Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan

Rabu, April 10, 2013

Petugas UBN Jatuh Pokok Kelapa


Sedekahkan al-fatihah kepada beliau…


Kepada geng diluar sana yang pasang bendera parti harap berhati-hati. Malang tidak berbau....

Jumaat, Januari 27, 2012

Ustaz Azhar Idrus: Perihal Susu Dada Terlebih Banyak

Beri SUSU Dada Tanpa Izin SUAMI


Jual Susu Dada Di INTERNET

Isnin, September 26, 2011

Video Hudud

Undang-Undang Islam terhadap jenayah Rogol Dan Persoalan Hukum Hudud


Hudud Bagi Bukan Islam

Jumaat, September 23, 2011

Pengorbanan Seorang Ibu

Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.

Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.

Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "

Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.

Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!.

Rabu, Oktober 27, 2010

Pelajar PASTI; Si kecil berjiwa besar

Ahad, Oktober 17, 2010

Islamic Fashion Festival Banyak Dedah Dan Buka. Sesuai Dengan Jiwa Bik Mama Dan Puteri Umno

Adakahkah fesyen-fesyen ini sesuai dengan temanya (Festival Fesyen Islam) atau mahu mempermainkan dan mempersenda 'Islam' dengan rekabentuk yang masih mendedahkan aurat.









Mana hilangnya ketertiban dalam menghasilkan karya bertemakan ISLAM?.
Syarat 1: Tudung yang dilabuhkan sehingga menutupi dada.
Syarat 2: Pakaian yang longgar dan tidak menampakkan tubuh badan.
Syarat 3: Menutupi Seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua belah tapak tangan.

Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya:

"akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian. Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta (bonggol).

Dalam riwayat Bukhari, hadis ini terdapat tambahan yang berbunyi:

Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium sedikit pun bau syurga. Sesungguhnya bau syurga itu dapat tercium dari jarak yang amat jauh sekali.

"Apa yang dikatakan berpakaian tetapi telanjang itulah dengan memakai pakaian yang ketat dan menampakkan tubuh badan serta memakai pakaian yang longgar tetapi jarang.

Khamis, Julai 22, 2010

Bayi Perempuan, Jangan Benci Malah Perlu Bersyukur Anugerah Allah SWT

Artikel benci dapat bayi perempuan boleh baca di pautan ini.

Kelebihan memiliki anak perempuan

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka."

Seorang lelaki bertanya, "Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?"

Sabda baginda, "Juga untuk dua anak perempuan."

Seorang lelaki berkata, "atau untuk seorang wahai Rasulullah?"

Rasulullah SAW menjawab, "Juga untuk seorang." (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga."(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

~Nak anak lelaki. Klik. Setiap anugerahnya ada hikmahnya sendiri. Beriman lah kamu kepada Allah SWT yang maha mengetahui.

Selasa, Jun 29, 2010

Awan berbentuk jenazah

BENTUK awan aneh menyerupai jenazah yang sempat dirakam di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.

Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi.

Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut.

"Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugas di balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalan di kem tersebut.

"Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangan supaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazah setinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun dari langit," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selain itu, Mahiran pula berkata, kepulan awan yang berbentuk seperti kalimah syahadah juga kelihatan di atas objek tersebut.



Rabu, Jun 23, 2010

Dimana nak cari bini yang 'ori'? Banyak 'Second-hand'


Oleh Ustaz Saiful Bahri

Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin. Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.

Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk 'Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual' dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu.

Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada 'dunia seksual' seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi. Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya," katanya.

Antara tanggungjawab sebuah kerajaan dalam Islam adalah menjaga 5 asas kehidupan manusia. 1. Menjaga Agama. 2. Menjaga Harta. 3. Menjaga Akal. 4. Menjaga Zuriat & Keturunan. 5. Menjaga nyawa. Ia juga dianggap sebagai perkara dhoruriyat yang penting demi maslahah dan kepentingan sesuatu kehendak syariah.

Amat malang apabila pihak kerajaan gagal dalam menjaga semua ini dan kerajaan juga gagal menegakkan syariah Islam padanya. Hukum riddah, mencuri & merompak, minum arak, zina dan bunuh balas serta qisas adalah berkaitan dengannya. Suasana hari ini tidak selesa perkembangan anak-anak membesar dengan budaya Islam tetapi tetapi budaya kehaiwanan dan hawa nafsu serta syahwat. Penzinaan berlaku merata-rata dan bahkan sudah menjadi bala Allah Swt keatas bangsa Malaysia. Anak luar nikah sudah menjangkau juta. Malaysia sudah tidak selamat lagi untuk hidup terpelihara mengikut persekitaran melayu yang penuh budaya ketimuran apatah lagi mengharapkan persekitaran dan cara hidup Islam. Malaysia umpama mekah diera jahiliyyah.

Bagaimana generasi era 2020 nanti? Adakah lagi Insan di Malaysia ini? Adakah lagi bakal ibu muslimah untuk anak-anak mujahid sabilillah? Kalau hanya baki 1/4 dari remaja yang tidak mengamalkan sek bebas. Dimanakah nak dicari calon isteri yang ori? Adakah nanti semuanya barang second-hand?

الزَّانِي لَا يَنْكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنْكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukmin (Surah an-Nur: 3)

Kalau berdasarkan ayat diatas nescaya tidak wajar orang yang beriman kawin dengan yang berzina, demikian pula sebaliknya. Habis dimanakah nak dicari bakal ibu yang soleh kepada anak-anak yang 3/4 sudah ditebuk tupai dan bagaimana pula seorang muslimah yang suci hendak mencari suami-suami atau bakal bapa yang soleh buat anak-anaknya yang tidak pernah berzina. Huhh dahsyatnya umat sekarang.

Khamis, Disember 31, 2009

Masih Ada Yang Bersedih

Lupakan politik sebentar. Di penghujung 2009 yang akan melabuhkan tirai menanti ambang 2010, rakyat malaysia dikejutkan dengan kemalangan bas express sani yang mengorbankan 10 penumpang kerana pemandunya terlelap ketika memandu beberapa hari lepas. Namun hari ini dikejutkan lagi dengan penemuan mayat wanita berselimut didalam almari pakaian. Dalam dok seronok pada kemuncak klimaks tahun baharu malam ini, masih ada insan yang bersedih dengan pemergian mereka ini. Anak-anak, ibu-bapa, atuk nenek dan sedara-mara harus tabah menerima ujian yang sangat getir. Sekelip mata berubah tanpa mendengari lagi gelak tawa seperti sebelum ini.


  • KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita, dengan mulutnya ditampal pita pelekat dan dibungkus dengan selimut, dipercayai dibunuh ditemui di dalam sebuah almari pakaian di rumahnya di Pinggiran Ukay di sini malam tadi. Mayat Fazlina Ahmad, 39, ditemui dalam almari bilik tidur utama rumah teres dua tingkat oleh sepasukan anggota polis pada pukul 9 malam selepas menerima laporan daripada rakan mangsa yang mengadu mangsa gagal dihubungi. Sementara itu Polis menahan seorang wanita, dipercayai teman kepada suami wanita yang ditemui mati dalam sebuah almari pakaian di rumahnya di Pinggiran Ukay di sini semalam bagi membantu siasatan. Polis menjejaki wanita itu yang dipercayai ada bersama suami mangsa pada kira-kira pukul 9 malam di sekitar ibu negara selepas dia (suami mangsa) menghilangkan diri ketika mayat isterinya ditemui di rumahnya. Fazlina dipercayai mati akibat kelemasan dan mayat mangsa tidak mempunyai sebarang kesan luka mahupun pergelutan. Teman wanita itu dipercayai mengenali suami mangsa sejak awal tahun lepas atas urusan perniagaan makanan yang dijalankan bersama Fazlina. Difahamkan, mangsa tinggal bersama dua anak perempuan, yang masing-masing berusia lima dan tujuh tahun bersama seorang pembantu rumah, tetapi tiada di rumah itu kerana berada di rumah keluarga suami mangsa. >Lanjut>>

Khamis, November 26, 2009

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW - 9 Zulhijjah 10H

Sekadar sebagai muhasabah diri kita semua, fitnah akhir zaman sudah mula berleluasa. Marilah kita ingatkan kembali dan segarkan kembali pesanan Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

~Artikel Blog Klik Sini~

Rabu, November 25, 2009

Takut Tanpa Takwa?


Bila pemimpin hilang sifat ketakwaan, kesopanan dan kesusilaan maka wujudlah pemerintahan kuku besi dengan menakut-nakutkan masyarakat yang ingin bersuara lantang. Jika pemimpin tidak ada sifat takwa terjadilah lacuran perundangan serta penyampaian songsang. Tanpa rasa takwa di kalangan para pemimpin juga mampu menjadi faktor perpecahan umat dan mengwujudkan suasana politik yang kotor di kalangan mereka. Hilangnya rasa takwa ini mampu menimbulkan perasaan takut jika terlucut kuasa dan jawatan. Malahan, mereka lagi takut jika kebenaran mengambil tempat kebatilan.

Rabu, Oktober 21, 2009

Sebat Sebagai Pengajaran Perlu Diutamakan, Glammer Datang Kemudian


Orang ramai perlu melihat hukuman sebat ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor walaupun hukuman tersebut dijalankan didalam penjara.

"Sekiranya hukuman sebat ke atas Kartika itu dijalankan di dalam penjara, ia mestilah disaksikan oleh orang ramai. Jika tidak ia tidak memberikan apa-apa pengajaran kepada orang ramai. Menurut undang-undang Islam, hukuman sebat ke atas seseorang yang didapati bersalah minum minuman keras (arak) adalah sebanyak 40 atau 80 sebatan. Dengan hanya 6 sebatan, ia tentunya tidak menepati undang-undang Islam. Tetapi sehingga kini, itulah sahaja undang-undang yang ada di dalam negara kita. Mahu tidak mahu terpaksalah kita terima dulu apa yang ada."

"Hendak jalankan 6 sebatan ke atas Kartika itu pun bukan main payah. Pelbagai pihak bincang sana sini. Patutnya jalankanlah terus kerana hukuman tersebut sudah diluluskan Mahkamah dan dipersetujui oleh pihak yang bersalah. Sepatutnya mereka harus memberi kerjasama dan bukannya menentang perlaksanaannya. Dengan itu barulah boleh menjalankan undang-undang yang lebih Islamik."

"Saya sebenarnya amat kesal dengan apa yang berlaku. Setiap umat Islam patutnya menyokong kepada perlaksanaan undang-undang Islam. Jikalau ditentang, bagaimana Undang-undang Islam hendak dilaksanakan?. Sedangkan undang-undang Islam itu amat baik bagi kepentingan masyarakat. Dengan apa yang berlaku itu jelas menunjukkan kelemahan iman di kalangan umat Islam. Jadi setiap umat Islam perlu merenungi perkara itu dengan lebih mendalam demi mempertingkatkan tahap keimanan dan ketakwaan masing-masing terhadap Allah SWT."
-Datuk Seri Harussani Zakaria, Mufti Perak

Sabtu, Oktober 10, 2009

Bagan Pinang: Renungan Sejenak Sebelum Memangkah Petak Yang Tepat

Adakah orang yang pernah terbabit dengan rasuah boleh menjadi wali bagi perkahwinan anaknya?. Kitab-kitab fiqah menyebut tidak boleh. Kesalahan rasuah dikategorikan di bawah dosa-dosa besar. Usahkan menjadi wali, dilantik sebagai saksi sesuatu perkahwinan pun tidak boleh. Sedangkan syarat untuk melayakkan seseorang Islam menjadi saksi antaranya mesti berlaku adil, tidak bercakap bohong, tidak melakukan dosa besar dan tak mengekalkan dosa kecil.

Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, orang yang terlibat dengan rasuah dikategorikan sebagai fasik iaitu rosak iman.

"Usahkan mahu dilantik sebagai pemimpin, menjadi saksi kepada perkahwinan pun tidak boleh bagi orang macam itu. Jadi kalau kita lantik orang macam itu maka berdosalah kita sebagai orang Islam."
-Ustaz Abdullah Abdul Razak

Manakala suara dari mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin menasihatkan pengundi DUN Bagan Pinang haruslah memilih calon yang baik pada nilaian agama dan bijak berpolitik.

"Mengenai pemilihan, saya tetap dengan pegangan saya, iaitu undi atau pilih berdasarkan calon. Lihat kualiti calon dan bukan pada jenama parti. Pengundi Bagan Pinang hendaklah teliti menilai perkara ini. Pilih yang berkemampuan dan amanah. Dengan itu anda penuhi tuntutan Islam."
-Dr Asri Zainul Abidin

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan berkata tanggungjawab rakyat adalah penting bagi memastikan negara dipimpin dengan syariat yang betul.

"Tanggungjawab sebagai rakyat adalah penting bagi memastikan negara dipandu mengikut syariat Allah. Segala bentuk rasuah, penyelewengan, perjudian atau seumpamanya harus diambil tindakan tegas kerajaan negeri bagi melahirkan sebuah pentadbiran kerajaan yang bersih."
-TGNA

Pengarah pilihanraya keAdilan, Saifuddin Nasution Ismail meminta pengundi di Bagan Pinang menolak calon BN, Tan Sri Isa Samad yang terkenal dengan amalan rasuah.

"Inilah trend pemilihan umno. Saya tahu satu persatu nama mereka yang ada kes rasuah, termasuklah Isa. Kalau dah rasuah itu apa hukumnya?. Islam melarang rasuah, tetapi presiden umno, Dato' Seri Najib mempertahankan pula perasuah. Najib kata ia bukan kesalahan jenayah tetapi hanya teknikal. Inilah amalan umno, mereka sudah sebati dengan rasuah."
-Saifuddin Nasution Ismail

Khamis, Ogos 27, 2009

Berpuasa Tapi Tidak Mengerjakan Solat. Guanno

Soalan; ustaz, apakah diterima puasa orang yang sengaja meninggalkan solat? kerana saya melihat ramai orang yang berpusa tapi tidak mengerjakan solat.

Jawapan;
Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, maka ia murtad dari agama dengan sepakat(ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.

Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), maka para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;
1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.
2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.

Berpegang kepada pandangan Imam Ahmad tersebut, maka sebahagian ulamak hari ini (terutamannya dari Arab Saudi seperti Syeikh Bin Baz, Ibnu Usaimin dan sebagainya) berpendapat; orang yang tidak menunaikan solat fardhu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya) sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin;

“Jika kamu berpuasa tanpa mengerakan solat, kami ingin menegaskan kepada kamu; sesungguhnya puasa kamu adalah batal/ rosak, tidak sah, tidak memberi manfaat kepada kamu di sisi Allah dan tidak mendekatkan kamu kepadaNya…” (Fatawa Ulama’Baladil-Haram, hlm. 198).

Adapun berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. Namun perlu dipersoalkan; adakah puasanya itu akan diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang cukup besar dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah. Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riyak; solatnya sah (dari sudut Fiqh) apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya, namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riyak tersebut.

Kerana itu, ulamak-ulamak al-Azhar (seperti Syeikh ‘Atiyah Saqar (bekas ketua Lujnah Fatwa al-Azhar), Dr. Ahmad asy-Syirbasi (bekas pensyarah di Universti al-Azhar), Dr. Muhammad Bakr Ismail, Dr. Muhammad ‘Ali Jum’ah dan ramai lagi), walaupun pendapat mereka tidak sekeras ulamak-ulamak dari Arab Saudi tadi, tetapi mereka menegaskan;

“Orang yang tidak mengerjakan solat sekalipun puasanya sah tetapi tidak diterima Allah (yakni tidak diberi pahala)”.

Syeikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya; “Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, maka hadis Nabi s.a.w. menunjukkan ia tidak diterima…”. Hadis yang dimaksudkan oleh Syeikh ‘Atiyah itu ialah sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);

“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).

Jika dengan kerana akhlak mazmumah (dusta dan sebagainya) telah pun menyebabkan puasa ditolak oleh Allah, maka lebih-lebih lagilah dengan meninggalkan solat fardhu yang dosanya amatlah besar, berkali-kali ganda lebih besar dari dosa kerana akhlak mazmumah itu.

Wallahu a’lam.

Khamis, Ogos 06, 2009

Ayatnya Terpelihara

Allah menyebut (mafhumnya): “Sesungguhnya hanya Kami yang menurunkan al-Quran dan Kami-lah yang akan memeliharannya." (Surah al-Hijr, ayat 9)






Untuk Peringatan Diri

Berikut ini pertanyaan-pertanyaan yang memudahkan kita menilai diri:
  1. Apakah anda setiap hari selalu solat subuh berjamaah di masjid?
  2. Apakah anda selalu menjaga solat yang 5 waktu berjamaah di masjid? (bagi laki-laki)
  3. Apakah anda hari ini membaca Al-Qur’an?
  4. Apakah anda rutin membaca zikir setelah selesai melaksanakan solat wajib?
  5. Apakah anda selalu menjaga solat sunnah rawatib sebelum dan sesudah solat wajib?
  6. Apakah anda hari ini khusyu’ dalam solat, menghayati apa yang anda baca?
  7. Apakah anda hari ini mengingat mati dan kubur?
  8. Apakah anda hari ini mengingat hari kiamat, segala peristiwa dan kedahsyatannya?
  9. Apakah anda telah memohon kepada Allah sebanyak 3 kali agar dimasukkan ke dalam syurga?
>>Yang ke 10 dan seterusnya>>>

Pemimpin PR Jangan Terlalu EMO, Rakyat Akan Menilai

Pakatan Rakyat perlu mengambil langkah yang serius bagi mendisplinkan pemimpin parti komponen yang lain yang terdiri dari PAS, KeADILan dan DAP. Setiap isu perlu diselesaikan di meja rundingan dan bukannya menghentam sesama sendiri mengikut emosi. Sebarang tindakan dan kenyataan tidak melampaui batas sehingga menjejaskan imej baik yang ada di mata rakyat, sekaligus mencalarkan dan memberi kesempatan kepada musuh untuk merosakkan hubungan baik yang sedia ada. Dengan sikap begini mampu memberi ruang kepada umnobn bagi membolosi dan memecahkan Pakatan Rakyat.

"Pengajaran di sini ialah, pemimpin Pakatan Rakyat tidak boleh melihat kepentingan sebelah pihak sahaja dengan mengabaikan yang lain kerana kita hidup berbilang bangsa dan undi kita juga datangnya daripada orang Islam dan bukan Islam. Justeru, sebarang ketidakpuasan hati, berbincang dengan baik dan bukannya bercakap di luar, sehingga memberi gambaran yang buruk dan salah kepada Pakatan Rakyat. Jangan emosi dan terburu-buru dalam bertindak hingga mencetuskan rasa kurang senang pihak lain. Berhati-hati keluar kenyataan. Ada saluran perbincangan baik di dalam parti mahupun kerajaan negeri."
-Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS

(Moral: Kepada pemimpin parti Pakatan Rakyat yang terlalu emosi haruslah muhasabah diri bagi memantapkan pemikiran yang jelas dan mampu memberi kekuatan kepada parti. Jikalau tidak mampu berbuat demikian haruslah meletakkan jawatan. Perlu ingat anda berada tahap tersebut kerana rakyat yang membuat pilihan. Hasan al-Bashri berkata, "Seorang mukmin itu pemimpin bagi dirinya sendiri. Ia muhasabah dirinya kerana Allah. Sesungguhnya hisab pada hari kiamat nanti akan ringan bagi mereka yang telah mengadakannya di dunia. Dan sebaliknya hisab akan berat bagi kaum yang menempuh urusan ini tanpa pernah muhasabah.". Setiap permasalahan ada penyelesaiannya. Bekerjalah kerana Allah dan bukan mengikut nafsu. Ada satu masalah macamana nak hasilkan benih getah yang boleh mengeluarkan susu emas?)

Rabu, Ogos 05, 2009

Seks Bebas Punca Segalanya, Kerajaan Perlu Ambil Tindakan TEGAS



KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya. Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik. Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah. Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.

"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam. Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut. -Kosmo


Punca seks bebas
Antara punca-punca utamanya ialah pengaruh budaya barat. Remaja pada zaman ini berpendapat bahawa budaya barat adalah lebih canggih dan lebih moden. Oleh itu, pengaruh budaya barat yang berfikiran terbuka merupakan dorongan kepada remaja hari ini untuk menjalin hubungan seks bebas. Perasaan bangga terhadap kelakuan tidak bermoral ini menyebabkan mereka terbawa-bawa dengan budaya barat sehingga melupakan diri dan didikan agama. Selain itu, dorongan dalaman dalam jiwa seseorang juga merupakan faktor yang menyumbang kepada gejala keruntuhan akhlak ini. Bagi seorang remaja yang normal, dia akan mempunyai tarikan seksual terhadap jantina yang bertentangan dan akan terdorong untuk menjalinkan hubungan seks.

Kesan-kesan seks bebas, pengguguran dan pembuangan bayi
Berdasarkan isu-isu semasa yang dibincangkan, jelaslah perlakuan seks bebas semakin menular di kalangan masyarakat terutamanya di kalangan remaja yang tidak berfikiran matang. Perlakuan seks bebas membawa banyak impak negatif. Antara kesan-kesan yang jelas kelihatan adalah peningkatan kes pengguguran dan pembuangan bayi. Pengguguran menyebabkan kesihatan wanita tersebut terjejas dan peluang untuk dijangkiti penyakit akan meningkat. Mereka berkemungkinan besar akan menghadapi masalah-masalah seperti kemandulan, jangkitan pada organ pembiakan dan kematian. Selain masalah-masalah fizikal yang telah dibincangkan, pengguguran juga akan mengakibatkan gangguan emosi dan mental seperti kemurungan, perasaan rasa bersalah, resah gelisah dan hilang keyakinan diri. Untuk kes pembuangan bayi, implikasinya jauh lebih serius berbanding dengan pengguguran. Hal ini disebabkan akan menjejaskan bukan sahaja individu tersebut malah lapisan masyarakat. Individual tersebut akan mengalami gangguan mental dan emosi tidak tenteram serta rasa bersalah. Lebih-lebih lagi, individu yang membuat perancangan untuk membuang bayinya tidak akan meminta bantuan perubatan dari doktor. Hal ini menyebabkan individu tersebut berkemungkinan kehilangan darah, jangkitan kuman dan kecederaan semasa bersalin. Tambahan pula, kadar kematian bayi akan meningkat kerana tidak mendapat jagaan perubatan yang rapi dan sempurna. Bayi yang dibuang akan mengalami masalah mental dan bersikap ekstrem jika tidak diberi tumpuan dan kasih sayang yang secukupnya. Masalah ini akan bertambah serius apabila mereka melangkah ke dunia dewasa. Sikap mereka yang ekstrem akan mendorong mereka ke arah penjenayahan.

Perlu Ingat Pegangan Agama
Dalam konteks agama islam, perbuatan seks bebas adalah diharamkan. Menurut ajaran agama islam, salah satu asas utama agama Islam ialah Akhlak yang bermaksud tingkahlaku. Akhlak yang baik akan lahir apabila kita melakukan sesuatu perbuatan seolah-olah Allah melihat dan mengawasi setiap perbuatan. Maka, akhlak yang baik mestilah dipupuk dan dipelihara oleh setiap insan. Salah satu ciri akhlak seorang muslim ialah mencontohi akhlak yang baik dan meninggalkan akhlak yang tercela atau keji. Oleh sebab itu, perbuatan seks bebas jelas bertentangan dengan ajaran islam yang berpegang teguh kepada akhlak yang baik. Selain daripada itu, Islam mementingkan 5 perkara yang perlu dijaga iaitu harta, Maruah, Akal, Nyawa dan Agama. Dalam konteks ini, perbuatan seks bebas adalah bercanggah dengan salah satu perkara tersebut iaitu maruah manakala pengguguran boleh dikaitkan dengan nyawa iaitu pemgambilan nyawa janin yang secara langsungnya bermaksud pembunuhan. Oleh sebab yang demikian juga, sesiapa yang tidak menjaga 5 perkara tersebut adalah dianggap berdosa besar dan mesti segera bertaubat. Dalam isu yang dibincangkan ini,salah satu punca kepada berlakunya gejala sosial ini mungkin bersangkut paut dengan kegagalan golongan remaja dalam mengawal hawa nafsu dan godaaan. Maka, dalam ajaran Islam, bagi mereka yang tidak dapat menahan keinginan, Islam menggalakkan umatnya menggunakan saluran lain seperti berkahwin atau berpuasa.

(Moral: TAK BERMORAL... Kesian bayi tu baru aje nak melihat dunia yang indah ini dah kena buang oleh yang tidak bertanggungjawab. Banyak kejadian-kejadian sebegini berlaku tanpa dibenteras dengan TEGAS dan dipantau oleh kerajaan. KENA AMBIL SERIUS)

Rabu, Julai 29, 2009

SAMPAIKAN PENGETAHUAN DARIKU WALAUPUN HANYA SATU AYAT

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry... After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Post Haru Biru

Arkib Blog