Rabu, Julai 07, 2010

Nama Rosmah Bakal Bergema di Parlimen?

from Love Perak

Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hortmanya, saya ingin memberi notis pemberitahuan di bawah P.18 mengemukakan usul yang berbunyi seperti berikut :-

Bahawa Americk Sidhu, peguam kepada P. Balasubramaniam, telah mengeluarkan satu kenyataan di laman blog “Malaysia Today” pada 30hb Jun 2010, iaitu segala kos sara hidup pelanggannya, P. Balasubramaniam di London adalah dibayar oleh Deepak Jaikishan, seorang peniaga karpet atas suruhan isteri YAB Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

P. Balasubramaniam sebagai salah seorang saksi dalam kes pembicaraan pembunuhan Altantuya telah lari ke London dengan sebab-sebab yang tidak diketahui dan masih dikehendaki oleh SPRM untuk soal-siasat. Manakala Raja Petra Kamarudin yang didakwa telah melanggar Akta Hasutan selepas mendedahkan artikel “Let's send the Altantuya murders to hell” turut lari ke san juga. Artikel tersebut telah menghuraikan hubungan YAB Perdana Menteri dengan Altantuya sehingga kes pembunuhan tersebut berlaku yang kononya Altantuya tahu sangat kes-kes skandal yang melibatkan YAB Perdana Menteri.


Kes Altantuya ini telah dijadikan satu isu yang hangat dibincangkan dan bahan kelakar di media dunia sehingga menjejaskan imej negara kita. Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya. Lebih-lebih lagi pihak media luar negara seperti TVB, Hong Kong telah merancang dan akan menyiarkan satu cerita bersiri berkaitan kes pembunuhan Altantunya ini di seluruh saluran TV dunia yang turut memalukan kita.

Jadi, nama isteri YAB Perdana Menteri sebagai dalang dalam kes pelarian P. Balasubramaniam yang bersangkutan dengan kes Altantuya diungkitkan dalam kenyataan “Malaysia Today” ini akan dibaca di laman web seluruh dunia yang akan memberikan sesuatu impak yang negatif kepada imej negara nanti. Saya minta dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Er Teck Hwa
Ahli Parlimen

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog