Memaparkan catatan dengan label Reformasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Reformasi. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 06, 2012

901: Semua Penembak Tepat Harus Turun Bawa Senjata


Ini senjata orang awam... jangan tersasar apabila menembak. Wajah, no, tagname si tukang pukul itu pastikan jelas. Kalau boleh set waktu dan masa pada senjata anda itu adalah amat digalakkan.

Pastikan memory card 4gb keatas dan mampu merecord dalam kualiti tinggi suasana ketidakadilan penjaga keselamatan waktu itu. Atau geng-geng pukisa, pukino dan pukida yang cuba membuat provokasi. Awasi SB yang berkeliaran berpakaian preman yang akan mencetuskan provokasi bebal. Sebagai orang awam, kerjasama anda amat dialu-alukan.

Nota:
Selepas berhimpun harus upload video PENUH mangsa anda kek youtube. Selamat menembak demi keadilan. Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah...

Ahad, Januari 01, 2012

Mahasiswa Seluruh Negara Harus Bangun Melawan Untuk Perubahan

Sokong Mahasiswa berkata...

Kata-kata mamak mahathir

“Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani,”

Rupa-rupanya melayu umno yang penakut. Guna AUKU. Guna FRU. Guna Polis. Guna ISA. Ayuh melayu berani jom Kuburkan Umno barisan nasional di PRU 13 nanti.

Ramai mahasiswa BERANI yang cedera akibat dibantai, dipijak dan dibelasah oleh FRU. Malah ada yang dikerjakan sehingga separuh mati. Ramai yang cedera termasuk di muka, patah gigi dan tulang rusuk serta bermandi darah.



KENYATAAN RASMI PMUKM : KEZALIMAN TINDAKAN FRU MEMBELASAH MAHASISWA DALAM MENYURAIKAN “HIMPUNAN” DI UPSI.


Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) memandang serius akan tindakan yang diambil oleh Federal Reserve Unit (FRU) dalam menangani isu yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada awal tahun baru 2012.

PMUKM menyelar sekeras-kerasnya tindakan FRU membelasah mahasiswa dalam menyuraikan perhimpunan di UPSI. Pengerusi BEBAS, Saudara Safwan Anang di laporkan kritikal dan beberapa mahasiswa lain yang turut tercedera dengan tindakan zalim pihak polis.

Ini merupakan satu tindakan yang tidak wajar kerana secara terang-terangan bertentangan dengan roh Perlembagaan Persekutuan yang sememangnya memberi hak kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat.

Sekalipun himpunan ini dilihat sebagai satu perkara yang boleh mengganggu-gugat keselamatan awam, pihak polis tidak sewajarnya menggunakan kekerasan dalam menangani himpunan ini kerana mereka hanya berdepan dengan mahasiswa dan bukannya penjenayah bersenjata.

Tindakan yang diambil pada waktu kejadian seolah-oleh menggambarkan pihak polis terlalu terdesak seolah-olah tiada jalan lain dalam menangani himpunan tersebut. Ini sama sekali tidak sesuai di lakukan dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Sikap “double standard” polis juga terlihat apabila sebelah pihak yang menyokong kerajaan membuat demostrasi di Putrajaya pada 21 Disember baru-baru ini tidak pula dikenakan apa-apa tindakan, sebaliknya kekerasaan diperlakukan kepada mahasiswa yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

Seharusnya pihak polis menjadi badan yang bertanggungjawab dalam memastikan keharmonian, keadilan, dan kesaksamaan semua pihak khususnya rakyat jelata dan bukannya bertindak di luar peri kemanusiaan.

Oleh itu, PMUKM mendesak supaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar Rabu supaya bertanggungjawab atas tindakan kejam pihak polis terhadap mahasiswa yang berhimpun di UPSI pada awal tahun baru 2012.

“Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti”
“Mahasiswa Menjulang Kebebasan Akademik”



Tahun Baru 2012 Tercemar

1. Tahun Baru 2012 dikotori oleh keganasan dan kezaliman melampau apabila sekumpulan mahasiswa yang dipercayai kena belasah Polis. Safwan Anang Talib Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS , Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi atau BEBAS AUKU cedera parah dan kini [ saat artikel ini ditulis ] masih mendapat rawatan kecemasan di wad kecemasan Hospital Slim River Perak.

2. Sementara 17 orang mahasiswa yang lain masih ditahan dalam Lokap di IPD Tanjung Malim dan seorang yang lain cedera dan pecah di bahagian kepala.

3. Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini [ 5 jam dari sekarang ] agar semua tahanan itu dibebaskan. Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River.

4. Sungguh zalim dan kejam tindakan mereka ke atas anak - anak muda yang hanya berhimpun untuk menyuarakan isi hati mereka di UPSI lewat malam tadi. Apakah mereka sedang menguji kebangkitan anak muda ? apakah mereka mahu menguji kesabaran anak muda ?

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini. Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. Mulakan detik ini untuk bermunajat kepada Allah swt agar saudara Safwan kembali pulih dan 17 mangsa tahanan di bebaskan menjelang jam 12 tengahari ini. [ 5 jam dari sekarang ] Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Khamis, Disember 09, 2010

Petisyen Bantahan Kenaikan Harga Petrol, Diesel, LPG dan Gula



Dipetik Dari Pro-Mahasiswa | Pada 4 Disember 2010, masyarakat dikejutkan dengan kenaikan harga barangan iaitu petrol, diesel dan juga gula. Namun, bagi menggaburi mata masyarakat, media menggunakan istilah "Pengurangan subsidi bagi petrol, diesel dan juga gula." Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 adalah RM1.90 seliter, RON97 RM2.30 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Alasan pengurangan subsidi itu adalah kerajaan ingin menguruskan kedudukan fiskalnya dengan meningkatkan jumlah kutipan hasil dan dalam masa yang sama, mengurangkan perbelanjaan. Malah, kerajaan melihat pengurangan subsidi tersebut dapat mengurangkan lagi kes penyeludupan barangan tersebut ke negara-negara jiran. Namun, alasan ini dilihat tidak relevan bersesuaian dengan tindakan kerajaan itu sendiri, sebagai contoh pembinaan Menara 100 tingkat, yang akan menelan belanja RM5 billion, kos permulaan penubuhan PEMANDU yang menelan belanja RM66 juta, dan bakal membeli aset baru iaitu pesawat pejuang.

Kenaikan harga barangan tersebut telah memberi kesan buruk kepada kehidupan masyarakat umum kerana dilihat telah membebankan mereka dan menaikkan belanjawan seharian bagi seisi keluarga. Malah, pengurangan subsidi itu juga telah memberi tempias kepada mahasiswa, seperti kenaikkan harga rumah sewa dan perbelanjaan yang lain.

Oleh itu, MAHASISWA akan bersama RAKYAT bagi menyuarakan HAK mereka ini. Pungutan suara ini diperlukan untuk bersama-sama menyuarakan BANTAHAN atas kenaikan harga barangan tersebut.

Suarakan HAK dan BANTAHAN anda di www.petisyen.com

Khamis, Januari 28, 2010

Jika Benar Najib Bersungguh, Selesaikanlah Segera

Serang rumah ibadat
Angkatan Muda Keadilan Selangor menggesa rakyat agar tidak mudah terjebak dengan provokasi berikutan beberapa serangan sejak 3 minggu lepas ke atas gereja, surau dan masjid serta mencadangkan sidang Parlimen diadakan segera.

  • "AMK berharap agar perkara ini tidak berterusan dan suatu tindakan konkrit dan pantas perlu untuk memastikan keharmonian dan semangat kasih sayang antara berbilang bangsa dan agama di negara ini terjamin. Kita mahu Perdana Menteri memanggil sidang khas Parlimen untuk membahaskan isu tergempar ini kerana perkara ini cukup sensitif dan panas serta amat mendesak kerana melibatkan keselamatan dan keharmonian pelbagai bangsa di Malaysia. AMK mahu hasil daripada sidang khas tergempar ini mampu membawa tindakan yang tepat dan pantas untuk menghentikan terus kejadian yang semakin menjadi-jadi ini." - Mohd Ezli Mashut, Ketua Penerangan AMK Selangor

Rakyat, katanya, menilai kepimpinan Perdana Menteri sama ada berupaya menyelesaikan isu panas ini atau sekadar membiarkan perkara ini berlanjutan yang menyebabkan imej dan nama negara kini semakin tercemar akibat kejadian serangan ke atas tempat ibadah ini.

Jumaat, September 18, 2009

Umnobn Begitu Menggeruni Kebangkitan Pakatan Rakyat

Hebatnya mereka kerana setiap hari melangkah masuk ke pejabat perdana menteri untuk berjumpa pemimpin kesayangan bernama pak Najib. Di Putrajaya Najib sudah bersuara menegur setiap pemimpin barisannya perlu mempunyai kualiti untuk membawa negara ke tahap yang lebih tinggi dan tertib. Najib hanya berkokok kepada tiang lampu yang sudah berkarat dan hampir membuncit. Cahaya kesemua tiang lampu barisan Najib hanya menerangi jajahan apabila adanya pemilihan calun baru di sesuatu kawasan kerana takut aib. Begitulah gerak tenaga yang keluar dari kesemua tiang lampu klasik yang berkelip-kelip. Tidak hairanlah kesemua tiang-tiang lampu berbagai karektor yang ada di putrajaya diterangi cahaya TNB setiap malam bagi mengaut keuntungan dari kroni labujib.

Mahu membela orang miskin dan yang tak larat. Tema baharu untuk menawan semula hati rakyat. Sudah lama umnobn memerintah tetapi masih bertambah kemiskinan bandar dan desa kerana mereka buta memangkah parti karat. Lar ni bila tak dapat sokongan rakyat Umnobn jaja pula di Malaysia barat. Maka terngangalah Penan Kadazan Bidayuh yang duduk tersorok tanpa hidangan politik setempat. Bila mendapat sekampit beras dan milo mula melompat-lompat tanpa disedari akan hilang tanah adat jika dapat kepada Umnobn perompak rakyat.

Rakyat Malaysia hidup dalam sebuah negara majmuk. Hanya perbezaan agama, melayu umno sanggup mengamuk. Sepatutnya mereka mencari punca bijaksana untuk selesaikan isu supaya tidak jadi lagi teruk. Kemudian mengajak bersatu ke arah satu telunjuk. Ini dapat mendamaikan politik Malaysia yang semakin hiruk pikuk. Bila dah terjerut dengan letupan rahsia membelit kerajaan bengkok, pandai pula mereka gunakan si ilmiah mangkok untuk cover Pemimpin lapuk. Rakyat dipermain-mainkan supaya jadi bongok.

Dahulu Barisan karat tidak ambil kisah nasib Melayu Pulau Pinang yang perlu pembelaan. Bagaimana pula nasib sekolah agama di Johorian yang semakin berkurangan kerana umnobn telah buat penindasan. Ikutlah cara Pakatan Rakyat memperjuangkan keadilan dan menolak kezaliman dalam pemerintahan. Sudah terbukti di Pulau Pinang yang menjamin hak melayu dan Islam tidak keciciran. Dalam masa setahun jagung orang Melayu dan pelajar-pelajar Melayu cemerlang samada para penghafal Quran atau Huffaz mendapat tinggi pengiktirafan. Jadikannya sebagai jambatan penghubung dalam melakukan pendekatan yang disukai oleh orang Islam dan Melayu serta kaum lain dalam Pakatan Rakyat tanpa sempadan.

Umnobn semakin menggeruni kebangkitan PR walaupun tidak pernah dihebahkan oleh media arus perlahan yang hanya mahu meneruskan agenda perkauman bagi menjamin kuasa selamanya di tangan. Kalau apa yang kita fikirkan ini betul bahawa umnobn sudah hilang kepercayaan dari orang Melayu serta musnah sokongan dari pengundi Cina dan India, maka Barisan Nasional perlu dibenamkan. Sememangnya itulah Teori R.A.H.M.A.N yang akan menjadi kenyataan. Ingat Pakatan Rakyat hanya perlu 29 kerusi Dewan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.

Isnin, Ogos 31, 2009

Kemerdekaan untuk kebebasan dan keadilan


Kemerdekaan mestilah tidak terperangkap dengan bahana dari politik sempit dan kelam sesebuah parti politik tertentu. Kemerdekaan perlu di lihat dari perspektif rakyat keseluruhannya; perjuangan pelbagai kaum, menggunakan pelbagai wadah, dan melibatkan pelbagai aliran pemikiran. Sejarah ternyata mengajar kita bahawa Perjuangan Menuntut Kemerdekaan menerbitkan kesatuan semangat untuk menentang penjajah dan imperialisme Barat ketika itu.

Generasi terdahulu yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan, dan mereka yang menempuh zaman mudanya di masa awal kemerdekaan menjadi saksi kepada kepelbagaian aliran dan wadah perjuangan rakyat. Tetapi penulisan sejarah kemerdekaan yang disampaikan kepada generasi hari ini masih belum berlaku adil kerana fakta yang bercampur propaganda. Ini merupakan beban dan tanggungjawab kepada ahli-ahli sejarah kerana tanpa pensejarahan yang adil, kita tidak akan dapat melihat dan menemui makna dan rupa diri bangsa kita yang sebenarnya. Nama pejuang kemerdekaan seperti Dato’ Onn Jaafar, Ustaz Abu Bakar Baqir, Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Boestamam, Mat Salleh, Panglima Rentap dan Rosli Dhobi tidak sewajarnya digelapkan dari sejarah menuntut kemerdekaan.

Kemerdekaan adalah untuk kebebasan dan keadilan. Inilah yang dijanjikan kepada kita pada 31 Ogos 1957. Sekiranya kita mahu berdegil untuk meneruskan saki baki peninggalan feudal, atau mahu memperkukuhkan lembaga-lembaga sistem otoritarianisme, sudah pasti kita menjadi bangsa yang terpinggir. Bangsa Malaysia tidak miskin dengan sumber daya manusianya. Dengan paras pembangunan yang telah dicapai dan kekayaan yang kita miliki Malaysia boleh menjadi negara yang besar. Dan kita perlu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi bangsa yang besar. Tetapi kita tidak boleh menjadi bangsa yang besar sekiranya rakyatnya tidak bebas dan merdeka.

>>Lanjut Anwar Ibrahim>>>

Sabtu, Ogos 29, 2009

Reformasi Kedua Versi Cina


Umno tetap gagal dan akan gagal lagi dengan perbalahan yang berlaku kepada parti kompenen Barisan Nasional. Penangan Chua memang hebat seperti menelan viagra mampu melonjak reformasi ke dua versi cina. Pemecatan Chua seiras dengan pemecatan Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu oleh Che Det. Bezanya Chua mempunyai bukti dalam bentuk softcopy. Inilah yang ditakutkan pemimpin tertinggi umnobn yang mengamalkan demokrasi terpimpin. Tindakan Ong yang memecat timbalannya sama seperti Memperlekahkan demokrasi! Mencantas akar umbi Chua! Kemusnahan MCA berpunca dari Ong!" Demikianlah antara slogan yang tertulis pada banner, oleh penyokong Chua Soi Lek yang menuntut agar Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan, berusulkan pembuangan undi tidak percaya kepada Presiden Ong Tee Keat, dan mengekalkan keahlian serta jawatan Timbalan Presiden Chua Soi Lek. Pengerusi BN Najib Abdul Razak kini berada dalam kedudukan serba salah, sama ada untuk bercampur tangan dalam kemelut MCA atau tidak. seandainya tangan Najib dimasukkan ke dalam celah retakan MCA, maka Ong akan menyatukan sokongan akar umbi untuk melawan "musuh" dari luar yang terdiri dari Chua dan suara rakyat cina yang menyokongnya.

(Moral: Apa yang berlaku di dalam MCA menunjukkan BN sebagai parti yang retak menanti belah dan jatuh bersepai. Itu akibat dari keceluparan Muhyiddin yang menuduh parti orang lain retak menanti belah, sedangkan BNlah kini yang menghadapi masalah itu)

Post Haru Biru

Arkib Blog