Kenapa ye semakin menempuh kemajuan, semakin bertukar pemimpin, semakin nasib anak melayu tenggelam timbul. Nak ambil biasiswa JPA kemain punya jenuh. Nak mohon PTPTN kena kelulusan tip top. Kalau nak cepat dapat perhatian kena ada surat bersain dan bercopgetahkan wakil rakyat umnobn. Bila pi pejabat wakil rakyat, kena terima alasan yang si wakil rakyat tadi tak dak sebab ada mesyuarat sini-sinun. Masa tahun 50han dulu ada "free scholar", awat la ni tak dak. Takkan dah hilang keistimewaan anak Melayu yang tinggal di Malaysia. Kalau anak Melayu di tanah air sendiri perlu berjuang bermati-matian seperti keadaan orang-orang Afrika di Amerika, apakah makna menjadi rakyat Malaysia bersama 1Malaysia - RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN?. Sekiranya anak-anak Melayu sekarang dan dimasa-masa hadapan perlu menghadapi persaingan yang sengit apakah ibu-bapa mereka cukup berkeupayaan menanggung segala pembiayaan pengajian mereka tanpa berhutang?. Kepada ibu bapa yang berharta, memang tidak menjadi masalah perkara ini. Tetapi bagaimanakah ibu-bapa yang tidak berharta, (penduduk bandar yang susah) yang kais pagi makan petang, kais petang makan esok hari?
(Moral: Hidup didunia ni pun hanya pinjaman semata-mata. Sapa-sapa tak bayaq lagi PTPTN jangan terkejut tiap-tiap bulan ada charge RM25 dalam akaun hutang anda. Jangan pinjam kat ah-long dah lar...)
Selasa, Jun 30, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
Awie 'Ayahanda 36' dan beberapa artis terkemuka tanahair bakal masuk umno. Mereka akan menyerahkan borang keahlian di Pejabat Pemud...
-
Budak fak-kap berselindung dibawah nama Jeffrydamien09 bakal menjadi popular sedikit masa lagi. Si bodoh ini mampu berbangga dengan hasil ke...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Submit URL to Google, Yahoo and Live. Remember to submit your new website or blog URL to search engine like Google, Yahoo and Live. It is a ...
-
Gambar hiasan Hari ini dikejutkan lagi dengan kejadian polis menembak seorang remaja 15 tahun dikepala menyebabkan mangsa mati serta merta. ...
-
Dipetik dari MediaMalaya | Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak ...
1 comments:
selamat hari rabu
Catat Ulasan