Memaparkan catatan dengan label umn. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umn. Papar semua catatan

Khamis, Februari 23, 2012

Adakah Felda bakal jadi seperti Manchester United?


HDaily | Pada awal penyenaraian saham kelab bola sepak terkenal, Manchester United. Mereka beranggapan dengan penjualan saham di bursa saham boleh mendekatkan pasukan itu dengan peminat dari pelosok Britain. Benar, 10 tahun pertama penjualan saham hanya berlegar di kalangan pemegang saham dari peminat tetapi 15 tahun kemudian, sedikit demi sedikit saham itu dipegang oleh pelabur asing, sehinggalah pada lewat tahun 2000, peminat Manchester United kecewa kerana kelab tersebut akhirnya dimiliki oleh pelabur Yahudi. Yang paling malang mereka akan menanggung hutang akibat pembelian saham yang menggadaikan semula kelab tersebut kepada bank. Penjualan tiket meningkat hampir 30% dan pelbagai pendekatan bermotifkan keuntungan diambil oleh pemilik baru untuk membayar kembali kos pembelian mereka.

Apabila sesuatu syarikat mengeluarkan saham baru di pasaran terbuka, syarikat itu perlu menyenaraikan harta dan aset syarikat untuk menunjukkan keupayaan syarikat dan meyakinkan pelabur (pembeli saham baru) dan  siapa sahaja boleh membeli saham tu sekiranya dia ada duit dan berminat untuk melabur. Orang asing dari Amerika Syarikat pun boleh beli saham tersebut.

Selepas dijual di pasaran terbuka, maka pemegang saham dianggap memiliki syarikat itu. Pada permulaan, syarikat akan mendapat modal yang banyak apabila menjual saham-saham tersebut. Modal ini boleh digunakan utk apa saja kegunaan syarikat dan tidak mustahil dihabiskan, apatah lagi tidak dimaklumkan perancangan yang bakal dibuat selepas memperolehi pelaburan dari pasaran terbuka. Saham yg didagangkan kemudian dari jualan pertama hanya lah memberi keuntungan kepada pemegang saham berikutnya, bukan lagi kepada syarikat. Kerana keuntungan atau kerugian dari penjualan berikutnya tidak memberi kesan pada modal syarikat. Lumrah alam, tiada saham yg tidak mampu dibeli, kerana org yang berduit mampu membeli saham-saham tersebut.

Pemegang saham yang memiliki saham paling besar adalah berkuasa. Masalah timbul jika pemegang saham (terbesar) substiantial, tidak lg memikirkan manfaat peneroka-peneroka. Sudah tentu mereka memikirkan apa keuntungan yang mereka boleh dapat dari pelaburan ini. Mereka buleh membuat apa saja terhadap asset syarikat. Mereka boleh menjual, memajak dan menyewakan tanah tersebut. Peneroka juga tidak mustahil akan dihalau atau mungkin menjadi buruh di tanah yang dulu milik mereka sendiri.

Mungkin kita boleh fikirkan jika petronas dijual di pasaran terbuka, siapa yang mampu membeli Petronas? Jika dulu KFC milik bangsa bukan Melayu pun boleh dibeli oleh pelabur Melayu, tidak mustahil pelabur Yahudi boleh membeli saham Felda. Terdapat banyak kaedah untuk membeli saham secara diam-diam. Apabila berjaya mendapat jumlah tertentu baru lah pemilik sebenar akan muncul. Tanyalah Stan Kroenke dan Malcom Glazer bagaimana mereka menggunakan kedudukan mereka dengan saham yang kecil di dalam kelab Arsenal dan Manchester United walaupun pada awalnya kelab bolasepak ini adalah syarikat awam yang disenaraikan di bursa saham. Sedangkan kelab-kelab bola ini pun mampu dibeli. Inikan pula Felda.

Cara yang paling mudah ialah menggunakan proksi untuk membeli saham awalan (IPO) yang dijual, Kemudian jumlah saham akan dibeli sedikit demi sedikit menggunakan pelbagai proksi. Ianya sukar dikesan, sudah tentu jika dilihat dari permukaan kita tidak akan dapat mengesan proksi-proksi ini. Ianya hanya akan terdedah apabila pelabur sebenar muncul dengan memiliki sekurang-kurangnya 30%. Pada kebiasaanya jumlah 30% diperlukan untuk menwajibkan baki 70% dijual kepada pemegang saham (compulsory acquisition). Tidak penting berapakah harga yang perlu dibayar kerana ia mampu dibayar, yang kita perlu fikirkan akan tergadaikah tanah-tanah peneroka kelak. Pada ketika itu tiada apa yang mampu menghalang sebarang tindakan pemilik, kerana dia berhak sepenuhnya.

Tentulah orang yang bertanggungjawab menyenaraikan Manchester United tidak terfikir 20 tahun kemudian kelab ini akan dimiliki oleh pemilik Yahudi. Dan siapa boleh tahu 20-30 tahun lagi siapakah pemilik Felda? Sama ada pelabur Yahudi, Russia, China, Latin, Iran, Arab, mafia Itali, tak siapa yang tahu. Dalam dunia pelaburan pasaran terbuka, siapa yang memiliki wang, dialah raja.

Mungkin Isa Samad dan Najib Razak tidak sempat untuk melihat siapakah pemilik Felda 30 tahun akan datang, tetapi orang-orang Felda 30 tahun lagi akan menyesali tindakan ini. Dan tidak mustahil kita akan rasa diperbodohkan seperti mana kita melihat perjanjian jual beli air Johor dan Singapura sedekad yang lalu.

Saudara Nazimi Zaim al-Qedahy,
Alor Star, Kedah.

Isnin, Mac 07, 2011

Keh... Keh... Keh... Rasa Nyesal Tak Korang Bayar Saman Ekor???

Berani kah anda pakat ramai-ramai saman pula pihak berkuasa yang mengeluarkan saman ekor. Claim balik saman ekor yang korang dah bayar.??? Ohooo... nilainya boleh beli sehelai seluar jean jenama levis. Original lagi... Keh... Keh... Keh... Kalau ada sepuluh saman ekor darab dengan RM300... dah boleh bayar down kereta...


ISU SAMAN EKOR

UM | MAHKAMAH, melalui kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak tahun 2009 telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di mahkamah.

Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan.

JPJ juga telah diarahkan membayar ganti rugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, adakah seseorang itu benar-benar melakukan kesalahan yang didakwa sehingga mereka wajib membayar denda?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak.

Jika ada yang tertunggak maka ia bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk menjawab saman itu.

Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah.

Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mengakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesailah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju.

Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan.

Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju.

ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Jumaat, Februari 11, 2011

Forum Bicara Rakyat: Cuba Bandingkan Kebikjasanaan Mereka

Dengar dengan teliti...

... Pannel Pertama hujah macam gampang satu pun tak paham... kah... kah... kah...

... Cuba beri peluang!!!... sebab mereka yang dok ada dalam Parti Pembangkang merupakan orang-orang yang lebih berpengalaman dari pimpinan yang dok perintah malaysia lar ni...

... selebihnya dengarlah sampai habis... hehehe...

Selasa, Februari 16, 2010

Hasbie Satar, Merancang Ekonomi Sendiri Mengalahkan Nor Lembik


Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Banyak weh. Dalam dok sibuk Nor Mohamed Yakcop meyakinkan rakyat Malaysia menyatakan ekonomi malaysia sudah kembali pulih, senyap-senyap aje Hasbi Satar buat duit dengan jawatannya.

Ahaks.. nampaknya setpol lebih bijak merancang ekonomi sendiri daripada bossnya. Hasbi Satar berusia lingkungan 30-an yang bekerja dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu sejak April tahun lalu, dengan mudah bikin duit dalam masa yang singkat. Beliau memperolehi kekayaan antaranya melalui wang sogokan yang diperolehinya dengan meluluskan projek-projek gergasi mencecah jutaan ringgit.

Beliau juga difahamkan mempunyai beberapa kereta mewah dan beberapa buah rumah mewah di Lembah Klang yang dipercayai dibeli menggunakan nama pihak lain, bagi mengelakkan dirinya menjadi buruan SPRM.

Kah..kah.. oiit... campak mamat ni dari tingkap tingkat 14...

Post Haru Biru

Arkib Blog