Memaparkan catatan dengan label Kematian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kematian. Papar semua catatan

Isnin, November 14, 2011

Mayat Mat Motor Tersadai Dalam Parit

Korang yang menunggang motor tuh berhati-hatilah. Pandai-pandai lah cari laluan yang selamat. Malang tidak berbau. Amat malang jika tragedi tersebut berlaku ditempat sunyi dan tak dak orang yang lalu-lalang.

Lokasi kat area kelab golf serendah, hulu selangor.

Ahad, Oktober 23, 2011

Video: Penunggang MotoGP Honda Maut Di Litar Sepang





Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan, demikian diputuskan oleh penganjur Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports. Pembatalan acara MotoGP dibuat selepas kemalangan membabitkan penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli.

Ia adalah kecelakaan besar menimpa MotoGP Malaysia di litar Sepang petang ini. Pada lap kedua penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli terjatuh dan kepalanya dilanggar oleh dua pelumba lain Colin Edwards serta Valentino Rossi. Penunggang Honda itu dilaporkan meninggal dunia.

Edwards dan Rossi masih mampu bangkit. Sementara Simoncelli yang masih terkapar tak sadarkan diri dengan helmet tercabut langsung dinaikkan ke ambulans. Beliau diberitakan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala akibat dilanggar dua pelumba itu, Edward dan Rossi.

Khamis, Oktober 20, 2011

Video: Muamar Gaddafi Dibunuh Pemberontak

A large concrete pipe where Colonel Gaddafi was allegedly captured (Pic: Getty Images) 
 


Rakaman telefon mudah alih, dikeluarkan tidak lama selepas berita penangkapan itu berlaku, muncul gambar yang menunjukkan Gaddafi dalam keadaan berdarah di kepala.

Bekas diktator Libya dilaporkan dijumpai bersembunyi di dalam lubang bawah tanah di tengah-tengah Sirte, selepas pemberontak bergerak melalui bandar tepi laut semasa serangan akhir mereka.

Beliau berkata Gaddafi telah ditembak mati kerana dia cuba melarikan diri, manakala pejuang lain berkata diktator itu telah ditembak diperutnya sekurang-kurangnya sekali dengan peluru 9mm.

Khamis, Oktober 06, 2011

Steve Jobs Tak Sempat Layan iPhone 5


Syarikat gergasi komputer, Apple pada Rabu mengumumkan kematian pengasas bersama syarikat itu, Steve Jobs akibat kanser. Beliau berusia 56 tahun.

“Kami bersama amat dukacita untuk mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia hari ini (5 Oktober),” kata lembaga pengarah syarikat berkenaan dalam satu kenyataan.

Ketika peringkat akhir beliau bergelut dengan penyakit kanser, Jobs melepaskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif tetapi kekal sebagai pengerusi lembaga pengarah Apple.

Kematian Jobs berlaku selepas Apple melancarkan telefon terbaru iPhone 4S di ibu pejabat syarikat tersebut di Cupertino, California.

Pelancaran tersebut telah membuatkan Saham Apple jatuh lebih empat peratus di pasaran Wall Street selepas mengumumkan versi iPhone yang dipertingkatkan, bukannya model baru seperti dijangka.

Jumaat, September 30, 2011

Gadis Berkecai Dalam Kemalangan Kereta... Suspek??

Balaknyer yang tersepit hanya mampu melihat... menyesal... sedih... tak percaya... kusut... apakah yang sedang berlaku dalam kereta itu sehingga driver tersebut hilang tumpuan???? Suspek nih... tetiba terkekan pedal minyak lebih.... Adussss.... sumber gambar>>>



Selasa, Disember 21, 2010

Video Kemalangan Bas Di Simpang Pulai



ADA PIHAK DIKATAKAN TABUR MINYAK DI KAWASAN KEMALANGAN BAS

AHLI Parlimen Cameron Highlands, S K Devamany, yakin ada pihak tertentu mencurah minyak di beberapa kawasan di KM 15 menuruni pusat peranginan itu termasuk di kawasan yang menyebabkan sebuah bas pesiaran dua tingkat, remuk teruk mengorbankan 28 nyawa hari ini. Seterusnya Klik.




Jumaat, Disember 17, 2010

ADUN Tenang Datuk Sulaiman Taha Meninggal Dunia


ADUN kawasan Tenang, Labis, Johor, Datuk Sulaiman Taha, meninggal dunia pagi ini selepas mengalami komplikasi akibat kencing manis. Sulaiman 59, meninggalkan seorang isteri, Datin Noraini Yaakop dan tujuh anak. Allahyarham dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri sejak 24 November lalu. Allahyarham adalah wakil rakyat dua penggal dan Ketua Umno Bahagian Labis. Sebelum ini mengadu demam dan dikejarkan ke sebuah hospital di Johor sebelum dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri. Jenazahnya akan dikebumikan di Labis. Dengan kematian Sulaiman, satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan.

Rabu, Oktober 13, 2010

Piala Malaysia: Seorang Penyokong Kelantan Mati Akibat Sesak Nafas





Mstar | Seorang penyokong pasukan Kelantan mati dipercayai akibat sesak nafas ketika bersesak keluar dari Stadium Shah Alam selepas tamat perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin berkata mangsa yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dari Bachok dan bekerja sebagai pegawai keselamatan, telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata mangsa yang duduk di Aras 5 stadium berkenaan, ditemui pasukan paramedik ketika mula mengalami sesak nafas, bagaimanapun mengatakan dia okay ketika ditanya mengenai keadaannya.

"Menurut rakannya, si mati pada mulanya mengalami sesak nafas ketika perlawanan berlangsung, namun, ketika ditanya sama ada okay atau tidak, dia kata okay.

"Namun keadaan mangsa semakin teruk ketika mahu keluar dari stadium selepas tamat perlawanan dan dia rebah ketika menghampiri gerai menjual cenderamata sebelum meninggal dunia," katanya kepada Bernama, Selasa.

Ketika itu, berlaku sedikit kekecohan di luar stadium sejurus tamat perlawanan selepas penyokong kedua-dua pasukan melakukan provokasi terhadap lawan masing-masing, namun berjaya disuraikan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Noor Azam berkata setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan mengenai angkara vandalism terhadap kereta.

Sementara itu, beliau berkata seorang penyokong Selangor cedera di kepala dipercayai dibaling dengan objek.

Katanya, mangsa kini dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah.

Pada perlawanan suku akhir pertama itu, tuan rumah terikat tanpa jaringan dengan Kelantan, dan perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke 1V di Kota Baru, Sabtu ini. - BERNAMA

Ahad, Oktober 10, 2010

Video Kemalangan: 12 Orang Maut di Lebuh Raya Utara-Selatan

Kejadian ini berlaku pada tarikh yang semua orang berminat untuk mengadakan majlis keraian iaitu 10-10-10. Akibat dari kemalangan tersebut, ia telah menyebabkan kesesakan lalulintas di lebuhraya dan dijangka akan berterusan sehingga kemalangan tersebut berjaya dialihkan.

Nahas babitkan enam kenderaan termasuk dua bas

Bernama | SEREMBAN, 10 Okt — Sekurang-kurangnya 12 orang maut apabila dua bas, sebuah van dan tiga buah kereta terbabit dalam kemalangan di KM 223, Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran Tol Simpang Ampat dekat sini malam ini.

Antara kenderaan yang terlibat dalam nahas paling buruk selepas Ops Sikap sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini ialah sebuah bas ekspres dan sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mereka yang terbunuh dipercayai penumpang bas Ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur.

Kemalangan dipercaya berlaku apabila bas berkenaan dikatakan terbabas masukke laluan bertentangan.

Bas itu kemudian dikatakan menghentam sebuah kereta di lorong bertentangan.





Isnin, Januari 25, 2010

Ada Lagi Blog Seperti Aduka Taruna


Dalam dok 'google search better than yahoo', rupanya ada lagi blog yang menghina sultan. Hangpa boleh pi di pautan ini. >>http://guttermalaysia.blogspot.com>>>. Masih belum di lupuskan. Cepat print screen dan buat report polis.

Khamis, Disember 31, 2009

Masih Ada Yang Bersedih

Lupakan politik sebentar. Di penghujung 2009 yang akan melabuhkan tirai menanti ambang 2010, rakyat malaysia dikejutkan dengan kemalangan bas express sani yang mengorbankan 10 penumpang kerana pemandunya terlelap ketika memandu beberapa hari lepas. Namun hari ini dikejutkan lagi dengan penemuan mayat wanita berselimut didalam almari pakaian. Dalam dok seronok pada kemuncak klimaks tahun baharu malam ini, masih ada insan yang bersedih dengan pemergian mereka ini. Anak-anak, ibu-bapa, atuk nenek dan sedara-mara harus tabah menerima ujian yang sangat getir. Sekelip mata berubah tanpa mendengari lagi gelak tawa seperti sebelum ini.


  • KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita, dengan mulutnya ditampal pita pelekat dan dibungkus dengan selimut, dipercayai dibunuh ditemui di dalam sebuah almari pakaian di rumahnya di Pinggiran Ukay di sini malam tadi. Mayat Fazlina Ahmad, 39, ditemui dalam almari bilik tidur utama rumah teres dua tingkat oleh sepasukan anggota polis pada pukul 9 malam selepas menerima laporan daripada rakan mangsa yang mengadu mangsa gagal dihubungi. Sementara itu Polis menahan seorang wanita, dipercayai teman kepada suami wanita yang ditemui mati dalam sebuah almari pakaian di rumahnya di Pinggiran Ukay di sini semalam bagi membantu siasatan. Polis menjejaki wanita itu yang dipercayai ada bersama suami mangsa pada kira-kira pukul 9 malam di sekitar ibu negara selepas dia (suami mangsa) menghilangkan diri ketika mayat isterinya ditemui di rumahnya. Fazlina dipercayai mati akibat kelemasan dan mayat mangsa tidak mempunyai sebarang kesan luka mahupun pergelutan. Teman wanita itu dipercayai mengenali suami mangsa sejak awal tahun lepas atas urusan perniagaan makanan yang dijalankan bersama Fazlina. Difahamkan, mangsa tinggal bersama dua anak perempuan, yang masing-masing berusia lima dan tujuh tahun bersama seorang pembantu rumah, tetapi tiada di rumah itu kerana berada di rumah keluarga suami mangsa. >Lanjut>>

Post Haru Biru

Arkib Blog