Memaparkan catatan dengan label anti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anti. Papar semua catatan

Jumaat, September 21, 2012

Video: Perarakan Bantah Filem Anti-Islam 2012

Maaf dah lama tak update blog neh.
1. PC kena kong ngan Mat gian.
2. Sebab dah lama sangat den pun dah lupa Password blog neh… ngeee
Video Ribuan umat Islam berarak membantah filem Innocence of Islam yang menghina Nabi Muhammad SAW dan mencetuskan demonstrasi anti-Amerika di seluruh dunia.

Nota: Umno masih bersalam dengan APCO….

Khamis, Jun 03, 2010

Hari Jumaat Di Kampung Baru. Pakat Mai Demo




Dimaklumkan bahawa Demontrasi Anti Israel anjuran Pakatan Rakyat dan NGO yang akan diadakan pada 4 Jun 2010 akan bermula selepas Solat Jumaat di Masjid Jamek Kg. Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika. Pihak penganjur tidak mengadakan apa-apa himpunan di Masjid KLCC atau Tabung Haji.

Perarakan ini akan dipimpin oleh Presiden PAS, YB. Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang bersama YB. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan YB Lim Kit Siang (DAP) serta pimpinan-pimpinan NGO. Wakil Konvoi Freedom Flotilla juga akan turut hadir bersama.

Para peserta yang menyertai Demontrasi ini digalakan membawa bendera Palestin, Placard dan Banner yang menunjukan bantahan rakyat Malaysia secara aman.

Sebarang keterangan lanjut bolehlah berhubung dengan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Sdr. Kamaruzaman Mohamad-0192828536.

Sekian. Terima Kasih

HERMAN SAMSUDEEN
Sekretariat Mobilisasi
Demontrasi Anti Israel 2010

Post Haru Biru

Arkib Blog