Memaparkan catatan dengan label kemalangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemalangan. Papar semua catatan

Isnin, November 14, 2011

Mayat Mat Motor Tersadai Dalam Parit

Korang yang menunggang motor tuh berhati-hatilah. Pandai-pandai lah cari laluan yang selamat. Malang tidak berbau. Amat malang jika tragedi tersebut berlaku ditempat sunyi dan tak dak orang yang lalu-lalang.

Lokasi kat area kelab golf serendah, hulu selangor.

Ahad, Oktober 23, 2011

Video: Penunggang MotoGP Honda Maut Di Litar Sepang





Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan, demikian diputuskan oleh penganjur Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports. Pembatalan acara MotoGP dibuat selepas kemalangan membabitkan penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli.

Ia adalah kecelakaan besar menimpa MotoGP Malaysia di litar Sepang petang ini. Pada lap kedua penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli terjatuh dan kepalanya dilanggar oleh dua pelumba lain Colin Edwards serta Valentino Rossi. Penunggang Honda itu dilaporkan meninggal dunia.

Edwards dan Rossi masih mampu bangkit. Sementara Simoncelli yang masih terkapar tak sadarkan diri dengan helmet tercabut langsung dinaikkan ke ambulans. Beliau diberitakan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala akibat dilanggar dua pelumba itu, Edward dan Rossi.

Jumaat, September 30, 2011

Gadis Berkecai Dalam Kemalangan Kereta... Suspek??

Balaknyer yang tersepit hanya mampu melihat... menyesal... sedih... tak percaya... kusut... apakah yang sedang berlaku dalam kereta itu sehingga driver tersebut hilang tumpuan???? Suspek nih... tetiba terkekan pedal minyak lebih.... Adussss.... sumber gambar>>>



Rabu, September 28, 2011

Video: Letupan Kompleks Empire Subang

Khamis, April 28, 2011

Peringatan Buat Zahid Hamidi?

Takziah buat keluarga mangsa dan peringatan buat Zahid hamidi yang pernah menghantar gengnya memukul seorang rider suatu ketika dahulu yang boleh dikategorikan sebagai jenayah.



Pembantu khas Zahid Hamidi Maut Dalam Kemalangan

Bernama | Ahmad Shaari Abdul Rani (foto), pembantu khas Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terbunuh apabila motosikal berkuasa besar yang ditungganginya terbabas di KM 83.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada 3.30 petang itu, Ahmad Shaari, 55, yang menunggang motosikal 1100 cc sedang dalam perjalanan ke Langkawi untuk menghadiri kursus di sana mulai esok.

Jurucakap polis berkata kejadian berlaku ketika hujan lebat.

Ahmad Shaari meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini.

Rabu, Januari 05, 2011

Kena Main Lagi Kah... Kah... Kah...


18 bulan yang lalu yakni Ogos 2009... PM Najib telah memberi keyakinan yang tinggi kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock...

"secara peribadi Beliau dan seluruh anggota kabinet memberi perhatian kepada kes kematian Teoh"

“Siatan terperinci akan di adakan untuk mencari punca kejadian dan mereka yang bertanggung jawab di jamin tidak terlepas daripada tindakan undang undang”



Namun hari ini 5 Jan 2011... Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Teoh, pembantu politik kepada seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor pada 2009, sebagai penghakiman terbuka, iaitu tidak dapat dipastikan sama ada dia dibunuh atau membunuh diri.

Chitttt... Buang masa dan duit buat Inkues. Seluruh rakyat Malaysia yang follow Inkues TBH sudah kena Tipu maaa....So, bagaimana dengan janji Najib kepada keluarga mendiang TBH bahawa anda dan seluruh Kabinet akan memberikan perhatian penuh untuk membawa mereka yang bertanggung jawab ke mahkamah?... Ohhh... WTF...

Teoh Beng Hock pengsan ajer maaa.... kah... kah... kah....

Selasa, Disember 21, 2010

Video Kemalangan Bas Di Simpang Pulai



ADA PIHAK DIKATAKAN TABUR MINYAK DI KAWASAN KEMALANGAN BAS

AHLI Parlimen Cameron Highlands, S K Devamany, yakin ada pihak tertentu mencurah minyak di beberapa kawasan di KM 15 menuruni pusat peranginan itu termasuk di kawasan yang menyebabkan sebuah bas pesiaran dua tingkat, remuk teruk mengorbankan 28 nyawa hari ini. Seterusnya Klik.




Post Haru Biru

Arkib Blog