawa kereta turr polis pakai spek gelap, bertopi keledar dan berpakaian preman, sengaja mahu menghuruharakan keadaan. Senang sebut polis provokasi. Jalan dah ditutup camana pulak polis neh boleh berkereta dengan laju di tengah lautan manusia. Kalau tidak ada polis yang memandu secara bangang cam neh dah tentu tiada kejadian kemalangan.



BERSIH 3: Video & Gambar Malam, Ganti Media Penjilat Pungkok Umno Barisan Najis

KERAjaan Barisan Najis memberi tekanan kepada Polis dan FRU menyebabkan mereka bertindak kejam kepada peserta bersih 3.

Ingat... yang kena langgar itu rakyat pembayar cukai... yang kena tembak dikepala dengan FRU itu adalah rakyat pembayar cukai... yang kena sembur air itu merupakan rakyat pembayar cukai... sebahagian cukai itu adalah untuk bayar gaji Polis dan FRU... Tapi sayang... kerana kebodohan menteri umno barisan najis, habis semua polis dan fru jadi bodoh bahalol... bertindak luar batasan. PTUIHHH...

INGAT... yang hadir itu terdiri dari Melayu, Cina, India dan bangsa lain. Mereka bersatu tanpa dipaksa semata-mata mahu menuntut Pilihanraya yang Bersih dan adil tanpa penipuan oleh SPR umnobn. Maka terbuktilah selama ini bahawa umno barisan najis itulah yang sentiasa menakut-nakutkan orang melayu dengan isu perkauman.

INGAT... Arkib: Bersih 2 yang telah berlalu, polis dan FRU juga mengganas melanggar sehingga mencederakan Mat Sabu. Malah FRU menembak gas pemedih mata tepat kearah peserta sehingga mencederakan pengawal peribadi Anwar Ibrahim.

INGAT... Rakyat yang menentukan siapa yang akan naik dan siapa yang akan turun.

Pelbagai Sumber:
Al-Jazeera's: Malaysian police have clashed with thousands of protesters who are calling for an overhaul of the country's electoral system. Security forces fired tear gas and water cannon at demonstrators in the capital Kuala Lumpur. Al Jazeera's Harry Fawcett, reporting from the capital Kuala Lumpur, says he himself has experienced "some police violence".













Gambar: FRU menembak gas pemedih mata kearah kereta. Bawah mangsa kekejaman polis


Sabtu, April 21, 2012

Kualiti Proton Preve High Class, Betul kaa?

Betul… Betul... Betul... Kah… Kah... Kah... Kah... Kah... Airbag belum keluar lagik tapi butangnya dah kena sedut masuk kedalam… macam malu-malu jer… Kah… Kah... Kah... Kah... Kah...


Gambar bawah neh pulak welding yang terbaik kualitinya untuk memberi keyakinan tahap maksimum kepada pembeli kereta jenama Proton Preve High Class… Kah… Kah... Kah... Kah... Kah... mengapa buang duit untuk dapatkan barang sebegini rupa…??? gambar disini


Proton Preve Test Drive… Cengkaman Brek Mengagumkan


Proton Preve merupakan Kereta yang menepati standard dan kualiti automotif global. Preve adalah sejenis kereta sedan akan bersaingan dengan kereta dengan kelas yang sama seperti Toyota Corolla Altis, Honda Civic 1.8 liter dan Kia Forte. Preve turut akan di eksport ke pasaran luar negara.

Selain itu, Preve akan dilengkapi denga ciri-ciri keselematan terkini seperti empat beg udara, sistem kawalan brek ABS, EBD serta sistem kawalan penstabilan elektronik (ESC).

Harga standard bagi Proton Preve adalah RM 62,000 seunit, bagi versi sederhana dan premium pula ditawarkan pada harga RM65,000 dan RM75,000 seunit. Ia akan ditawarkan dalam enam warna iaitu perak, hitam, putih, coklat, merah dan biru.

Drive it to believe it… Yappp now i'm believe… Kah… Kah... Kah... Kah...




Kah… Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Beli mahal nak mamposss…. Kualiti??? Belum tahu… yang pasti… belum habis bayar semua komponen dalam bergegar… Geli telorrr den… Kah… Kah... Kah... Kah... Kah... Kah...

Khamis, April 19, 2012

Samseng Mirip Bik Mama Telah Gunting Rambut?

Inilah rupanyer samseng umnobn yang suka merobohkan khemah.... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Awww... Awww....


Gambar bawah neh pula khemah baru yang dipasang oleh mahasiswa kek dataran merdeka. Woiitttt umno beruk negara.... Politik takut-takutkan rakyat sudah ketinggalan zaman larrrr.... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah...


Kronologi Serangan Samseng Umnobn Ke Atas Kumpulan Mahasiswa di Dataran Merdeka


(19 April 2012) : Berita Universiti

2.30 AM : Diberitakan waktu ketika ini hampir 60-70 mahasiswa dan anak muda serta rakyat berada sekitar Universiti Dataran Merdeka.

2.32 AM : Suasana masih lagi tenang dengan beberapa kumpulan mahasiswa kelihatan berkumpul bagi membincangkan agenda seterusnya dan bergembira.

2.36 AM : Dan tiba-tiba, kelihatan seorang pemuda berbaju t-shirt hitam tanpa kolar berjalan meluru ke kawasan perkhemahan dan disusuli sekumpulan pemuda di belakangnya.

2.37 AM : Semua peserta himpunan tercengang dan tertanya-tanya siapakah mereka. Kumpulan pemuda terbabit sedang memerhati banner dan kain rentang serta keadaan sekeliling.

2.38 AM : Dengan tiba-tiba, kedengaran tepikan 'BANGUN... BANGUN' yang dilaungkan pemuda berbaju hitam tadi, dipercayai 'Hang Kebun' yang pernah muncul dalam satu video ugutan terhadap Adam Adli.

2.39 AM : Kelihatan dua lagi kumpulan bangun setelah jeritan itu dan berjalan serentak dari dua arah berbeza dengan kumpulan pertama, dikatakan berkumpul lebih awal. Mereka terus meluru ke arah kumpulan mahasiswa dan rakyat yang sedang berada di Dataran.

2.40 AM : Kedengaran pemuda (kumpulan samseng) berkenaan menjerit 'KAMERA PADAM, JAGA KAMERA, JANGAN RAKAM' ke arah kumpulan mahasiswa dan rakyat yang sedang tercengang dengan aksi mereka dan ingin merakam.

2.41 AM : Tiba-tiba, beberapa samseng berbaju hitam menarik kesemua khemah dan menggeledah khemah sehingga menyebabkan seorang siswi tercedera akibat dipukul dan disepak. Namun, siswi terbabit dikatakan tidak mengalami kecederaan serius. Kedengaran jeritan dari kumpulan samseng berkenaan yang mengarahkan semua kosongkan tempat dan menjerit 'BALIK TIDUR RUMAH LAA, JANGAN KECOHKAN MALAYSIA, BANGSA MELAYU APA MACAM NI, KALAU TAK SUKA MALAYSIA PERGI LUAR NEGARA LAA, dan kedengaran juga beberapa perkataan kurang sopan dilaungkan mereka.

2.42 AM : Keadaan mula kelam-kabut, khemah-khemah digeledah dan dicabut, barangan disepak dan dilempar, makanan dibaling ke rumput, dan terdapat mahasiswa berkeliaran melarikan diri bagi menyelamatkan diri. Banyak kamera, handphone dirampas dan diugut supaya tidak dirakam. Empat anggota polis berpakaian seragam yang berada tidak jauh segera dipanggil untuk membantu namun suasana masih kelam-kabut. Polis dikatakan lambat bertindak walaupun kejadian berlaku hampir 10 minit. Tumbuk-menumbuk masih berlaku walaupun terdapat anggota polis kerana terdapat provokasi daripada kumpulan pemuda samseng yang tidak ingin sebarang aksi mereka dirakam. Terdapat dua orang aktivis dilarikan ke tempat lebih jauh oleh kumpulan samseng namun berjaya diselamatkan tidak lama kemudian. Polis masih tidak menahan kumpulan samseng berkenaan walaupun adegan tumbuk-menumbuk berlaku di hadapan mereka.

2.47 AM : Masih tiada sebarang kereta peronda polis tiba namun kelihatan di situ sekumpulan anggota DBKL yang memerhati dari jauh sahaja, tidak berani lakukan apa sahaja. Kekalutan terus berlaku dan kumpulan aktivis terus dikasari, ditumbuk dan dirampas kamera. Sasaran dipercayai ke atas Adam Adli, aktivis-aktivis berbangsa Cina dan individu yang sedang membuat rakaman. Adam Adli berjaya diselamatkan lebih awal.

2.50 AM : Tiba-tiba, kelihatan seorang aktivis rakyat Melayu Islam ditarik ke jalan raya dan dibelasah hampir 15 orang. Ramai datang membantu dan kelihatan tiga buah kereta peronda polis tiba di tempat kejadian. Sebelum itu, seorang anggota polis berpakaian biasa mengeluarkan sepucuk pistol sebagai amaran kepada pergaduhan berkenaan namun tidak menembak. Kumpulan aktivis rakyat dan mahasiswa sedikit terkejut dengan tindakan anggota preman berkenaan yang tiba-tiba keluarkan pistol. Suasana sedikit reda.

2.55 AM : Kelihatan kumpulab polis yang baru tiba membantu seorang aktivis yang dibelasah sehingga berdarah di bahagian tangan dan muka (kening) di jalan raya. Ambulans dipanggil dan tiba tidak lama kemudian. Polis meluru ke arah kumpulan samseng dan meleraikan keadaan.

3.00 AM : Kelihatan rundingan dijalankan antara kumpulan polis dan samseng di satu sudut berhampiran pancutan air di Dataran Merdeka. Dan diberitakan seorang daripada mereka ditahan untuk diambil keterangan.

3.05 AM : Kumpulan mahasiswa dan rakyat masih kelam kabut kerana kumpulan samseng berkenaan masih berkeliaran dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan. Diberitakan dua cedera sehingga berdarah, tiga lagi cedera ringan dan seorang dikejarkan ke hospital. Barangan kumpulan aktivis bertaburan, banyak harta seperti handset dan kamera hilang, dipercayai dirampas samseng.

3.15 AM : Keadaan sedikit tenang setelah kehadiran kumpulan polis namun kawasan perkhemahan masih tidak dibersihkan. Tiba-tiba, seorang lelaki berbaju hijau (dipercayai SB) mengarahkan kesemua aktivis membersihkan kawasan dan menyusun balik barangan. (Setelah perbincangan, dipercayai arahan itu bertujuan supaya polis tidak sempat mengambil gambar bukti tempat kejadian yang bertaburan)

3.20 AM : Kumpulan samseng mula bersurai namun kelihatan masih berada di beberapa sudut sekitar Dataran Merdeka. Mangsa yang dihantar ke hospital, diberitakan bernama Khairul a.k.a. Bobo tidak mengalami luka serius. Keadaaan mula tenang walaupun kesemua yang berada di Dataran masih terkejut dengan apa yang berlaku.

3.30 AM : Sebarang berita mengenai kejadian itu mula dilakukan melalui laman sosial dan kelihatan orang ramai hadir untuk lihat lebih lanjut apa yang berlaku. Keadaan kembali terkawal.

3.45 AM : Keadaan tenang dan kumpulan mahasiswa serta rakyat mula berkumpul untuk menceritakan dengan lebih terperinci apa yang berlaku. Turut diperiksa barangan yang rosak dan hilang selain memastikan kesemuanya selamat. Diberitakan hampir 10 orang yang kehilangan barang dan rosak akibat kejadian itu.

4.00 AM : Kawasan perkhemahan sudah dibersihkan dan dikemaskan.

Isnin, April 09, 2012

WOW!… PM Najib Pakai Rantai 'Anjing'


Wow… Tokoh Wasatiyyah Negara pakai rantai emas… Gamaknya rantai yang dipakai PM Najib adalah lebihan rantai Bik Mama. Almaklumlah Bik mama kan suka yang besar-besar. Barang kecil tak mainlah. Apa kelas kecil-kecil… tak terasa wehhh… Kah… Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... cerita lanjut disini.



Sabtu, April 07, 2012

Video 'Anjing' PERKASA Ganggu Perasmian Pejabat PKR Alor Setar





Majlis Perasmian Pejabat PKR di Jalan Putra Alor Setar telah cuba digangggu oleh sekumpulan Ahli PERKASA, namun di halau balik oleh orang ramai yg berada di Bangunan Sentosa… Sungguh memalukan sistem demokrasi di Malaysia yg berat sebelah ini. Hasil dr tindakan perkasa menjadikan rakyat yg tidak terlibat di dalam majlis PKR pun telah menunjukan simpati dgn menghalau kumpulan yg cuba bertindak ala ala samseng kg dusun.... memalukan bila seorang pak cik cina tua menghalau mereka.. umno sudah redesak ..dlm masa yg sama rakyat telah menilai sendiri apa ka jadahnya tindakan perkasam ini....

Nota: 
Maka benarlah Perkasa, Pekida, Pemuda Umno, Dan Ngo pro umno yang ultra perkauman, mereka inilah yang menghuru-harakan Negara sebenarnya.

Sheikh Abdulkarim Omar Fatani Nampak Kelibat 'Hantu' Belakang Najib?

Lembaga pendek gedebab boleh main sorok-sorok la pulak…

…Maka tertanyalah pak Sheikh… Aku hanya nampak jambulnya sahaja… sebahagian yang lain ghaib entah kemana… Kah… Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... lanjut disini.


Jumaat, April 06, 2012

April: Bulan Rakyat Bangun Melawan?




Merakam peristiwa satu sejarah...


Isnin, April 02, 2012

Ganguan Seksual: Video Neelofa Akui Pernah Diumpan VIP


Videografer metro neh pun sempat lagi jelajah neelofa dari bawah keatas… keh… keh... keh... keh... keh...

Turki tiada minyak tapi mampu beri pendidikan percuma – Anwar




KeadilanDaily | Jika Turki yang tiada sesen pun hasil minyak mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya, tiada sebab Malaysia yang mencatat untung RM90 bilion setahun dari sumber petroleum tidak berupaya melakukan kebajikan sama.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Recep Tayyib Erdogan memberi pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat rendah hingga universiti walaupun baru tiga tahun memerintah Turki.

“Bila kita sebut mansuh PTPTN, isu utama yang harus difokus ialah pendidikan percuma untuk semua rakyat terutama golongan miskin. Bukan isu nak pindahkan wang Petronas bayar PTPTN.

“Prinsip asasnya ialah pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke universiti,” katanya  pada dialog bertajuk ‘Pemberdayaan Kebajikan dan Ekonomi Rakyat’ anjuran Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Subang Jaya 31 Mac lalu.

Beliau mengakui PTPTN adalah isu paling popular yang diaju kepadanya termasuk di facebook dan twitter.

Walaupun PTPTN dimansuh, Anwar berkata, Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak akan membuang kakitangan di perbadanan itu kerana mereka akan diserap ke Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

“Walaupun pegawai ramai, kita juga tetap pastikan khidmat atau mutu kerja mereka bertambah baik untuk rakyat,” katanya.

Mengenai pemberian 20 peratus royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan seperti yang termaktub dalam Buku Jingga, Anwar berkata ia tidak akan menjejaskan negeri lain.

Ini kerana, katanya, 80 peratus hasil minyak itu mampu menampung perbelanjaan negara dengan memastikan royalti diurus mengikut pengurusan yang baik.

“Keutamaan royalti 20 peratus difokus kepada golongan miskin. Apabila kita menyebut kemiskinan ia merangkumi sama ada Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Cina dan India.

“Pada masa sama, kita memperketat prosedur kewangan selain pengurusannya dijalankan individu yang bertanggungjawab, amanah dan berintegriti,” katanya.

Ahad, April 01, 2012

Ratusan Ringgit Dihabiskan Kerana 1 Bendera Pas?

Yang dipertua Majlis daerah pekan jadik 'trauma' bila melihat 1 bendera PAS naik mencanak lebih tinggi dari bendera 'syaitan' biru berhadapan pejabat MDP. Maka MDP terpaksa memperuntukkan ratusan ringgit untuk menyewa sebuah Kren bergerak bersama pemandu untuk menurunkan bendera PAS tersebut.
- Bendera PAS dinaikkan pada 25hb Mac 2012 di sebatang pokok di bandar Pekan

- Barisan Nasional menaikkan bendera di sebatang pokok di depan pejabat Majlis Daerah Pekan pada 27hb Mac 2012.

- Sebuah Crane dibawa untuk menurunkan bendera PAS ada 30 Mac 2012.

- Bendera PAS diturunkan oleh pekerja MDP menggunakan crane yang disewa.

- Bendera Barisan Nasional dikekalkan walaupun bendera tersebut betul-betul didepan pejabat MDP.

Bendera PAS dinaikkan disebelah bendera BN di pokok yang sama depan pejabat MDP 31 Mac 2012.
 (Gambar: Pas Kawasan Pekan)

Nota:
Wa yakin pekerja MDP yang menurunkan bendera PAS neh akan memberi sokongan kepada parti Bulan mengambang kerana menaikkan kembali bendera tersebut lebih tinggi dari bendera Barisan Najis...

Jumaat, Mac 30, 2012

Video Ceramah Anwar Ibrahim Di Bangi, Sambutan 'Hambar' Tapi Hangat


Bangi Selangor 29/03/2012

@Via google schedule update

Menarik: Buku Masakan Sebenar

Sebuah buku masakan yang pertama dan boleh dibaca tulisannya, kemudian dimasak dan makan. Dibentuk dari 100% pasta segar, ia boleh dibuka, dan tertulis dengan resepi dalam bahasa Jerman. dan akhirnya dimasak dalam ketuhar. Dibungkus sebagai 'lasagne' klasik. Buku masakan ini direka sebagai projek khas untuk rumah penerbitan yang besar. Ianya bukan untuk dijual. Korang boleh cuba sendiri dirumah menggunakan teknik yang sama dan bagi mengwujudkan cabaran, korang kena buat serupa macam surat khabar utusan malaysia... boleh kerrrr... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah...

Sumber gambar www.korefe.de



Post Haru Biru

Arkib Blog