Memaparkan catatan dengan label pusat dalam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pusat dalam. Papar semua catatan

Jumaat, September 23, 2011

Pengorbanan Seorang Ibu

Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.

Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.

Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "

Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.

Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!.

Rabu, Oktober 21, 2009

Khairy Jamaluddin Cuba Buat Fitnah Untuk Menutup Ketidakadilan Pemerintahan UMNOBN


Dalam ucapan dasar sempena perhimpunan Agung Pemuda Umno, dakwaan ketua pemuda Khairy Jamaluddin berhubung kegagalan kerajaan negeri Selangor yang kononnya tidak menunaikan janji kepada rakyat negeri itu bertujuan menutup kelemahan dan ketidakadilan BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa kerajaan negeri Selangor tidak menunaikan janji memberi hadiah wang Sebanyak RM1,000 kepada setiap anak selangor yang ditawarkan masuk ke Universiti serta penurunan 20 peratus cukai pintu.

Menurut Adun Seri Setia, Nazmi Nik Ahmad, Sejak Pakatan Rakyat mentadbir Selangor kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai program kebajikan di bawah rancangan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi membantu golongan miskin tanpa mengira kaum dan agama. RM1,000 diberikan kepada setiap anak daripada keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah yang berjaya memasuki universiti.

Oleh kerana program ini tidak dihebohkan oleh media lidah umno, setakat ini penerima melebihi 7,000 orang daripada 12,340 permohonan. Dakwaan Khairy bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak menunaikan janji adalah pembohongan semata-mata. Berhubung penurunan kadar cukai pintu, Khairy perlu sedar cukai pintu merupakan salah satu sumber pendapatan kerajaan negeri kerana kerajaan Persekutuan telah gagal mengagih kekayaan negara secara adil kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Untuk mengurangkan beban rakyat selangor kerajaan negeri mengenakan pengurangan 70 peratus keatas denda cukai taksiran yang tertunggak bagi tunggakkan hasil sebelum 2007. Bagi denda cukai tertunggak mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2008, pengecualian sebanyak 100 peratus.

Khairy tidak harus menafikan kertidakadilan yang dilakukan kerajaan pusat seperti penyaluran sumber persekutuan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Selangor adalah satu penyalahgunaan kekayaan rakyat. Kerajaan Pusat harus berubah sikap kepada yang lebih adil dan saksama dalam pembahagian kekayaan negara kepada semua negeri Pakatan Rakyat.

(Moral: Berapa ye korang kena bayar ke Lembaga Hasil..? atau ada yang bersilat mengelakkan dari membayar cukai? Cuba tanya Sultan Perak dan keluarganya dah bayar cukai ke belum?)

Isnin, Oktober 12, 2009

Kuatkan Semangat Anda Menolak Mereka Demi Memperjuangkan Islam

Demi untuk membersihkan negara dari sebarang gejala rasuah dan rompakkan hasil negara oleh pemimpin-pemimpin umnobn, rakyat yang peka akan hal ini harus bertekad untuk menumbangkan Barisan Nasional pada PRU ke-13. Negara hampir menjadi muflis akibat ketamakkan kuasa Umnobn yang membahagikan harta yang sepatutnya untuk rakyat telah terlepas kepada kroni dan peribadi para pemimpin umnobn.

Lihatlah mereka yang berjawatan dalam umno, hampir kesemua mereka kaya raya dengan kereta mewah berumah banglow serta wang ringgit yang tidak habis dimakan oleh anak beranak mereka. Manakala rakyat bawahan seperti anda makin bekerja keras untuk menyara kaum keluarga dek kerana golongan ini menyusahkan anda dengan cukai sini-sana dan kenaikan barang.

Darimanakah semua ini diperolehi jika tidak merompak harta rakyat. Semua kesalahan yang mereka buat adalah tidak salah dimata mereka dan tunggangannya. Sebab mereka ada kuasa sebagai kerajaan pemerintah dan rakyat masih memberi mandat untuk mereka menerajui negara. Apabila umno meletakkan calon perasuah yang dihukum kerana rasuah, menang dalam partinya dengan cara rasuah, maka apakah jaminannya dia tidak merasuah rakyat Bagan Pinang untuk memenangi kerusi DUN.

Apa nak heran, mereka tidak mempunyai moral dan perasaan bersalah kerana mereka akan dilindungi oleh pihak-pihak berkuasa yang sedia diperalatkan seperti peguam negara, Polis dan para Hakim serta lain-lain. Maka atas rasa tidak bersalah itulah mereka sanggup mengamalkan rasuah sebagai pegangan hidup dalam pemerintahan. Akidah rasuah inilah yang diterapkan oleh Umnobn di Bagan Pinang dan semua pilihanraya sehingga rakyat tidak akan rasa bersalah atau berdosa apabila menerima rasuah wang ringgit mahupun rasuah kebendaan.

Mereka bijak memberi tekanan kepada rakyat dengan kenaikkan yang menyusahkan. Kemudian mereka umnobn akan menawarkan perbelanjaan, wang, harta benda dan pembangunan supaya rakyat yang kesempitan melihat betapa baiknya golongan Umnobn ini. Amat malang bagi rakyat Bagan Pinang kerana dengan seratus dua wang yang dihulurkan sudah tergadai maruah dan harga diri. Sifat mereka tidak berubah sama seperti menteri-menteri di zaman Melaka terdahulu yang sanggup membuka pintu besar Istana supaya British dapat menyerang dan menawan Malaysia hanya dengan rasuah.

Ingatlah wahai orang melayu yang bertunjangkan kalam Allah. Jangan sesekali membiarkan diri anda, bangsa dan agama anda tergadai kerana RASUAH HARAM.

(Moral: Sekelip mata engkau berubah hanya dengan rasuah... eh-eh dah pakai Mercedes CLS... ekao memang hebat jang)

Khamis, September 03, 2009

Royalti Minyak, Kerajaan Pusat Perkosa Keuntungan Khazanah Negeri

KUALA TERENGGANU – Penyerahan kembali wang royalti petroleum kepangkuan negeri Terengganu sebagaimana di hebohkan sebelum ini adalah satu retorik dan merupakan publisiti politik Umno dan Barisan Nasional (BN). Sehingga kini, kerajaan Terengganu masih belum menerima wang tersebut, sebagaimana didedahkan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini. Malah, dalam rundingan dengan kerajaan pusat, ada kecenderungan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Pusat tidak mahu mengembalikan bayaran wang royalti sepenuhnya kepada kerajaan negeri Terengganu lapor Buletin Online.

"Kita (PAS) mahu memberikan penekanan supaya kembalikan semula royalti sepenuhnya pada bulan sembilan (September) ini. Yang kedua, pastikan jumlah RM8 bilion yang telah digunakan kerajaan Pusat dapat balik, pasal sekarang ada kecenderungan kerajaan Pusat nak potong itu, nak potong ini, macam-macam nak potong, tidak mahu bayar sepenuhnya. Kita akan mendesak, kerana itu hak negeri, kita ada maruah dan kita ada harga diri dan pengkhianatan itu dilakukan sewaktu kita (PAS) memerintah. Orang lain guna duit kita untuk belanja, benda-benda bukan untuk manfaat rakyat negeri. Tambah pula hok (yang) dia bagi (beri) kat negeri itu pun, buat benda-benda yang rakyat tak dapat faedah secara langsung, sehinggakan sana runtuh, sini bocor. Atas nama (Ahli) Parlimen saya akan teruskan membawa (isu ini) ke parlimen kerana (kalau hendak diharapkan) anggota parlimen Barisan Nasional (dari Terengganu), mereka tidak (pernah) sebut pun hal royalti, pasal mereka tahu ini pengkhianatan mereka daripada awal lagi."
-Mohd Abdul Wahid Endut, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu

(Moral: Nampaknya umno mahukan Terengganu kerana kekayaan khazanah buminya untuk kepentingan kerajaan pusat semata-mata sehingga sanggup buat tak kisah tentang pembayaran royalti minyak sehingga kini. Apakah habuan untuk rakyat terengganu jika wang royalti ini digunakan untuk kepentingan sebelah pihak. Kah..Koh..Keh.. hari-hari makan keropok lekor sambil berendam didalam kolam bocor dan memerhatikan keindahan keruntuhan stadium. Apa umno nak bagi royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan? Hanya angan-angan sahaja jika menyuruh pencuri menghadiahkan emas)

Khamis, Julai 30, 2009

UMNOBN MANIPULASI UNTUK KEPENTINGAN PARTI

Harakah: Nik Abdul Aziz sebelum ini menawarkan sikap berbaik dengan kerajaan pusat sesuai dengan konsep federalisme. Penghormatan kepada konsep tersebut amat penting kerana kerajaan negeri dengan kerajaan pusat adalah saling kait mengait dan memerlukan. Sebaliknya Muhyiddin dan Mustapa memanipulasikan kenyataan tersebut. Motif politik Umno demi kepentingan parti mereka maka setiap perkara yang dibangkitkan kerajaan pakatan rakyat diselewengkan. Umno dilihat terlalu bermain politik sehingga melupakan tanggungjawab sebagai kerajaan pusat terhadap negeri dalam kekuasaannya. Dengan itu hasrat yang diinginkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya orang Umno kembali menyokong parti itu, tidak akan tercapai. Sebagai parti yang menguasai pemerintahan negara tidak selayaknya Umno dilihat terlalu mendesak sehingga sanggup melacurkan parti untuk mengagih simpati PAS. Semua rakyat tahu apa maksud Nik Abdul Aziz dan putar belit Umno hanya menambah meluat dan kebencian rakyat terhadap Umno.

Permainan kerajaan pusat
Kerajaan pusat tidak menyegerakan wang peruntukan tahunan kepada kerajaan negeri malah terdapat negeri pakatan rakyat dinafikan perbelanjaan tersebut. Sebaliknya Kerajaan pusat tanpa segan silu tetap mengambil cukai di negeri pakatan rakyat. Di Selangor umpamanya kerajaan pusat memperolehi hasil sehingga RM80 bilion setahun tetapi sehingga kini satu sen pun kerajaan pusat tidak curahkan kepada kerajaan negeri itu kerana sikap Umno bermotif politik disebabkan Selangor diperintah Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kelantan pula hanya semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan negeri dapat mengecapi peruntukan perkapita sehingga RM6 bilion setahun sedangkan dalam masa 20 tahun pemerintahan PAS itu, Kelantan hanya diberi tidak lebih RM2 bilion dalam masa negeri lain dibawah penguasaan Umno mendapat peruntukan lebih RM6 bilion malah sampai RM11 bilion.

(Moral: Kerajaan pusat perlu menghormati keputusan rakyat di negeri Pakatan Rakyat yang tidak memilih Barisan Nasional (BN). Sebaliknya kerajaan pusat seolah mahu membalas dendam kepada rakyat negeri Pakatan Rakyat dengan peraturan yang bercanggah konsep federalisme)

Selasa, Julai 28, 2009

KERAJAAN PUSAT HANYA BERMAIN SEKITAR PUSAT LEBIH SEDAP LEBIH NIKMAT

"Kerajaan Pusat ada kewajipannya kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri pula ada kewajipannya terhadap Kerajaan Pusat. Mengapa negeri Kerajaan Pakatan Rakyat dihalang oleh parti lain di Pusat dari mendapat kemudahan sepatutnya. Kenapa peruntukan Kerajaan Persekutuan tidak diberi terus kepada Kerajaan Negeri sebagaimana dilakukan Kerajaan Pusat ketika Kelantan diperintah Umno dahulu. Kenapa kini ditubuhkan JPP?. Apa kata kalau parti lain (Kerjaan Pakatan Rakyat) menguasai Pusat lalu menubuhkan juga JPP di negeri yang di perintah Umno, apa perasaan mereka. Apa yang mereka laungkan konsep Satu Malaysia dan demokrasi adalah bercanggah dengan tindakan dilakukan Umno Pusat ke atas Kerajaan Negeri. Umno sekarang sudah tidak ada maruah. Nak minta bekerjasama dengan orang PAS). Waktu kamu gagah dahulu kamu tendang PAS keluar daripada Kerajaan Pusat. Saya ingat perkara itu. Insya-Allah, ramai lagi orang Melayu, Cina dan India yang sedar, mereka akan meninggalkan Umno-BN."
- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

(Moral: Dulu umnobn boleh berbangga kerana majoriti rakyat menyokong mereka walaupun setongkol calon kayu diletakkan, berbaris serta berduyun-duyun rakyat dungu memangkahnya. La ni bila terasa lutut dah goyang mungkin atritis agaknya, mereka sanggup melutut mahu berpadu dengan PAS)

Jumaat, Julai 17, 2009

LAGI KENAIKKAN MENGGEGARKAN

106 hari pemberian Najib kepada rakyat dengan kenaikkan berterusan akan membebankan mereka yang berpendapatan rendah di bandar.

Elektrik
Kertas kerja mengenai kenaikan tarif elektrik akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan dan jika diluluskan ia dijangka akan dikuat kuasa mulai bulan depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui. Beliau berkata, kenaikan tersebut yang melibatkan keseluruhan pengguna elektrik dalam negara termasuk pihak komersial dan pengguna biasa, telah mendapat kelulusan daripada Majlis Ekonomi Negara.

"Kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan kerana ia didorong oleh harga bahan api dan gas di pasaran antarabangsa yang menyebabkan kenaikan kos penyelenggaraan. Kalau kita tidak naikkan, pihak kerajaan atau Tenaga Nasional Berhad kena buat subsidi sebab ada pihak yang terpaksa membayarnya (kenaikan kos)."
- Datuk Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Pengangkutan Awam
Tambang untuk pengangkutan awam bagi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa di seluruh negara dinaikkan berkuatkuasa 1 Ogos. Dan jangan terkejut jika harga minyak pula dinaikkan pada pertengahan september nanti.

Selasa, Julai 14, 2009

BN MENANG, PILIHANRAYA KE-13 DIADAKAN SEGERA

"Saya terbaca e-mel yang dihantar dari seorang mengatakan saya akan umumkan pilihan raya umum ke-13 dalam masa terdekat ini kerana sokongan rakyat terhadap kita (BN) semakin meningkat."
- Datuk Seri Najib Tun Razak,

Najib menolak andaian sesetengah pihak yang mendakwa kononnya pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam masa terdekat. Beliau berkata, andaian itu tidak logik sama sekali. Mengulas lanjut mengenainya dalam sidang akhbar selepas itu, Perdana Menteri berkata beliau sendiri belum tahu bila masanya untuk mengumumkan pilihan raya umum.

(Moral: Masih belum puas lagi meggorek kekayaan negara untuk dibahagi sama rata dengan juak-juaknya)

Khamis, Julai 09, 2009

DEPA DAN KUASA

Sudah lebih 52 tahun memerintah, telah berjuta Trillion duit rakyat dimusnahkan, dirompak, dicuri dan dirasuahkan. Tidak cukup dengan itu, masa depan dan harta warisan rakyat dikhianati oleh pemimpin umnobn. Singapura terpisah begitu sahaja. Pulau Batu Putih dapat kat depa sebab kalah bicara. Sebahagian tanah Johor dijadikan wilayah warga asing meneroka begitu juga kawasan bukit jalil dan ibukota. Islam dipencilkan mengikut kehendak depa. Kemiskinan dan penderitaan rakyat tidak diperdulikan mereka. Pemimpin rasuah haram dilindungi balacinya. Ketelusan undang-undang dicabuli negara. Jenayah meningkat kerana banyak yang kena buang kerja. Polis dan jabatan kerajaan diperkudakan sampai puas muka. Penggangguran meningkat sebab tindakan sambil lewa. Kehidupan rakyat semakin terhimpit di kota dengan bayaran-bayaran tak munasabah dari mereka. Kebebasan bersuara dinafikan oleh mereka yang gila kuasa. Saspek pembunuh tidak dibicarakan sebab takut rakyat jelata mengata. Institusi Raja dipermainkan dengan penuh kehalusan mereka. Orang kampung pun ada yang terasa. Penangan Kerajaan Pusat Mereka...

Isnin, Julai 06, 2009

BERKUMPUL AWAL INGAT NAK PI MENOREH

KUALA KRAI: Penyokong calon Barisan Nasional (BN) dan Pas mula berkumpul sejak jam 6.30 pagi tadi di sekitar bandar ini sebelum menuju ke pusat penamaan calon di Sek Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra (1). Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah mengambil tempat di depan pusat penamaan calon yang memisahkan laluan di antara calon BN dan Pas.

Sebelumnya:
"Orang Perak kata, kita kena lara (ikut arus) dengan isu-isu lokal yang dekat di hati rakyat. Dalam kes Manik Urai keutamaan perlu diberi kepada pokok getah sebab banyak penduduknya menoreh getah," kata penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussein.

Hasil tinjauan beliau di kawasan itu, Ahmad telah mencadangkan supaya KESEDAR dan RISDA menetapkan peratusan pendapatan 60 peratus kepada pemilik kebun dan 40 peratus kepada penoreh getah, yang kebanyakannya warga Thailand.

"Kalau di Temalir saya tengok taukeh (pemilik kebun getah) naik (motosikal) Honda Cup tetapi penoreh getah (yang mengambil upah) naik (kereta) Honda Accord... Ini tak betul," katanya.

(Moral: Kenapa bila adanya pilihanraya kecil baru nak ambil berat pasal masalah para pekebun getah. Awat selama 63 tahun sebelum ni hangpa tak ambil peduli langsung.... hampeh)

BILA LESUNG LUPA PENUMBUKNYA

Bila dah memegang jawatan besar dan bergaji besar serta berperut besar maka terkeluarlah statement yang mengangkuhkan diri sendiri yang dah sememangnya ngok.


"Pengundi di Manik Urai perlu menolak calon PAS dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN). Pusing-pusing saja di Kelantan, lihat sendiri, Manik Urai lagi teruk. Jika tiada bantuan dari kerajaan BN, (kerajaan Kelantan) dah tutup kedai lama dah. Pada tahun 2007 kita belanja dekat RM27 juta. Perbelanjaan negeri hanya RM10 juta. Tahun lepas kita belanja RM41 juta, dia hanya RM11 juta. Tahun ini saja kita dah belanja RM21 juta dia, dia baru RM2 juta tapi riuh rendah cerita dalam ceramah."
- Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


"Kali ini pengundi di Manik Urai jangan terpedaya dengan 'gula-gula' yang diberi PAS... di luar sahaja manis tetapi di dalam pahit. Mereka (pengundi) sendiri boleh menilai siapa yang benar dan siapa salah. Banyak isu yang dibawa PAS dalam ceramahnya bertujuan menjatuhkan BN dengan mudah dapat ditangkis dan kebanyakannya sudah ditangani kerajaan pusat."
- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno

(Moral: Angkuhnya... sifat siapakah itu?)

Sabtu, Julai 04, 2009

THE CALL of KTULU Update

Perbincangan obama dan najib dalam talian telefon yang telah ditranslatekan didalam bahasa rock kapak. Terdapat pro dan kontra yang di ambil dari pelbagai source.

Obama: Hallow bro.. lu apa macam sekarang. Wa dengar lu punya kes Altantuya sudah banyak diperkatakan wartawan luar negara. Dan lu punya jambatan no 3 sudah di kensel kan oleh sultan.

Najib: Relex lar geng. Wa tak ambik hal. Apa diorang nak kata lantak lah. Itu jambatan wa ada masyuk sikit. Tapi sultan tarak kasi buat, rugi gua. Lu hello wa ada apa hal.

Obama: Sebenarnya wa nak cari kroni yang dapat memainkan peranan dalam proses dan usaha membebaskan Semenanjung Korea daripada senjata nuklear di Korea Utara dan Iran.

Najib: Oooh.. no hal lah... lu punya pasal wa akan cucuk jarum sama itu pemerintah. Lu tahu ka kita ada pengalaman luas untuk menentang Komunis.

Obama: Kah..kah..kah... lu jangan megah diri najib. Tapi gua percaya sama lu sebab lu sudah pergi ke negara china kasi tiaw itu kepala komunis.

Najib & Obama: Kah..kah..kah.. koh...koh...keh...keh...keh

Obama: Apa macam ekonomi negara lu la nih. Ada kemajuan ka.

Najib: La nih merundum sikit tapi akan naik lebih positif pada suku keempat tahun ini. Lu injek sikit la pasaran dunia.

Obama: Wa dah enjek siket. Tak boleh banyak sangat nanti negara wa pulak kering kontang. Lagipun wa kena cover proksi-proksi yahudi ni sebab diorang yang dok jana ekonomi negara wa. Wa dengar lu ada masyuk sikit pasai Zon bebas PKFZ. Lu sana bikin apa kasi pulih ekonomi malaysia.

Najib: Wa kat sini kasi habih itu rakyat punya duit buat injection kat GLC company. Itu PKFZ masyuk ciput aja. Sekarang wa tengah nak cucuk jarum kat petronas mau taruk wa punya proksi. Tapi itu board director tarak kasi la. Itu petronas banyak bikin duit woo. Bila lu mau kasi pindah itu 2 orang tahanan. Kat sini pun wa ada tempat tahanan sama macam guantanamo bay.

Obama: Aiyak... lu bikin kusut wa punya kapla. nanti wa pikirkan mau kasi itu dua orang Mohd Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep kat lu. Nanti bila wa... ksst.. sst..zzzt.. hallow... ksst.. sst..zzzt.. hallow najib..

Najib: ksst.. sst..zzzt.. hello... ksst.. sst..zzzt.. hello obama... aisey men line putus pulak.. Tak guna perkhidmatan phone ni.. kasi malu negara wa saja...

(Moral: Bila dapat panggilan penting pastikan bar dan bateri hp anda penuh supaya tidak menyusahkan orang lain)


Statement penutup dari Najib

Dalam perutusannya, Perdana Menteri berkata beliau gembira kerana Kuala Lumpur dan Washington sentiasa menjalin hubungan yang akrab serta sangat baik, dan beliau yakin hubungan itu akan terus berkembang dalam tahun-tahun mendatang demi manfaat bersama kedua-dua negara.

"Saya sentiasa mengharapkan untuk bekerjasama rapat dengan tuan ke arah merealisasikan matlamat ini, dan sekali lagi menyuarakan setinggi-tinggi harapan saya untuk bertemu tuan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu dua hala serta melibatkan kepentingan bersama keduadua negara. Saya ingin bekerjasama rapat dengan tuan ke arah menjalin hubungan yang lebih baik antara negara tuan dan dunia Islam."
- Datuk Seri Najib Tun Razak


SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU

(The Korea Herald) - North Korea sought payment through a bank in Malaysia for its suspected shipment of weapons to Myanmar that is being carried on a freighter tracked by the U.S. Navy, a source said Saturday, according to Yonhap News.

The visit by a U.S. envoy to Malaysia this weekend will focus on ways to cut off the payment transaction for the cargo from the bank in Malaysia to North Korean leader Kim Jong-il, the source said.

"Kim will have a hard time collecting his money," the high-level source said, speaking strictly on condition of anonymity. The source declined to identify the bank due to diplomatic concerns.

Philip Goldberg, the U.S. coordinator for the implementation of a U.N. Security Council resolution that punishes North Korea for its May 25 nuclear test, is scheduled to arrive in Malaysia on Sunday.

The visit comes after the White House said late last month that U.S. President Barack Obama discussed North Korea and financial regulations with Malaysia's Prime Minister Najib Razakon by phone (SIC).

It also comes as North Korea's Kang Nam freighter is apparently returning home after being tracked by a U.S. Navy destroyer that suspects it is carrying cargo banned under the resolution.

Resolution 1874, which reinforced sanctions that were imposed after North Korea conducted its first nuclear test in 2006, bans Pyongyang from exporting any type of weapons -- light or heavy.

According to another source in Seoul, the Kang Nam is believed to be carrying small Soviet-era arms such as AK-47 rifles and RPG-7 anti-tank launchers.

AK-47s and RPG-7s are two of the most widely traded Soviet-era weapon types that North Korea is capable of producing on its own.

"Kim appears to have received earnest money for the shipment, but it is a small sum compared to the payment held up in Malaysia," the source said.
-Source: Tukartiub

Khamis, Julai 02, 2009

ARTIKEL WAJIB KOOL

Tukartiub: Kenapa Najib membuat dasar baru ini ?

Cukup senang untuk memahaminya. Najib memiliki masaalah pribadi yang berat. Jangan silap baca ini tidak ada sangkut paut dengan berat badan isteri Najib. Berat di sini bermakna berat dari segi politik. Contohnya : Parti yang dipimpin oleh Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Retak retak kelihatan dalam gabungan Barisan Nasional. Dan paling menakutkan Najib apabila kaum kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca – pemodal Cina - telah menjauhkan diri dari Najib.

Dalam masa yang sama media antarabangsa terus menghantui Najib dengan kes pembunuhan Altantuya gadis cun dari Mongolia. Media luar ini adalah alat pembesar suara untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa terjaga rapi. Kuam pemodal antrabangsa ini telah lama ingin merembat harta kekayaan negara ini.

Hantu dan polong-polong puaka ini perlu dijaga.

Najib wajib melakukan sesuatu. Seperti Mahathir menswastakan harta negara untuk kaum komprador dan kapitalis nasional maka Najib Razak menswastan seluruh bumi Malaysia ini untuk kepentingan kelas kapitalis dalam dan luar negara. Inilah hakikat dari dasar ekonomi yang akan dijalankan oleh Najib Razak.

Dimana Perkins Kaki Pukul sedang bersemayam?

Jangan risau si Perkins ini masih wujud. Perkins telah menghatar budak suruhannya dari Singapura. Lupa projek mega – Jambatan Ketiga ?

Perkins-Perkins ini mungkin ada jaringan dalam EPU. Si Perkins ini mungkin masih bersarang di Tingkat Empat atau ingin pindah ke tempat yang lebih tinggi seperti di Menara Petronas. Si Perkins sedang berselerak menjalankan tugas untuk memastikan kepentingan kaum kapitalis akan didahulukan.

Dasar Ekonomi Baru atau Dasar Pedekatan Baru ini semuanya TIDAK akan memberi apa-apa manafaat kepada rakyat biasa. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Gopal pemandu teksi dari Segambut. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Swee Heng peniaga nasi Itek di Jalan Petaling. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Hajah Limah pembekal kerepek ubi dari Sijangkang.

Rakyat biasa tidak berjudi di bursa saham. Rakyat biasa tidak tahu apa itu ‘pink form’. Rakyat biasa tidak memahami turun naiknya Nasdaq atau Index Heng Seng. Rakyat biasa mahu keselesaan dan bukan mahu di ikat dengan pelbagai gaya/cara – cukai/tol/bil hospital/bil air/bil api/ bil sewa rumah/cukai rumah - dimana mereka wajib dan dipaksa mengeluarkan duit yang tidak mereka miliki.

>>Wajib Baca>>>

> RAIS HENTAM KROMO

"Saya sendiri berpendapat bahawa penarikan DAP ini menunjukkan pakatan itu tidak boleh kekal, kerana asas perjuangan mereka berbeda. DAP sertai pakatan pembangkang di Kedah kerana mereka mahu kuasa. Daripada insiden Pas Kedah, dah boleh tengok yang DAP bukan rakan yang boleh dibawa bersama untuk membina negara. Kalau Pas Kedah menghulurkan tangan kepada Umno, ini akan menjadi satu peluang baik."
- Datuk Seri Dr Rais Yatim

Penang Cakap
"Lim menyifatkan tindakan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat sebagai sesuati yang serius yang memberi implikasi yang besar. Keputusan yang dibuat oleh DAP Kedah itu bukan muktamad kerana ia perlu dipersetuju oleh jawatankuasa kerja pusat (CEC) terlebih dahulu. Hanya selepas menerima surat rasmi yang mengesahkan keputusan jawatankuasa DAP Kedah itu, maka baru saya akan memanggil mesyuarat CEC untuk membuat keputusan muktamad mengenai perkara itu."
- Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP

Kata Dari Kedah
Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, Exco kerajaan negeri, Datuk Fakhrulrazi Zawawi juga telah memberikan penerangan kepada pemimpin DAP Pusat mengenai perkara ini.

"Nampaknya, mereka faham dan meminta kita menyesaikan segera isu ini. Namun kita tidak boleh halanglah jika mereka mahu terus bersikap begitu (keluar dari kerajaan Pakatan)," kata Azizan.

"Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid

Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina, Pendang. "Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar." Katanya.

Isu ini menjelaskan kepada kita bahawa UMNO/BN selama ini menjaga hati pengundi cina sehinggakan melanggar undang2 tidak mengapa dengan membenarkan menjalan premis perniagaan selama 30 tahun tanpa lesen. Pusat penyembelihan babi terbabit sudah beroperasi secara haram sejak lebih 30 tahun lalu. Ternyata kerajaan BN selama ini tidak memperdulikan rintihan dan bantahan rakyat KEDAH.

(Moral: Alahai si rais ni... pas kedah takkan menghulurkan tangan kepada mulut busuk buaya)

> OH! BN

Oh Ei Sun, penceramah motivasi, perunding, usahawan dan ahli akademik terkemuka, dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri berkata pelantikan itu berkuatkuasa pada 16 Jun. Oh, 35, berasal dari Sabah, yang menerima pendidikan dalam bidang perundangan, pengurusan, kejuruteraan dan bahasa mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa dan dunia di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

(Moral: Dah jadi setiausaha politik tu jangan lupa basuh minda si najib dan bn. Kasi putih bersih... kalau boleh heh.)

Rabu, Julai 01, 2009

> BEHIND THE WALL

Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

>>Lanjut, Wajib Baca>>>

(Moral: Dimana ketelusan, dimana kebenaran, weh.. wa kat mana nih..)

Selasa, Mei 19, 2009

Satu Malaysia Dan Satu Pusat

Hari ini dalam sejarah Malaysia bahawa Kerajaan pusat tidak meletakkan calun di penanti kerana tidak menguntungkan. Kerajaan pusat lebih suka membeli wakil rakyat dari bertanding. Bila cabaran dilontar, kerajaan pusat hanya mampu tunduk dan garu pusatnya yang tak gatal. Adakah kerajaan pusat suka bermain-main sekitar pusat aje... jelajah lar jauh sikit... keh..koh..keh..

Post Haru Biru

Arkib Blog