Rabu, Mac 23, 2011
Datuk Shazryl Eskay Mirip Wajah Anwar Yang Buat Zina Dengan Amoi
Hari ini pengakuan Datuk Shazryl Eskay Mirip Wajah Anwar
MKINI | "Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.
Menurut seorang pemberita yang menonton video itu, selain seorang wanita dan lelaki mirip Anwar, terdapat seorang lagi dilihat di permulaan video itu. Bagaimanapun, bahagian mukanya tidak kelihatan.
Imbas balik 1998 - Anwar di tendang oleh Mamak Mahathir Al-Kutty. PM ketika itu.
.................
Kes liwat Anwar Ibrahim I merupakan kes yang melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada tahun 1998, Anwar Ibrahim dikatakan melakukan jenayah luar tabii liwat terhadap beberapa individu yang warak dan rapat dengannya seperti Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan dan lain-lain. Kes ini mencetuskan kegemparan di seluruh Malaysia dan dunia terutama masyarakat Melayu kerana pemimpin harapan mereka dijatuh dan dimalukan oleh mentornya, Dr Mahathir Mohamad.
.................
Sebab apa?...
Di waktu itu sudah ada Datuk Shazryl Eskay Mirip Wajah Anwar. Dan hadiah yang diberi merupakan sebuah projek 'besar' setelah wayang Liwat 1 berjaya menyingkirkan Anwar...
Beralih kepada pimpinan Pak Lah. Jambatan Bengkok tidak diteruskan.
“Malaysia tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor kerana implikasi dan komplikasi undang undang yang akan berbangkit kelak dan kalau kita teruskan juga, ia akan menjadi projek yang tidak disenangi rakyat dan selama-lamanya jadi projek yang dipertikaikan malah kita buat keputusan, ia keputusan politik. Kita tidak boleh mengenepikan perasaan rakyat kerana kita dipilih oleh rakyat untuk rakyat.”
Pengumuman Pak Lah membatalkan projek jambatan bengkok pada 12 April 2006 itu bercanggah dengan pendiriannya pada 10 Februari dan 3 Mac 2006, hanya 22 hari sebelum itu.
Keputusan Pak Lah membatalkan projek jambatan itu kemudian mengundang berbagai kontroversi terutama sekali apabila ditegur oleh Tun Dr Mahathir Mohamad hingga mencetuskan perbalahan yang berpanjangan hingga sekarang ini.
Patutpun Mamak Mahathir Al-Kutty Kecut Telor sehingga dalam buku hikayat kematiannya pun masih sebut pasal liwat Anwar. Ada rahsia disebaliknya...
Arkib TMI:
Megat Junid peroleh rakannya projek 'jambatan bengkok', kata pengawal peribadi
TMI | Bekas menteri pusat Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub telah membantu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memperoleh hak untuk membina jambatan Laluan Antarabangsa Malaysia-Singapura, yang turut dikenali sebagai “jambatan bengkok” 13 tahun lalu.
Pengawal peribadi Allahyarham Megat Junid, Mohamad Mahti Abdul Rahim memberitahu mahkamah hari ini bahawa dia pertama kali mengetahui tentang projek itu apabila bekas menteri berkenaan menyerahkan satu surat daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) kepada Shazryl pada 1998.
“Pada satu hari tahun 1998, Datuk Eskay bertemu dengan Tan Sri Megat. Datuk Eskay sangat gembira apabila Tan Sri Megat menyerahkan sepucuk surat daripada EPU kepada Datuk Eskay.
“Hanya selepas itu, saya mengetahui yang Datuk Eskay memperoleh projek membina jambatan Johor-Singapura bagi menggantikan Tambak Johor,” kata Mohamad Mahti di mahkamah hari ini.
Katanya, Megat Junid menganggap Shazryl sebagai “keluarganya” manakala anak lelaki Megat Junid dan isteri Shazryl adalah rakan kongsi perniagaan industri automotif.
“Mereka sangat rapat. Datuk Eskay melawat rumah atau pejabat Tan Sri Megat dua atau tiga kali dalam seminggu,” kata Mohamad Mahti, yang menjadi pengawal peribadi Megat Junid dari 1984 hingga 2000.
Dia memberikan keterangan pada hari pertama kes sivil berkaitan pemerolehan projek membina jambatan itu.
Shazryl memfailkan kesnya pada Januari 2002 dengan mendakwa terdapat pelanggaran kontrak oleh defendan Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana gagal membayarnya RM20 juta selepas mendapatkan projek itu bagi mereka.
Awal hari ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan defendan untuk mengetepikan kes itu atas alasan adanya isu yang perlu didengar.
Mahkamah menetapkan tiga hari untuk mendengar kes itu.
Megat Junid yang meninggal dunia pada Januari 2008 pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri dan kemudian sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Idea pembinaan “jambatan bengkok” digerakkan oleh Dr Mahathir tetapi tidak menjadi kenyataan selepas dibatalkan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.
Dalam kenyataan tuntutan, plaintif menuntut bahawa Yahya, yang merupakan pengarah eksekutif dan pemegang saham utama Merong Mahawangsa, telah mendapatkan bantuannya untuk memperoleh projek itu daripada kerajaan dan bagi memperoleh dana asing RM640 juta.
Beliau mendakwa defendan kedua telah mendapatkan bantuannya atas hubungan baiknya dengan kerajaan.
Shazryl berkata, defendan kedua menawarkan RM20 juta sebagai ganjaran atas khidmatnya tetapi bayaran itu tidak dijelaskan langsung.
Sehubungan itu, plaintif menuntut RM20 juta daripada kedua-dua defendan, faedah, kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Bagaimanapun kenyataan pembelaan Yahya menafikan yang beliau menggunakan hubungan baik plaintif dengan kerajaan dan Megat Junid memandangkan ia bertentangan dengan “dasar awam, tidak bertamadun dan haram.”
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Rakyat malaysia sudah marah kerana ramai sangat warga asing turun mengundi... Kerana umnobn, negara tergadai kek warga asing. Nota: Tra...
-
KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sam...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan ...
-
Parti manakah yang berani menjolok kedudukan istana semenjak 1946? Awang buat-buat lupa ye.. atau Awang sudah terkena sindrom pelupa. Biasan...
-
satu: Mamak mahathir Alkutty set-up liwat 1 sebab rasa terancam pengaruh politik anwar... maka beliau dapat sambung pemerintahan diktatorny...
-
This is true and all happened within these two years! I have a friend's daughter who is studying in Limkokwing University, and she was k...
0 comments:
Catat Ulasan