Sabtu, Julai 24, 2010
Papa Jahat: Macam-Macam Zaman Najib
Rakam noda anak
MyMetro | KUALA LIPIS: Dia sudah ada empat isteri, namun seorang kontraktor layak digelar ‘bapa setan’ apabila tergamak menjadikan anak kandung hasil perkahwinan dengan isteri keduanya sebagai tempat memuaskan nafsu apabila memperkosa mangsa sejak berusia sembilan tahun di Kerambit, dekat sini.
Lebih keji, lelaki berusia 49 tahun itu turut merakamkan perbuatan terkutuknya merogol anak yang kini berusia 14 tahun di dalam bilik dengan telefon bimbitnya sebelum menyimpan rakaman berkenaan.
Difahamkan, setiap kali melakukan perbuatan kejinya, lelaki terbabit mengugut akan memukul atau mencederakan mangsa jika membongkarkan rahsia selama enam tahun itu kepada ibunya atau sesiapa saja.
Bagaimanapun, episod duka mangsa berakhir selepas remaja terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, menceritakan kejadian itu kepada seorang guru wanita di sekolahnya.
Terkejut dengan pendedahan itu, guru wanita berkenaan menghantar mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kuala Lipis untuk membuat laporan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, ketika dihubungi semalam, mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu. Laporan penuh disini.
Melaka Tubuh Sekolah Pelajar Hamil
Utusan Malaysia | MELAKA 23 Julai - Kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah sekolah khas bagi pelajar yang mengandung akibat terlanjur atau mereka berkahwin pada usia muda.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau serius mewujudkan sekolah tersebut kerana ia bertujuan menangani gejala pembuangan bayi yang kini semakin berleluasa.
Menurut beliau, adalah lebih baik remaja-remaja yang bermasalah itu terus bersekolah daripada terbiar dan mungkin bertindak membuang bayi.
Cadangan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran kerana undang-undang di negara ini tidak sebut pun bahawa murid yang bersekolah tidak boleh mengandung.
"Saya akan kemukakan cadangan ini dalam tempoh terdekat dan jika kementerian tak setuju, kerajaan negeri sendiri akan tubuhkan sekolah murid mengandung ini," katanya.
Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Ali yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata, selain dibuka kepada remaja di negeri ini, kerajaan negeri juga sedia menerima pelajar mengandung dari negeri lain.
"Kalau ada pelajar dari negeri lain yang mengandung dan nak belajar di sekolah itu pun boleh, kita terima asalkan ia dapat membanteras gejala pembuangan bayi," katanya.
Beliau berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan maksiat daripada terus berlaku dan bukan menggalakkan pelajar berkahwin dan mungkin bercerai pada usia muda.
"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu pada masalah buang bayi.
"Bila sudah ramai berkahwin, kita akan tempatkan mereka di sekolah murid mengandung dan untuk teruskan pembelajaran," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Akibat dah lama duduk malaysia sebab di beri IC percuma oleh umnobn jahanam, bangla neh dah berani tunjuk samseng di Malaysia.
-
Rakyat malaysia sudah marah kerana ramai sangat warga asing turun mengundi... Kerana umnobn, negara tergadai kek warga asing. Nota: Tra...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan ...
-
Rosmah Mansor berucap di Islamic Fashion Festival Dipetik dari Harakahdaily | Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan iste...
-
Atas apa alasan sekali pun, bersekutu dengan jin adalah dosa syirik yang amat besar sekali kerana mempersekutukan Allah. Semangat / saka / h...
8 comments:
Salam perjuangan.
Inilah dia cara penyelesaian bagi pemimpin umno yang menolak hukum Allah.
Layakkah orang seperti ini memipin umat Islam?.Wahai Melayu yang mengaku berpegang kepada Islam bertobatlah kalau pernah undi umno. Jangan bila dah bala Allah turun barulah ternganga-nganga.
Orang ini menjadi Ketua Menteri kerana undi tuan-tuan dan puan-puan ini bermakna "saham" akan kita perolehi juga kerana menyokong orang yang sebegini!!!
Negara malaysia diambang krisis moral yang amat parah. sebab generasi muda yang kurang panduan agama dan hidup dalam satu struktur masyarakat yang dibentuk oleh pemerintah melalui sistem pendidikan, ekonomi dan sosialnya. Jika longgar ikatan dan pantauan jaringan sosialnya, sudah pasti generasi yang dicerna adalah merupakan generasi yang longgar akhlak dan pegangan agamanya.
Now ShowingSheih Kickdefella..Aktiviti Pelacuran Di Kelantan Terus Rancak
by Sheih on October 29, 2011
Pusat Pelacuran popular di Kelantan, tidak sampai setengah kilometer dari Pejabat Tuan Guru Nik Aziz. Yah yah SERAMBI MEKAH LAH KATAKAN KESERAMBI PELACORAN SEBELOM KEGOLOK??????
ok kalo pemimpim umno xble pkai..nk suh sokong parti laen? fcuk off smua parti kat Malaysia xble pkai la..senang2 kalo nk kondemkan org kte tgk diri kte sndiri dlu..bgaimana kalo diri kite sndri diletakkan menjadi PM? meneraju sebuah negara yg mempunyai 14 negeri nie?mampu ke? menkafirkan org laen lebih berdosa..Allah S.w.T sahaja yang maha berkuasa..Maha Esa..hanya Allah yg mampu menentukan dosa manusia..bkn sesama manusia..apatah lagi nk menkafirkan sesama manusia..
no komen
Sound good...
valencia
abrir valencia
Gadis2 remaja hamil,salahkan kerajaan? apeeeeelah..korang ni. pikir jangka masa panjang. gejala buang bayi,bayi mati dalam tong sampah,mati dlm sungai,mati dlm longkang mati sana sini. itu korg xnak pk? bila ada sekolah ini. kurang2 ada bayi terselamat. ade pasangan y x ada anak,blh dpt anak angkat. fikir,fikir...aku x rase salah langsung kerajaan Melaka bt mcm ni, sesuatu y mulia. cukuplah dosa berzina,jgn ditambah lagi dosa buang bayi ,tambah lagi bayi tu mati... bila ada kes2 mcm ni,korang keji? bila ade usaha menyelamatkan bayi,ponn korang mengeji gak?? fikirrr...........
tanpa nama 4:40,
Sesungguhnya Mencegah Adalah Lebih Baik Daripada Mengubati @ Prevent Is Better Than Cure. Islam telah mengunjurkan perkara ini sejak 1434 tahun dahulu. Alangkah baiknya jika kerajaan melaka bertindak selari dgn ajaran Islam kerana ia terbukti lebih sempurna berbanding dengan akal manusia.
Catat Ulasan