PM Najib Razak melompat marah apabila ditanya benarkah tuduhan bahawa Umno di belakang serangan-serangan rumah ibadat yang telah berlaku. Ada orang berpendapat reaksi yang beliau tunjukkan secara tidak sedar mengiakan tuduhan itu.
Menteri Hishamuddin pula pada ketika yang lain cuba memperlekehkan peristiwa ini. Beliau berkata serangan ke atas gereja-geraja Kristian itu kerja budak-budak nakal. Sebenarnya ini menunjukkan sikap mengelak yang tidak betanggungjawab.
Saya memandang serangan-serangan yang masih berlaku adalah serius kerana menimbulkan keretakan dan ketegangan di antara golongan kaum dan agama, walaupun belum mencetuskan konflik atau pertembungan. Sekiranya tidak ditangani dengan baik ia boleh mengakibarkan purak peranda dalam masyarakat dan negara pada janga panjang.
Saya juga berpendapat serangan-serangan tersebut berlaku akibat dari kenyataan PM Najib dan Menteri Hishamuddin. Apabila mereka membuat membenarkan tunjuk perasaan terhadap isu Allah – walaupun di kawasan masjid saja – secara tidak sengaja mungkin, mereka telah memberi ruang kepada golongan yang mencari kesempatan.
Ada pandangan, benar atau tidak, Najib dan Hishamuddin mula-mula berharap hendak menggunakan isu Allah dan tunjuk perasaan bagi mendapatkan sokongan lebih luas daripada orang Melayu-Muslim. Ini sesuai dengan rancangan mereka untuk mendapatkan kembali undi-undi yang telah lari kepada parti-parti yang menentang Umno-Bn dalam PRU12. Ini mengakibatkan gabungan parti pemerintah itu kehilangan majoriti dua pertiga dalam Parlimen dan penguasaan ke atas lima buah negeri.
Usaha buruk menggunakan isu kaum agama dan kaum untuk mendapat ataupun mengembalikan sokongan pengundi bukannya hal yang baru. Cuba kita lihat beberapa peristiwa yang berlaku berikutan kemenangan besar KEADILAN, PAS dan DAP dalam PRU12.
Mula-mula telah berlaku penentangan dan juga demonstrasi di Pulau Pinang, menuduh KM Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan menentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan oleh itu bersikap anti Melayu. Walaupun segolongan kecil ekstremis Melayu dari Umno dan akhbar Utusan Malaysia mengapi-apikan keadaan, penentangan dan demonstrasi itu akhirnya gagal. Ia menjadi sejuk selepas agensi berita Bernama meminta maaf kerana menyiarkan berita palsu yang telah menjadi alasan mereka menunjuk perasaan.
Selepas itu berlaku pula percubaan yang hampir serupa di Perak walaupun isunya agak berlainan sedikit. Sekali lagi sekumpulan kecil extremis Melayu dari Umno dengan sokongan akhbar yang sama serta beberapa kerat pemimpin Umno mengapi-apikan keadaan. Mereka menuduh golongan Cina dari DAP menderhaka kepada raja dan MB Perak pilihan Pakatan Rakyat diperalatkan oleh orang Cina, atau lebih khusus DAP. Sekali lagi percubaan ekstremis kaum ini gagal mendapatkan sokongan rakyat ramai.
Di Selangor pula, kumpulan kecil extremis Melayu dari Umno juga telah menggunakan isu ladang khinzir untuk mengapikan kemarahan rakyat. Corak tindakan mereka serupa, iaitu dengan berdemonstrasi dan membuat tuduhan-tudahan perkauman. Sekali lagi mereka disokong oleh Utusan Malaysia dan segelintir pemimpin oportunis Umno yang mengapi-apikan keadaan. Mereka berhenti hanya setelah terbongkar bahawa orang yang memimpin tunjuk perasaan itu ialah seorang tokoh Umno tempatan yang mempunyai kepentingan dalam usaha untuk mendirikan ladang khinzir sebelum itu.
Ada dua perkara yang dapat dilihat daripada tindakan-tindakan extremis yang diterangkan di atas. Pertama, mereka mengapi-apikan sentimen perkauman untuk meraih sokongan kepada Umno. Lebih bahaya lagi ada sebilangan kecil di kalangan mereka yang mengharapkan pergaduhan kaum dapat dicetuskan supaya ISA boleh digunakan atau darurat diisytiharkan. Mereka mengharapkan ulangan Peristiwa 13 Mei untuk membuka ruang baru bagi mengembalikan kuasa Umno-Bn di negeri-negeri yang jatuh kepada Pakatan Rakyat itu.
Keduanya, walaupun tindakan segelintir ekstremis ini mendapat dokongan meluas dari media penyokong pemerintah Umno-Bn dan, secara terbatas daripada beberapa orang pemimpin Umno, namun rakyat ramai tidak menyambut seruan atau menyokong tindakan mereka. Saya percaya sebabnya ialah kerana kini rakyat secara umum dan rakyat Melayu secara khusus sudah lebih bijak dan sedar. Mereka tahu tindakan segelintir extremis Umno itu jikalau diberi sokongan boleh membawa malapetaka yang buruk kepada masyarakat dan negara yang mereka ingin terus aman damai.
Lampu hijau yang diberi oleh PM Najib dan Menteri Hishamuddin untuk berdemonstrasi itu boleh dilihat sebgai lanjutan dari segala tindakan tidak bertanggungjawab yang diterangkan di atas. Mereka memperlihatkan “double standard” (dwi-standad). Kononnya tidak boleh mengawal orang yang hendak berdemonstrasi, walaupun sebelum ini mereka menggunakan polis sepenuh-penuhnya untuk menekan dan menyerang demonstrasi oleh kumpulan pembangkang, walaupun dilakukan di masjid.
Dengan memberikan lampu hijau itu mungkin mereka berharap ribuan rakyat akan berkumpul. Ternyata harapan mereka meleset. Di Masjid Negara cuma kira-500 orang berhimpun dan di Masjid Shah Alam kira-kira 400 orang saja. Di Masjid Kampung Baru dan di stadium Kota Bharu, cuma kira-kira 200 orang saja berkumpul. Seperti disebut tadi rakyat ramai, khususnya Melayu tidak mudah diapi-apikan dengan isu kaum dan agama. Ini tahun 2010 dan bukan 1969.
Memang ada segelintir extremis yang mengharapkan tercetusnya pergaduhan kaum dan agama supaya ISA dapat digunakan, bahkan juga supaya susana dapat ditimbulkan untuk Kerajaan mengisytiharkan darurat. Namun nasib juglah ramai juga pemimpin, termasuk kebanyakan menteri, tidak sebodoh itu.
Seorang yang berpidato berapi-api dan mendapat sorakan kuat di luar Masjid Shah Alam, jelas tidak disambut apabila menjerit “Bakar gereja!”. Anehnya beliau tidak pula disiasat polis apatah dihadapkan ke mahkamah, sebagaimana yang dilakukan ke atas pelajar yang kononnya bersenda melalui “facebook”.
Usaha dan konspirasi yang dilakukan oleh segelintir extremis untuk memulihkan sokongan pengundi kepada Umno sejak PRU12, termasuk dalam soal Allah dan serangan ke atas gereja, berkaitan dengan usaha dan kospirasi yang lain.
Beberapa orang pemimpin Umno/Kerajaan, sekali lagi dengan sokongan propaganda media, terutama Utusan Malasia TV3 telah menyerang parti-parti, terutama KEADILAN serta PAS dan pemimpin-pemimpin, terutama Nik Abdul Aziz dan Anwar Ibrahim. Mereka menuduh pemimpin-pemimpin kononnya hendak menjual hak dan nasib orang Melayu kepada orang Cina, terutama yang dalam DAP.
Ramai orang Melayu yang tidak mempercayai dakyah perkauman sempit dan jahat ini. Itulah sebabnya tuduhan ini, yang pada masa-masa lalu banyak disuarakan oleh TPM Muhyiddin, sudah mulai kendur sedikit. Akan tetapi, akhbar seperti Utusan Malaysia masih belum berhenti membuat fitnah demi fitnah.
Sehubungan ini ialah tindakan untuk mengheret Anwar Ibrahim ke mahkamah atas tuduhan dan fitnah liwat yang dilemparkan kepadanya. Ada segolongan kecil pemimpin dan penyokong Umno yang berpendapat bahawa Anwar perlu dilenyapkan dari pentas politik tanah air. Cara yang terbaik melakukannya, mengikut mereka, ialah dengan menyumbat beliau ke dalam penjara selama yang mungkin.
Golongan ini sudah mulai kedengaran mengemukakan hujah dan propaganda perkauman. Mereka memberitahu semua media perlu digunakan untuk meyakinkan orang Melayu bahawa mereka harus memilih di antara Anwar dengan orang Melayu. Mereka mendakwa Anwar hendak menjual Melayu dan oleh itu bertentangan dengan kepentingan orang Melayu. Sebenarnya, yang mereka maksudkan ialah kepentingan mereka sendiri iaitu pemimpin dan kroni yang rakus dan tamak.
Untuk menjayakan fitnah dan dakyah ini sudah tentu pimpinan Umno/Kerajaan akan cuba menguasai media dengan lebih ketat lagi. Tidak hairan jikalau akhbar bebas dan yang dimiliki parti luar kerajaan akan disekat nanti, terutama untuk menyiarkan kes-kes rasuah dan salahguna kuasa pemimpin dan penyokong kerajaan. Sudah tentulah pihak berkuasa akan cuba menyekat berita yang tepat disiarkan oleh media alternatif.
Sekarang inipun sudah banyak tanda yang menunjukkan media cetak dan elektronik mulai dikawal dengan lebih ketat dari yang sudah-udah. Media, selain wang dan kuasa politik akan digunakan seluas-luasnya untuk memastikan Umno-Bn terus berkuasa.
17 Januari 2010
Oleh Dr S Husin Ali
Rabu, Januari 06, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Akibat dah lama duduk malaysia sebab di beri IC percuma oleh umnobn jahanam, bangla neh dah berani tunjuk samseng di Malaysia.
-
Rakyat malaysia sudah marah kerana ramai sangat warga asing turun mengundi... Kerana umnobn, negara tergadai kek warga asing. Nota: Tra...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan ...
-
Rosmah Mansor berucap di Islamic Fashion Festival Dipetik dari Harakahdaily | Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan iste...
-
Atas apa alasan sekali pun, bersekutu dengan jin adalah dosa syirik yang amat besar sekali kerana mempersekutukan Allah. Semangat / saka / h...
0 comments:
Catat Ulasan