Perompak Elit Umnobn Bertindak Kurang Ajar apabila tidak mampu memberi hujah kepada Peneroka Felda. Saksikan Video neh..
Arkib: Pengerusi Felda memaki hamun Ketua Peneroka Felda (Pak Sam) secara terbuka dan memperlekehkan Jawatankuasa Perunding Peneroka (Pemimpin Peneroka).Semoga peneroka dan generasi baru Felda celik mata melihat gaya kepimpinan Pengerusi Felda ini. Saksikan Video dibawah.
PENYENARAIAN FGVH BAHAYA KEPADA PENEROKA – KU LI
Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat usaha kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia sesuatu yang bahaya kepada masa depan peneroka.
Ahli Parlimen Gua Musang itu yang ditemui Harakahdaily semalam berkata, beliau diberitahu banyak pihak bahawa apabila disenaraikan, bererti pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka.
Apabila terdedah di pasaran terbuka katanya, sesiapa sahaja termasuk pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu.
Ianya akan menyebabkan peneroka bakal berdepan resiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka.
"Kalau harga melonjak naik, pemegang saham nak rasa keuntungan, sudah tentu dia akan jual (kepada pihak lain)... bodoh la kalau tak jual untuk ambik kesempatan keuntungan.
"Akhirnya tanah yang kita miliki dahulu sudah hilang kerana orang lain sudah memiliki saham yang mempunyai hak ke atas tanah milik kita dahulu. Itu suatu yang bahaya!," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li.
Difahamkan, menurut pelan penyenaraian yang dijadual Mei ini, sebanyak 360,000 hektar tanah Felda Palantation dipajak kepada FGVH selama 99 tahun.
Selain kebimbangan hilang hak milik tanah, turut difahamkan Felda juga dijangka akan mengalami defisit tahunan sebanyak RM1.5 bilion apabila menyerahkan tanah kepada FGVH.
Malah, mengulas lanjut, Ku Li yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, jika nasib mereka tidak baik, peneroka mungkin akan diusir dari tanah yang mereka diami dan usahakan selama ini.
"Ini mati hidup peneroka ke atas tanah yang mereka telah usahakan selama ini. Kalau tanah itu dijual oleh kerana saham dijual, maka kita tak ada lagi hubungan dengan tanah itu malah tak ada hak pun nak duduk di situ.
"Saya tak tahu kerajaan ada cara lain untuk menjamin hak peneroka supaya kekal, tetapi saya tak nampak," katanya yang juga presiden NGO Amanah.
Rabu, Februari 22, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan pembinaan projek mega menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat adalah cadangan Permodalan Nasi...
-
Negara dijajah warga asing kerana umnobn membuka jalan untuk mereka.
-
Malaysia Sebagai Hub Pusat Hiburan Malam Menjelang 2014 Edisi menyental catatan: Program Transformasi Ekonomi ETP, Datuk Seri Najib Razak m...
-
Ini contoh kertas saman ekor yang diposkan oleh pihak berkuasa ke rumah anda. Hanya melebihi 11 km/j anda akan di kenakan saman ekor. Amat m...
-
Proton Inspira akan menjadi nama rasmi mengantikan model Proton Waja. Proton Inspira adalah inspirasi dari model Mitsubishi Lancer yang menj...
-
Dakwaan saintis kapitalis: Asteroid bersaiz sebuah bas hampir melanggar bumi. Asteroid itu dinamakan 2012 BX34 berukuran pada diameter ena...
-
Bik Mama aka wanita pertama yang berkuasa dalam pemerintahan negara... Rosmah Pangku Tugas Najib, Langgar Hierarki Negara TVS | Tindakan ist...
0 comments:
Catat Ulasan