Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, pemimpin Umno sekarang mulai faham 'bahasa' rakyat melalui bantahan jalanan secara besar-besaran yang diadakan. Umnobn tidak mampu lagi menyembunyikan perasaan cemas sehingga terpaksa mencari pelbagai isu bagi menghentam pemimpin Pakatan Rakyat. Keadaan terdesak itu dapat dilihat apabila media pro BN terpaksa mencipta pelbagai isu termasuk menyiarkan berita seorang bapa mendakwa anaknya diperalat. Manakala peniaga di Kuala Lumpur pula mendakwa mengalami kerugian besar ekoran demontrasi membantah ISA, Sabtu lalu.
Hilang RM330 billion kerana rasuah
Lebih teruk lagi, Ooi Heng memetik statistik anggaran sebuah badan pelabur Amerika Syarikat, Morgan Stanley, mendakwa Malaysia kehilangan RM330 billion kerana rasuah dalam jangka masa 20 tahun yang lepas. Malah, Pemudah yang ditubuhkan dalam zaman pemerintahan Abdullah Badawi, pernah menganggarkan kehilangan sebanyak RM10 billion kerana rasuah dalam tempoh setahun. Justeru itu, Ooi Heng mengingatkan menteri supaya tanya pelabur, sama ada menyokong rule of law atau menyokong korupsi, sebelum mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan.
Selain itu, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen yang mengeluarkan kenyataan bahawa "demonstrasi menakutkan pelabur asing", telah dikritik sebagai "cacat akal". Josh Hong, kolumnis merdekareview mengambil Hong Kong sebagai contoh, membuktikan bahawa wilayah yang diiktiraf daya saingnya itu, mengadakan demonstrasi secara besar-besaran sekurang-kurangnya dua kali setahun. Malah, demonstrasi anti-globalisasi secara besar-besaran, yang diadakan pada Disember 2005, tidak memperlihatkan penurunan dalam pelaburan asing. Josh Hong berkata, Hong Kong telah memperkembangkan budaya demonstrasi yang unggul, tidak mencetus kesulitan dan tidak meninggalkan sampah-sarap, dengan syarat polis menghormati kebebasan dan hak rakyat untuk berhimpun.
Hujah bahawa "demonstrasi bukan budaya kami" telah disanggah dengan fakta sejarah. CEO Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, Tang Ah Chai yang sebelum ini ditemuramah merdekareview, dalam kolumnya di therocknews, mengingatkan bahawa datuk kepada Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein, iaitu Dato' Onn Jaafar adalah pemimpin demonstrasi ketika membantah cadangan Kesatuan Malaya. Jelas, sesetengah pihak kini cuba membaca perhimpunan Mansuhkan ISA ini dari perspektif "perkauman". Semakin banyak hujah berbau perkauman dijangka menyarat dada media cetak. -Merdekareview
(Moral: Kah... Koh... Keh... Tak puas lagi ka nak bermain dan permainkan minda rakyat. Kuat main betul lah korang ni.. buat kerja lah)
Rabu, Ogos 05, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
Alahai takkan jimat duit nak beli baju tutup litup. kah..kah..kah. Wahai ahlil umnobn korang ikut jejak langkah si Bung ni. Lebih senang dap...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pendakwaraya kerana masih mencuba untuk membatal atau menangguhkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi mengara...
-
Salam semua. Terlewat nak update. Wa nak minta jasa baik Ahli PKR. Sempena PRK P094 Hulu Selangor, ada seorang sahabat wa mahu mencetak post...
-
Submit URL to Google, Yahoo and Live. Remember to submit your new website or blog URL to search engine like Google, Yahoo and Live. It is a ...
-
Gambar hiasan Hari ini dikejutkan lagi dengan kejadian polis menembak seorang remaja 15 tahun dikepala menyebabkan mangsa mati serta merta. ...
-
Menuduh ketua pentadbir sebagai syaitan yang bertopeng manusia dan sanggup pertahan seksyen 23 dengan nyawa tapi adakah penyuara ini berani ...







0 comments:
Catat Ulasan