Sengaja dicampakkan kat ruang maya ni aktiviti aku sehari-hari di kampung yang penuh dengan keindahan, ketenangan, setiakawan, kemasyarakatan dan kerohanian. Korang di luar sana pun mesti mempunyai aktiviti-aktiviti harian yang menggembirakan dan menyedihkan. Takkan tidoq ja sehari suntuk... kah...koh...keh...
3am: Bangun, mandi, sarapan dan bersiap-siap untuk berperang. Capai motor garang aku meredah kesunyian subuh yang gelap. Segarnya udara diwaktu subuh yang mampu membuatkan jiwa aku menjadi seperti sang wira. Sampai saja aku terus menongkatkan motor garang aku di tepi pondok yang di bina menggunakan kayu getah terbuang. Perjalanan 30 minit tadi memang menyeronokkan bermacam-macam irama unggas subuh berbunyi menyahut deruan exzos motor aku. Dengan kalimah Bismillah aku pun terus memulakan kerja sebagai seorang penoreh tahap profesional.
6am: Waktu rehat setelah penat meredah semak belukar dan berperang dengan batang-batang pokok getah yang menghasilkan rezeki untuk aku selama ni. Alhamdulillah. Selesai solat subuh di pondok buruk, aku meneruskan misi kedua yakni mengutip susu getah untuk dijual pada peraih.
8am: Peraih sampai dengan Hi-lux ganas untuk mengambil susu getah yang telah dikumpulkan. Terkadang terpikiaq juga aku... bila aku nak jadi tokeh macam mamat ni. Tak pa... nanti bila dah penuh kertas wangi dalam buku merah aku misi seterusnya mungkin akan jadi lebih hebat dari tokeh ni.
830am: Balik dan terus lepak kat warung sarapan kali kedua pulak sambil membelek-belek kertas mencari berita panas mainan kerajaan pemerintah. Tiba-tiba... hoi awal balik hari ni... dah habis motong ka.. sergah kawan aku. Ha-ah, ada apa tanya aku. Boleh tolong tak, ada kontrak kat felda sebelah... injek pokok sawit sebab ulat daun dah serang. Masyukk banyak beb... Boleh... bila nak start tanya aku lagi. Hari ni lar.
930am: Perjalanan bersama kawan aku untuk menebuk pokok sawit pulak. Kat belakang aku ada 2 mesin penebuk yang digalas. Berat jugak menatang nih... silap gaya boleh meletup buah pinggang aku.
1pm: Berehat kat rumah sambil makan tengahari berlaukkan ikan sungai dan bersayurkan ulam kat belakang rumah. semuanya segar-segar belaka. Tiada racun dan gangguan makhluk perosak. Kalau bosan aku pi ke kafe siber berhampiran mencari bahan bacaan dan blogging supaya otak aku tak jumud.
5pm: Kalau tak terlebih tidoq waktu ni lah rakan-rakan kampung turun ke padang untuk bermain bolasepak. Kalau gu dah cukup pakat main takraw atau badminton. Kalau yang perempuan aku tak tahu mereka dok main apa... congkak kot atau batu seremban.. kah...koh..keh.. atau tenggok belakang congkak.
7pm: Balik dok kat rumah. Kalau rajin pi masjid sebelum tak sempat.
9pm: Lepas makan malam sambung aktiviti lain pulak. Masuk pot sambil bertukar-tukar buah fikiran dan mendendangkan lagu-lagu terkini bersama rakan-rakan sekapok.
11pm: Balik rumah berehat seminit dua lepas tu Bismillahirrahmanirrahim... peliharalah aku ketika tidur supaya boleh meneruskan kerja di hari esoknya.
Life is beautiful
(Moral: Masih bermoral lagi)
Jumaat, Jun 26, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Akibat dah lama duduk malaysia sebab di beri IC percuma oleh umnobn jahanam, bangla neh dah berani tunjuk samseng di Malaysia.
-
Rakyat malaysia sudah marah kerana ramai sangat warga asing turun mengundi... Kerana umnobn, negara tergadai kek warga asing. Nota: Tra...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan ...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
Rosmah Mansor berucap di Islamic Fashion Festival Dipetik dari Harakahdaily | Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan iste...
-
Atas apa alasan sekali pun, bersekutu dengan jin adalah dosa syirik yang amat besar sekali kerana mempersekutukan Allah. Semangat / saka / h...
1 comments:
Selamat Tidok dengan bermimpi indahhhh zzzzz
Catat Ulasan