Selasa, Disember 22, 2009

Seks, Arak dan Dadah, Tiada Kesudahan

Ini racun sudah menjadi tabiat kepada kebanyakkan remaja sekular masakini. Badan yang berwajib perlu lebih aktif dalam membenteras gejala yang semakin merosakkan minda muda mudi masakini. Perlukah mengadakan kempen Sifar Seks Bebas, Sifar Arak dan Sifar dadah kepada golongan melayu?. Adakah golongan ini yang grombolan umnobn mahukan bagi mewarisi generasi akan datang.?

  • BENTONG - Sekumpulan remaja menjadikan pangsapuri di pusat peranginan terkenal di sini, sebagai tempat melakukan aktiviti kurang sihat, termasuk mengadakan pesta seks, arak dan dadah, berikutan kosnya lebih murah berbanding berhibur di disko. Menurutnya, dalam serbuan pertama di Tingkat Enam, Blok A sebuah pangsapuri, seramai 10 orang membabitkan sembilan lelaki dan seorang perempuan berjaya ditahan. Tiga daripada mereka yang ditahan adalah pelajar kolej di ibu negara dan tiga lagi kakitangan kerajaan. Semua yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 25 tahun dan ketika serbuan, kebanyakan mereka dalam keadaan khayal. Polis juga menemui satu ketulan mampat ganja seberat 61 gram dibungkus menggunakan kertas surat khabar dan dua paket ketamine seberat 5.6 gram yang diletakkan dalam bekas gula-gula ‘Eclipse’ dalam sebuah bilik serta sebiji pil ecstasy di atas meja ruang tamu. Polis turut merampas enam tin kosong dan 18 tin masih belum dibuka minuman keras jenama Heineken, sebotol arak Jenis Jack Daneels, sebotol arak jenis Kampai dan alat menghisap ganja. >Baca Lagi>>>

(Moral: Bila dah senang dapat dan senang serah maka semuanya jadi senang lenang berkhayal sampai lebam. Asuhlah jatidiri anda supaya tahan dengan godaan ini. p/s.. Abang Bung pun tak tahan dengan godaan kulit putih gebu.. kah..kah..kah. Amalkan cara hidup sehat rohani dan jasmani)

2 comments:

ummi ida berkata...

Salam ziarah,fenomena ini semakin berleluasa justeru manusia semakin menjauh dari nilai dan peradaban Islam.Dunia keseronokan yg didedah kpd remaja dgn keterlaluan mnybbkn manusia tiada maruah dn harga diri.Salah siapakh ini?

Unknown berkata...

Rasanya sudah jawab dengan artikel baharu.

Post Haru Biru

Arkib Blog