Sabtu, Jun 04, 2011
EPU "Unit Penyamun Ekonomi", Bidas Tan Sri Ani Arope
TMI | Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope menyalahkan Unit Perancang Ekonomi kerana menaikkan tarif elektrik. TNB dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah, sejak hampir 20 tahun lalu.
Ani, yang menyifatkan EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’, memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) dan bukan 12 sen seperti yang ditawar sebelumnya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.
“Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP,” kata Ani yang menerajui syarikat utiliti itu antara 1990 hingga 1996 dalam status di laman sosial, Facebook.
“Dengan fasal ambil-dan bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.
“Bagus EPU — Unit Plundering Ekonomi,” katanya mengejek unit ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.
Justeru, Ani meminta satu kajian semula syarat-syarat asal dengan IPP kerana perjanjian tenaga itu terus dilakukan.
Ani menimbulkan kegemparan pada 15 tahun lalu apabila meletakkan jawatan daripada jawatan pengerusi eksekutifnya kerana enggan menandatangani persetujuan tak seimbang dalam Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA)
Ia menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff, semasa negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir.
“TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Nampak tidak punca masalahnya,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Akibat dah lama duduk malaysia sebab di beri IC percuma oleh umnobn jahanam, bangla neh dah berani tunjuk samseng di Malaysia.
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Toyota Camry 2.4L for RM69,396.00 (and not RM170,000), Toyota Altis for RM46,000 (and not RM112,000), Honda Jazz for RM36,000 (and not RM108...
-
CNY 2012 - Nasi lauk you never taste before ! 贺年短片—你从来没吃过的咖哩饭! Bukan sekadar nasi dan lauk juga bungkusan kasih dan sayang Selamat Tah...
-
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah telah menceraikan isteri kedua Azrinaz Mazhar, bekas wartawan TV3 dengan ...
-
3pm: Anwar Ibrahim’s lead counsel Karpal Singh brings out a copy of Malay daily Utusan Malaysia and says its articles today are tantamount...
-
When discussing the by-elections in Bagan Pinang, someone showed me an invitation card for the Anniversary Celebration of the 2nd Armoured R...
2 comments:
kalau ini yang dilakukan oleh kementerian berkenaan dan perdana menteri malaysia untuk mendera dan membelasah rakyat dari pendedahan demi pendedahan, tetapi rakyat masih lagi mahu umno/bn memerentah negara tunggulah saat jahanam akan sampai dan kecelaruan kehidupan rakyat terbanyak (kecuali kroni umno)menjadi lebih jelas. Apa lah yang dimakan / kedarah oleh penyokong umno yang tak mahu berubah, yang masih setia dengan petualang-petualang bangsa dan negara, yang terus mematikan hati mereka untuk menerima yang lebih baik.
Wahai penyokong umno kamu jangan ingat sokongan kamu berikan kepada puak zalim tidak akan dipersoalkan oleh Allah swt nanti. "JANGANLAH KAMU HAMPIRI KEZALIMAN, NANTI DISAMBAR API NERAKA".
Bye-bye Umno dan Barisan Nasional buat selama-lamanya. YTL akan bantu korang dari segi kewangan untuk adakan pilihanraya ke 13.
Catat Ulasan