Rabu, Jun 30, 2010

Gejala Sosial 3: Mungkinkah Ianya Bala Yang Diturunkan Oleh Allah S.W.T

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (QS al-Israa’: 32)

Menyental catatan ini adalah sambungan dari entry Seks Dalam Kereta Myvi dan Rewind Video 3gp Melayu.

Hari demi hari kita digemparkan dengan gejala buang anak, zina sukarela dan rogol paksa. Itu belum diambil kira rompak, ugut dan bunuh. Malah belum dikira lagi taik dadah, judi dan arak serta taik rasuah. Amat malang sekali bayi-bayi yang dibuang itu kebanyakkan datangnya dari lobang orang melayu itu sendiri. Koleksi kisah buang bayi boleh pi pautan ini.

Laporan disini

Laporan disini.

Mengikut statistik Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2000 hingga 2008 yang menunjukkan lebih daripada 257,000 sijil kelahiran bayi didaftarkan tanpa catatan nama bapa (anak luar nikah). Secara purata didapati sebanyak 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes kelahiran berlaku pada setiap 17 minit 17 saat dan statistik bagai tempoh 4 tahun (1999 hingga 2003) juga menunjukkan 44% kelahiran anak luar nikah berketurunan melayu beragama Islam.

Apakah ianya bala yang diturunkan oleh Allah S.W.T kerana pemerintah negara tidak mengikut acuan yang telah diturunkan dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw;

1) Anak luar nikah datang dari perzinaan - acuan Allah ialah hukuman sebat bagi yang bujang dan rejam sampai mati bagi yang sudah kahwin.

2) Curi dan rompak - acuan Allah ialah hukum potong tangan atau potong bersilang

3) Murtad - acuan Allah ialah bunuh si murtad

4) Rasuah - Acuan Allah ialah gerun dengan Hukum Allah iaitu azab di akhirat

5) Susunan dalam rumahtangga - Acuan Allah ialah rumah yang memiliki 3 bilik

6) Kepimpinan Negara - Acuan Allah ialah Pemimpin yang taat kepada Allah

Di bawah ini sebahagian petikan kata-kata pembesar negara yang beragama Islam yang mengikut acuan kepala bapak mereka.

(Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masakini."

(Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.

Banyak lagi kenyataan pembesar negara yang munafik boleh dilayari disini. Tak hairanlah setelah usia 64 tahun, Umno masih gagal dalam menangani gejala sosial yang semakin tenat.

Jadi terbentuklah acuan seperti dibawah ini. Namun tetap juga gagal untuk memerangi gejala buruk tersebut;

1) Dadah - buat pusat serenti

2) Anak luar nikah - pusat pungut anak luar nikah/ OrphanCare

3) Rumah rakyat - 2 bilik sahaja. Timbulkan gejala sosial - budaya lepak luar rumah

4) Murtad - dikaunseling

5) Penzina - di kaunseling/ dikasi (Masih dalam kajian senator gampang shahrizat)

6) Janda - boleh melacur diri untuk mencari rezeki

7) Penasihat negara - Yahudi - APCO musuh Allah

8) Menyelesaikan masalah ekonomi - lulus judi yang diharamkan Allah

Nota: Kalau dilihat pada logo umno yang mempunyai dua keris tidak bersarung dan pemimpin melayu umno suka tunjuk julang keris tanpa sarung, kini remaja melayu putra pula suka tikam menikam menggunakan keris tumpul yang tak bersarung...kah..kah..kah... Tumpul pun boleh tembus LOL..

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog