Memaparkan catatan dengan label Braveheart. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Braveheart. Papar semua catatan

Khamis, Januari 07, 2010

Cedera Ringan: Ds Nizar Kemalangan


IPOH: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin terlibat dengan kemalangan jalanraya di hadapan Hotel Cassuarina Ipoh pagi ini. Demikian berita yang disahkan oleh pembantu peribadi beliau, Sdr. Amran Harun. Ds. Nizar dikatakan memandu sendiri dalam perjalanan ke sebuah Klinik Gigi kerana ada temujanji pada pagi ini. Beliau sekarang berada di Hospital Tuanku Bainun Ipoh dan mengalamai cedera ringan di bahagian kaki. Kereta yang dipandunya dikatakan terbalik dan keempat-empat tayarnya diatas dalam kemalangan itu. DS Nizar kini ditempatkan di wad 8C Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh untuk direhatkan selepas mengalami kemalangan tadi. Keadaannya akan dipantau sebelum dibenarkan pulang. Kebanjiran orang ramai yang bertali arus datang ke hospital sebaik menerima berita kemalangan DS Nizar sebentar tadi juga dilihat sebagai sebab beliau dipindahkan ke wad. Antara yang bergegas mengunjunginya adalah pimpinan Pas Perak seperti Ust Misbahul Munir, Ust Nor Azli Musa, pimpinan PKR Perak seperti YB Chang Lih Kang, juga pimpinan DAP Perak seperti YB Kulasegaran dan YB Sam.

>>Pautan Gambar kemalangan disini>>>

Jumaat, Disember 11, 2009

Rapatkan Saff Menawan Putrajaya



Gabungan parti yang sedang dibentuk oleh Pakatan Rakyat (PR) perlu berteras kepada gabungan persepakatan bukannya sistem satu parti yang di kontrol oleh satu kepala. Ini bertujuan memberi satu pengurusan yang baik dan lebih terurus di mana setiap kumpulan gabungan ini menpunyai sasarannya tersendiri. Boleh dilihat gelombang pilihanraya umum 2008 yang mana rakyat mahu melihat satu bentuk gabungan persepakatan yang tidak menghilangkan identiti parti masing-masing.

Orang muda moodnya sentiasa berubah. Macam aku juga. Tidak mahu terikat dengan idealogi politik usang. Orang muda mahu melihat seorang tokoh yang berkaliber dan mudah didekati menjadi pemimpin. Jadi PR perlu membawa mood orang muda ini supaya tidak tersemput ditengah jalan. Lainlah orang lama.. ehem..ehem..lamanya... Khasiat tongkat ali ka.. keh..keh..keh

Gabungan persepakatan ini perlu memberi impak untuk melemaskan grombolan umnobn. Kini mereka mungkin tengah terketaq bilamana melihat betapa utuhnya persepakatan tiga parti PR ini. Apa tidaknya, kini semua sudah tahu kedua-dua tiang yang memegang kiri dan kanan Barisan Nasional sudah goyang. MCA masih dalam kekalutan. Si sembab berjanji pada Najib akan selesaikan dalam masa seminggu. namun beliau gagal dan masalah MCA tidak juga selesai. MIC pun sudah tidak mendapat sokongan kaum india lagi. Tambahan pula isu penghinaan perkauman terbaru dari utusan yang mengguris jiwa kaum india.

Dahulu grombolan umnobn begitu selesa dan boleh bermegah-megah. Tiada satu pun parti yang boleh menyaingi umnobn kata Najib. Pehh.. kalau tidak ada parti yang boleh tumbangkan umnobn, mengapa Najib begitu gelisah sehingga mengketis telinga menteri-menteri kabinet untuk mengucar-kacirkan negeri pemerintahan PR. Dok diam-diam sudah lah.

Mengapa grombolan umnobn ini sentiasa menyerang pimpinan PR? Jawabnya..... mereka grombolan umnobn takut dengan gabungan persepakatan tiga parti ini mampu membawa PR menawan Putrajaya suatu hari nanti. Mereka juga tahu dan rakyat pun dah tahu akan pembaziran dan ketirisan dalam urustabir kerajaan umnobn selama memerintah negara Malaysia. Maka rakyat akan menolak grombolan ini ketepi bagi memberi laluan kepada perubahan.

(Moral: Sapa tak takut weh... kalau dah tak boleh pegang kerajaan pusat, macamana nak sara Istana Idaman, Mercedes cls 350, Porsche cayenne, Bmw 7 series, Bentley Continental GT, Bini no 2/3/4 dan tak boleh lagi nak bagi sebuah Hummer sebagai hadiah sesuka hati. Perlulah ada didalam diri yakni Allah swt melihat apa yang aku dok buat.)

Isnin, Ogos 24, 2009

Umno Gersang Dahagakan Selangor

Sejak kebelakangan ini khabar angin tentang kononnya Umno dan Barisan Nasional akan kembali berkuasa di negeri Selangor menjelang 31 Ogos 2009 sengaja dimain-mainkan oleh pihak tertentu. Beberapa helai kain rentang yang menuntut Menteri Besar Selangor melepaskan jawatannya selain beberapa bahan yang diterbitkan untuk menggambarkan kononnya Pakatan Rakyat Selangor diambang perpecahan cuba digunakan untuk menarik perhatian rakyat.

PAS Selangor memandang segala propaganda dan usaha nakal ini sebagai tindakan "desperado" di pihak Umno dan BN Selangor dan yakin bahawa rakyat jelata rata-rata masih setia di belakang kerajaan Pakatan Rakyat yang telah sama-sama mereka mandatkan lantaran berputus-asa terhadap kerajaan BN yang telah mengecewakan mereka selama ini.

Jentera PAS Selangor sendiri selaku komponan Pakatan Rakyat tidak sedikit pun terganggu dengan "angan-angan Mat Jenin" Umno itu malah di saat ini sedang giat menjalankan kerja seluruh negeri untuk memantapkan lagi kedudukan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Ahli-ahli EXCO, para ADUN, ahli-ahli majlis PBT PAS masing-masing sedang melipat-gandakan usaha khasnya di bulan Ramadhan ini untuk meyakinkan rakyat bahawa tidak ada sebab untuk mereka kembali kepada Barisan Nasional yang telah sama-sama mereka tolak pada PRU lalu.

Malah Lajnah Penerangan PAS Selangor sedang menyusun untuk melancarkan kempen besar-besaran selepas bulan Ramadhan ini yang bertujuan mengajak ahli-ahli Umno seluruh Selangor agar meninggalkan Umno dan bersama-sama PAS untuk membantu memantapkan kerajaan baru Selangor ini. Tumpuan akan diberikan pada kawasan-kawasan yang diwakili oleh ADUN-ADUN Umno seluruh Selangor.

PAS Selangor menjangkakan kempen ini nanti akan menerima sambutan luar-biasa dari rakyat jelata khasnya ahli-ahli Umno memandangkan kejayaan PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membuktikan kepada rakyat bahawa walaupun dalam tempoh yang singkat Selangor kini ditadbir oleh kepimpinan yang berkualiti, prihatin pada rakyat dan telus dalam "Merakyatkan Ekonomi Selangor".

-Roslan Shahir bin Mohd Shahir, Ketua Penerangan PAS Selangor, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.

Rabu, Jun 17, 2009

> SYUHADA: MEMALI IN HISTORY

Dahulu di kampung itu,
Terjadi peristiwa ngeri,
Yang menyayat hati,
Di kampung para petani,

Mereka dibunuh,
Kerana tak sujud pada kekuasaan,
14 nyawa melayang,
Menangislah orang tersayang,

Darah bersimbah kebumi,
Kerana ego pemerintah,
Operasi Angkara,
Menambahkan duka lara,

Chorus:

Tragedi Memali,
Jangan pernah dilupakan,
Jangan mudah memaafkan,
Pembunuhan kejam itu,

Dimanakah keadilan?
Untuk para Syuhada ini?
Dimanakah pembelaan?
Untuk mereka,

Kami yang masih hidup dibumi ini,
Akan terus mengenang dan memuja,
Keberanianmu, pengorbananmu,
Para Syuhada.....

Oleh: Amin Iskandar @ Black

>>>Lanjut: Wajib Tonton>>>

> TUGAS GILA DARI TOK PENGHULU

Tiinnn... Tiinnn... sebuah motorsikal berhenti dekat dengan pot. Assalamualaikum tok penghulu. Awat kalut sangat ni.. pak mat pun ada sama. Tanya kawan aku. Aa-ah lar ada apa hal ni, aku mencelah pulak. Sebenarnya Tok datang ni bukan saja-saja tapi ada hal sangat penting. Tok nak mintak tolong hangpa semua pi ambik anak pak mat ni kat utara malam ni jugak. Hah.. awat tergesa-gesa sangat ni, macam ada hal berat ja. Memang hal berat sangat, kes bawak lari anak dara orang nih... jawab tok penghulu. Apaaa... awat tak report kat polis ja kawan aku mencelah. Tak boleh nanti jadi kes berat dan malu pulak pak mat ni....

Setelah mendengar penjelasan tok penghulu, baharulah kami paham yang anak pak mat yang dok kat key-el telah dibawa lari oleh boypren dia. Dengaq cerita depa nak pi lepas sempadan nak bernikah. Pak mat tak setuju dengan boypren anaknya sebab kurang ajar dan tak hormat orang tua. Tok penghulu kata ranting belah utara dah selidik tempat mamat ni singgah. Malam ni jugak depa nak serbu, hangpa ambik kereta tok kat rumah dan jangan lupa singgah ambik pak mat kat rumah dia.... Ok tok penghulu, kami pergi juga malam ni...

Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Malam tersebut kami berlepas seramai tiga orang menaiki kereta kebal malaysia (proton saga petak) menuju ke utara. Dalam kepala aku ligat berpusing ayat-ayat yang karut... aku rasa boypren dia bukan nak nikah kat siam, ni mesti nak tukar jadi duit atau apa-apa yang boleh masyuk. Sesekali mata aku menjeling ke arah pak mat... Aku tengok dia diam aja.... Apa yang dia pikiq aku pun tak tahu. Mungkin dia terasa penyesalan setelah terjadinya peristiwa ini. Kawan aku yang dok kat belakang terperasan... weh.. pasang cd la... kasi pecah sunyi nih... Pak mat pun membalas... Ya la sambil menyalakan sebatang rokok dibibirnya. Setelah memasuki litar utara-selatan aku pun menekan pedal sedikit demi sedikit merasai kekuatan enjin kereta kebal nih. Huh... kereta tua tunggu masa ja... hang ni jangan laju sangat... tegur pak mat. Ok lar... standard litar 100kmj ja, jawab aku sementara tangan aku terasa gegaran stereng. Kawan aku mencelah... bila nak sampai kalau takuk ni ja bawak kereta...kah..kah..kah... Sabar ingat orang tua sama... sahut pak mat...

Hampir 6 jam meredah litar bengkang bengkok... terasa gak kebas punggung aku. Adeh... bilar nak sampai ni pak mat... diaorang tahu ka kita nak mai nih... tanya aku. Tu hang jangan risau... tok penghulu dah telefon dan kereta ni pun ranting utara kenai. Pak mat pun ada simpan nomboq telefon depa. Bila keluar aja tol pak mat terus telefon untuk menanyakan arah yang patut kami pergi. Belok kiri, belok kanan, jalan terus, belok kiri lagi, pastu kanan balik, selang setengah jam dari tol baharu sampai di rumah yang kami hendak tujui. Hari pun dah cerah. Sampai ja kat laman rumah tu ada 5 orang sedang berbual menunggu kami. Assalamualaikum.... jemput naik.. kedengaran suara salah seorang dari mereka. Kami bertiga pun naik bersalaman unik sebagai perkenalan.

Bla..bla..bla.. dah settle... bla..bla... dia melawan... bla..bla... tak kasi peluang... bla..bla... selidik.... bla..bla... ranting key-el pun cari gak... bla..bla... memang dikehendaki... bla..bla... jenayah... bla..bla... katok... bla..bla... buang... bla..bla... lepaih siam dah... bla..bla...bla..bla... tak dak kesan... bla..bla...bla..bla... balik asal. (Sebahagian statement tidak dapat keudara kerana menghormati tatasusila)

Panjang lebar otai tu cerita kat pak mat. Naik bulu roma aku bila mendengarnya... Mai minum kopi nih tak dak apa lah... Lupakan ceritan ni.. buat-buat tak dak apa berlaku.. kata otai tu... Tiba-tiba... ayahhhh... maafkan cek... maafkan... cek tak buat lagi... sambil memeluk bapak dia dan menangis. Wajah anak pak mat layu dan kusut mungkin masih teringat peristiwa semalam kot. Semua yang ada kat situ hanya berdiam diri. Kedengaran suara pak mat memujuk anaknya supaya bersabar... Dalam kepala aku.. nasib baik laa kat tempat orang ni... kalau kat rumah hang dah tentu sepak terajang melekat kat badan hang... sapa tak kenal pak mat yang panas baran ni... Terdetik juga dalam hati aku.. allhamdulillah, selamat jugak hang dan boleh lagi jumpa bapak hang tu...

Selepas bersarapan, pagi tu jugak kami berempat pulang dalam suasana gembira pun ada sebab dapat jumpa otai dan kawan-kawan dia. Sedih pun ada.... sebab anak pak mat selamat dalam trauma.... Pilu pun ada... sebab on the spot balik.... penat weh... naik kereta kebal nih......

(Moral: Kisah ini adalah sebagai ikhtibar buat aku dan kawan-kawan aku diluar sana.. Berkawanlah bukan mencari lawan, Berkasihlah bukan menyayangi, Bercintalah bukan merelakan, Berjalanlah bukan berlari.... hati-hati memilih ketelusan erti persahabatan dan bukannya seberono kerana sayang.... deng...ding...dooonggg....)

Isnin, Jun 15, 2009

> HERO PERAK KENA GANTUNG


'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun', 'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun' menyebabkan Mental Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) meninggalkan Dewan Rakyat selepas mendesak DUN Perak dibubarkan. Selain Nizar, Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) and Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) turut digantung dua hari.

(Moral: Tak mulia betul lah Pandikar Amin nih. Mungkin takut dengan kalimah 'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun' kot)

Ahad, Jun 14, 2009

> KERJA KAMPUNG PUN BOLEH

120 orang kakitangan kontrak Jabatan Pelajaran akhirnya diberhentikan dan akan menjadi penganggur mulai 1 Julai ini. Mereka yang berkhidmat sebagai buruh dalam pelbagai jabatan di Terengganu telah menzahirkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan dengan berkumpul di Dewan Belia dan Sukan Jalan Pasir Panjang dekat sini hari ini. Kebanyakkan mereka telah bekerja hampir 12 hingga 20 tahun.

Bila sebut kerja kampung, ramai yang membuat memek muka sebek... dengan pelbagai alasan yang melemahkan semangat juang. Tak best lar kerja kampung... tak dak klass. Lantak korang lah. Memang kerja kampung ni tak bagus bagi hangpa. Bagi aku pulak kerja di kampung adalah yang terbaik untuk mental dan kesihatan supaya lebih bertenaga serta menghilangkan kekusutan setiap hari. Selepas subuh keluaq pergi menoreh... sampai tengahari ja... pastu kutip collection getah yang dijual. Belah petang sapa-sapa yang malas boleh berehat dan melepak kat kedai kopi. Yang ada keluarga boleh main dengan anak-anak. Yang rajin boleh cari kerja potong rumput, buat rumah, bercucuk tanam, blogging dan apa-apalah yang boleh buat duit. Tiap-tiap minggu collection cecah RM650 ringgit kerja 5 hari seminggu.. kalau dikali 4minggu tak cecah RM2,600. Perghh... Kalau nak dibandingkan dengan pekerja bukan pegawai kat jabatan kerajaan, dah tentu menang. Tak payah pikiaq TOL Tolol, cukai pintu, duit minyak, cukai pembentong, Lembaga Hasil dan lain-lain lagi. Budak felda kat kampung sebelah setiap bulan RM5,000... asalnya pemotong buah sawit ja.... pastu beli lori hantu yang harga 4, 5 ribu bayaq CASH. La ni dia dah jadi tokeh buah sawit lak. Apa dah tak kuat ka nak kerja kat kampung.... Tu la hang pa lama sangat dok kat kerusi empuk tu... Orang tua kat kampung aku umuq 75 tahun masih steady lagi. Siap boleh tambah kekosongan yang ke tiga...kah..koh..keh...

(Moral: Ikatan Kontrak memang selalunya merugikan para pekerja. Kalau tak dak backup punca yang lain memang boleh terduduk bila dapat notis berhenti. Aku peduli apa walaupun hang dah bekerja hampir 20 tahun.... hang kerja kat sini pun sebab kontrak ja... sekarang boleh blah... Macamtu lah agaknya statement bos yang nak memberhentikan pekerjanya)

Rabu, Jun 10, 2009

> TUTUP KES: BALIK CORAK ASAL

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM


> GELOJOH PUNCA KEJATUHAN: MESEJ TERKINI DIPERAK

Dipendekkan cerita, kenapa umnobn gagal mendapat sokongan setelah membeli negeri Perak dengan harga kurang lebih RM10 Juta aje (Hampeh Murah Bangat) dan siap boleh bayar ansuran. Sikap gelojoh kekadang tak boleh nak kawal. Kalau panjat bukit pun dengan kegelojohan mesti lelah dan banyak air peluh keluaq. Sedang dok syiok menunggu kerajaan pemerintah yang hampir rebah, ding-dong-dung melantun perkataan Kerajaan perpaduan dari mulut pemimpin pas. Aduh!!! satu Malaysia berbicara kerajaan perpaduan apakah yang sebenarnya. Sepantas cahaya 'words' gempak ni meniti dari bibir ke bibir sehingga melekat ke bibir busuk umnobn. Jadi kati yang hampir senget akan dapat tiang baru untuk dijaja kepada rakyat dan memecahkan PR. Supaya tidak berlarutan harap pemimpin tertinggi Pas buat sidang media bagi menerangkan apa yang tersurat dalam statement "PAS tidak menutup ruang perbincangan dengan sesiapa sahaja". Ramai yang ingin mendengar dari luahan pemimpin Tertinggi Pas itu sendiri dan bukannya lapisan pertengahan. Sebelum bahtera kekurangan penumpang, harap-harap disegerakan sidang media ini.

(Moral: Umnobn akan memancing dengan umpan kerajaan Perpaduan dan ketidaksefahaman dalam Pas bagi memancing pengundi di Manek Urai dan seterusnya PRU13)

Selasa, Jun 09, 2009

> GO GLOBAL, KILL EM ALL: GILA BABUS GENG NIH


BENGKOK: Sepuluh orang Islam yang sedang mengerjakan solat ditembak mati oleh lelaki bersenjata dalam satu serangan mengejutkan di sebuah masjid di wilayah Narathiwat di Thailand Selatan. Jurucakap polis berkata kejadian itu berlaku sekitar 8.00 malam bila sekumpulan lelaki tiba-tiba melepaskan tembakan di Masjid Al Qulkon di Kampung Air Paya, di daerah ChoAirong. Beliau berkata maklumat awal dari kawasan itu menunjukkan bahawa 10 orang termasuk imam masjid, terbunuh dan 12 yang lain cedera. "Kami masih mengumpul lebih banyak maklumat mengenai kejadian itu. Pada mulanya dikatakan empat mati, kemudian lapan, dan kini 10. Semua mayat diletakkan dalam masjid," katanya. Ahad lepas, dua orang terbunuh dan 19 cedera bila puak pemisah menyerang pengawal sukarela dan meletupkan sebutir bom kereta di daerah Jeringa, Narathiwat, empat hari selepas dua orang guru, seorang daripadanya mengandung lapan bulan, ditembak mati di Chanae. Lebih 3,500 orang terkorban sejak Januari 2004 bila kumpulan pemisah melancarkan semula kempen bersenjata bagi mendapatkan kemerdekaan tiga wilayah majoriti Islam Yala, Narathiwat and Pattani. BERNAMA

(Moral: Suka hati menembak orang tengah solat, Budus tol dah tak tak kerja kaa...Takziah buat jemaah islam yang terbunuh)

Isnin, Jun 08, 2009

> KATA DEPA: ANDA BAGAIMANA?

"Saya amat berharap di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, di mana PAS juga memainkan peranan yang penting, untuk menyakinkan rakyat dalam negeri mereka, janganlah sekali-kali melaksanakan sesuatu dasar atau menyuarakan sesuatu dengan penuh bau perkauman. Rundingan sulit antara PAS dan Umno juga membimbangkan para penyokong masyarakat bukan Islam. Mereka dan ahli-ahli Kelab mulai bertanya, adakah PAS mula meninggalkan mereka dan seterusnya menjadikan Umno sebagai kawan setia kepada PAS?"
- Vincent Lee, Kelab Penyokong PAS (KPP)

“Umno dan BN adalah sejenis makhluk dan spesis yang sangat berbahaya lagi merosakkan. Mereka memecah belah dan menghancurkan perjuangan kita yang suci ini".
- Nasharuddin Hassan, Pemuda PAS

"Kita takut ada yang akan menggunakan perjuangan Islam untuk kepentingan agenda perjuangan mereka, kita mengancam golongan mereka yang melakukan tindakan sedemikian. Tiada istilah bekerjasama dengan Umno-BN dalam apa jua bentuk memandangkan PAS tidak memerlukan parti itu malah ia perlu dikuburkan. Kita adalah penentang-penentang Umno yang tegar dan tidak akan berkompromi dengan mereka".
- Dzulkifli Ahmad, Perwakilan Dewan Pemuda PAS Pusat

"Saya cadangkan jangan ada rundingan sulit dengan Umno sama ada di peringkat negeri atau pusat. Lupakan sahaja Umno, tetapi dalam masa yang sama, jangan sisihkan orang Umno. Kemelut politik yang berlaku di Perak sejak Februari lalu, adalah disebabkan oleh rampasan kuasa 'ala Fiji dan Zimbabwe' yang dilakukan oleh Umno."
-Dr Khairudin Abdul Malik, PAS Perak

"Umno bukan jenis boleh buat kawan. Dia (Umno) spesis tikam belakang. Bergabung dengan Umno seperti merelakan orang Melayu terdedah kepada ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin".
- Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Yang dipertua PAS Kawasan Kota Bharu

“Kita tak jatuh, depa yang jatuh, orang Kedah takde yang layak jadi ketua, yang layak orang Sabah yang sempurna Shafie Apdal dari Semporna, nama pun Apdal, Kedah takde yang Afdal, yang ada Apdal dengan harapan dia nak menang,”
- Datuk Seri Azizan Abd Razak, Menteri Besar Kedah

"Saya harap mesej ini diterima bahawa parti ini tidak harus sekali-kali berunding dengan Umno yang merupakan musuh politiknya. Saya tidak faham kenapa ketika rakyat menolak Umno dan menerima PAS, kita mahu bersama mereka... sepatutnya mereka datang kepada kita bukan kita pergi kepada mereka. PAS perlu ganti Umno bukan bersama Umno".
- Husam Musa, Naib Presiden PAS

"Pengikut wajib percaya dengan keputusan atau tindakan yang dibuat oleh majlis ulama kerana ulama merupakan pewaris kepada Nabi dan Rasul. Jika mereka tidak yakin, mereka boleh dianggap berdosa kerana tidak melakukan yang wajib. Jika syura ulama dianggap bercanggah, ia boleh dibawa berbincang dalam muktamar secara yang lebih baik".
- Dato' Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS

"Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar PAS yang lalu. Kalau nak berunding dengan Umno, tak usah. Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut. Bagi otak Umno, di Perak, kerajaan Pakatan Rakyat yang menang dia ambil menjadi kerajaan dia. Jadi kita perlu matikan Umno habis-habisan."
- Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS

Sabtu, Jun 06, 2009

> MAT SABU LAWAN A.SAMAD SAID

'Atantuya'

Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga

Aku wanita Ajnabi merantau kemana=mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama

Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa

Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku

Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah

(MAT SABU)

> NASHA KEKAL

SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Muktamar PAS ke-55, Dato' Mustafa Ali mengumumkan, Ustaz Nasharudin Mat Isa menang jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan, Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu. Bagi jawatan Naib Presiden, Salahudin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar menewaskan dua lagi pencabar, Mujahid Yusof Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah.

PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji

NAIB PRESIDEN
Mahfuz Omar, YB Dato’ Haji
Salahuddin Ayub, YB
Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz

Berikut adalah senarai 18 ahli Jawatankuasa Pusat PAS ialah:

Datuk Mohd Nizar Jamaluddin - 854
Idris Ahmad - 799
Kamaruddin Jaffar - 769
Datuk Seri Azizan Abdul Razak - 653
Datuk Dr Hassan Ali - 642
Dr Hatta Ramli - 638
Abdul Ghani Shamsudin - 637
Datuk Abu Bakar Chik - 622
Mohamad Hanipa Maidin - 619
Amiruddin Hamzah - 606
Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - 589
Abdul Ghani Abdul Rahman - 584
Dr Zulkifli Ahmad - 576
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 530
Hashim Jasin - 522
Mazlan Aliman - 513
Taib Azamuddin Mohd Taib - 508
Mujahid Yusof Rawa - 448

Jumaat, Jun 05, 2009

> SEBENARNYA MEREKA CEMBURU


"Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat yang telah celik, kerana hasil maklumat yang dimerdekakan ke atas mereka oleh sumber Media Baru, sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu. Kejayaan ini tidak akan mampu kita capai tanpa usaha keras yang ditunjukkan oleh jentera kita dan semua pihak yang sama-sama membantu tanpa habuan wang ringgit. Rupanya kerjasama kita yang sebegini erat, sangat membuatkan pihak tertentu merasa iri hati dan merasa bahang kepanasannya," -Ustaz Hadi, Presiden PAS.

(Moral: Sepakat membawa berkat. Kata otai, segenggam bilah lidi memang susah nak dipatahkan. kalau satu kontena mampu melemaskan... kah..koh..keh)

Ahad, Mei 17, 2009

Mana Perginya Azilah dan Sirul

Kadang tu aku tertanya gak mengenai nasib 2 orang pengembala kambing nih. Setelah dibelek-belek akhbar hari demi hari, tak dak pulak cerita mamat 2 orang nih. Macamana dengan dengan kes mereka di mahkamah rayuan. Sonyap yoo. Agaknya Para Hakim dok sibuk pasal kes rayu merayu antara zambry dan nizar kot. Buat tokeh kambing jangan lah jual kambingmu terlalu mahal... kahwakakah... Teringat kat Datuk Ahmad Said yang hilang sebab nak beli kambing.

Isnin, Mei 04, 2009

BRAVEHEART-Bukit Gantang: Bukti UMNOBN TAKUT



Kehadaran penyokong BN dalam penamaan calon PRK Bukit Gantang yang lepas menyaksikan suatu jurang kehadiran yang sangat nyata. bayangkan ramai yang menganggarkan paling ramai kehadiran pihak BN hanya 5000 malah ada yang menanggarkan cuma paling banyak 3000 orang sahaja dipihak BN.


Sebaliknya kehadiran pihak Pakatan Rakyat saya anggarkan mencecah 30,000 orang. Malah satu hal yang tidak dapat dinafikan kehadiran sejumlah lautan manusia sebegitu ramai bukanya dari imbuhan wang minyak kereta atau makan free untuk mereka, tetapi mereka datang khusus yang beragama islam atas hasrat peribadi mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata. Bagi yang bukan Islam mereka bersatu untuk menyaksikan kejatuhan BN secepat mungkin. Mereka bergerak seawalnya beberapa hari sebelum penamaan calon untuk menghadirkan diri dalam hari penamaan calon tersebut.


Dipihak BN pula diakui atau tidak mereka datang dengan upah yang diharapkan didunia semata-mata. Tiada makan percuma atau imbuhan wang mustahil mereka boleh datang. Kerana itu belanja yang sangat besar diperlukan bila BN ingin berdepan dengan lautan penyokong Pakatan Rakyat yang datang cuma dengan semangat dan bagi yang beragama Islam mengharapkan "pahala".


Kerana itu saya sangat yakin bahawa peraturan yang dibuat dengan menghadkan jumlah kehadiran sebanyak 5000 orang sahaja kepada parti yang bertanding jelas membuktikan BN dalam keadaan yang terdesak sehingga SPR dan Polis diperkudakan untuk mengeluarkan peraturan "tidak masuk akal itu"

DRS. KHALIL IDHAM LIM

Post Haru Biru

Arkib Blog