Memaparkan catatan dengan label Media 3 suku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Media 3 suku. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 03, 2013

Panasss... RTM Panggil Ahli Panel "Bangang"

...untuk membangangkan orang-orang kampung... Tapi terburai dek kerana seorang pemanggil ini. Baru ajukan soalan yang ringan dah gelabah bewok nak jawab.... belum lagi kemukakan soalan yang berat.



siaran langsung rtm1....seorang pemanggil penyokong tegar bn dari pahang mengajukan soalan panas...xsenang duduk ahli panel nya..lain tya lain jawap...tonton lah rakaman ini..caya lah brother suhaimi ni...

Jumaat, Januari 20, 2012

Anwar Ibrahim sues Utusan for RM150 million

Anwar Ibrahim has filed a RM150 million defamation suit against Umno-owned Utusan Malaysia, claiming the newspaper has been "concocting lies" about him wanting to legalise homosexuality. In the statement of claim issues by M/s Daim & Gamany, the opposition leader is demanding RM50 million in damages, as well as other costs to be determined by the court.

Jumaat, Oktober 28, 2011

RALAT Beli UtuSeks Malaysia

 ZZZzzzZZZzzzzZZZzzzzZZZZ

Edisi Ralat: Hai Pak Braheng, Semakin dekat nak PRU13, semakin kuat pula si tua ini menyalak. Dah terasa ker bahang 'kematian politik' Pak Heng di Pasir Mas nanti sebagai calon bebas?. Kalau tak terasa mana mungkin Pak Heng sanggup mengampu akhbar UtuSeks Malaysia sampai camturr sekali.

Kenyataan bodek Ibrahim Ali Alkataki...
..."Justeru, saya tegaskan di sini bahawa sebagai orang Melayu, kita harus mempertahankan akhbar yang telah banyak berjasa kepada kita ini. Ingin saya tegaskan juga di sini bahawa orang Melayu yang tidak membaca Utusan Malaysia bukanlah golongan yang mempunyai darah Melayu tulen,". Pada akhir ucapannya itu, beliau turut melaungkan hidup Utusan Malaysia sebanyak tiga kali sambil disambut oleh 7,000 ahli serta perwakilan yang hadir pada persidangan tersebut.

Kalau ambil konsep Win=Win dah tentu setiap ampu dari Pak Heng ini akan dibalas dengan artikel puji-pujian menggunung dari akhbar UtuSeks tersebut. Almaklumlah PRU13 dah dekat. Muka kena kasi 'up' sikit kat orang kampung Pasir Mas... Masalahnya Boleh menang lagi kerr Pak Heng oiii... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah...

Woooiiitttt Pak Heng...

Siapa nak buang duit beli dan baca Utusan... Sebab hina Raja-raja melayu dan berbau HASUTAN. Itulah Umno masa kuat hangpa heret raja-raja melayu. Bila Umno sendiri dah nak mamposs hangpa heret juga raja-raja melayu. Camtu lah perangai Hudoh Umnobn.



Siapa nak buang duit beli dan baca Utusan... Sebab hina Agama Islam dengan memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam. Lihat Kartun dibawh neh.



Siapa nak buang duit beli dan baca Utusan... Asyik-asyik berita RALAT... Asyik-asyik berita RALAT... Asyik-asyik berita RALAT... Asyik-asyik berita RALAT... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah...


Siapa nak buang duit beli dan baca Utusan... Ramalan no ekorpun salah lapor... Tak ker bangang turr... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah...


Kolum kecil pun dah banyak silap dan terlepas pandang oleh kepala pengarang, apa tah lagi artikel-artikel yang lain. Dah tentu digoreng dengan fakta-fakta belit dan berunsur fitnah. Sebab tu akhbar neh sentiasa dapat surat saman kerana menulis artikel tipu.

Nota:
Berita Ralat.. UtuSeks Malaysia tidak mampu membayar bonus kepada semua pekerjanya kerana Sale pada tahun 2011 jatuh merundum akibat terlalu banyak berita RALAT. Walaupun pihak penerbit UtuSeks Malaysia menggunakan strategi baru iaitu memaksa kesemua agensi kerajaan melanggan secara borong untuk bacaan staf, namun target sale tidak dapat dicapai. Dengan itu diharap kesemua staf membuat kerja sambilan bagi menampung perbelanjaan harian yang semakin naik tanpa kawalan dengan membungkus nasi lemak menggunakan akhbar versi cetak UtuSeks Malaysia... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... RALAT... RALAT...

Isnin, Mei 09, 2011

Utusan Jamban tan Umno

Buat bungkus nasi lomak???... Biar betulll... Tak lalu den... kah... kah... kah... kah...

Sabtu, Ogos 29, 2009

Isu Sensasi Bikin Laris Akhbar, Najib Sudah Gigil


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pemimpin masyarakat dan media di negara ini supaya tidak menimbulkan unsur sensasi terhadap isu-isu yang boleh mengundang kontroversi dalam masyarakat. Namun media lidah umno tetap lupa dengan ingatan dari Najib. Kebelakangan ini, kita dihidangkan dengan laporan kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi sehingga ini tidak ada apa-apa perkembangan. Namun, disebabkan berita ini telah disensasikan, maka ia sendirinya mencetuskan kontroversi dalam masyarakat dengan mengaibkan Dato Seri Anwar Ibrahim di mata rakyat Malaysia. Dengan buaian "pengkhianat Melayu", "kabinet babi", "pengakuan Saiful diliwat", "perkauman" dan "agama" yang di putarkan oleh media umno mampu membangkitkan semangat rakyat Rakyat menolak umnobn dengan kekalahan berkali-kali pada pilihanraya kecil.

Rabu, Ogos 12, 2009

Utusan Punca Perbalahan Melayu + Islam + Cina + India

Utusan Malaysia yang dikuasai UMNO telah menyiarkan artikel yang mampu menjejaskan hubungan kaum dalam tempoh dua minggu berturut-turut. Sekiranya kerajaan tidak menghalang, malah membiarkan media tersebut terus memainkan isu hubungan kaum, hubungan kaum yang terjalin dan keamanan yang dikekalkan selama ini, akan termusnah akhirnya. Kerajaan tidak harus double-standard ketika menguruskan hal-ehwal media, iaitu memberi amaran kepada media yang berbahasa tertentu, tetapi bersikap longgar terhadap media yang lain bahasanya.

1. Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Zainul Arifin dalam tulisannya yang disiarkan di Berita Harian pada 19 Julai 2009, mempersoalkan "Kenapa Menteri Besar Selangor, seorang Melayu, meragui kebolehan orang sebangsanya bertindak dengan tulus dan adil?"

2. Utusan Malaysia menyiarkan tulisan Noor Azam yang bertajuk "Melayu jangan jadi bacul", pada 4 Ogos 2009. Tulisannya dipetik seperti berikut, "Saksikan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Hak Istimewa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru pun tidak akan ada lagi. Strategi yang mereka pergunakan sekarang sudah nyata berjaya. Terus menyemarakkan isu rasis untuk menimbulkan 'kemarahan dan kebencian' rakyat kepada apa juga kuasa yang ada kepada orang Melayu, termasuk kuasa mahkamah, polis dan tentera. Dan kuasa Raja-Raja Melayu."

3. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar ketika mengulas perhimpunan Mansuhan ISA berkata, "Waktu kita tangkap ahli KMM dan JI yang memang melibatkan orang Melayu, tiada gerakan untuk mansuhkan ISA kerana kita orang Melayu memahami keadaannya. Isu yang hangat sekarang ialah pertubuhan haram Hindraf...siapa Hindraf ini? Kenapa sekarang orang Melayu nak dijadikan alat oleh orang lain yang nyata mahu ambil kesempatan demi kepentingan politik?" (Utusan Malaysia, 3 Ogos 2009)

4. Utusan Malaysia menyiarkan teks ucapan Raja Dr.Nazrin Syah, dengan tajuk "7 Wasiat raja Melayu" di muka depan pada 7 Ogos 2009. Pada keesokannya, Naib Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata, "Ramai yang sudah terlupa mengenai wasiat (Raja Melayu) ini dan hanya dijadikan bahan sejarah, tetapi Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah telah menjadikannya satu amaran, yang bukan sahaja untuk orang Melayu, tetapi bukan Melayu."

5. Setelah menyiarkan tuduhan TPM Muhyiddin Yassin terhadap Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat pada 3 Ogos 2009, Utusan Malaysia memaparkan berkali-kali gambar penyokong UMNO yang mengangkat banner tertulis "Anwar Pengkhianat" di muka depan akhbar tersebut.
-Merdekareview

Ahad, Ogos 09, 2009

Pengkhianat Melayu Benam Pengkhianat Bangsa

AMK Keadilan Ambil serius terhadap media 123456789 suku yang memainkan isu ‘Pengkhianat Melayu’ kebelakangan ini. Ini adalah trend tanpa halangan dari najib untuk memecahkan dan mempermainkan bangsa melayu secara senyap. Ini merupakan strategi lapuk bagi pemimpin yang kekeringan idea untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir. Label pengkhianat berterusan dicop ke atas Datuk Seri Anwar bertujuan sebagai satu kaedah pembunuhan karakter ke atas imej beliau, sebagaimana yang dilakukan ke atas imej Tuan Guru Nik Abdul Aziz sempena Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai yang lepas. AMK percaya ini berlaku rentetan beberapa isu mutakhir yang gagal didepani dengan baik oleh kepimpinan Najib termasuklah pendedahan isu skandal penyelewengan PKFZ, isu kematian Teoh Beng Hock dalam siasatan SPRM dan ditambah dengan sambutan luar biasa ke atas Perhimpunan Aman GMI-MANSUH ISA yang diadakan pada 1 Ogos 2009 lepas di mana berjaya mengumpulkan seramai puluhan ribu rakyat.

Benam pengkhianat bangsa.
  • Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu?
  • Siapakah yang melacur pendidikan negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
  • Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan oleh hubaya tertentu?
  • Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti petroleum sejak sekian lama?
  • Siapakah yang memecat Almarhum Datuk Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik Di Selangor satu ketika dahulu?
  • Siapakah yang menyeleweng kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka semata?
  • Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?
  • Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati-matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?

(Moral: Tidak timbul soal Melayu berpecah, sebaliknya yang berlaku ialah peralihan sokongan masyarakat Melayu daripada Umno kepada Pakatan Rakyat. Umnobn perlu bertaubat daripada memainkan sentimen perkauman ini. Rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu tidak mudah lupa dan tidak akan lupa dengan segala penyelewengan dan politik adu-domba tajaan Umno yang kini semakin nazak dan gusar untuk berhadapan dengan rakyat)

Selasa, Julai 28, 2009

YANG TERTINGGI KATA TIDAK STABIL

Walaupun kesungguhan media karat yang mampu menaikkan nama umnobn, Tan Sri Muhyiddin kurang pasti dan mengharapkan para pemimpin parti komponen umnobn supaya tidak menggunakan media bagi menyelesaikan masalah dalaman mereka.

"Kita tidak perlu memberitahu kemelut parti masing-masing. Ini akan menambahburuk perspektif negatif masyarakat pada kita. Semua parti ada masalah tetapi yang penting ialah macam mana mengatasinya. Apapun masalah dalaman parti mesti diselesaikan sendiri dan tidak perlulah pergi (kepada) media. Kita kena hati-hati. Walaupun masalah dalaman, kita tidak boleh elak ia jadi sebahagian dari masalah Barisan Nasional. Kita berjuang atas landasan BN. Apa yang penting ialah ialah bagaimana kita meningkatkan keyakinan rakyat terhadap BN."
- Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri.

Di Melaka pula Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu pemimpin umno di semua peringkat perlu melakukan gerak kerja yang mampu memberi kekuatan kepada parti, secara berterusan dan terancang.

"Saya harap pimpinan di semua peringkat menggerakkan kegiatan untuk memastikan ia menjadi gerakan yang besar dan menyeluruh untuk menambat pemikiran rakyat di akar umbi agar menyokong kita."
- Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Naib Presiden Umno

Manakala mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir pula berkata beberapa pemimpin parti komponen BN termasuk terbaru bekas naib presiden MIC Datuk S.S. Subramaniam ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedikit sebanyak memberi kesan yang tidak baik kepada BN.

(Moral: Daripada kenyataan Tan Sri Muhyiddin, sememangnya umnobn sekarang ini mengalami kemelut yang berpanjangan dan tiada kesudahannya. Jadi dengan itu umnobn terpaksa mengulangi isu kerjasama dengan PAS. Ini adalah strategi umno yang diulang kembali bagi mengwujudkan ketidakstabilan politik PAS. Pakar strategi PAS perlu menterjemahkan kepada keadaan lebih baik mengenai isu kerjasama ini supaya tidak berpanjangan dan mempunyai keputusan muktamad. Media karat dah tentunya akan membuaikan isu ini berpanjangan sehingga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak apa yang diputar belitkan mereka)

Khamis, Julai 16, 2009

GANTUNG KHIR TOYO DAN TOYOLNYA SEKALI

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul menggantung bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo selama setahun dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) lain selama enam bulan dengan keistimewaan kepada mereka dilucutkan.

"Keputusan Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan tidak sah, tercemar, berniat buruk. Pembangkang UMNOBN tidak bersekongkol dengan satu keputusan yang tercemar, berat sebelah dan berniat buruk. saya tidak mahu terlibat dengan keputusan yang memualkan."
- Dr Mohamad Khir Toyo, Ketua pembangkang dari UMNOBN

Begitulah hebatnya Khir Toyo dan wakil UMNOBN mempertahankan hak mereka. Maka gegar gempitalah media 3 suku sakat memberi sokongan moral terhadap Khir Toyo. Malah Teng Chang Khim dimanipulasikan sebaik mungkin oleh media penjilat temolok bagi menggambarkan betapa tidak demokratiknya kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Itulah media suku sakat yang mengamalkan amalan demokrasi terpimpin dari umnobn.

Insiden yang berlaku di Dun Perak beberapa bulan lalu yang meletakkan nama umnobn setaraf dengan lantai tidak pula di terbitkan. Malah media penjilat temolok ini lebih suka memburuk-burukkan Pakatan rakyat. Bukan sahaja mikrofon Speaker dipadamkan, malah Speaker dan kerusinya sekali diusung keluar dewan oleh pegawai polis yang bersenjata. Media umnobn menutup semua ini kerana rakyat dan warga kampung boleh ditipu berkali-kali sampai tuli.

(Moral: Begitu gahnya demokrasi yang dipimpin oleh umnobn. Sungguh hebat)

Selasa, Julai 14, 2009

BILA BIDAS KENA TUKAR

Florence Looi menerima surat amaran dan terus ditukar ke meja berita stesen swasta tersebut gara-gara meletakkan taraf C dan D kepada prestasi kepimpinan 100 hari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Looi, yang merupakan editor tugasan, kemudiannya telah ditugaskan untuk membuat liputan berita, atas alasan kekurangan petugas di meja berita. Sejak Najib mengambil alih kuasa, pegawai tinggi media yang ada kaitan dengan mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah diganti. Mereka yang berkhidmat sewaktu pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik semula menerajui media, sehingga mencetuskan persepsi akan mewujudkan suasana media yang lebih banyak sekatan.


(Moral: Media sekat menyekat adalah media kerajaan. Tetapi kalau berbentuk hiburan yang melalaikan dan program mengairahkan tidak pula di sekat?)

Ahad, Mei 17, 2009

PAKATAN RAKYAT: Baru Bertunas dipetik Pucuknya

Baru setahun jagung Pakatan Rakyat memerintah di negeri-negeri tewasan umnobn, bermacam-macam kita dengar permainan belit-membelit yang dirancang oleh media 1234 suku. Permainan yang merbahaya ini jika tidak ditangkis oleh Pakatan Rakyat dengan belitan maut, mungkin mereka akan mengalihkan para pengundi diatas tembok yang sedang menenggek pergi menyokong umnobn.

Jika dulu di kampung-kampung yang ada parit, kita akan melihat lembaga menenggek di atas titi. Bila disuluh, yang malu akan lari lintang-pukang dan yang berani hanya menyelak kain menutup muka.

Ahad, Mei 10, 2009

DALANG KEKECOHAN DAN GANJARAN LUMAYAN

"Saya percaya dalang di sebalik kekecohan yang berlaku di Dun Perak baru-baru ini adalah Dato' SS(State Secretary) Dato' Abdul Rahman Hashim yang mengarahkan kakitangan kerajaan negeri berbuat demikian," katanya. Beliau mendakwa Abdul Rahman meminta Setiausaha Dun memulakan dewan tanpa mempedulikan Speaker Dun, V.Sivakumar.

Chang juga menempelak laporan akhbar-akhbar arus perdana yang menuduh Adun-Adun Pakatan Rakyat yang menyebabkan kekecohan pada sidang Dun tersebut seterusnya mencemarkan kemuliaan dewan. "Media arus perdana cuba memutarbelitkan fakta mengatakan bahawa Pakatan Rakyat yang mencetuskan pergaduhan dan bertindak secara biadap. Sedangkan kami tidak berbuat demikian sehinggalah pihak polis diarahkan masuk ke dewan berkenaan," tegasnya.

(Media arus perdana membutatulikan pemikiran intelek warga kampung)

Post Haru Biru

Arkib Blog