Selasa, Oktober 04, 2011
Ladang Solar Di Selangor
SelangorKini | Kerajaan negeri sudah menerima 10 permohonan daripada syarikat-syarikat yang berminat membina ladang jana tenaga solar (solar farm) di Selangor.
Jumlah itu di luar jangkaan kerajaan negeri ketika berhasrat untuk membina lading tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif.
“Saya ingin menyatakan di sini bahawa kerajaan negeri sekarang bercadang untuk mempromote tentang solar technology dan saya sempat berjumpa dengan beberapa syarikat yang sangat ingin untuk menunjukkan kepada masyarakat bagaimana kita boleh mendapat tenaga dari apa yang dipanggil tenaga matahari ataupun solar yang dihasilkan melalui solar farm.”
Abdul Khalid berkata demikian ketika merasmikan seminar Selangor Conferece On Alternative and Renewable Energy (SELCARE) II di sini hari ini.
Bagi permulaan pembinaan ladang tenaga solar itu menurut Abdul Khalid, kerajaan negeri membenarkan syarikat-syarikat terbabit menggunakan sebuah tapak berkeluasan 60 ekar yang dulunya tempat pelupusan sampah.
“Dan untuk ini kerajaan negeri bersedia untuk membenarkan mereka menggunakan tempat pelupusan sampah yang dulu telah kita perbaiki dan tempat sampah itu kita sudah tanam apa yang kita katakan rumput dan luasnya lebih daripada 60 ekar dan ianya kita tawarkan sebagai satu tempat experimental area to show that solar technology can be operationalize.”
Katanya, kerajaan negeri akan mengunakan sumber tenaga alternatif bagi menjana pembangunan ekonomi masa depan dan mengurangkan penggunaan sumber tenaga sedia ada sebagai langkah penjimatan dan memastikan alam sekitar yang sihat.
Seminar ini dianjur oleh Exco Sains, Teknologi dan Inovasi. Selain mengundang beberapa tokoh tempatan termasuk ahli politik, ia turut mengundang penceramah daripada Australia dan New Zealand.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Rakam noda anak MyMetro | KUALA LIPIS: Dia sudah ada empat isteri, namun seorang kontraktor layak digelar ‘bapa setan’ apabila tergamak menj...
-
Sesuatu Yang Tak Pernah Berlaku Di Masjid Sultan Mizan Putrajaya, Kini Berlaku Sebentar Tadi. Selesai Solat Jumaat, Orang RAmai Tidak Meni...
-
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada partiparti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri DUN) Man...
-
Dah kena penyakit Bik Mama lar turr... Woiitt baju jarang itu sesuai untuk majlis akad nikah di gereja ... Tak dak adap sopan dan kemaluan...
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Lar ni semua orang sudah kenal kerana berpakaian macam perempuan lorong... "Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan....
-
Gambar ini pernah meletop suatu ketika dahulu. Tuan punya badan pernah menafikannya. Zaman itu sudah boleh ambil gambar hires. Menurut foren...

0 comments:
Catat Ulasan