Rabu, Februari 01, 2012
Dengkuran Dari Langit di Kota Semarahan Ciptaan Taukeh Kilang
SinarHarian | Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menafikan dengkuran kuat diselang seli bunyi nyaring frekuensi radio di Kota Semarahan pada 11 an 12 Januari lalu berpunca daripada High Frequancy Active Auroral Research Programme (HAARP) yang dijalankan di Amerika Syarikat.
Sebaliknya bunyi berkenaan datang daripada sebuah kilang kelapa sawit di Kampung Endap.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Fadillah Yusof berkata, kilang berkenaan telah membuat pengujian terhadap tekanan dandang secara automatik pada 11 dan 12 Januari 2012 sehingga menyebabkan kewujudan bunyi seolah-olah orang sedang menjerit dan mengejutkan penduduk kampung di sekitarnya.
Fadillah berkata, pihaknya telah melakukan beberapa siasatan dengan menemu bual saksi-saksi kejadian, orang kampung dan membuat siasatan mengenainya serta mendapatkan khidmat pakar untuk menganalisis bunyi itu.
Bagi membuktikan kebenaran ini, katanya, Penolong Pengurus kilang, Yusmizan Desa mengakui kilangnya ada melakukan penentu kuran secara berkala yang melibatkan perlepasan wap secara besar-besaran dan menghasilkan tekanan sehingga muncul ‘Ngauman Langit’.
“Yusmizan memberitahu pihak kami tujuan perlepasan tekanan dandang dilakukan semasa aktiviti pemprosesan kelapa sawit. Kami diberi penjelasan melalui corong lepasan wap ke arah kampung itu dan mereka juga melakukan demonstrasi untuk membuktikan perkara ini.
“Pihak kami dan juga saksi-saksi, terutama penduduk kampung telah berpuas hati dengan demonstrasi itu. Begitu pun, kami masih menjalankan analisis secara saintifik untuk mengkaji frekuensi itu,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Gambar Hiasan Sungkai, Perak: Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekum...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Kerana ingin menjatuhkan maruah seorang yang bernama Anwar Ibrahim, mereka ini sanggup melakukan apa sahaja bagi mematahkan kebangkitan beli...
-
Gambar hiasan Hari ini dikejutkan lagi dengan kejadian polis menembak seorang remaja 15 tahun dikepala menyebabkan mangsa mati serta merta. ...
-
Akibat dah lama duduk malaysia sebab di beri IC percuma oleh umnobn jahanam, bangla neh dah berani tunjuk samseng di Malaysia.
-
Bukit Katil Bn Kalah inilah, Samseng BN lagi mau kacau , PR pls be calm, dont let them have excuse to harm us !
-
Harakahdaily | Umno benar-benar terdesak bagi mencapai misi merampas Dun Galas apabila berusaha mendapat 500 pengundi atas pagar yang pernah...

0 comments:
Catat Ulasan