Rabu, Ogos 05, 2009

Seks Bebas Punca Segalanya, Kerajaan Perlu Ambil Tindakan TEGAS



KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya. Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik. Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah. Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.

"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam. Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut. -Kosmo


Punca seks bebas
Antara punca-punca utamanya ialah pengaruh budaya barat. Remaja pada zaman ini berpendapat bahawa budaya barat adalah lebih canggih dan lebih moden. Oleh itu, pengaruh budaya barat yang berfikiran terbuka merupakan dorongan kepada remaja hari ini untuk menjalin hubungan seks bebas. Perasaan bangga terhadap kelakuan tidak bermoral ini menyebabkan mereka terbawa-bawa dengan budaya barat sehingga melupakan diri dan didikan agama. Selain itu, dorongan dalaman dalam jiwa seseorang juga merupakan faktor yang menyumbang kepada gejala keruntuhan akhlak ini. Bagi seorang remaja yang normal, dia akan mempunyai tarikan seksual terhadap jantina yang bertentangan dan akan terdorong untuk menjalinkan hubungan seks.

Kesan-kesan seks bebas, pengguguran dan pembuangan bayi
Berdasarkan isu-isu semasa yang dibincangkan, jelaslah perlakuan seks bebas semakin menular di kalangan masyarakat terutamanya di kalangan remaja yang tidak berfikiran matang. Perlakuan seks bebas membawa banyak impak negatif. Antara kesan-kesan yang jelas kelihatan adalah peningkatan kes pengguguran dan pembuangan bayi. Pengguguran menyebabkan kesihatan wanita tersebut terjejas dan peluang untuk dijangkiti penyakit akan meningkat. Mereka berkemungkinan besar akan menghadapi masalah-masalah seperti kemandulan, jangkitan pada organ pembiakan dan kematian. Selain masalah-masalah fizikal yang telah dibincangkan, pengguguran juga akan mengakibatkan gangguan emosi dan mental seperti kemurungan, perasaan rasa bersalah, resah gelisah dan hilang keyakinan diri. Untuk kes pembuangan bayi, implikasinya jauh lebih serius berbanding dengan pengguguran. Hal ini disebabkan akan menjejaskan bukan sahaja individu tersebut malah lapisan masyarakat. Individual tersebut akan mengalami gangguan mental dan emosi tidak tenteram serta rasa bersalah. Lebih-lebih lagi, individu yang membuat perancangan untuk membuang bayinya tidak akan meminta bantuan perubatan dari doktor. Hal ini menyebabkan individu tersebut berkemungkinan kehilangan darah, jangkitan kuman dan kecederaan semasa bersalin. Tambahan pula, kadar kematian bayi akan meningkat kerana tidak mendapat jagaan perubatan yang rapi dan sempurna. Bayi yang dibuang akan mengalami masalah mental dan bersikap ekstrem jika tidak diberi tumpuan dan kasih sayang yang secukupnya. Masalah ini akan bertambah serius apabila mereka melangkah ke dunia dewasa. Sikap mereka yang ekstrem akan mendorong mereka ke arah penjenayahan.

Perlu Ingat Pegangan Agama
Dalam konteks agama islam, perbuatan seks bebas adalah diharamkan. Menurut ajaran agama islam, salah satu asas utama agama Islam ialah Akhlak yang bermaksud tingkahlaku. Akhlak yang baik akan lahir apabila kita melakukan sesuatu perbuatan seolah-olah Allah melihat dan mengawasi setiap perbuatan. Maka, akhlak yang baik mestilah dipupuk dan dipelihara oleh setiap insan. Salah satu ciri akhlak seorang muslim ialah mencontohi akhlak yang baik dan meninggalkan akhlak yang tercela atau keji. Oleh sebab itu, perbuatan seks bebas jelas bertentangan dengan ajaran islam yang berpegang teguh kepada akhlak yang baik. Selain daripada itu, Islam mementingkan 5 perkara yang perlu dijaga iaitu harta, Maruah, Akal, Nyawa dan Agama. Dalam konteks ini, perbuatan seks bebas adalah bercanggah dengan salah satu perkara tersebut iaitu maruah manakala pengguguran boleh dikaitkan dengan nyawa iaitu pemgambilan nyawa janin yang secara langsungnya bermaksud pembunuhan. Oleh sebab yang demikian juga, sesiapa yang tidak menjaga 5 perkara tersebut adalah dianggap berdosa besar dan mesti segera bertaubat. Dalam isu yang dibincangkan ini,salah satu punca kepada berlakunya gejala sosial ini mungkin bersangkut paut dengan kegagalan golongan remaja dalam mengawal hawa nafsu dan godaaan. Maka, dalam ajaran Islam, bagi mereka yang tidak dapat menahan keinginan, Islam menggalakkan umatnya menggunakan saluran lain seperti berkahwin atau berpuasa.

(Moral: TAK BERMORAL... Kesian bayi tu baru aje nak melihat dunia yang indah ini dah kena buang oleh yang tidak bertanggungjawab. Banyak kejadian-kejadian sebegini berlaku tanpa dibenteras dengan TEGAS dan dipantau oleh kerajaan. KENA AMBIL SERIUS)

3 comments:

ahsfantasy24 berkata...

na'uzubillahiminzaalik..

Eddie berkata...

Siuttt.. kejammya macam yahudi...

Tanpa Nama berkata...

astaga...tkt ak...nsb ak khwn cpt2

Post Haru Biru

Arkib Blog