Memaparkan catatan dengan label Esok Lusa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Esok Lusa. Papar semua catatan

Selasa, Disember 08, 2009

Keterbukaan JAIS Perlu Untuk Mertabatkan Minda Kelas Pertama

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abdidin hari ini mengajak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) agar bekerjasama dengan beliau dalam usahanya berdakwah di pusat-pusat hiburan walaupun masih berhadapan dengan masalah mendapatkan tauliah menyampaikan kuliah agama di negeri itu. Asri melahirkan hasrat untuk turun padang dan berdakwah di pusat-pusat hiburan, termasuk disko di Selangor dengan bantuan kumpulan dakwah yang dilatihnya sendiri menerusi program dinamakan ‘ulama turun padang’ serta beliau juga mendapat kerjasama daripada persatuan artis Malaysia.

Semalam Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menyifatkan hasrat Asri yang mahu berdakwah di pusat hiburan sebagai langkah tidak bersesuaian dengan matlamat dakwah. Tamyes berpendapat sebagai individu yang menyebarkan ajaran Islam, pendakwah seharusnya menjaga maruah dan imej ketika menyampaikan dakwah agar tidak dipandang serong masyarakat.

“Saya yakin mereka (Jais) akan memberikan kerjasama kepada saya. Saya Cuma hendak menolong, membantu golongan muda. Jadi bantulah saya untuk membantu golongan muda. Kita perlu membimbing golongan muda. Jika pemilik pusat hiburan membenarkan, sekurang-kurangnya dua hingga tiga minit, kami akan menyampaikan dakwah ringkas kepada pengunjung-pengunjung beragama Islam.”
-Dr Mohd Asri Zainul Abdidin, Bekas Mufti Perlis

Isnin, Mei 18, 2009

DOK MELANGUT

Umnobn mempuyai lebih 60 ribu jentera penerangan yang dok melangut dan dok menung. Mereka bingung dan tak tahu nak buat apa. Lebih baik buat bodo aje. Jumlah jentera yang begitu ramai kalau pakat-pakat pi cuci pejabat perdana menteri dah tentu kilat berseri. keh..ko.keh... habuk. Jika semua jentera penerangan itu digerakkan walaupun terpaksa guna jentolak ianya dapat memberi impak yang baik atau hanya tinggal harapan kosong.

Post Haru Biru

Arkib Blog