Jumaat, April 29, 2011
Peringatan Untuk Datuk Azhar Ibrahim???
Duit Warga Emas Pulau Pinang Bila Nak Dikembalikan... Hari tu sibuk sangat suruh pulangkan balik duit pemberian kerajaan DAP Pulau Pinang. Takkan senyap aje... collection dah banyak turrr. Dah terguna kerrr... kurr... kurr... kurr...
Awat senarai nama turr tak sampai ke Lim Guan Eng???
HarakahDaily | Umno Pulau Pinang sehingga kini gagal menghantar atau menyerahkan walaupun satu nama berhubung dakwaan sebelum ini yang menyatakan terdapat segolongan warga emas ingin mengembalikan wang RM100 pemberian kerajaan negeri.
"Sehingga kini, kerajaan negeri tidak menerima sebarang pembatalan pendaftar yang telah memperoleh wang ini sebelum ini,” kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Azhar Dimasukkan Ke Hospital
mStar | Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim yang sepatutnya menghadiri sidang Dewan pada Jumaat selepas digantung enam bulan dimasukkan ke hospital.
Azhar, 65, dikejarkan ke hospital swasta di Butterworth selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Penaga, awal pagi Khamis.
Beliau dipindahkan ke sebuah hospital swasta di sini beberapa jam selepas keadaannya dilaporkan stabil.
Azhar yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi kemudiannya dipindahkan ke wad pesakit biasa.
"Saya mengalami masalah pernafasan dua hari lalu akibat jangkitan di bahagian paru-paru.
"Saya akan menghadiri sidang Dewan bermula Selasa jika doktor mengesahkan kesihatan saya bertambah baik.
"Jika saya masih belum sihat, Dr Hilmi Yahaya (Teluk Bahang) akan mengambil alih tugas selaku Ketua Pembangkang buat sementara waktu," katanya.
Pada Isnin, Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga tetap mempertahankan pendiriannya untuk mengkritik polisi pentadbiran yang diamalkan pemimpin DAP di negeri itu.
Menurutnya, beliau akan terus mengkritik corak pemerintahan kerajaan negeri yang disifatkan sebagai 'politik perkauman ala Ketua Menteri Lim Guan Eng'.
Azhar turut digantung daripada menghadiri sidang Dewan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Pulau Pinang mendapati beliau bersalah kerana mengeluarkan kata berbaur hasutan dalam persidangan pada Mei tahun lalu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Rakam noda anak MyMetro | KUALA LIPIS: Dia sudah ada empat isteri, namun seorang kontraktor layak digelar ‘bapa setan’ apabila tergamak menj...
-
Sesuatu Yang Tak Pernah Berlaku Di Masjid Sultan Mizan Putrajaya, Kini Berlaku Sebentar Tadi. Selesai Solat Jumaat, Orang RAmai Tidak Meni...
-
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada partiparti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri DUN) Man...
-
Dah kena penyakit Bik Mama lar turr... Woiitt baju jarang itu sesuai untuk majlis akad nikah di gereja ... Tak dak adap sopan dan kemaluan...
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Lar ni semua orang sudah kenal kerana berpakaian macam perempuan lorong... "Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan....
-
Gambar ini pernah meletop suatu ketika dahulu. Tuan punya badan pernah menafikannya. Zaman itu sudah boleh ambil gambar hires. Menurut foren...


0 comments:
Catat Ulasan