Memaparkan catatan dengan label harapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harapan. Papar semua catatan
Jumaat, Mei 03, 2013
Isnin, April 29, 2013
Respon Penjawat Awam Yang Hadir Program PAS/PR Di Putrajaya
Catatan seorang penjawat awam mengenai program Pakatan Rakyat d Putrajaya..sila baca dan ambil manfaat..terima kasih........
Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberi kepada saya sekeluarga menghadiri sesi ceramah politik oleh Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya.
Terima kasih kepada pihak JPA yang membenarkan penjawat awam untuk hadir ke acara demikian bagi memberi peluang kepada kami membuat penilaian sebelum memangkah pada Pilihanraya ke-13, 5 Mei 2013 nanti.
Berikut merupakan sebahagian kesimpulan yang dapat saya rumuskan sebagai seorang rakyat marhaen yang pertama kali hadir ke sesi penerangan oleh parti bukan kerajaan yang belum memerintah.
1. Sikap kesemua anak-anak muda yang saya temui amat menginsafkan saya. Waktu kami baru sampai sebaik meletakkan kereta di bahu jalan, tiba sekumpulan konvoi bermotor yang memegang bendera PAS dan PKR dalam keadaan yang aman. Mereka sama2 meletakkan motorsikal dalam keadaan tersusun dalam suasana yang sungguh tertib, tiada hiruk pikuk atau jerit pekik sebelum mereka mengambil gambar bersama bendera parti masing2. Saya, suami dan anak2 terkedu...
Cara berpakaian dan adab anak2 muda dan orang ramai yang hadir juga amat menyejukkan mata dan hati yang memandang. Semuanya dalam keadaan tenang dan mengukir senyuman.
Terdapat sekumpulan anak2 muda yang bertugas sebagai sukarelawan yang memakai vest Unit Amal yang tugasnya mengutip sampah sarap yang tertinggal di kawasan ceramah. Saya masih ingat, sebelum sempat pengacara mengingatkan supaya hadirin tidak meninggalkan sebarang sampah di kawasan ceramah semasa sesi berakhir, beberapa orang hadirin sudah mula mengingatkan ahli keluarga supaya mengutip sampah dan bersihkan tempat duduk sebelum beredar.
2. Tiada sebarang kata-kata kesat, caci maki atau fitnah yang dikeluarkan sepanjang majlis oleh kesemua penceramah. Ini sangat jauh berbeza dengan apa yang sering dipaparkan di tv arus perdana yang sering mengatakan pihak mereka ini suka menyebarkan fitnah dan menakut-nakutkan orang ramai. Semua kenyataan yang diberikan contohnya mengenai hutang adalah berdasarkan fakta. Mereka lebih banyak menyatakan tawaran dan perubahan yang akan ditawarkan kepada rakyat dan penjawat awam khasnya jika diizinkan Allah untuk memerintah. Antara yang saya ingat selain dari pembinaan maahad tahfiz sains dan bonus empat bulan (penjawat awam):
i. Rumah kuaters yang diduduki akan ditawarkan secara sewa beli dan boleh menjadi hak milik penjawat awam.
ii. Pinjaman kenderaan dan perumahan sebanyak 4% akan dihapuskan sebagai mana yang dibuat di negeri Kelantan.
iii. Lebih banyak program keagamaan dan berbentuk kekeluargaan berlandaskan syarak akan diadakan di Putrajaya.
3. Ramai hadirin yang hadir bersama keluarga dan membawa sekali anak2 yang masih kecil dan berpiknik di sana. Menurut laporan, kehadiran dianggarkan seramai 20,000 orang bukan sahaja dari Putrajaya, malahan kawasan sekitarnya. Suasana pada malam itu meleset daripada apa yang saya jangkakan. Pada anggapan saya, sudah tentu akan berpeluh dan panas kerana orang yang ramai. Tetapi alhamdulillah kuasa Allah suasana terasa nyaman dan mendamaikan walaupun dalam suasana berpuluh ribu manusia. Ada hujan rintik2 sekejap tapi tidak ada seorang pun yang berganjak bila hujan turun.
4. Sebelum majlis dimulakan, lagu qasidah dipasang untuk diperdengarkan. Sebelum dan sesudah majlis diiringi dengan doa dan menyerahkan segalanya kepada Allah.
5. Alhamdulillah anak2 tidak banyak meragam dan masing2 tidur sendiri bila mengantuk. Keberkatan dan aura dalam majlis bersama ulama menjadikan suasana di situ tidak dapat saya gambarkan dengan kata2.
6. Sejak kecil lagi saya mengimpikan suasana dan kehidupan sebegini yang menjadikan ulama sebagai ikutan dan Al-Quran dan hadith sebagai panduan tidak kira parti mana yang memerintah. Semoga Allah perkenankan impian hamba yang lemah lagi hina ini... -OmakKau-
SAYANGI SELANGOR RAKYAT TETAP YAKIN DENGAN PR.....KEKAL SELANGOR UBAH PUTRAJAYA. INI KALI LAH!!! TAKBIR!!
Sabtu, April 27, 2013
Gambar Sekitar Program UAI Dan Calon P125 Husam Musa @ Presint 19, Putrajaya
ACARA:- PROGRAM BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS DAN CALON PAS/PR PARLIMEN P125 PUTRAJAYA, HUSAM MUSA
LOKASI:- PADANG BOLA, LOJI PEMBERSIHAN KONSORTIUM ABASS, PRESINT 19, PUTRAJAYA.
TARIKH:- 27HB APRIL 2013 JAM 9.00 MALAM.
-OmakKau-
Fenomena kebangkitan Islam...Tiada Dalam TV Umnobn
Dulu PAS nak buat negara Islam.
BN kata tak sesuai kerana Malaysia rakyatnye majmuk.
sekarang PAS guna pendekatan Negara Berkebajikan.
BN kata PAS dah lupa Negara Islam
Dulu PAS tak buat pakatan dengan parti bukan Islam
BN kata PAS ekstrimis,anti sosial dan tak releven
sekarang PAS berkawan dengan DAP,PKR dan ada DHPP
BN kata PAS dah berubah demi kuasa dan dah sesat..
Dulu PAS hanya didokong oleh tok guru,ulama dan orang kampung
BN kata PAS tak moden, fundamentalis dan parti orang kampung
Sekarang PAS didokong oleh ulama, profesional dan teknokrat Islamis
BN kata dah tinggalkan kempimpinan ulama
Dulu pakatan buat janji nak turunkan harga kereta
BN kata negara dan industri kereta akan bankrap
sekarang BN pula tiru manisfeto nak turunkan harga kereta
Semua pencacai kata itu yang terbaik dari BN..
Dulu DAP bantah hudud
BN kata kita perangai DAP yang anti Islam
Sekarang Chua Sui Lek bantah hudud
BN kata itu hanya kata2 individu
Dulu BN jadi kerajaan Pahang, Johor dan Melaka sampai sekarang masalah air masih tak selesai..sekarang bila berkempen sebut bagi BN menang di Selangor dan Kelantan...Kerajaan akan selesaikan masalah air di kedia-dua negri..
Jumaat, April 26, 2013
Aura Tok Guru Nik Aziz di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya
Sesuatu Yang Tak Pernah Berlaku Di Masjid Sultan Mizan Putrajaya, Kini Berlaku Sebentar Tadi. Selesai Solat Jumaat, Orang RAmai Tidak Meninggalkan Masjid, Malahan Mengerumuni Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Para Jemaah Berselawat Dan Melaungkan Takbir Berulang Kali. Tak Kurang Juga Ramai Yang Merakamkan Saat2 Indah Itu Dengan Kamera Telefon Mereka. Subhan-Allah!!
Khamis, April 25, 2013
Selasa, April 23, 2013
Isnin, April 15, 2013
Sabtu, April 13, 2013
Perkiraan Falak: Anwar Ibrahim Mendahului Najib?
Berdasarkan ilmu Falak Moden di dalam kitab Abu Ma'syar Al-Falaki yang bertajuk Madiinatul Asrar. Peringatan buat semua, ini bukanlah suatu ramalan atau tilikan sebaliknya perkiraan berdasarkan falak dan huruf. Sekiranya ia tepat, maka itu semua adalah kuasa ALLAH SWT. Sekiranya tidak, maka ia juga dibawah takluk kekuasaan ALLAH SWT merubah taqdirNYA ke atas hambaNYA.
(Klik gambar untuk besarkan)
Menurut perkiraan saya, sekiranya berlaku pertembungan antara Dato Seri Anwar Ibrahim melawan Dato Seri Najib Tun Razak untuk sesuatu keadaan sama ada debat, perebutan kerusi atau perebutan takhta Perdana Menteri, maka kekalahan akan memihak pada Dato Seri Najib Tun Razak. Adapun perkiraan ini berdasarkan ilmu Falak semata-mata.
(Klik gambar untuk besarkan)
Menurut perkiraan saya, sekiranya berlaku pertembungan antara Dato Seri Anwar Ibrahim melawan Dato Seri Najib Tun Razak untuk sesuatu keadaan sama ada debat, perebutan kerusi atau perebutan takhta Perdana Menteri, maka kekalahan akan memihak pada Dato Seri Najib Tun Razak. Adapun perkiraan ini berdasarkan ilmu Falak semata-mata.
Rabu, April 10, 2013
Langgan:
Catatan (Atom)
Post Haru Biru
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
Budak fak-kap berselindung dibawah nama Jeffrydamien09 bakal menjadi popular sedikit masa lagi. Si bodoh ini mampu berbangga dengan hasil ke...
-
Submit URL to Google, Yahoo and Live. Remember to submit your new website or blog URL to search engine like Google, Yahoo and Live. It is a ...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Dipetik dari MediaMalaya | Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak ...
-
sumber sahih : http://en.wikipedia.org/wiki/One_Israel Wa rasa benda yang baik elok disebar-sebarkan. Jadi wa copy dan paste artikel dari bl...
-
Mana pi fail penting aku nih. Semalam ada.. la ni dah hilang pulak. Belek punya belek tak dak jugak. Mampus.. esok kena hantaq kat client.. ...














