Memaparkan catatan dengan label hudud. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hudud. Papar semua catatan

Isnin, September 26, 2011

Hindu Lebih Faham Hudud Dari Melayu Umno?


Kalau ikut kenyataan Dr B Chandran ni menunjukkan beliau lebih faham tentang situasi hukuman hudud berbanding menteri-menteri melayu (Islam) Umnobn yang berlagak sombong dan tunggu masa nak mampusss...

...Menurutnya, mereka berbuat demikian bukan kerana sengaja, sebaliknya tidak mendapat penjelasan sewajarnya dan ditakut-takutkan dengan kenyataan pihak tertentu yang berkepentingan, sehingga hudud digambarkan sebagai hukum yang zalim.

“Mereka bukan mahu menentang kerana sengaja tetapi kerana jahil, apabila mereka tahu, tiada masalah. Itu yang saya nampak dan tidak boleh sesekali marahkan mereka. Orang bukan Islam langsung tidak belajar mengenai hudud.

“Dahulu pun saya begitu, dengar macam-macam seperti hukuman potong tangan dan potong kaki tetapi apabila mula belajar, saya melihat hudud tiada kecacatan,”

“Hudud adalah daripada Tuhan dan ia adalah produk yang mulia. Anda ada produk yang baik tetapi tidak guna juga jika ada jurujual yang tidak baik. Kalau kita tengok orang putih (Inggeris), sekalipun produk mereka tidak baik tetapi jurujualnya baik, mereka berjaya menarik pelanggan,”
bacaan penuh disini>>>

Nota: Hudud bukan dari PAS, ia dah tertulis dalam Al-Quran. Jika anda sebagai muslim, takkan benda yang ditulis dalam Al-Quran pun hangpa nak bantah dan buat penghinaan mcam kartun utusan kat bawah nih.. lahanatlah pelukis kartun itu...

Lagi Menteri Umnobn Kantoi Mabuk DiMeja Judi?

Kalau tertangkap dan kebetulan hudud telah terlaksana... mampuih larr menteri turrr...



Mengaku Hukum Hudud adalah undang-undang tuhan, tapi beliau memberi jaminan Barisan Nasional tidak akan melaksanakannya. Jadi untuk apa undang-undang tuhan diakui kalau tak mahu dilaksanakan?

Umno Tak Suka Hukuman Yang Adil?

Kalau hukuman dari british law itu adil, dah lama elitis umnobn berpangkat jerung dan paus melayu terkubur didasar laut. Ini anak-anak ikan je yang terbongkeng. Itu tidak adil...

Ada media pun mengampu lebih. Suka sangat menonjolkan keburukkan hukuman hudud daripada menceritakan kebaikan dan keadilan hukuman itu.

Video Hudud

Undang-Undang Islam terhadap jenayah Rogol Dan Persoalan Hukum Hudud


Hudud Bagi Bukan Islam

Khamis, Ogos 19, 2010

Nik Aziz: Hukum hudud cara selesai isu buang bayi, jenayah


Bernama | KOTA BARU, 19 Ogos — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nit Mat berkata kerajaan negeri berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas di Kelantan bagi mendidik umat Islam membendung kejadian buang bayi dan jenayah.

Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS berkata, undang-undang yang sedia di negara ini dilihat gagal menangani sebarang bentuk gejala jenayah dan sosial kerana ia tidak disertakan dengan didikan agama.

Katanya undang-undang bukanlah jawapan sebenar ke arah penyelesaian kepada jenayah dan gejala sosial, seperti kes rasuah, pembuangan bayi yang sedang melanda negara sekarang.

"Polis dan menggari pesalah adalah perkara kedua, yang penting dan utama ialah didikan agama supaya dapat ditanam roh takwa di kalangan umat manusia," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Hududullah dan Seminar Hukuman Sebat Syariah di Kompleks Balai Islam, di sini, hari ini.

Tiga kertas kerja dibentangkan dalam seminar itu, iaitu "Hukuman Sebat Daripada Perspektif Islam" oleh Felo Kanan Jabatan Undang-Undang Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Mohd Saleh Ahmad; "Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah; Realiti Pelaksanaan" oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad dan Pelaksanaan Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah" oleh Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Seksyen Syariah) Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa.

Kelantan dan Terengganu merupakan dua negeri yang sudah mempunyai Undang-Undang Hudud dan Qisas untuk orang Islam ketika di bawah pentadbiran PAS tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Antara percanggahan itu termasuk pelaksanaan terhadap prosedur, kesalahan dan hukuman jenayah termasuk mencuri dan membunuh yang telah mempunyai peruntukan undang-undang Persekutuan di negara ini.

Nik Abdul Aziz berkata penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup mengawal manusia tanpa disertai didikan dan tarbiyah syariat Islam dari peringkat ibu bapa, guru hingga pentadbir kerajaan negeri dan pusat.

Justeru itu, katanya, kerajaan negeri tetap berusaha untuk melaksanakan hukum hudud yang tidak harus dilihat sebagai suatu hukuman potong tangan terhadap pencuri semata-mata.

Hukum itu sendiri bertindak untuk mengajar umat manusia supaya tidak melanggar perkara yang dilarang tuhan kerana kelak ia akan membawa satu penyakit kanser moral kepada manusia, yang akhirnya menjatuhkan ketamadunan manusia sendiri, katanya.

"Hudud adalah garis sempadan yang ditentukan Allah menghadkan sesuatu yang termasuk dalam apa yang dilarang dan diperintah dan bukan semata-mata hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina," tegas beliau.

Post Haru Biru

Arkib Blog