Rabu, Julai 07, 2010

Samseng Soceng

Woiit... MB ini tidak samseng. Dia ni baik kepada warga Pahang... Sebab tu senang-senang aje warga Pahang sedekah hasil kayu balak kat malaon ini.

Woiit... perihal kat bawah tiada kena mengena dengan kelaku samseng. Kocok..kocok..kocok...


Jahatnya Permainan Umno

Sudah tiba masanya Umno karat menggunakan taktik samseng mereka. Walaupun umno di dokong oleh pelbagai media untuk menterbalikkan isu serta menyerang Pakatan Rakyat namun hakikatnya media mereka masih gagal memberi kepercayaan terhadap rakyat marhaen.

Oleh yang demikian kuasa yang ada digunakan sepenuhnya untuk menyekat saluran media Pakatan Rakyat dengan menggunakan Akta Mesin Cetak. Begitulah malangnya nasib akhbar Suara Keadilan yang disekat permit penerbitannya oleh KDN. Malah yang terbaru akhbar Harakah yang merupakan sumber informasi alternatif pula telah menerima amaran dari Kementerian Dalam Negeri.


Harakah: SHAH ALAM, 7 Julai: Kilang Angkatan Edaran, kilang yang biasa mencetak akhbar Harakah dipantau oleh empat pegawai kanan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) jam 10.30 pagi tadi, kata pengusaha yang enggan namanya disiarkan. Beliau memberitahu, para pegawai terbabit membuat penggeledahan kecil tanpa waran di kilangnya, Seksyen 16, di sini untuk mencari akhbar tanpa permit 'Era Keadilan' milik PKR.

"Suara Keadilan (SK) pun mereka tak cetak di sini, takkan kita nak cetak yang lain," ujar beliau sebagaimana yang diberitahu kepada pegawai terbabit. Katanya lagi, satu lagi kilang milik beliau di sini turut digeledah untuk mencari SK mahupun 'Era Keadilan'.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

PRU 13 serentak...bersedia..mulakan kerja sekarang!!
http://colourluna.blogspot.com/2010/07/berita-hangat-siap-sediapru-13-akan.html

Post Haru Biru

Arkib Blog