Rabu, Oktober 21, 2009

Khairy Jamaluddin Cuba Buat Fitnah Untuk Menutup Ketidakadilan Pemerintahan UMNOBN


Dalam ucapan dasar sempena perhimpunan Agung Pemuda Umno, dakwaan ketua pemuda Khairy Jamaluddin berhubung kegagalan kerajaan negeri Selangor yang kononnya tidak menunaikan janji kepada rakyat negeri itu bertujuan menutup kelemahan dan ketidakadilan BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa kerajaan negeri Selangor tidak menunaikan janji memberi hadiah wang Sebanyak RM1,000 kepada setiap anak selangor yang ditawarkan masuk ke Universiti serta penurunan 20 peratus cukai pintu.

Menurut Adun Seri Setia, Nazmi Nik Ahmad, Sejak Pakatan Rakyat mentadbir Selangor kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai program kebajikan di bawah rancangan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi membantu golongan miskin tanpa mengira kaum dan agama. RM1,000 diberikan kepada setiap anak daripada keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah yang berjaya memasuki universiti.

Oleh kerana program ini tidak dihebohkan oleh media lidah umno, setakat ini penerima melebihi 7,000 orang daripada 12,340 permohonan. Dakwaan Khairy bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak menunaikan janji adalah pembohongan semata-mata. Berhubung penurunan kadar cukai pintu, Khairy perlu sedar cukai pintu merupakan salah satu sumber pendapatan kerajaan negeri kerana kerajaan Persekutuan telah gagal mengagih kekayaan negara secara adil kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Untuk mengurangkan beban rakyat selangor kerajaan negeri mengenakan pengurangan 70 peratus keatas denda cukai taksiran yang tertunggak bagi tunggakkan hasil sebelum 2007. Bagi denda cukai tertunggak mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2008, pengecualian sebanyak 100 peratus.

Khairy tidak harus menafikan kertidakadilan yang dilakukan kerajaan pusat seperti penyaluran sumber persekutuan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Selangor adalah satu penyalahgunaan kekayaan rakyat. Kerajaan Pusat harus berubah sikap kepada yang lebih adil dan saksama dalam pembahagian kekayaan negara kepada semua negeri Pakatan Rakyat.

(Moral: Berapa ye korang kena bayar ke Lembaga Hasil..? atau ada yang bersilat mengelakkan dari membayar cukai? Cuba tanya Sultan Perak dan keluarganya dah bayar cukai ke belum?)

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog