Rupanya grombolan umnobn tidak sedar selama ini merekalah yang kena kuda oleh parti kompenen sendiri. Dahulu umnobn berbangga bila gerakan memegang pulau pinang sehingga sehingga terlupa ramai melayu di kick dari pulau dan beralih ke tanah besar. Bukan itu sahaja, malah banyak tanah rizab melayu habis digodam oleh mereka. Umno hanya biarkan sahaja. Pembangunan katanya.. keh..keh..keh. Jadi tidak hairanlah mereka mencipta
parti baharu untuk mengkaburkan mata rakyat cina bagi memecahkan undi dimasa akan datang. Kena main lagi. Sekarang suara siapa yang kuat???
- Menurut Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, perkara tersebut masih belum dibincangkan oleh mana-mana pihak dalam parti komponen BN. Serentak itu, beliau tidak mahu parti-parti komponen BN terus berdebat mengenai perkara berkenaan. Soal tuntutan ini bukan pertama kali berbangkit kerana sebelum ini UMNO pernah mempunyai majoriti kerusi dalam DUN Pulau Pinang berbanding Gerakan dan MCA dan menuntut agar jawatan Ketua Menteri diserahkan kepada parti berkenaan. >Baca Lagi>>
- Desakan Umno Pulau Pinang supaya jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri hanya akan lebih merugikan dan membahayakan kedudukan BN. Beberapa penganalisis politik berpendapat, status quo BN di negeri itu perlu dikekalkan bagi memastikan masa depan yang lebih cerah parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Pensyarah Sains Politik, Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Ghazali Mahyudin berkata, secara realistiknya amalan politik berdasarkan kaum masih lagi diamalkan. >Baca Lagi>>
- Manakala Pemuda Gerakan membidas sebahagian pemimpin UMNO yang masih angkuh dan enggan sedar dari sindrom berkhayal. Mereka dengan naifnya menganggap bahawa Barisan Nasional berupaya merampas semula kerajaan negeri Pulau Pinang seandainya Pengerusi BN negeri Pulau Piang ditukar. Sekiranya BN, khususnya UMNO ingin merampas balik kerajaan negeri Pulau Pinang dalam pilihan raya umum yang akan datang, maka lebih baik mereka berdepan dengan realiti sekarang--realiti bahawa rakyat mahukan perubahan. >Baca Lagi>>
0 comments:
Catat Ulasan