
Pendedahan akhbar Berita Harian 5 Mei 2010 berhubung laporan sebuah laman web pro Amerika-Israel mengesahkan bahawa Malaysia kini telah berada dalam blok negara yang menjadi sekutu Amerika Syarikat dan negara haram Israel.
Mengulas isu tersebut, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar  Ibrahim berkata sebelum ini Umno-BN menunding jari kepada beliau  kononnya beliau boneka dan alat rejim Israel. 
"Nah  tiba-tiba terpampang di muka hadapan akhbar, saya tidak lagi  bersekongkol dengan kawan-kawan di Amerika Syarikat kerana isu kontrak  Apco dengan Kerajaan Malaysia serta kebimbangan akan anasir perisikan  asing menyusup masuk ke dalam PDRM. 
"Melucukan kerana  isu itu dibesar-besarkan walhal ianya hanya memetik rencana yang  berjudul The Reversal Of Anwar Ibrahim," tegas Anwar mengulas kecaman  laporan tersebut ke atasnya.
Anwar menegaskan jikalau melindungi  kepentingan nasional dan rakyat Malaysia, beliau dikatakan  'meninggalkan' kawan-kawan walaupun siapapun mereka, itu bolehlah dikira  sebab yang absah.
Sejak dari mula lagi, beliau sememangnya  tuntas menyatakan sikap kepada rakan-rakan di dunia Barat bahawa tidak  salah berkawan berasaskan persefahaman membina jambatan dialog. 
Jambatan yang sama selain merapatkan jurang juga digunakan  dengan tegas menyatakan prinsip, bukan membuta tuli menurut perintah  zionis Israel, katanya.
Apa yang membimbangkan pula berdasarkan  rencana tersebut, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak layak  diangkat sebagai sekutu Amerika Syarikat kerana sanggup menuruti apa  sahaja kehendak negara itu, kata Anwar lagi. 
Anwar  mendesak Najib agar segera memberi penjelasan berhubung dakwaan rencana  tersebut kerana ianya menggambarkan Najib kini sebagai boneka Amerika  Syarikat yang sanggup dicucuk hidungnya untuk ditarik ke mana sahaja.
Mengulas isu yang sama, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin  Hassan berkata, pengakuan itu jelas menunjukkan wujud perancangan  Amerika-Yahudi untuk menzioniskan seluruh dunia termasuk negara Islam  seperti Malaysia telah berjaya.
"New world order ini menghasilkan  negara-negara yang tunduk kepada kuasa besar dan zionis," tegas beliau.
Bermula dengan menjajah Iraq, Kuwait serta Afghanistan, kini  Malaysia dengan mudah dijajah oleh Zionis apabila bersama menyanjung  dasar negara kuasa besar yang di belakangnya adalah Israel, katanya.
Pendedahan akhbar tersebut juga membuktikan bahawa pendedah  Ketua Pembangkang, berhubung kaitan syarikat perunding APCO  Worldwide-Israel dengan Malaysia adalah benar, katanya.
Walaupun  Malaysia berada dalam Persidangan Negara-negara Islam (OIC), namun  dengan mengikut dasar luar Amerika-Yahudi, kini Malaysia juga memusuhi  Islam, katanya.
"Ini kerana dasar Amerika-Yahudi selamanya  memusuhi Islam. Apa tidaknya sebagai bukti Malaysia menyokong sekatan  ekonomi ke atas Iran. Dalam isu nuklear, Malaysia juga bersetuju dengan  dasar Amerika ke atas Afghanistan," dakwa Ustaz Nasrudin lagi.
Pada 5 Mei lalu, Bernama dan Berita Harian melaporkan tindakan  Anwar menuduh kerajaan menggunakan khidmat firma perhubungan awam  pro-Israel Apco Worldwide dan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM)  menggunakan khidmat bekas ejen Israel dalam projek berkaitan pengurusan  maklumat dan komunikasi, dikecam hebat oleh sebuah laman web berhaluan  kanan Amerika. 
Melalui tulisannya dalam The New Ledger,  sebuah penerbitan internet Amerika  menyiarkan pendapat golongan yang  menyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte yang mendedah  Anwar kini membuang kawan lamanya di Washington.  
Tulisan  bertajuk The Reversal of Anwar Ibrahim, Motte mendakwa Anwar, yang  dianggapnya sebagai ahli politik berbisa dan berkarisma, menjadi punca  munculnya semangat anti-Yahudi di Malaysia. 
Katanya,  ini bukan kali pertama 'dia mengambil jalan ini' dan dia mempunyai  sejarah menggigit Yahudi (sikap prejudis atau bermusuh dengan Yahudi)  apabila keadaan memerlukan beliau berbuat demikian. 
Sebagai  contoh, kata penulis itu, menjelang Pilihan Raya Umum 2008, dalam satu  wawancara dengan IslamOnline, Anwar berkata beliau mempunyai bukti  kerajaan bukan saja memberi sokongan kepada puak pelobi Yahudi di  Amerika, tetapi juga kepada beberapa pihak di Israel. 
Selain  itu, Motte mengulas, perkembangan di Malaysia beberapa bulan lalu  menyerlahkan perubahan yang mengejutkan apabila Anwar meniupkan semangat  anti-Yahudi, manakala Najib Razak pula berdiri teguh bersama Presiden  Barack Obama dan Amerika. 
Motte berkata kepemimpinan Malaysia  sekarang bersikap pro-perniagaan, pro-Amerika dan berani berterus terang  kepada dunia Islam bahawa ia adalah sekutu strategik Amerika. 
Malah, kata Motte lagi, pada Sidang Kemuncak Keselamatan  Nuklear di Washington baru-baru ini, Najib berikrar akan membantu  Amerika dalam pelbagai bidang.
0 comments:
Catat Ulasan