Rabu, Januari 18, 2012

Video: 'Bom' Najib Untuk...

Arkib video


Bekas menteri dakwa BN beli undi dengan wang tunai

Bekas menteri persekutuan daripada Umno hari ini mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai “bom”.

Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.

“Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan,” kata bekas menteri penerangan dan pelancongan di Persidangan Perancangan Strategik Malaysia 2012 di sini.

“Ia secara terang-terangan untuk membeli undi.”

Abdul Kadir berkata istilah yang digunakan untuk strategi itu adalah “bom”.

Beliau menambah secara peribadi tidak pernah menggunakan wang itu.

3 comments:

ramliomar berkata...

Walaupun kes ini telah lama berlaku SPRM masih boleh mengambil tindakan ke atas menteri ini kerana ia merupakan pengakuan.

BOB berkata...

SPRM takkan bertindak. Dijamin penakut. Melainkan menteri2 umno dah tak berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

Yang aku nampak sprm bertindak bagi memperlihatkan suruhanjaya itu bebas. Namun menteri-menteri umno yang terang terlibat dengan rasuah akan terlepas juga akhirnya.

Post Haru Biru

Arkib Blog