Jumaat, Ogos 13, 2010

Hukuman Buang Bayi Oleh Kerajaan Malaysia


Menyental catatan: Tulisan ini berterabur. Tapi itulah yang aku pikir.

Buang Bayi Hidup = Penjara 30 Tahun. Kalau ada 100 bayi hidup, maka akan ada 200 pasangan yang dipenjara.

Buang Bayi Lepastu Bayi Mati = Gantung Sampai mati. Kalau ada 100 bayi yang mati, maka akan ada 200 pasangan kena gantung sampai mati.

Cara kesan emak bapak dia = Ujian DNA keatas bayi. Kalau proses DNA untuk 1 kes mengambil masa sebulan, berapa bulan pulak untuk mengesan 100 bayi yang keluar dari lobang siapa. Berapa banyak pula mesin yang akan dibeli. Dan berapa banyak pula doktor yang akan ditugaskan.

Perlu ingat setiap 17 minit akan ada kes anak dari hasil zina ini yang didaftarkan tanpa nama bapa. (Statistik JPN - 1999 hingga 2003). Kalau sehari berapa orang lah gamaknya. Dan berapa ramai pula pasangan yang akan dihukum?. Berapa banyak pula penjara akan didirikan bagi menampung seramai itu? Siapa pula yang akan dapat kontrak?

Dalam masa lima tahun berkemungkinan akan hilang satu generasi. Kalau 30 tahun, berapa generasi pula akan lenyap dari muka bumi ini?.

Kalau dilihat kembali Perompak yang telah menjalani hukuman penjara, bila keluar boleh merompak lagi. Begitu juga halnya dengan mat gian yang akan menagih kembali setelah dibebaskan. Dan mungkin akan terjadi juga keatas pasangan berzina ini. Mana dia keinsafan yang diharapkan?.

Depa semua tahu hukuman ciptaan manusia ini sering gagal bagi menangani masalah tersebut. Jadi mampukah hukuman ciptaan manusia ini menyaingi hukuman yang sudah ditetapkan dalam Al-Quran?.

Kalau dah statistik yang dikeluarkan oleh JPN semacam itu, hangpa jangan terkejutlah jika suatu hari nanti semua menteri adalah hasil dari anak zina. Ini serios lol. Woiit... bibit-bibit kearah berlakunya penzinaan hangpa tak ambik berat ka. Kalau tak, memang malang lah sebab yang kena hukum tu dah dapat batang dan lobang secara haram... keh..keh..keh.

Nota: Mengapa ramai graduan IPT terutamanya lelaki yang menjadi pakar dalam bidang masing-masing masih gagal menjadi Imam? Renunglah.. apakah puncanya. Mengapa tidak teraskan pendidikan agama islam dari sekolah rendah sehingga ke IPT?. Aku tak mengata, tetapi inilah yang aku lihat. Kalau tak lulus matapelajaran agama pun tak apa. Kalau dah 10 generasi mengulangi pendirian yang sama.. apa akan terjadi. Mungkin seperti dibawah ini yang tebal dengan gig-sosialnya.

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog