Jumaat, November 05, 2010

Adik Sultan Brunei halang juri lihat patung erotik


Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghalang juri daripada melihat empat buah patung yang menunjukkannya sedang bersetubuh, lapor akhbar New York Post semalam.

Permintaan itu disampaikan oleh pasukan peguam Putera Jefri menjelang satu kes sivil terhadap dua bekas peguamnya, Thomas Derbyshire dan Faith Zaman.

Semua patung erotik tersebut disimpan di rumah mewah berharga AS$11 juta (RM33.9 juta) milik putera itu di sini, New York, Amerika Syarikat.

Menurut Mark Cymrot yang mewakili Derbyshire dan Faith patung-patung tersebut diukir oleh seorang artis terkenal, J. Seward Johnson.

Sebuah patung tersebut katanya, menggambarkan Putera Jefri manakala sebuah patung lagi menggambarkan seorang tunangnya. Dua patung yang lain menunjukkan mereka sedang melakukan hubungan seks.

"Muka saya merah kerana segan melihat patung-patung itu," kata Cymrot.

Putera Jefri menyaman kedua-dua peguam itu kerana mendakwa mereka melakukan penyelewengan berjumlah jutaan dolar semasa bekerja untuknya antara tahun 2004 hingga 2006. - Agensi

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog